Posts

#TRAVELDIARY 5 Hari 4 Malam Boracay, Philipines

Image
01 November 2016 - 5 November 2016  Durations : 5 Hari 4 Malam

FLIGHT DETAILS

AK608 Kuala Lumpur (10.50am) - Kalibo Boracay (2.45pm) AK609 Kalibo Boracay (3.15pm) - Kuala Lumpur (7.00pm)
AIR ASIA (RETURN) - Total paid: 1,025.84 MYR
** harga ni dapat lepas redeem AIR ASIA BIG POINTS. Mahal juga. Harga ni untuk 2 orang dewasa + 1 infant + 20kg luggage + 3 meals. Ada orang Aini tengok boleh dapat sorang pergi balik RM480 termasuk luggage and meal. *_*
HOTEL
ALICE BORACAY HOTEL RM626.26 (5 Hari 4 Malam) ** hotel ni sangat recommended sebab dia terletak berdekatan dengan pantai. Sangat sangat dekat. Ye lah kalau kita nak tinggal hotel mengadap pantai of course lagi mahal kan. Hotel ni depan dia ada 7 Eleven. Nak ke pantai tu melangkah dalam 20 tapak je. Sangat sangat dekat. 
Bad side is dia tak ada lif. Kena mendaki tangga so korang better siap siap mintak nak duduk kat first floor. Kami dapat tingkat 3 tapi okaylah tak adalah teruk sangat pun. Exercise lah sikit kan. Berat betul bontotnya pu…

Bisu

Lebih baik diam daripada berkata apa apa.

Travel Diary

Baru baru ni pergi Kosamui dengan #genghuha. 4 hari 3 malam. Duduk dekat villa. Best sangat.Paling gila berkayak dengan Qoshi.Nanti I update okay.So tempat yang dah ✔✔✔✔
🌟 Jakarta, Indonesia
🌟 Bandung, Indonesia
🌟 Lombok, Indonesia
🌟 Surabaya, Indonesia
🌟 Phuket, Thailand
🌟 Krabi, Thailand
🌟 Kosamui, Thailand
🌟 Mabul, Sabah
🌟 Kundasang, Sabah
🌟 Pulau Redang, Terengganu
🌟 Pulau Sentosa, Singapore
🌟 Busan, Korea
🌟 Seoul, Korea
🌟 Jeju, KoreaNext Hong Kong ya bulan 4. Yeay! Teringin nak pergi CAMBODIA, PHILIPINES, LAOS. Kalau boleh nak gores semua ASEAN COUNTRIES dulu then baru nak pergi luar. Hai lah bila dapat merasa pergi Europe country ni.

Rezeki

Image
Rezeki.
Susah nak cakap.
Bila. Di mana. Bagaimana rezeki tu datang.
Alhamdulillah.
Bagi kami Qoshi ni membawa rezeki.
Rasanya kalau tak ada dia NIMI PROJEK takkan berkembang sampai macam ni.
Alhamdulillah every month ada wedding.
Kami panggil ni rezeki Qoshi.
Siap company bagi bonus kat dia hasil cadangan dedinya.Tapi sebab business pelamin ni dia jatuh dan luka.
Sebab business ni kadang kena bawa dia.
Dia meragam. Dia penat.
Mami dedi penat. Mami dedi stress.
Mami dedi kadang termarah budak baik, budak bijak, budak suci ni.
Padahal kami yang salah bawak dia sekali.
Tapi sejak kejadian berdarah memang pasang ke bukak ke memang no more Ahmad Qoshi.
Duduk dengan nenek atau opah.
Biar nangis kat sana dari kami nangis something happen to you.
Qoshi! Qoshi! Jadi anak yang baik ya.
Mami dedi sayang sangat kat Qoshi.Tadi ada appointment di Tambun.
Tak nak bagi Qoshi penat tunggu maka nak hantar ke rumah opah.
Opah tak ada.
Gigih dedi patah balik ke Soong Choon pulak nak hantar rumah nenek.
N…

My baby

Image
My baby Qoshi.
Sori.
What a bad mami.
Tak sangka awak boleh jatuh dan luka.
Luka teruk pulak tu walaupun doktor kata hanya calar.
For me its really serious.
Harap tak tinggalkan parut.
From todau onwards mami akan take extra precaution and care.
Mami love you.
Mami mintak maaf sayang.
Air mata mami pun tak boleh keluar bila nampak darah mengalir sebab terlampau sedih dan terkejut.
Nasiblah tak kena mata.
I will remember this moment.
Lepas ni tak bawak dah Qoshi bila mami dedi pasang and bukak pelamin.You sacrifice a lot my dear baby.
Please recover fast.Such a strong boy.
Nangis sangat bila kena.
Terkejut kot. Takpun sakit sangat.
Kalau mami yang kena memang sakit sangat.
Bayangkan pisau tertoreh kat jari pun pedih.
Inikan luka awak yang dalam tu.
Dah baringkan lepas tu pelok awak dukung awak terus diam.
Baik sangat.
Lepas tu bawak pergi klinik.
Doktor cuci luka awak then letak iodin.
Still. Diam je.
Baby! Jangan baik sangat please.
Sayangnya mami dengan dedi kat awak.
Sori sangat.
S…

BAJU GHAYE 2016

Image
Semalam shopping dah sikit.
Baju harian je.
Suami belanja. Kita pilih ja.
Mula-mula nampak RM39 satu.
Ambil 2 helai.
Lepas tu nampak lagi cantik grab lagi 2 helai.
Lepas suami dah bayar kat kaunter tengok ada lagi murah.
2 helai RM39.
Aduh! Kalau nampak awal-awal tadi dah boleh jimat.
Dari 4 helai dapat 8 helai.
Alang-alang cukupkan 12 helai boleh buat pakai sebulan pakai 1 baju baru sampai jumpa raya tahun 2017 shopping lagi.Next.
Baju basahan lagi 8 helai.
Ni guna duit sendirilah. ☺
Lepas tu kasut.
Seluar palazo nak 12 helai gak.
Nak semua warna basic kita ada.
Ahahaha!
Gila tamak.
Lepas tu tudung tak payah kot.
Beli warna apa je yang tak ada.Baju kurung beli 2 helai cukup kot sebab jarang pakai.
Dah book warna pink magenta satu.
Lagi satu ingat nak warna pastel pastel sweet gitu tak pun champagne.
Nak yang boleh pakai harian gak.
Tak mo over over. 😻😻Beli banyak terus so shopping memang time raya je.
Azam lah konon tak nak shopping time bukan bulan raya.
Sat lagi hamik bulan…

Mood Raya

Puasa pun baru berapa hari dah on mood raya.
Ingat nak buat niat bila puasa je beli barang baru.
Baju semua pun kena tunggu nak raya baru boleh tambah koleksi.
Boleh gitu?Raya ni kita dah buat list nak buat apa kat rumah.
Tak sabar nak gaji. ☺So gaji nanti nak buat apa ya?PORCH
1. Beli pokok pokok bunga.
2. Nak beli carpet welcome.RUANG TAMU
1. Dah bohsan dengan wallpaper pink tu. Rasa macam nak tukar tapi tengok budget dulu.
2. Ni memang penting. Nak tukar lapik sofa. Buhsan dah warna merah tu. Nak tukar sofa terus tak mampu. Tukar lapik je dah. Tapi tak tahu kat mana.
3. Nak tampal wallpaper dekat bahagian TV.DAPUR
1. Cat pintu kabinet dapur warna putih.
2. Balut peti ais dengan wallpaper stripe putih hitam.RUANG MAKAN
1. Nak beli table runner dengan kerusi makan 2 biji.
2. Nak letak kipas.BILIK TIDUR QOSHI
1. LangsirBILIK TIDUR SENDIRI
1. Tak ada apa nak ditambahBILIK KERJA
1. Tak ada apa apa nak ditambah