Posts

Showing posts from November, 2010

Dilema nak pilih design Guest Book yang mana.

Image
Seperti yang sedia maklum, dari ke kad sampailah ke pelamin semua I dengan Apek buat sendiri. Of courselah I yang tak kretif ni hanya memuntahkan idea sahaja, yang merealisasikannya Apeklah mesti kan??

INILAH PILIHAN MUKTAMAD I UNTUK KAD TUNANG KALI NI. Ehh budget macam banyak kali akan bertunang. Heheheh! Lepas tu semua orang macam "Perlu ke kad tunang Aini? Beria gila, macam nak kawin". I macam HELLOOOOO! I bukannya saja nak buat kad tunang ni, I buat ni khas untuk kawan-kawan yang tak tahu nak pergi rumah I je. Bukannya kat semua orang I bagi. Kopak mak kalau buat kat semua orang tau. So NO NO NO! Kad kawin nanti baru bagi kad semua orang ok..
Ayah I pulak bila I tunjuk kad ni kat dia, dia teliti betul-betul, siap suruh amend tulisan kasi warna hitamlah apalah sebab tulisan kelabu tak nampaklah, suruh tambah padanglah then dia tengok depan kad terus dia cakap "Kamu ni orang Melayu ke orang Putih?".. I terus buat gaya gedik, "Orang Putihlah, ayah oiii!".


I…

Pelamin Tunang Siap 100%

Image
Ingat lagi tak sketch pelamin tunang I ,ni? Semalam dengan hari Sabtu hari tu I dengan Apek gigih merealisasikan impian pelamin tunang I ni. Hasilnya memang cantik sangat, I suka sangat. Terima kasih dekat my darling Apek. Dia yang gigih menukang pentas tu, dia lah yang gigih pasang backdrop, dialah yang gigih gantung pomander ball. I? Entah apalah sumbangan I kat pelamin tu. Idea je kot dengan tampal bunga-bunga sekeliling cermin tu. Teruk betul Ainee Johari ni.

Seriously, I puas hati sangat dengan pelamin buat sendiri ni.Macam puas puas puas hatiiii cangat-cangat tau!! Siapa cakap buat sendiri tak boleh nampak cantik? Siapa cakap? Siapa cakap? Dengan kegigihan dan semangat yang tinggi (ecehh!!) serta kerajinan yang bersalut dengan inti tak kenal penat memang boleh sangat capai impian buat pelamin sendiri ni. Memang puas hati sangat walaupun adalah 2-3 kali pergi Jalan Kuala Kangsar balik sebab tak cukup bunga. Habis duit kat minyak je nasib baik dari rumah I boleh naik highway je per…

Should I called it Bday Party?

Image
Yeah. Bulan ni sebenarnya ada banyak kawan-kawan I secara rasminya menjadi tua tapi hanya ada 2 orang je celebrate secara meriah-meriahan. Ok! Meriah maksud I tetamu tu bukan sahaja di kalangan famili tetapi adanya kehadiran I tu sebab dia jadi meriah. Tak adalah, maksud I meriah tu sebab dia celebrate dekat Hotel tu. I ni selalu berangan nak celebrate bday siap ada tema lagi kan macam tema ala-ala watak disney ke kan tapi tu lah itu impian dari kecil tu tak tercapai sampai sekarang ni. Bilalah duit nak turun jatuh gedebuk timpa I dari langit, boleh I buat parti meriah-meriah jugak.


Bday parti yang pertama bulan ni I pergi of courselah Bday Dottie. Supposely bday dia on the 13/11 tapi disebabkan ramai orang tak dapat datang on dat day dia postpone pergi hari Rabu merangkap HARI RAYA KORBAN. Raya korban kau ada bday parti. Haaa jangan main-main. I ni memang pulang ke kampunglah kan di tengah malamnya. Kata raya, kalau tak balik kampung tak rasa rayalah der. Tapi sebab Dottie dah ajak, s…

Perasaan SEKARANG!

LAGI SEMINGGU JE! GEMENTAR GILA.

Dulang hantaran=6 dulang dah settle

Ada lagi 3minggu before my ceremony tapi semua dulang hantaran dah habis siap. Cuma tinggal lagi satu je untuk sejadah. Yang lain semua dah kasi settle just tunggu nak letak barang je. Dan I suka sangat-sangat. Lepas dah siap gubah semua I letak atas meja makan memandangkan meja makan kiterowang macam tak ada guna je. Macam buat perhiasan je I tengok, daripada I letak bawah lantai baik I buat meja makan rumah I rasa gembira sikit sebab at least dia rasa dia ada kegunaan juga. I ni pulak bila lalu je mesti berhenti sekejap lepas tu tengok dulang-dulang tu sambil rasa kagum kat diri sendiri. OK SUNGGUH TAK BOLEH BLAH~
Ohh! Terima kasih kat ibu I sebab adalah tolong sikit gam gam kain kat libut tu lepas tu terima kasih kat adik I si Iqa dan Ifa sebab ada bagi idea sikit-sikit. Wahhh kagum pulak dengan diri sendiri sebab ingatkan ambil masa sampai berminggu untuk siapkan gubahan rupanya ambil masa tak sampai 4 jam pun untuk gubah 6 dulang hantaran. Tinggal lagi 1 dulang je untuk sejadah. H…

My Engagement Ceremony Card. IT IS A PARTY for me DARLING!

Image
Gila rilek kan kiterowang guna nama glamer gitu. Ehh glamer ke nama Ainee dengan Apek ni? I buat kad ni pun khas untuk orang yang tak tahu rumah I je. Tak adalah bagi kat semua orang. Uishh larilah budget I nanti. Makanya I hanya bagi kat orang-orang dalam ofis I je lah kot. Itupun bukan semua sebab alahai kang penat I melabur untuk kad ni kang orang campak campak buang dalam tong sampah je. Karang luluh hati I kang. Tambah tambah si Apek tu.

Kad ni memang 100% design by Apek. I mintak konsep CUTE, FUN & SIMPLE! Di samping tu I adalah bagi hint hint sikit kat Apek. Tak sampai beberapa jam dia hantar kat email I. Kiterowang memang suka main balas-balas email ni barulah rasa macam tengah berunding dengan client dengan designer. Uishh memang menepati citarasa betul. Siap bagi pilihan dekat I lagi. Semua ada 4 pilihan. Tapi I paling suka yang first punya. Lagi simple lagi I suka tapi ada kawan I suka yang no. 3. Kalau ikutkan hati semua design I suka. I suka sebab dia sangat funky. CUT…

Dah lama tak teruja macam ni..

Image
Tadi baru dapat call dari adik I si Ifa cenonet budak kecil darjah 6 tu. Dia bagi Good News. Really really good (buat suara horny sikit). Dia bagitahu result UPSR dia. Dahlah line putus putus bikin gabra je tau. Ye lah sebab dari hari Isnin dia asyik tanya I, "Macam mana kalau Ifa dapat 1B? Macam mana? Macam mana?". I cakaplah "Akak tak tahu. Tapi Ifa kalau awak ada B malulah dengan akak yang tak studi waktu UPSR ni dapat 5A. Awak studi belenguih lenguih ada B. Haishhh!". Keciwa dia terus selubung badan dengan selimut sebab ayat-ayat poyo I tadi.

Lepas tu pagi ni pun sempat sakat dia cakap EEE TAKUTNYA NAK DAPAT RESULT! TEPON AKAK TAU! TEPON TAU! Dia cakaptak nak tak nak, eleh tapi pagi ni telefon jugak. POYO! Ye lah kiranya UPSR tu macam satu ujian besarlah untuk budak kecil macam dia.

I pun dulu rasa gila susah mak aihh tak nak lalui dahh ujian macam UPSR ni tapi bila dah besar gomak ni terus teruja bila nampak kertas soalan UPSR adik I tu terus bukan sahaja nak …

Kamar Beradu

Image
Kalau dapat macam ni punya kamar beradu memang seharian tak bangun tu!!!! Biar habis belenguih muka baju semua dengan air liur. Ehh tapi kalau dah dapat katil macam ni mustahil weyh mustahil akan menitiskan air liur sebab gila sayanglah nak titiskan dia kat lapik alas tidur yang baldu lembut tu. Uishh kalaulah dapat katil macam ni mesti hari hari pun mimpi kahwin dengan prince charming. Lepas tu prince charming tu tak nak lah muka kartun kartun tak bestlah, tak feel lah. Muka prince charming mestilah muka macam Zac Efon( tengok punya terbayang muka dia sampai tertaip Efon), muka macam Ed Westwick ke, muka macam Ian Somerhalder. Perghh jangan cakap fasal Ian boleh bikin hati cair luruh semua ada sampai tak ada hati karang sebab tu new obsession kot. Aini memanglah memang, memang tak pernah nak sebut hati luruh jatuh semua kat pelakon tempatan. Aini ni memanglah macam ni nak mimpi orang orang yang takkan dapat, orang orang yang jejak Malaysia pun tak pernah macam mana nak jadikan jodoh.…

Aktiviti Hujung Minggu

Image
Hi semua! Nampak tak muka penat I?

Hujung minggu dulu-dulu asyik hunting hunting barang je tapi minggu ni dah tak ada dah hunting-hunting barang dah. Semua dah complete. Aktiviti hujung minggu kali ni main cat-cat rumah pulak. Ibu suruh cat satu rumah sekali dengan pagar-pagarnya. Penat tu!

05/11/10-cat bilik belakang.
06/11/10-cat bilik adik

Bilik belakang oklah sikit sebab tak ada besar mana pun tapi tang bilik Eddie perghh macam nak mintak je nyawa sembilan bila nak cat bilik dia tu. Dah lah siling tinggi nak mampos, i pulak bukannya tinggi mana. Bukanlah I cat sorang, adalah lagi sowang adik I yang bernama Iqa dengan Ifa tolong cat sekali tapi I yang paling gagah lah kiranya.

Paling paling kiterowang takut sekali ni nak cat pagar batu kat rumah tu. Dahlah panjang lepas tu ada batu pusing pusing tu. Perghh memang mencabar lah pendek kata. Takpe, demi parti tunang ni kenalah kasi rumah tu ceria sikit walaupun tak adalah cat tu berwarna ceria seperti warna merah ataupun warna pelangi tapi…

100% siap beli..

Semalam habis dah shopping barang hantaran untuk Apek. So dah 100% habislah, tak ada dah lepas ni nak teringin beli bulu-bulu ke apa ke nak letak kat hantaran tu. Dah tak ada dah. Sekarang ni cuma tinggal nak beli barang-barang untuk letak kat dulang hantaran tu je. Eceh! Baget ayat dah habis gubah dah padahal satu pun belum gubah lagi.

Apek pun macam tu. Barang untuk hias hias nak letak atas dulang semua dah 100% accomplished tinggal nak beli barang untuk letak dalam dulang tu je. Tapi Apek apa je, duit hantaran dia dah siapkan nak bagi nanti, cincin pun dia dah beli. Alahai! Tinggal makanan je. Itupun 5 berbalas 7. 2 barang dah settle tinggallah lagi 3 barang. Wahh untung ya awak, Apek dapat banyak makanan dari saya.

Ok! Itu je. Daaaa!