Friday, June 25, 2010

Ini bukan belog riview tapi cerita review juga ada!



Mari! Mari! Mari!
Haa kan semalam I ada ajak tengok cerita DUNIA BARU REUNION kat www.gua.com.my kan? Woihhh rugi weyh tak tengok. Memanglah Pieere Andre dengan Almy Nadia tak ada kan tapi kan cerita dia memang best. Kelakar! Kalau angin taufan tsunami melanda, korang punya mulut tu boleh gelak sambil berlarilah kiranya sebab kelakar sangat. Mulut boleh gelak sambil lari? Ok! I pun da pening macam mana tiba-tiba mulut boleh berlari sambil gelak? Macam tiba-tiba tumbuh kaki kat mulut untuk dia berlari sebab kelakar sangat. Eh boleh pulak kan? Sekarang ni dia baru sampai episod 8, uish takkan lari gunung dikejar. Korang boleh kejar lagi, tak lari jauh. Lagipun alahai satu episod 6minit je, tak ada iklan iklan, buffer pun cepat je. Apalah sangat wey! Haishh takkan susun ayat waktu nak berblogging tapi setakat type gua.com lepas tu klik episod satu lepas tu bukak mata layan je cerita tak boleh kot. Amboih! Menipu lah kalau macam tu kan?


Dari Episod 1 sampai Episod 8 tu, I amik masa tak sampai sejam. Khatam habis! Kalau buku sekolah dulu punya susah nak khatam kan, haa tapi kalau cerita macam ni memang cepat je khatam, tak payah nak tunggu tunggu esok. Dah lah tadi pergi sekolah nak mintak cop pengesahan lepas tu terserempak dengan Ustazah Syafinaz. Amboih! Ustazah boleh pulak buat hidung den kembang tak kincup kincup. Asal nak kincup terkembang balik. Dia ingat I artis mana tadi datang nak buat promo filem. I cakap kat ustazah, haishh I ni bukan artis tapi life adalah sikit bz macam artis. AYAT SEMEDANG NAK HIPERBOLA KAN?KAN?


Ada muka artis ke wey? Mak sedara cakap macam tu, mak kawan terserempak tengah jalan pun cakap macam tu. Sekarang cikgu laks cakap macam tu. Nak suruh I pergi audition lah tu kan, nak tumpang glamer kan? Haishh tak dapatlah, I kalau glamer nak glamer sorang-sorang boleh? AKU ARTIS MINYAK CAP KAPAK BOLEH LAH WEYH!!!

Tapi cerita Dunia Baru ni, nama pun reunion kan, memang taklah nak cerita dieowang kat kampus lagi dah. Semua da ada kerjaya woooo! Cepat betul rolling ceritanya. Buatlah cerita dalam kampus lagi. Tunggu I dan kawan-kawan jejak umur 25 barulah boleh masuk edisi reunion. Haa baru terasa life sama macam dunia baru wey! Tapi memanglah, MEMANGLAH si dunia baru ni bagi impak yang besar masa zaman sekolah dulu. Haish berapa kali nak repeat dah.
Korang layan je lah ok! Mesti pecah gusi, pecah mangkuk, pecah gigi, pecah perut. Haaa pecah dara jangan ehh! Itu kena jaga nok.


Haa kalau dah malas sangat, nah!nah!nah! klik je sini. Ate malasnya beno!

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...