Wednesday, June 30, 2010

Walaupun kadang-kadang terasa hati, perpisahan memang menyedihkan

Memang! Memang! Dalam kerja memang kadang-kadang ada terasa hati dengan kawan-kawan sekerja. Itu memang wajib! Walau kita baik macam mana pun, kadang-kadang ada masa kita kena perli, kita kena pandang rendah memang rasa nak carik-carik je hati ni, nak kasi rendam dalam klorox bagi hati suci bersih putih supaya tak rasa sakit hati. Biar jiwa bersih je tapi manalah boleh weyh. Bila dah terasa hati, orang macam I ni mesti sikit-sikit nak nangis. I ni memang macam baby betul. Sikit-sikit nak nangis. Kena marah sikit nak nangis, kena tegur sikit nak nangis, tengok orang cacat nak nangis, tengok movie pun nak nangis, kena cubit sikit pun nak nangis. Kalau orang yang tak kenal I mesti dah menyampah dengan perangai I. Macam budak gedik sikit sikit nak nangis. Beruk beno, dah tua-tua nak nangis lagi, tak macho betul! Nasib baik Apek suka tengok I nangis maka wajib jadikan dia teman hidup sebab dia boleh tengok I nangis-walaupun-hodoh!

Tapi, bila dah sampai satu masa tu kita dah lali. Kita sampai dah tak ada rasa nak ambil kisah pun. Tak ada masa nak terasa rasa ni. Kita dah jadi kuat tahu! DAH JADI KUAT! Apa orang cakap lali. Ehh ke buku lali? Mana-manalah!

Tapi hari ni I bukan nak cakap pasal terasa hati, tapi I nak cakap yang dalam alam pekerjaan ni, tak payah nak terasa-rasa hati, tak payah nak mendengki-dengki, tak payah nak merajuk-rajuk, tak payah nak mengutuk-ngutuk(oklah boleh kutuk tapi kutuk yang kita rasa macam meluahkan perasaan so dat esok boleh pergi kerja dengan hati tenang bukan kutuk hasad dengki ehh!). Haaa sebabkan dalam ofis I ni semua pekerja macam cincai je. Bukan cincai kerja ehh tapi cincai yang macam hari ni terasa hati tapi esok tak terasa hati dah maka kami semua sayang antara satu sama lain. Untung ohh budak praktikal kat sini, kiterowang memang treat dieowang just like a permanent worker. Bila dieowang habis praktikal je ada makan-makan tak pun karaoke.

Hari ni hari sedih walaupun I melantak piza sampai 10keping sebab En. Hashim nak berhenti dah sebab dia ada business sendiri. Sedih juga bila orang tua ni pergi sebab dia suka tegur I buat apa, buat apa. Lepas ni dah tak ada orang nak tegur I buat apa lagi. Lepas tu, ada sorang budak praktikal nama Mun Sin pun nak pergi juga. Walaupun dia 6bulan je praktikal kat company I tapi dah rasa serasi pulak. Dulu pernah juga terasa hati dengan dia, tapi alahai kejap je terasa hati sebab waktu tu tak kenal hati budi lagi maaa. Tapi tu lah I baru tahu yang dia last hari ni kalau tak mesti I belikan dia hadiah. I ingatkan En. Hashim je last hari ni so I belikan hadiah untuk En. Hashim je. Tapi Mun Sin ni memang baguslah, dia yang nak pergi, dia yang bagi hadiah kat semua orang. Boleh pulak macam tu kan? I terkilan betul tak dapat bagi dia apa-apa. Mana nak beli, tak tahu pun dia nak berhenti hari ni.



Nak tengok apa dia bagi I??






Subang! Subang handmade ni! Dia buat sendiri kot. Terharu I! Dia tahu-tahu je I ni suka subang kan? Warna pink lagi! Eeeee memang terharu gila! Tenkiu Mun Sin.

Closeup! Cantik kan?? Pink tu yang penting!!





DANNNN...........





Ingat tak I ada cakap I beli mouse pad comel tu kan? Cehh kena tipu je! Dia tak rata maka letak mouse I pun macam tak ada perubahan je. Susah nak bergerak juga si tetikus tu. Mengada kan? Maka I pun buat lapik botol air besar I, cermin I dan hp Black berry I sahaja.


So, korang kalau nak hepi-hepi kat tempat kerja jangan ambil kisah sangat apa orang nak cakap kat kita. Haaa lagi satu alwaz think positive. Dan paling-paling penting, hias meja kerja kita tu. Jangan biarkan dia berselerak je. Jangan biarkan meja kita tu muram je ok! Akhir kata hepi-hepi selalu ok! Dengar cakap orang berpengalaman ni. Ececececehhh!

Monday, June 28, 2010

Hubungan kami dah tua! Tapi kasih sayang tak pudar ok!

Wah! Wah! Macam kagum gila kat diri sendiri dan pasangan sebab berjaya cecah 4tahun 10bulan HARI INI! Hooray kat diri sendiri. 4tahun 10bulan tanpa pergaduhan besar, tanpa perkataan break, tanpa rajuk lebih dari sehari. Uishh semuanya nak tanpalah tapi tak boleh tanpa kasih sayang. Tipulah kalau tak gaduh kan tapi like seriously boleh kira dengan jari je. Maknanya tak lebih dari 10kali kiterowang gadoh! Itupun dalam berapa minit je macam nak tergelak sebab tak boleh nak tahan buat muka serius. Macam bila I nak buat muka unta bermuka bengis, Apek jahat suka lembutkan hati si unta bermuka bengis tau. Maka, tak jadi nak jadi unta bermuka bengis lama-lama.

Sebab Apek sangat baik hati maka kena beli dia sedikit cenderehati untuk hubungan tua ni. Apek selalu buat benda handmade untuk I, tapi I tak kretif macam dia maka I punya jalan penyelesaian beli je lah.

TADAAAA!! Alah frame biasa je tapi ayat dia auwww I like!!!

Kat belakang I tulis ayat-tak-jiwang-sangat-ni!


Siapa nak tengok kami kahwin tahun depan, sila klik iklan nuff banyak-banyak kali ok!

Sunday, June 27, 2010

Kalau HP rosak apa susah beli je lah hp baru. Adik I nak jual hp dia!!

Hari ini hari Ahad. Hari Ahad biasa I akan duduk rumah sahaja. Kemas rumah, makan dengan adik-adik sambil tengok DVD, update life masing-masing dengan parents. Arghh nikmat sangat masa bersama keluarga. Can I call it heaven?(@_@)

OK! Nama pun dah update life masing-masing antara satu sama lain kan walaupun padahal kiterowang duduk satu rumah. Konon update life macam masing-masing dah besar, dah kawin ada anak sepoloh. Wooohaaa! Anak sepoloh memang satu impian besar ya!

Ni, adik laki I si Eddie tu nak jual handphone dia sebab dia nak beli handphone lain. Dia nak tukar N97 tak silap. Entah! I pun tak pasti dia nak tukar hp model apa tapi yang pasti dia nak jual HP.

Brand: Nokia
Warna cover: Hitam
Model: 5800 Xpress Music
Camera: 3.2 megapizels (memang cantik!)
Second Camera: Front camera for video calls
Input: Touchscreen
**SOLD


Ohh harga dia ehh?
Adik I nak jual RM600 SAHAJA! Harga masih boleh runding rasanya. CASING DIA, SETAHU I TAK CALAR LANGSUNG! Setahu I lah! Apa-apa hal boleh kontek dia kat 019-5943965(Eddie). Jangan lupa sebut nama I tau, mana tau I dapat komisyen ke kang sebab promo. Ahahahaha! Haa tak pun korang dapat nego sampai dia cakap, "Arghh kalau macam ni saya bagi freelah kat awak". Uishh untung woohhh! Tak rugi sebut nama I ni. Boleh pulak?


Ohh and for me, update paling baru inilah. I beli this mouse pad untuk letak kat ofis I sebab kesian tetikus I tu dah tak boleh bergerak dah sebab tak ada benda nak supprot dia untuk bergerak sebab I rasa tetikus I tu kan dia disable punya tetikuslah sebab tu dia perlukan sokongan kot! I pun belilah this cute adorable pad untuk dia. Tak sabar nak tunjuk kat tetikus I esok. Mesti dia hepi sangat. Betapa manjanya barang-barang I ni kan? Mutual benefit lah kiranya sebab tetikus I dapat pad, I pulak dapat rest tangan I tu bila pegang dia.


The best part for today is, Ifa masakkan kami makanan yang menggemokkan ni and deco the plate with ur name written on it using chilli sos. So sweet of she! Pelok ketat-ketat sampai kau awak lemas. Nak gomol-gomol awat sebab awak sweet sangat voleh tak Ifa?Sedap woo sampai terasa kesedapannya sebab dimasak dengan penuh kasih sayang kan?kan padahal ko keluarkan dari paket terus goreng je tak payah nak letak rempah ratus ke apa ke kan. Kiterowang makan sambil tengok DVD lah mesti. Yang ada kat rumah, kami 3 perempuan je lah maka layan movie 500 days of summer sahajalah. Beshh wo!!! Lagu dia semua easy going. Paling kiterowang suka lagu Sugar Town. Pi lah dengar! Best! Paling best part dia cakap su-su-su-su-su-su.


HARI MINGGU MEMANG BEST WALAUPUN AKTIVITI DUDUK DI RUMAH SAGAGA!

Saturday, June 26, 2010

Barang semua nak baru je!

Homaik aihh! Hari ni pagi-pagi dah bersiap sebab nak keluar dating dengan Apek. Apa lagi, kalau nak keluar rumah kenalah mandi, kalau tak mandi huishh habis semua orang pandang I atas bawah bukan sebab busuk, tapi rambut dah macam singa betina. Kembang habis! Tapi, pagi ni bila air terjirus je kat badan ni, uishh dia punya sejuk mencucuk sampai ke tulang hitam walaupun I rasa tulang I tak ada yang warna hitam semuanya putih tapi dah peribahasa selalu guna tulang hitam tulang hitam, I pun nak ikut juga jadi orang yang memartabatkan bahasa kan? Lepas tu, percaya tak percayalah kan, I semalam tidur tak bukak kipas pun. Punyalah sejuk semalam. KORANG RASA TAK APA YANG I RASA NI? Ye lah kesejukan yang melampau yang melanda semalam dan air yang macam ais pagi ni? Rasa Tak? Rasa tak? Tak rasa, uishh rugi! Sebab kalau korang rasa, itu tandanya impian nak pergi Kutub Utara dah tercapai sebab tak payah pergi Kutub Utara pun dah dapat rasai pengalaman sebenar.

Ok! Bila I dah bersiap semua, adik I si Iqa tu bangun. I apalagi kan terus ajak dia join sekali pergi Jusco untuk cari sweater dengan baju-baju dia. Ye lah nak masuk belajar kan, baju semua kenalah stok BAU KEDAI KAN??

I pergi JJ hari ni memang banyaklah kali hari ni. First sekali, pergi dengan Apek dan Iqa. Beli baju 3 helai untuk si Iqa tu. Lepas tu pergi kali kedua dengan Apek, kononnya nak berdating berdua. Lepas tu kali ketiga, dah hantar Apek balik, pergi balik JJ dengan adik I si Ifa tu dengan 2 orang kawan dia serta adik kenit bongsu I, siapa lagi kan kalau bukan Ifa.

Hari ni I jalan-jalan pun ada bau kedai wohh! Sebab semalam I beli sling back. Yes! Again! Lagi satu sling back. Masuk ni, I dah ada 4 sling back. Kalah handbag biasa. Biasalah, macam korang tak tahu I ni macam dah gila dengan sling back je. Dulu, I ada cerita pasal stella stud. Alah beg yang Apek hadiahkan tu yang bila pergi mana-mana je mesti nak bawak stella je tak nak bawa beg lain. Sekarang I dah ada cinta baru. Bye bye stella stud. Kejam gila kan I? Nak kenal tak dengan slingback baru I? Dia seksi tau! Sekali dia goyang, habis skirt dia terangkat. I bagi dia nama tau! Nama dia Marley Marley sebab dia ada iras-iras rambut Bob Marley. Ahahahaha! Boleh pulak macam tu kan?




Haa seksi tak? Seksi tak? Seksi wa cakap lu! I like! Tapi Apek dengan Iqa gelak tau I bagi nama dia Marley Marley. EEEE SUKA HATI AKULAH! JELESLAH TU TAK ADA BEG SEKSI. KAN MARLEY KAN? Apek pun ada gak barang bau kedai. I baru je bagi dia DSLR yang dia nak sangat semalam. Sekali dengan tripod sekali. I nak tunggu, nak tengok dia ada bagi nama tak dekat kamera dia tu. Mesti ada punyalah, I jamin!


Dah cakap dah I bau kedai. Cehh! Padahal ada 2 je barang baru kan kat I. Cekak tu pun baru beli ohh. Punya semangat I, beli semalam pakai hari ni. I kalau beg-beg, subang, cekak, cincin, shades, haishh semua ekseseri lah kan untuk bagi muka dan badan berseri, I suka beli kat Vincci. Suka sangatlah! Macam boleh jadi rambang kalau singgah kat sana. Bila masuk je kedai tak tengok ehh kasut terus je melulu pergi tempat cincin-subang-rantai-shades semua tu. Lepas tu kalau baget ada yang berkenan tak tunggu lama, terus je sambar. Oklah! Macam mana kalau tak ada duit? Kalau tak ada duit pun, sanggup tu berdoa tiap-tiap hari supaya tak ada orang yang sama taste dengan I yang akan beli barang yang I berkenan sangat tu. Tapi uishh mana mungkin orang tak beli kan, maka hari-hari jadi sawan bila teringat benda tu so bila dah berkenan sangat tu walaupun tak ada duit pada hari tersebut, esok sanggup tu datang balik bawak duit lepas tu terus buat muka bangga ambik terus barang tu terus pergi kaunter bayar. Tak payah nak rambang-rambang dulu baru ambil dan bayar walaupun muka bangga tapi duit yang keluar nak bayar tu duit syiling. Ha amik kauh, mati kau cashier kena kira duit tu sampai puluh-puluh kan sampai ketiak kau keluar peluh. Siapa suruh jual mahal-mahal, tengok I dah kena korek duit tabung semata-mata.

Memperkenalkan si tuan punya montot. Haishh jangan cakap kiterowang tak ada kerja ehh main-main snap snap pic macam budak syiok sendiri. Kerja mulia ni sebab sanggup tunggu adik I lagi sowang si Iqa tu tengah test test baju. Ye lah daripada melangut tak ada buat apa, baik main tangkap-tangkap gambar, nanti dah tua at least ada memori muka masa muda macam bentuk macam mana kan. Nanti tak adalah keciwa sangat tengok muka tua berkedut kan sebab dulu muda, muka tak berkedut sangat. SANGATLAH KAN!


LAGI SATU AKTIVITI SIHAT I IALAH:




**TETT TRETT TRETTTT



***














*****






Tadaaa! Woishh kowang ingat kowang je ada BB. I pun ada ohh! Tengok BB I, style gila kan? Tu paling latest tu. I tengah twitt twitt tu. Ingat apa. Oklah I nak masuk tidur dah ni, penat dah seharian asyik drive pergi balik JJ je, dah macam I ni tuan punya mall pulak.

To all BB users, leave me ur pin ok! Doink! Doink!

Friday, June 25, 2010

Ini bukan belog riview tapi cerita review juga ada!



Mari! Mari! Mari!
Haa kan semalam I ada ajak tengok cerita DUNIA BARU REUNION kat www.gua.com.my kan? Woihhh rugi weyh tak tengok. Memanglah Pieere Andre dengan Almy Nadia tak ada kan tapi kan cerita dia memang best. Kelakar! Kalau angin taufan tsunami melanda, korang punya mulut tu boleh gelak sambil berlarilah kiranya sebab kelakar sangat. Mulut boleh gelak sambil lari? Ok! I pun da pening macam mana tiba-tiba mulut boleh berlari sambil gelak? Macam tiba-tiba tumbuh kaki kat mulut untuk dia berlari sebab kelakar sangat. Eh boleh pulak kan? Sekarang ni dia baru sampai episod 8, uish takkan lari gunung dikejar. Korang boleh kejar lagi, tak lari jauh. Lagipun alahai satu episod 6minit je, tak ada iklan iklan, buffer pun cepat je. Apalah sangat wey! Haishh takkan susun ayat waktu nak berblogging tapi setakat type gua.com lepas tu klik episod satu lepas tu bukak mata layan je cerita tak boleh kot. Amboih! Menipu lah kalau macam tu kan?


Dari Episod 1 sampai Episod 8 tu, I amik masa tak sampai sejam. Khatam habis! Kalau buku sekolah dulu punya susah nak khatam kan, haa tapi kalau cerita macam ni memang cepat je khatam, tak payah nak tunggu tunggu esok. Dah lah tadi pergi sekolah nak mintak cop pengesahan lepas tu terserempak dengan Ustazah Syafinaz. Amboih! Ustazah boleh pulak buat hidung den kembang tak kincup kincup. Asal nak kincup terkembang balik. Dia ingat I artis mana tadi datang nak buat promo filem. I cakap kat ustazah, haishh I ni bukan artis tapi life adalah sikit bz macam artis. AYAT SEMEDANG NAK HIPERBOLA KAN?KAN?


Ada muka artis ke wey? Mak sedara cakap macam tu, mak kawan terserempak tengah jalan pun cakap macam tu. Sekarang cikgu laks cakap macam tu. Nak suruh I pergi audition lah tu kan, nak tumpang glamer kan? Haishh tak dapatlah, I kalau glamer nak glamer sorang-sorang boleh? AKU ARTIS MINYAK CAP KAPAK BOLEH LAH WEYH!!!

Tapi cerita Dunia Baru ni, nama pun reunion kan, memang taklah nak cerita dieowang kat kampus lagi dah. Semua da ada kerjaya woooo! Cepat betul rolling ceritanya. Buatlah cerita dalam kampus lagi. Tunggu I dan kawan-kawan jejak umur 25 barulah boleh masuk edisi reunion. Haa baru terasa life sama macam dunia baru wey! Tapi memanglah, MEMANGLAH si dunia baru ni bagi impak yang besar masa zaman sekolah dulu. Haish berapa kali nak repeat dah.
Korang layan je lah ok! Mesti pecah gusi, pecah mangkuk, pecah gigi, pecah perut. Haaa pecah dara jangan ehh! Itu kena jaga nok.


Haa kalau dah malas sangat, nah!nah!nah! klik je sini. Ate malasnya beno!

Thursday, June 24, 2010

Kalau tak respek orang tak payah nak hidup ehh!

Suka macam ni kan? Kejap rajin update, kejap tak rajin. Suka ke? Tak pun. Kalau boleh nak menaip hari-hari, nak cakap hari ni lepak dengan blogger wohh! Baru jumpa ohh tapi macam dah lama kenal ohh. Takpun nak cakap hari ni saya dating dengan boyfriend saya. Dia baik ohh! Tapi tak boleh sebab sekarang kena kurangkan aktiviti dating sebab nak save duit. Haa pendek kata apa je ativiti harian nak tempek dekat belog. Alah cakap diari kan?kan? Tapi tak boleh sebab kadang-kadang tuan punya badan ni bz mengalahkan artis. Fulawei! Wa artis sebenarnya. Kalah Pariz Hilton weyh!


Haa cakap pasal artis, korang tengok tak Showdown 2010 semalam? Weyh berbulu weyh! Berbulu! Memang habis bulu-bulu kat badan I ni jadi tajam semacam. Dah lah tajam, lebat pulak tu kan dah rupa singa jadian.MyEm0.Com Ni semua sebab si Famous Crew tu lah! HAISHH, GERAMNYA AKU! BERBULU BULU BILA CAKAP PASAL CREW BAGET TU! I memanglah suka kan performance Famous Crew tapi sekarang bak kata Maple, kiterowang dua dah hilang respek kat Famous Crew. Haa jangan korang tak tau, I dengan Maple tu adik beradik kot cuma dia tu cun sikit je dari I. Cun ke I? MyEm0.ComMata genang-genag dah ni, pujilah sikit. OK! Tak cun langsung! Boleh pulak battle main tolak-tolak. Kesian kat Borneo Soul Breakers tu. Macam budak-budak hingusan je dieowang buat. Dahlah si Giller Battle Crew pun macam tak respek pandangan dieowang waktu dieowang berkolabirasi<=susahnya nak eja ayat ni. Ye lah tahu lah korang hebat tapi tak perlulah pandang rendah sangat kan kat orang lain. Haishh berbululah I. Nasib baik handphone I tak canggih weyh! Kalau tak dah lama I tweet like 24/7 menyatakan ketidakpuashatian I ni. Wakaka Crew, HMC Phlow dengan Floor Fever memang spring tabiklah wa dekat u all. Terbaik! Kowang tunggu je lah FC, baik kowang pack barang-barang kowang tu sebab minggu depan gua boleh gigit jarilah, kowang akan terkeluar. Oh!! Marah sungguh Aini nampaknya. Hehehehe! Baget garang je tu!

Haishh! Boleh pulak artis baget macam I ni tumbuh bulu-bulu kan? Jatuh populariti I nyah! Badan bulu-bulu, mana nak laku mak nyah kat TV kang!



Ni dah tersingkir semalam. Kesian korang! Neway, kakak I si Maple tu cakap Gud Luck ok! Korang boleh pergi jauh one day. Keep on practice ok!


INI KUMPULAN YANG BAKAL KELUAR MINGGU DEPAN! NO SECOND CHANCE OK! U DONT DESERVE IT!


Crew yang ni pulak memang hebat cuma kena kurangkan sikit kePOYOan and learn how to respect others. Itu sahaja! Kalau tak poyo semua mesti I suka kat they all ni. Tapi baju merah tu poyo ke tak poyo ke I tetap suka tengok. Comel! Apek baca ni, mati I kena tembak.

OK! CREW-CREW KAT BAWAH NI, CREW FEBERET I OK! Clueless nak cakap pasal dieowang ni. Perfect!! Sizzling mee semua ada!




Ok! Hari ni macam nak cakap pasal Tv Show je. Korang ingat tak Dunia Baru? Alah 2 Alam yang Dr. Rozmey tu korang tahu pulak kan, takkan Dunia Baru ni korang boleh lupa kot? Alah yang ada Elyana, Wan Elyas, Pieere Andre, Ann, Iqram Dizzly tu berlakon. Haa citer yang buat semua orang teringin nak belajar kat U dengan kadar segera tu lah. Yang buat ayat sengal ajdi feymes tu! Dia ada siri baru woohh tapi bukan kat TV. Dekat Gua.com.my. Tapi sedih sebab pelakon-pelakon havoc macam Anne, Pierre, Anne, Almy Nadia semua tu dah tak ada. Tapi takpe, kena kasi chance lah kan, mana tau lagi best ke kan.

Ishh I ingat lagi, cerita ni memang buat I teringin gila nak pergi U cepat-cepat tapi bila dah sampai masa tak sampai hati nak jauh-jauh dengan famili(yelah ada homesick kan), maka hasrat terhapus sebab belajar dalam Ipoh juga, macam mana nak rasa duduk asrama dengan kawan-kawan. Haishh! Lepas tu, bila dah habis cerita macam gila tak sabar nak pergi sekolah esok pagi sebab nak jadi minah kepoh dengan kawan-kawan kepoh nak menyatakan,


"Weyh! Gila hensem Tajol. Geram aku tengok rambut dia. Dah lah otak business. Kaya nak mampus! Bestnya kalau aku dapat jadi awek dia"MyEm0.Com
"Eeee bodohlah Opie tu, asal dia tak cakap dekat Pieere(nama sebenar sebab dah lupa nama lakonan dia) yang dia suka kat Pieere(erkk?again lupa)."
"Gilalah makan gelojoh gila mamat yang kapel dengan Suzana tu"

Gila kan? Rindunya zaman sekolah weyh! SANGAT!!!!!!!<=tiba-tiba...

p/s: hari Isnin hari tu lepak dengan Huda. First time tu lepak, lepas tu Huda si baik hati tolong godek-godek coding belog I ni. Tenkiu Huda. Tapi adalah yang I kena tukar-tukar kan tapi dah nama pun bz mana nak sempat. Ehh tapi update belog boleh pulak kan? Cakap bz. =D

Monday, June 21, 2010

Ainee sekarang ketagih dengar lagu

Ok! I rasa otak I da tak betul. I boleh pulak create lagi satu belog untuk campak lagu-lagu feberet I kat situ. Ye lah takkan I nak campak video lagu feberet kat sini kan? Karang macam serabut pulak. Hehehehe! Apa-apa pun I memang suka lagu Colbie Callat- You Got Me. So sweet ok!

Ini link link dia

I am a classic girl u know! Like SOMETIMES I CAN BE CLASSIC! Sometimes I'm into R&B! Its a mixture. Hehehehe!

Sunday, June 20, 2010

Hari ini Joe Tiger yang punya!

Bukan Hari Badak ye tapi Hari Bapak. Kenapa Joe Tiger? Sebab itu memang nickname dia dari kecik kawan dia panggil. Tapi dia kalau eja nama dia mesti Jo sahaja tak macam I dan orang lain yang suka tambah E lepas tu nak bagi gempak tambah Tiger. Tahlah kenapa Tiger. Mak sedara I cakap sebab ayah I dulu waktu dia kecil-kecil, nakal nak mampus. Lepas tu dia pernah belasah 10budak cina yang gatal nak pukul dia sorang-sorang lepas tu rilek je balik rumah jalan kaki. Ye lah dulu semua kaum kan tak boleh ngam. Opah I kan chinese so bapak I ngam dengan semua kaum lah kan tak kiralah cina ke india ke semua ahh maybe sebab tu ke dieowang jaki. Entah! I tak pernahlah nak tanya ayah I kan? WHATEVERLAH, ADA AKU KISAH??

Dulu kawan I dengan adik laki I panggil bapak I, Joe Skinhead lahh, Joe Punkers lah apalah. Macam sengal je kan? Sebab dieowang cakap bapak I muka macam garang. Weyh! Weyh! Dia muka garang tapi hati pink wooo. Tapi dulu dia memang ganaslah, siapa kawan dengan I dan Eddie(adik I) taulah. Kiterowang ni dah macam anak samseng mana tah. Dahlah kiterowang nakal gila sampai pening kepala bapak I nak jaga kiterowang 2 beradik ni. Gaduh dengan budak konon ada ayahanda lah, pi matilah kat korang! Lepas tu curi-curi bawak kereta opah I waktu form 3. Curi-curi bawak motor kawan ayah I sebab ayah I careless tertinggal kunci. Keluar rumah curi-curi pagi-pagi buta. Ada sekali tengok racing haram(note:dengan adik I ok bukan dengan bohjan ke apa). Haish teruk perangai. Ayah kiterowang sekejap je leh cari kiterowang. Dia tu panjang umur betul, tak boleh sebut nama dia mesti ada je depan mata. Ciss! Tu pasal kalau kiterowang keluar tak sebut nama dia tapi mak I pulak sedar. Tapi Sekarang dah tua-tua dia dah tak ada dah ganas-ganas, ayah cakap ada apa-apa hal report je polis, negara ni ada undang-undang. Sempoilah lu brader.

I memang ada bapak yang sangat sporting, yang sangat memahami, yang sangat penyayang. Aihh tak taulah nak describe bapak I ni macam mana sebab perfect gila di mata kami. Macam ada orang kan rapat dengan mak je tapi takut dengan bapak kan? Tapi kiterowang tak! We can talk about love, humanity and gossip almost about everything!


ANYWAY, KAMI AINEE, EDDIE, IQA AND IFA LOVE U SO MUCH, AYAH! WE WILL MAKE U PROUD ONE DAY! ONE DAY!


p/s: Apek tu bakalla tu menjadi sebaagian dari keluarga I. Ahahahaha!

# My Sweetrite, Favourite Lullabrite Song EVER!

Ohhhh! Hari-hari macam wajib dengar lagu ni. Kenapa??KENAPA WAJIB DENGAR OHHHH??

Sebab orang yang nyanyi comel, lirik comel, PASANGAN COMEL, video klip comel, semua tentang lagu ni comel. Comelnya macam nak masukkan diri sendiri dalam video tu jugak sebab nak merasa jadi comel sekali sekala dalam hidup. Dulu i dah kecoh kat Facebook suwuh Apek dengar lagu ni dan memang weyh memang walaupun tak pernah jumpa depan-depan dengan akak penyanyi genit comel sempoi ni, dia tak sombong kay! Rasa nak ajak dia main jambatan sudah roboh, sudah roboh sudah roboh, jambatan sudah roboh hari ini sebab macam eeee tak expect gilalah dia perasan I dalam berjuta-juta kawan dia kat Facebook tu. Ahahahaha! Ayat nak poyo mega je kan?? WELL!!!

I nak jadi macam dia yang menyanjung pujaan rangga hati dia bila dah kawin nanti. I nak jadi setabah dia walaupun kadang-kadang jatuh. I nak jadi macam dia yang tak impikan hidup kaya tapi cukup sekadar kehidupan selesa. I nak jadi pasangan comel macam dia dan pasangannya yang selalu menghargai antara satu sama lain. Dia selalu cakap dia tak layak jadi idola semua, dia tak mintak itu semua ARGHH TAPI PEDULI APA, I TETAP NAK JADIKAN DIA IDOLA I! Haaa marah ni! Marah ni!



IT'S KAK FYNN JAMAL DAN ABANG TRI SOUNDOUSE WOOOOOHOOOO!!
(APPLAUSE!!)


OVER-FYNN JAMAL, MUSIC BY TRI SOUNDHOUSE

Ramai orang suka lagu 150Juta kan tapi I suka lagu ni.........GERAMMMMM!!!!! Dengar 2kali dah boleh hafal wohhh!!! Simple, chicky, comel, meaningful semua lengkap..

_______________________________________________________________________
LIRIK TIME!!!
((Mana tahu lagu ni masuk dalam Jangan Lupa Lirik ke kan, weyh benda tak leh agak weyh!))


WHAT MORE DO U WANT TO HEAR FROM ME??
IS THERE ANYTHING YOU WISH TO SEE??(O_o)
A JOKE? A LAUGH? A SMILE? A CRY?
A SCREAM? A SONG? A LULLABY?

SEE I KNOW WE ARE NOT WHO WE WERE
I LIVE IN DENIAL, REMEMBER?
SO PLEASE DON'T ASK ME TO OPEN MY EYES
DON'T WANNA WAKE UP & REALIZE

THE HONEYMOONS OVER
THAT I SHOULD BETTER BE MATURED

(SERIOUSLY BE MATURED??)

I'M SORRY I DO NOT KNOW WHAT TO SAY
DO UNDERSTAND I'M BREAKING BUT HEY
WHEN U TELL ME THAT U ARE LEAVING
DON'T THINK I DIDN'T SEE ITS COMING

OF COURSE I SAW WE ARE NO LONGER
HAVING STUFF WE ENJOY TOGETHER
BUT CANT WE PLAY ALONG OUR PART
AND NOT PARADE THIS CHANGE OF HEART?

R U REALLY SURE THAT WE OFF BETTER AND OVER?


**MELALAK PLISHH!! Haaaaaaa aaaaaaa Haaaaa aaaaaaaaaa


WHAT MORE CAN I SAY?
WHEN U WISH TO LEAVE TODAY
I WILL BREAK DOWN NOW AND BURST
BUT....
WOULD U LIKE TO HAVE 1 LAST BREAKFAST??(^_^)-tang ni comel sangat ok!

OF COURSE I SAW WE ARE NO LONGER
HAVING STUFF WE ENJOY TOGETHER
BUT CANT WE PLAY ALONG OUR PART
AND NOT PARADE THIS CHANGE OF HEART?

R U REALLY SURE THAT WE ARE BETTER AND OVER??

Saturday, June 19, 2010

OK! This is yummy


Nak! Nak! Nak plush! Ada ke kat malaysia ni? Rasa nak makan dengan pelahapnya sekarang gara-gara hp comel sedap ni. Auummmm! Nak warna pink plishh!

Friday, June 18, 2010

I TAK SOMBONGLAH! Betullah!


Haa korang nak besar mana gambar tu? Takkan nak besar alam kot, karang susah pulak korang nak godam-godam nak tengok kan? Tengok Friend Request tu, AMBOI MAK AIHH BARU 2 HARI TAK USHA HOME KAT FB, dah macam gila tengok Friend Request tu. Ye lah mana taknya, kan super bz kan maka bila type nama dan password terus gabra cepat-cepat tekan link pergi dekat Profile. Ye lah nak lah tengok siapa yang rindu dekat I kan. Ada gosip baru ke apa ke kan. Memang tak ada masalah nak godam-godam menyibuk hal orang lain kat ruang Home tu kan? TAK KUASA NYAH OII! Tapi kalau masa lapang tu ketara sangat memang hoishh kalau boleh semua hal kat home tu nak menyibuk weyh macam Cik Kiah Rompeng nak pergi pasar tapi bila setembung dengan Cik Mah Kerempeng terus tak jadi pergi pasar, terus duduk bersila atas jalan aihh sebab nak tau perkembangan jiran-jiran lain, laki dia ada perempuan lain ke, anak dia makan batu ke kan. Uishh teruk betul perangai kan? Haa korang jangan nak jadi macam Cik Kiah Rompeng dengan Cik Mah Kerempeng tu ehhh! Dosa nokk!


Kenapa tiba-tiba banyak Friend Request ni?


Memanglah everyday pun ada friend request tapi kali ni macam hok mak aihh banyaknya. Penat nak deny tau. Kadang-kadang tak sampai hati nak deny tapi terpaksa deny sebab ni bukan zaman Myspace ehh nak tengok siapa lagi banyak kawan. Lagipun I ni sukakan privacy. I tak suka orang yang I tak kenal dok baca status I, tahu dengan siapa I berkawan, apa yang I cakap-cakap dengan kawan I, apa aktiviti harian I semua. Lagi-lagi I tak suka orang yang add I tapi tak bercakap dengan I. Perghh! Lagilah tak boleh blah kan. Dah macam EHH KO ADD AKU TAPI KO NAK BELAGAK SOMBONG SEYH DENGAN AKU! Haa boleh blah erkk.

Tapi kan dalam dunia nyata, I memang tak sombong. Kalau nak add I dan nak I approve, berjinak-jinaklah dengan I dulu. Haa macam kau jinakkan haiwan tapi I ni bukanlah haiwan kan tapi please lah get me to know u first barulah tekan butang add I tu, kalau tak memang cis buang masa kau je lah weyh sebab I takkan approve kalau I tak kenal. Ok macam mana nak bagi I kenal tuan punya badan tu senang je, just sembang-sembang kat belog ni ke, tak pun kita bermanja-manja dan saling membalas kat shoutbox ke kan (ouchh macam sweet je kan) dan macam-macam lagilah. Nak bagi hadiah lagilah best. Haa kalau tak ada belog, kita main hantar-hantar mesej guna burung ke guna asap ke. Baru style weyh!

I bukanlah poyo baget artis kan tak nak approve sebarangan orang ni just entah, pendek kata tak berapa berkenanlah sebab ye lah buat apa add kalau setakat nak jadi stalker. Ok, kalau adore ke apa (EEE AYAT NI GELI OK!), haa kalau adore ke sembanglah dengan I. Kalau u cakap Hi pun I gerenti balas balik siap buat ayat random lagi macam KAU DA BERAK? HAA BERAPA KALI? NAK TIPS BERAK SENANG BOLEH? Alah kalau benci bilang cinta pun boleh je nak hina-hina cakap muka I hodoh macam belangkas ke apa kan, I terima dengan hati terbuka sebab sedar diri memang hodoh.

Sebenarnya, banyak je budak blogger yang I approve dekat FB tu tapi yang pernah bersembang dengan I lah kan dan....dan I pun ada juga add blogger yang I kenal dan pernah bersembang. Tengok! Kan I dah cakap I tak sombong sebenarnya maka korang janganlah kecik hati ehh kalau I tak approve cuma langkah pertama tu yang penting. Ehh cukup-cukuplah ayat geli kat entri ni. Chau! Chau!

P/s: I ni kalau korang kenal, cakap banyak ohhh!!

Monday, June 14, 2010

BF saya kaki pukul...;((

Nama saya Ainee. Nama ayah saya Joe. Kalau gabung jadi Ainee Joe. Tapi kan saya sedih. Sebab kan..sebab kan..saya ada kawan ni! Kawan saya cantik ohhh! Kawan saya comel! Dia dahlah kurus, pandai, comel, cantik. Aihh completelah! Tapi kan..tapi kan..bf dia jahat ohhhh!!! Bf dia pukul dia sampai dia patah tangan, mulut berjahit semua. Jahat kan bf dia? MEMANG! MEMANG JAHAT!

THANK GOD! DIA SUFFER SETAHUN SAHAJA!!!!

Tapi weyh! Pukul weyh! Gila ganas. Apek cubit I main-main pun I dah sakit inikan kena sepak terajang sampai patah tangan jahit-jahit semua. Kesian kawan I tu. Nasib baik kawan I dapat lari dari laki busuk tu. I, kalau sekali dah kena pukul tu mesi I blah je. Tapi ye lah cakap memang senang, blah blah kan tapi kita yang dalam situasi tu tak tau macam mana kan? Dats y I tak berani cakap. I'm not in dat situation. Nasib baik dia dah tinggalkan laki tu and make police report. Thumbs up for u babe!11

For guys out there, please plishh plishh appreciate ur girl, fiancée and wife. Janganlah pukul dieowang. We all kan nyah, we all perempuan ni cepat sakit tau walaupun kena cubit sikit je. Janganlah pukul ehhh! Cium takpe! Pelok takpe! Tapi lepas kahwin lah kalau boleh. PUKUL JANGAN TAU! Kalau dah benci lepas tu tak suka apa susah, derma je awek kowang tu kat orang lain yang boleh apprecite dia. Tapi kena wrap cantik-cantiklah janganlah dah busuk baru nak buang kan. Apa kau ingat lampin pakai buang?

For my lucky frenz, I tau u deserve someone better. I harap sangat u dapat kumpul balik kekuatan u dan teruskan hidup u macam biasa ok! I love ur smile dude! The natural one!

**big massive hug for u, darling! Awak tahu awak siapa kan?

Sunday, June 13, 2010

Wajah Baru

Bukan make over mukalah. Tu haaa header dah tukar. Kali ni nak stick lahh.. Nak mo tuka-tuka dah. I ni kan cepat boring so kalau boleh asyik nak tukar je. Adoihhh! Amacam?

Tapi kenapa suka cakap-cakap instead of suka berak ke suka kentut ke apa ke kan? Sebab dua dua benda tu memang I susah nak buat ohh.. Takkan nak tulis something yang bukan I. So cakap banyak ni memang aktiviti harian I. I boleh cakap tak henti. I boleh cakap kalau I tengah suka. I cakap kalau I sedih. I memang suka cakaplah sampai boss I pun tak nak bawa I pergi majlis sebab I cakap banyak. I kalau jumpa orang yang baru kenal pun macam dah kenal lama. Bantai je cakap apa-apa. Betul! Tak percaya tanya Huda.

I LOVE RANDOM!!!!!!!!!!!

Friday, June 11, 2010

Penyakit Homesick memang tak boleh ubat!!

Hemohemohemo! Esok cuti kerja tapi jadual padat. Siang sampai malam ada aktiviti baik punya. Bukan! Bukan! Bukan pergi kenduri kawinlah tapi I yang nak kahwin. Haaa terkejut lah tu? Tak adalah! Apa kau gila nak kahwin sekarang. Rumah pun tak ada, kereta pun bapak bagi, duit belanja pun bapak bagi lagi. Manja yang amat dengan famili macam mana nak tinggalkan famili? Nak kawin perghh lagilah kan. Nanti tihap-tihap malam rindu dekat adik-adik sebab tak dapat cakap selamat malam dalam Mandarin. Kalau tak tiap-tiap hari cakap "Wan An" banyak-banyak kali sampai cina sebelah rumah pun dah boleh agak kalau lampu bilik tertutup apa yang I akan cakap. Tapi nanti dah kawin nak cakap "Wan An' kat sapa? Ok! Sedih!





Ye lah I tak nak apply U sebab tak nak jauh-jauh dengan famili maka I apply kolej yang ada kat Ipoh ni je. I tau kalau I apply U nanti kena duduk asrama. Lepas tu tiap-tiap hari telefon ayah nak cakap dengan ibu nak cakap dengan adik-adik sebab sunyi. Bukan sunyi tak ada kawan, kawan ramai tapi sunyi tak nampak adik-adik dengan mak bapak depan mata. Pengalaman ni I dah tempuh dah waktu pergi sekolah teknik kat Buntong, Pahang. Pahang tu weyh! Bayangkan tiap-tiap minggu ayah I kena turun Pahang sebab I tiap-tiap hari beratur kat pondok telefon sebab asrama mana boleh bawak handpone weyh. Skema nak mati kan, konon ikut peraturan. Tapi berbulu je I tengok orang gayut dengan pakwe kat public phone tu. I dah lah tengah nangis esak-esak peluk bantal busuk kat tangan kiri, tangan kanan pegang teddy bear seret bawah lantai sebab nak cakap dengan ayah I. Windu! Windu! Sampai tiap-tiap hari telefon. Ayah siap dah save number public phone asrama I. Tiap-tiap hari I akan cakap benda yang sama. I nak balik Ipoh! I NAK BALIK IPOH! Tapi ayah suruh sabarlah apalah. I bukannya tak boleh get along dengan kawan-kawan. Kawan-kawan ramai ok, semua kawan kat Teknik Bentong Pahang memang best.




Tak sampai 2 bulan duduk sana, I lari balik naik bus pergi rumah mak sedara I kat KL. I buat-buat macam outsider. Dah lah tu, tak pandai naik LRT semua tapi buat-buat pandai. Dah sampai Ipoh apa lagi buat akal tak nak balik Bentong. Ayah pun buat rayuan transferkan I dekat Teknik Taiping. Perg lagilah tak boleh blah! Sorry to say eh siapa-siapa yang dulu sekolah Teknik kat Taiping tapi serious I tak suka sekolah tu. Budak-budak sombong yang amat sampai buat I rindu kat kawan-kawan kat teknik lama. Sehari je I tahan lepas tu I mintak ayah I bawa I balik kalau tak I lari. Gila kesian bapak I dapat anak mengada macam I. Lepas tu I tak sekolah 2 bulan. sampailah I masuk MGS balik. OK! Ini episod hepi sebab lepas balik sekolah boleh gomol-gomol adik, gomol-gomol kucing. Kalau boleh semua benda nak gomol.


Tapi semua yang terjadi I percaya ada hikmah babe, sebab kalau I tak lari dari teknik bentong tu mesti I tak jumpa Apek. Tapi mak bapak I tak boleh marah I sebab dieowang yang paksa I pergi teknik tu padahal I macam mati-mati tak nak pergi ohhh. Siap buat-buat nazak lagi tapi lakonan tak berhasil. Sekarang mak bapak I dah ambil pengajaran jangan paksa anak kalau anak tak nak. Kesian mereka oh! Tapi takpe, dieowang paham I punya penyakit tak boleh tinggalkan rumah lama-lama maka kena redha dapat anak macam I. Teeheee!


Ehhh! Dahlah tu, I ni kalau menaip macam air paip je. Laju je! Ye lah mana penat wey. Kalau tulis tu mungkinlah penat, ceh tapi taip ni celah tahi gigi je weyh. Tapi kena berhenti sekarang jugak, kalau tak habis server down satu Malaysia kang.






Ok! Tata! Lain kali I cerita macam mana I jumpa Apek ok!

Thursday, June 10, 2010

Dilema di tempat kerja

Ada macam sakai tak??

Ola Oli semua. Ok kali ni bukan nak update tapi lebih kepada macam tulis dalam diari tradisional. Alah yang tulis dalam buku log panjang-panjang atau buku comelcomel ada kunci tu lepas tu nyorok bawak bantal takut mak bapak jumpa lalu baca lepas tu kena perli dan menanggung malu seumur hidup. Ohh tidak! Bila dah nama pun diari tradisional mesti tulis pun nak panjang-panjang. Korang jangan nak muntah. Ni nak kongsi pengalam hidup. Sedih tau! Cepat ambil tisu!

Gila lama kan tak update? Ehh tadi cakap ini bukan entri update. (^_0) I ni macam bz kalah perdana menteri tengah fikir respons rakyat bila naikkan harga tol. MEMANG WEYH! MEMANG BZ! Kan dulu selalu bahagia tak ada kerja kan lepas tu tiba-tiba sedih sebab tak ada kerja. Asyik online je. Macam makan gaji buta. Ye lah dulu, pergi kerja on komputer terus buka Facabook semua. Yang paling penting boleh update belog. Tapi sekarang kena sedih selalu, kena buat muka cebik sebab dah tak ada masa nak gedik-gedik dekat diari busuk yang dah macam bantal busuk sehari tinggal macam tak boleh tidur lena, mandi tak basah, cuci berak tak bersih. Ohh itu sungguh geli ok! Tak! Cuci berak kena bersih kalau tak, tak dapat pakai seluar dalam berulangkali ohhh!

Untuk pengetahuan semua, kalau korang nak tambah pengetahuanlah kan, NI HAA NAK BAGITAU SIKIT! Sikit je tak banyak jangan risau, tak luaknya memori otak korang tu kalau tambah pengetahuan ni. Ni nak bagitau yang AINEE DAH ADA KERJA SEKARANG NI, DIA DAH TAK MAKAN GAJI BUTA HOORAYY! Ehh tadi dah bagitahu ehh kat atas. Ok! Takpe ini dipanggil ulangkaji. Kan ke cikgu cakap kalau baca je tapi tak memahami tak masuk otak maka tadi juz bagitau pendahuluan je. Lepas ni baru masuk isi-isi penting. Yang paling penting kat penutup ada nasihat. Ngee!

Pendahuluan=Aini dah ada kerja kat tempat kerja dia.



GET IT???




GOOD!!!

Maksudnya bukanlah baru bekerja ehh tapi baru nak menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja normal bukan yang asyik online FB. Itu tak normal. Life sebagai pekerja macam tu memang buhsan. Maybelah ramai orang suka kan kalau kerja tapi tak payah buat kerja tapi bagi I kalau kerja tapi tak ada kerja nak buat memang sangat boring. And yeah, sekarang I dah final print report yooo. Ingat senang? Susah woo. Type report-telefon bunyi-angkat-cakap banyakbanyakbayarkurang-sambung type report-telefon bunyi-angkat-cakapcakap-letak-hantar memo-jalanjalan-customer walk in-cakapcakap-sambung type report-telefon bunyi. Arghh korang sambunglah sendiri. Haaa banyak dugaan woo. Banyak penghalang nak siapkan satu report. Tapi no no no baby, ini Ainee Cumilah weyh, anak Joe Tiger mestilah boleh siapkan satu report dengan jayanya siap buat 2 report lagi. Haa korang boleh? Ok bolehlah kan sebab fokus type report je tak payah jalan-jalan, cakap-cakap, lari-lari bila telefon tu bunyi macam I ni. I ni dah macam orang gila nok lari ke hulu ke hilir.

Lepas tu banyak gila dugaan nak dapatkan figure untuk type report tu. Bila I tanya senior dieowang marah siap tengking. Belum sempat tanya dia dah tengking-tenking. Lepas tu boleh pula bila I berdiri sebelah dia lepas tu cakap dengan dia, dia tak pandang muka I. TAK PANDANG MUKA I WEYH!!!! ITU SUNGGUH SEDIH! Tak malu ok tapi sedih. rasa macam terhina gila. Ok tak apalah maybe orang tua so kena bagi chance. Maka I tak nak rasa sedih, I cuba sendiri. Cuba-cuba dan cuba sampailah membuahkan hasil. Betullah orang cakap, usaha tangga kejayaan. Bila dah dapat buat tu kalau boleh nak kecoh satu ofis yang I dah dapat buat. Hooorayyy! Cuma tu lah dalam ofis memang ada politik. Ofis mana-mana pun sama je.

So nasihat untuk adik-adik kat luar sana, ecehh adik je ke? Oklah untuk sesiapa yang tak pernah kerja lepas tu kerja kan, tambah-tambah kat ofis ni memang MEMANG MEMANG MEMANG sangat banyak dugaan. Ada gosip, ada hasad dengki, semua ada. Siapa cakap melayu je ada dengki dengki ni semua. Sapa cakap melayu je yang tak boleh tengok orang lebih, tak boleh tengok orang senang? Hey! Come on lah! Korang tak nampak lagi. I dulu pun ingat macam tu tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri haaa baru bukak mata bukan nak bukak hidung. Maybe kalau ada makcik-makcik memang tak ada lah aman damai kan? Macam ofis I semua makcik ke pakcik ke semua baik-baik.

Nasihat I kena sabar banyak-banyak. Macam I ni kalau tak dah patah hati dah sebab kena tengkinglah apalah, siap nangis dalam meeting room sorang-sorang sebab tak nak orang tengok mata merah, mata bengkak, hidung merah macam badut. Berani nangis depan Apek je. Hehehehe! Sebab Apek baik, bila I nangis dia pujuk. Ikutkan hati I nak lari je tapi nak lari sampai bila? Takkan kerja setahun je lari cari kerja tempat lain. Tak best langsung! Kena mula balik. Haishhh! Kalau boleh naklah lama sikit kan kerja kat satu-satu tempat tu. Mana tahu boleh jadi CEO ke kan. Ehehehehe!


YANG PENTING HEPI! Luahkan dekat orang-orang yang terdekat kalau sedih ok. Jangan simpan dalam hati nanti dapat penyakit hati.*wink

Sunday, June 6, 2010

Apa itu dajal? Siapa dajal?

Meh sini I kongsi dengan korang apa itu dajjal? Apa ciri-ciri dia? I pasti ramai orang tahu dajjal akan muncul satu hari nanti tapi ramai orang tak tahu apa itu dajjal. Just like me, I pun tak berapa pasti sampai terbit rasa di hati nak goggle hari ni dan nak share benda ni dengan korang. So here it is, I just copy paste artikel ni dari sini. Sekarang I dah dapat gambaran jelas dan I harap korang pun akan dapat gambaran jelas tentang penipu bermata satu ni. Artikel-artikel macam ni buat I lagi dekat dengan Islam. Alhamdulillah!



Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa AS yg di angkat oleh Allah SWT ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal, ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim) Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua.
1) Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang.
Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
2) Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini?". Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabda Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi menjawab:Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka: Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya: Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya: Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Itu je lah yang I dapat kongsikan buat masa ini. Hopefully apa yang I tempek kat sini dapat membantu kefahaman korang. Wallahualam! =))

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...