Tuesday, November 19, 2013

Kitar Hidup yang masing-masing sibuk kejar.

Perasan tak bila kita sekolah rendah kita tak sabar nak naik sekolah menengah.
Bila dah sekolah menengah tak sabar betul nak habis SPM nak masuk universiti/kolej.
Lepas tu bila tengah sambung Diploma tak sabar nak habis nak sambung Degree.
Lepas tu tengah ambil degree tak sabar nak habis study nak kerja.
Ada tu nak sambung Master pulak.

Dah kerja nak lah beli rumah.
Beli harta. Beli kereta.
Dah cukup semua nak kumpul duit nak kahwin pulak.
Dah kahwin teringin nak anak pulak.
Penyeri rumah tangga.
Lepas tu nak anak-anak cepat besar sebab cadang nak berehat.
Tak dan nak berehat baru kita sedar kita dah tua.
Selama ni kita penat kejar semua benda.

Perasan tak hidup kita semua penuh dengan keinginan.
Nak capai something yang kadang-kadang buat kita penat.
Mengah woooo.

Stop doing that.
Enjoy your life.
Jangan terlampau terikat.
Jangan terlalu berfikir.

Sunday, November 17, 2013

Semester 4 - Seminar 4

Baru nak ada rasa semangat nak pegang buku balik lepas pergi kelas tadi.
Dah 2 kali aku tak dapat datang kelas buatkan aku ketinggalan sangat.
Rasa down. Rasa nak drop paper.
Tapi tadi bila masuk kelas baru rasa semangat balik.
Terus rasa okay balik rumah ni kena buat notes kena buat ulangkaji nak hadapi final bulan 12 hujung tahun ni.

Lepas tu apa lagi vacation ah lepas habis exam.
ESCAPE PLAN!

Saturday, November 16, 2013

Keputusan lesen FIMM

GAGAL!!!!

Inilah sebabnya aku perlukan nota paling kurang seminggu sebelum
Member bahan bacaan kurang dari 24 jam untuk aku digest memang tak boleh blah.

Terima kasihlah HQ, sebab tak hantar reading material kat aku, aku kena keluarkan RM170 untuk ambil test ni lagi sekali.

EXAM

Aku rasa umur dah 24 tahun ni amik exam lagi rasa boleh buat diri jadi cepat tua bilamana bahan bacaan tu diberi sehari sebelum nak exam.

Exam besar pulak tu under FIMM.
Ujian menandakan aku orang berlesen untuk jual UNIT TRUST.
Dah lah kalau fail aku kena keluar duit sendiri nak resit.
MAHAL PULAK TU!
Ye lah aku tak banyak duit maka RM170 untuk resit exam aku rasa WOII MAHAL GILAA!!
Tapi ye lah nak jual unit trust nak perkenalkan unit trust nak terangkan unit trust kat orang kenalah ada knowledge dan mestilah ada lesen.
Kalau ada knowledge tak ada lesen tak boleh jual jugak kalau tak mesti semua orang dah jual UNIT TRUST.
Sebab apa?
Sebab dia best.
Pelaburan kot.
Aku harap orang Melayu sedar yang pelaburan ni memang best.
Mula dengan pelaburan amanah saham bumiputra dulu yang risk dia rendah tapi pulangan dia tinggi.
Risiko pun tak ada sebab dia unit jual beli tetap.
Maka siapa nak melabur dalam ASB tapi tak ada duit halu halu lah aku kat untuk consultation ya.

Dijadikan ceritalah kan.
Esok dah exam FIMM.
Lepas tu ada pulak test kat kelas ijazah part time aku tu.
Financial, speaking mandarin dengan Human Resource.
Adoi petak.
Ok selamat menjadi kerut seribu dengan jayanya ya Aini sebelum umur 50 tahun.

Thursday, November 14, 2013

KALI KEDUA

Ok! Tahniah Aini. Hari ni hari kedua paling lambat.
Lagi lambat dari semalam.
Kalau semalam 9 tepat tapi hari ni 9.10 malam.
Makan luar lagi.
Kesian suamiku.
Nak pastikan semua benda kasi settle minggu ni supaya minggu depan start fresh.
Alhamdulillah. Hari ni dapat key in 5 loan.
Semakin faham dengan system sebab dah ulang kesalahan yang sama je kan so dah pro lah sikit.
Sabtu ni ada amik ujian lesen UNIT TRUST pulak.
Tak sabar nak jual UNIT TRUST sebab benda ni memang bagus dan lagi menguntungkan.
Lagi mnguntungkan dari ASB dan boleh pilih ISLAMIC.
Semua ni aku sembang pasal pelaburan sebab aku tak suka nak offer orang personal loan walhal personal loan ni paling senang nak jual dan paling senang orang nak terutama sekali MELAYU kita.
Pelaburan ni mereka tak nampak sebab dia jangka masa panjang baru dapat duit tapi personal loan ni apply hari ni karang minggu depan dah dapat duit sedebak padahal bayar lebih daripada apa yang dipinjam.

Ceritanya sekarang ni bukan pasal pelaburan mahupun pinjaman, cerita sekarang ni aku dah nampak kurangnya masa aku dengan suami.
Padahal baru dua hari balik lambat.
Inilah kot ya yang orang cerita cerita tu.
Yang tak ada masa dengan famili.
Jarang luang masa semua.
Eeee nak mo! nak mo!
KIta sayang suami kita.
Minggu depan insyallah tak nak dah balik pukul 9. Cukup 2-3 hari merasa balik lambat.
Kalau tak sempat nak key in pun aku sanggup datang kerja hari Sabtu..

Menaip kat belog ni buat hilang stress.
Tambah-tambah sekarang dah malas nak link dekat FACEBOOK.
Kiranya aku taip memang untuk aku.
Bukan untuk orang lain.
Tapi kalau travel tips semua tu aku akan tempek dekat Facebook bagi kawan-kawan aku tahu travel tu tak mahal mana pun.
Jauh perjalanan luas pemandangan bertambah kesyukuran bertambah pengetahuan.
^___^

Wednesday, November 13, 2013

Ada tanda-tanda nak jadi WORKAHOLIC!

Hari ni dalam sejarah balik gila lambat dari kerja.
Pukul 5.45 petang mesej AmirulSyafiq suruh balik dulu ambil aku kemudian.
Sebab dia balik pukul 6, aku balik patutnya pukul 5.45 tapi aku balik pukul 9 hari ini.

Memang dah plan nak balik pukul 9.
Agaknya esok pun nak balik lambat juga sebab gila ah bertimbun kerja.

Bila dah kerja bank ni barulah rasa masa tu kejar kita.
Dulu aku kerja syarikat hartanah tu aku lah yang dok tunggu bilalah time nak balik tapi sekarang ni rasa macam eeee janganlah cepat sangat pukul 5.45 tu boleh tak?
Tapi memang tak lah kan nak bagi masa tu beku.
Dah cuba dah cara nak manage time, siap buat checklist tapi dalam 10 checklist tu biasa dapat selesai 2 sahaja.
Okay tak apa bagi aku masa.
Pelan-pelan nanti aku dah power dengan system nak key in loan tu terutama LOAN ASB yang memang memerlukan kesabaran yang tinggi, aku pulak yang boleh control masa.

Sekarang ni target aku nak dapat conformation.
Lagi berapa bulan je.
Sampai bulan 2 ni dah cukup 6  bulan aku kerja CIMB.
Gilalah macam petik jari je masa berjalan.
Time bulan 2 tu HQ akan tengok KPI aku.
KPI ni bagus jugak sebab kita sendiri boleh nampak okay bulan ni aku kena achieve berapa tapi di samping tu boleh jadi stress jugak nak kejar KPI tu.

Tapi aku percaya rezeki aku ada kat CIMB ni.
Aku kena berusaha lebih lagi.
Sebab aku macam dah jatuh cinta je dengan kerja ni.
Tu sebablah aku sanggup balik pukul 9 malam.
Kalau aku tak kahwin lagi  ni serius aku stay sampai pukul 12 tengah malam kasi settle semua kerja.
Tapi kena ingat quality time dengan family kena jaga.
Ni sementara tak ada anak ni bolehlah balik lambat cenggini.
Nanti dah ada anak, bye bye aku nak balik jugak pukul 5.45 tepat.
Tapi manalah mungkin.
Tanya mana-mana orang yang kerja bank.
Mana-mana peringkat.
Teller, Clerk dan apatah lagi officer yang duduk backoffice.
Semua tak pernah balik tepat pada waktu.
Mesti lambat.
Tak macam kerja company-company lain.
Cukup masa, tutup komputer, angkat beg CHOWW!!

Tuesday, November 12, 2013

Pengorbanan seorang lelaki bergelar SUAMI

Terima kasih sebab tak pernah mengeluh sepanjang saya mabuk sewaktu mengandung.
Awaklah chef.
Awaklah si tukang kemas.
Awaklah si pembasuh pinggan mangkuk.
Awaklah si pembancuh air.
Awaklah driver.
Haishh pendek kata awaklah suami awaklah isteri sebab semua tugas awak kendong sorang.

Terima kasih menjadi peneman setia Rabu lepas.
Berdiri kat luar pintu wad hampir 2 jam sebab iyalah kan hospital kerajaan wad perempuan, lelaki boleh masuk waktu melawat sahaja.
Lepas tu habis semua lelaki setia menunggu isteri yang terbaring memakai baju hijau itu conquer kerusi.
Kerusi penuh.
Awak tak ada tempat duduk.
Awak berdiri.
Saya yang tak suka nak bagi awak tertunggu-tunggu selalulah keluar nak teman awak tapi awak suruh masuk dalam balik.
Baring.
Rehat.
Saya siap chop kerusi lagi nak bagi awak duduk tau.
Dari pukul 8.45 pagi sampai pukul 6.30 petang awak setia tunggu saya.
Terima kasih Amirul Syafiq.

Kelmarin saya demam.
Awak buat MILO Panas untuk saya.
Awak picit kepala saya, kaki saya, tangan saya.
Cium dahi tak payah cakap.
Dalam sehari mau dekat 20 kali dapat ciuman.
Bangun tidur, sebelum tidur, tengok tv.
EVERYTIME!!
Awak tak pernah bohsan kan?
Agaknya sebab tu lah kan demam malam lepas tu bangun pagi terus hilang demam dah. 
Eh???
Alhamdulillah.

Terima kasih yayang.

Kadang tanya pada Allah.
Benarkah awak yang satu itu?
Yang begitu indah menyintai saya.
Boleh ke saya mencintai awak macam mana awak mencintai saya?
Tapi tak apa, as long as we fix the broken pieces we will survive.
Till Jannah InsyaAllah dengan izinNya.
Kadang jodoh kita ni tak tahu sampai mana penghujungnya.
Tu lah orang cakap cinta manusia tak kekal abadi, cinta kepada YANG MAHA ESA itu pasti.
Kita sama-sama doa ya?
AMIN!

DULU WONDER YANG PALING FAMOUS IALAH WONDERPET. SEKARANG KITA ADA.....

WONDERGLOW......

Aku beli wonderglow ni kat adik sedara aku je.
Senang.
Di samping menambahkan duit poket adik sedara aku boleh juga aku menyinggah merapatkan silaturahhim dengan keluarga abang ibu aku iaitu PAKNGAH SEKELUARGA.
Aku memang family type punya orang.

Okay semua pun tahu sekarang ni aku MC.
Panjang kata MEDICAL LEAVE.
Suami aku pun MC sebabnya dia sakit belakang maka doktor bagi MC 2 hari.
Rabu kami dah start bekerja dah.
Mula-mula dulu masuk CIMB rasa macam perghh nak berhenti sekarang, tak nak kerja, sanggup gaji rendah tak mahu kerja bank tapi sekarang ni tak mau lepas dah kerja as Personal Financial Consultant ni.
Sebab apa?
Sebab best dapat consult orang nak buat pelaburan. buat pinjaman itu ini.
Kita bukannya sales person tapi kita consultant.
Kita consult orang bukannya paksa orang beli servis kita.
Kepuasan bila tengok orang melabur duit dieowang dengan betul.
Apa keperluan dan tujuan mereka melabur semua.
Lepas tu nak ambil loan rumah nak ambil islamic ke conventional.
Kepuasan sangat bila dapat terangkan apa kelebihan dan keburukan.
Why not this why not that.
Jenis aku ni bukan suka paksa-paksa orang.
Aku dah terangkan kalau orang tak nak tak apalah kalau nak lagi bagus.
Bukan untuk diri aku ni haaa, untuk keuntungan mereka juga.

Okay sambung cerita pasal WONDERGLOW.
Lepas je Maghrib, aku, Amirul, Iqa dan Ifa pergi karaoke dekat OTK Studio.
Tengok tu kemain pantang tapi pergi karaoke.
Pakai stokin kaki bagai lagi.
Nasiblah tak berkain batik.
Atenya orang moden kan pakai skirt kembang kembanglah.

Karaoke kononnya free sejamlah sangat tapi kena beli air harga RM6 sorang.
Total RM24.
Pandai kau ya, OTK.
Bayangkan karaoke sejam.
4 orang ya.
Habis bila lirik berulang tak tunggu panjang terus EJECT je.

Habis je bergembira walaupun hanya sejam, hati tetap gembira bunga-bunga penuh gelak ketawa sebab semua perasan baget penyanyi suara sedap.
Terus pergi Taman Temara ambil WONDERGLOW.

Cadangnya nak ambil sahaja tapi tau tau je lah kan bila dah sampai rumah sedara ni mulalah malas nak balik.
Dari sejam boleh sampai jadi 2 jam.
Last last nya balik pukul 10.30 malam.
Makngah hidang air teh, nugget, hot dog dengan popiah.
Alhamdulillah. Kenyang perut kami ni haaaa.

Entahlah. Seronok bila singgah rumah sedara mara ni.
Padahal yang ada kat rumah time tu siapa je.
Pakngah, Makngah dengan Lin tapi HAVOC macam lagu Joe Flizzow yaaawwwww.

Okay esok nak start pakai WONDERGLOW.
Gold okay! Gold! Tak  main ah silver.
Kemain berlagak terus pakai gold tak pakai silver.
Nak tengok betapa glow glownya muka aku ni tunggu sebulan ya.

Siapa cari produk WONDERGLOW ni bolehlah copy and paste link kat bawah ni naaa.
https://www.facebook.com/pages/Wonderglow-ORI-100/504730129616058

Friday, November 8, 2013

THE SECOND BABY A

Assalamualaikum semua. Lama betul tak menaip kan sejak dah tukar kerja ni. Banyak betul nak share dekat sini tapi tak ada masa. A lot of things has change in my life. To a better future. Insyallah. Thanks Allah. Permudahkan semuanya.

The story begins...

11 September - Tak ingat berapa haribulan, I disahkan pregnant 5 minggu. Alhamdulillah. Syukur sangat time tu. On the 6th week pergi scan. Nampak jantung kecik dup dap dup dap. The feeling....sebak sangat. Happy ada nyawa kecil dalam rahim I. Due date 16 May 2013. Ok memang sah tak boleh pergi Korea. Kena postpone atau cepatkan sebab nak pergi Korea 27/4/2014. Memang tak lepaslah nak naik flight kan.

6 October - 27 October - I training kat Bangi selama 3 minggu. Tiap-tiap minggu balik Ipoh lepas tu naik bus ke KL Sentral then naik ktm pi Sentral lepas tu naik taxi pergi Bangi Training Centre. Memang penat sangat. Bukan apa, rindu okay duduk jauh-jauh. Cannot! Cannot!

29 October - Pergi Klinik Kesihatan Gunung Rapat dengan Kak Ida (kakak ipar) nak bukak buku pink. Scan scan doktor cakap jantung bby ada lagi tapi baby kecil sangat. Usia kandungan dah 12 minggu tapi saiz kecil macam 7 minggu.

30 October - Pergi Hospital Besar Ipoh pergi jumpa kakak sedara Apek (Kak Jee) doktor pakar sakit puan kat sana. Dia scan kan. Scan scan tengok jantung dah stop. Disyaki missed miscarriage. Memang I pun perasan I berhenti rasa pening dan loya dalam minggu terakhir I kat Bangi. Tak apa, tak ada rezeki. So Kak Jee pun bagi pilihan sama ada nak biar dia jatuh sendiri atau dia bagi tempoh 2 minggu kalau tak jatuh akan buat suction.

5 November - Still tak ada tanda-tanda nak jatuh ke nak gugur ke apa. Semalam adalah keluar setompok je darah. Sikit sangat dan tak ada rasa sakit perut. Abang Nash (kawan ofis) ada pengalaman so dia cakap buat apa simpan baik cuci je sebab macam dah simpan benda yang tak bernyawa dalam rahim. Nanti busuk je kat dalam takut effect rahim. Takut kuman. Ye lah dah 7 hari still tak rasa ada tanda-tanda so malam tu mesej Kak Jee cakap nak buat suction esok pukul berapa kena puasa. So I kena puasa start pukul 12 tengah malam.

6 November - Masuk wad 1C Hospital Besar Ipoh. Masuk pukul 8.45 pagi. Suami kita teman dari masuk hospital sampai balik. Dalam pukul 12 tengah hari tu Kak Jee masukkan ubat dari bawah. Ubat bukak rahim dia panggil. Wahh memang sakit gila masuk ubat tu. Then tak boleh turun katil selama 1 jam katanya. Duduk boleh. Tak sampai 10 minit masukkan ubat tu, nurse datang cakap boleh pergi suction. Terkejut mak noxxx.

PROSUDER
1. Masuk ubat kembangkan rahim. Masa tu memang rasa darah mengalir. Perut pun rasa sakit.
2. Dari katil wad alihke katil tolak nak bawak pergi bilik operation
3. Dari katil tolak pergi bilik operation alih pulak ke katil operation room.
4. Baring baring tunggu tunggu tidur kejap then dah sampai masa alih pulak katil bilik bedah yang sebenar. Kat situ sejuk tak ingat punya. Memang sejuk sangat. Menggigil gigil I. Tapi nurse semua baik. Dia selimutkan I dengan selimut panas. Then Dr. Bius masukkan ubat tidur, ubat tahan sakit lepas tu I kena bernafas ikut topeng oksigen lepas tu terus pengsan tak sedarkan diri.
5. Sedar sedar I dah ada kat katil operation room. lama juga I tunggu nurse wad datang nak ambil. Dalam 1 jam lebih. I pun mana nak sedar. Mamai kan kena ubat tidur. Tekak perit. Nak telan air liur pun susah. Nak cakap terima kasih kat nurse pun tak boleh.
6. Nurse wad pun sampai nak ambil I. Tukar katil lagi. Abang nurse siap pegangkan selimut nak jaga aurat I. Ye lah seksi kan pakai baju putih operation tu.
7. Sampai wad nampak husband tunggu dekat luar. ;(
8. Alih lagi ke katil wad. Berapa banyak peralihan daaaaa. hehehehehhe

Dah settle semua. Pendek kata, cuci cuci ni tak adalah sakit sangat. Ngilu kejap je. Then okay boleh berjalan bergerak. Doktor suruh pantanglah makan ikan haruan semua nak bagi pulih rahim.

Tak apa, ada hikmahnya ni. Boleh pergi Korea. Nak tunggu masuk rumah baru betul betul kot baru dapat baby.

Untuk yang bertanya, Alhamdulillah. Im okay. I kan kuat. Thanks. Terharu bila strangers, cousin dan kawan kawan yang jauh ambil berat. Tanya kat whatsapp pun dah boleh buat I senyum.

Okay kita tunggul third Baby A ya.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...