Monday, February 20, 2012

Happy Student


I'm a proud student of BBA (Hons) Human Resource Management.
Class start on 25 March 2012. Aiming for ze Dean's List.


My stomach was happy too because Husband bring me to Papa John's Pizza, Sunway Pyramid yesterday. And thanks to my 2 awesome friends that hold their tiredness just to accompany me during the pendaftaran. ^_^

Monday, February 13, 2012

MOVING OUT

Its final..



#Justsaying: Orang kata 'Berat lagi mahu memandang berat lagi bahu memikul" tapi kadang-kadang orang yang memikul berat tu tak kisah pun kita je yang lebih lebih berat memandang. Orang kata, "Cuba letakkan diri kau di tempat dia" tapi bila kita letakkan diri kita di tempat dia cuba membayangkan betapa perit betapa sukarnya apa yang diahdapinya sehingga membuatkan kita terlalu kisah, terlalu mengambil berat sehingga ketika sendiri marah kenapa perlu digalas derita itu kalau boleh dibuang ke tepi padahalnya orang yang menanggung beban itu tidak kisah langsung. Sakit hati. Keciwa. Benci dengan kesungguhan diri sendiri yang suka meletakkan diri di tempat orang lain. Cuba rasakan apa yang dia rasakan deritanya. Tapi apa yang kita dapat kalau tuan punya diri pun tidak kisah. Biarkan dunia ini dengan bayang-bayang angkuh, bayang-bayang riak. Buat apa nak ditayang benda yang tidak mampu kita milik?? Sengaja menggalas derita yang sebenarnya tidak perlu dimulakan? Kerana biarlah aku yang tahu, biar aku yang tanamkan di jiwa ini bahawasanya DUNIA INI HANYALAH SEMENTARA! Cukuplah dengan bahagia yang aku miliki sekarang. Tidak mahu dikurangkan dan tidak pula minta ditambahkan. Aku cukup bahagia. Terima kasih Allah.

Wednesday, February 8, 2012

Berdarah..

Pagi Isnin tu ada bleeding. Itu pun Apek tegur. Terkejutnya. Tapi sikit sikit. Dah risau gila dah. Lepas tu nak pergi klinik tapi macam malas last-last pergi jugak. Tapi doktor suruh minum air then rasa nak kencing baru datang balik. Tujuan bila rasa nak kencing baru datang balik ialah nak bagi rahim tu naik. Nak bagi usus semua tolak tepi baru senang nak nampak. Ok fine! Balik lah rumah. Minum sampai 2 botol mineral. Lepas tu tidur. Bila dah rasa nak kencing malas pulak nak pergi klinik balik. Sambung tidur. Apek dengan I dah redha dah. Kalau tak ada takpelah bukan rezeki kami lah tu.

Esok paginya mesej kawan I bernama Mira pasal benda ni. Firasat dia kuat mengatakan tak ada apa-apa. I dengan Apek pulak dah rasa kosong. We always think positive. Allah dah aturkan segalanya cantik untuk semua hambaNya. Mira dah suruh pergi klinik semua but then sumpah I malas gila tapi untuk mendapatkan kepastian sebab I ni memang jenis konon berdikarilah sangat semua buat sendiri nanti kang tak pasal-pasal. Makanya dalam pukul 3 petang semalam mencari seantero klinik yang doktornya perempuan. Dalam 3-4 klinik yang ada yang tutup dan ada yang buka tapi doktornya lelaki, last-last pergi Klinik Bhajan which is tempat I dilahirkan dulu. Nurse suruh minum air jugak. Bila rasa nak kencing baru bagitau dia. I pun melahap minum 2 gelas air, 1 botol orange juice and 1 botol mineral. Memang gila kau rasa nak terkucil sungguh. Then doktor panggil.

Doktor letak gel kat perut. Sejuknya!! Lepas tu dia scan. I tengok kat skrin tu gelap je. Dalam hati, "Ohh dah tak ada lah tu. Takpelah bukan rezeki". Then doktor cakaplah ini rahim, ini pundi kencing tolak usus semua naik and last sekali dia tunjuk ini baby. Tapi kecil lagi. I tanya doktor tu, "Ada lagilah maknanya?". Doktor cakap ada lagi tapi still very the tiny. Datang balik lagi 2 minggu. I bersyukur sangat sangat sangat. Peduli apa dia Singh, I ucapkan ALHAMDULILLAH! Apek duduk dekat kerusi doktor and dia tengok skrin tu dari jauh. I pasti dia pun mengucapkan syukur.

Mau taknya I Sabtu jenuh berjalan kat Melaka. Ahad berjalan dekat KL pulak. Minggu lepas berjalan sakan dekat Genting. Aktif gila dengan aktiviti berjalannya pun. So doktor suruh rest banyak banyak. Jangan banyak berjalan. And doktor bagi pil kuatkan rahim and berhentikan pendarahan. Walaupun dah tak berdarah still kena makan.

I ada tanya macam mana nak tau kita gugur ke tak. Doktor cakap if gugur, darah yang keluar macam period lepas tu akan ada rasa sakit macam sengugut.

And just to share, if kandungan belum cecah 3 months, NO SEX PLEASE! And the bill is RM98 untuk Klinik Bhajan. Rasanya klinik lain dalam RM55 je. Prepare lah apa yang patut ehh.


HAI JUNIOR! WE'RE SO HAPPY TO SEE YOU IN MY UTERUS YESTERDAY! HOPE WE CAN MEET YOU IN THE REAL WORLD THIS COMING OCTOBER, BABY!

Friday, February 3, 2012

Keputusan sambung belajar...

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM. ^_^

Program SARJANA MUDA PENTADBIRAN (KEPUJIAN) (PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Alhamdulillah.

What can I say more?? A baby & further study? IM SO HAPPY!

But its still a long way to go for me to achieve my dreams. One day!! INSYALLAH! I trust in Allah's plan. Just go with the flow. My mum would be so happy to hear this news.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...