Posts

Showing posts from April, 2010

Me as a Receptionist

Image
Siapa cakap kerja I tak best? Bestt woooo tambah-tambah lagi kalau kita dapat bercamwhoring sorang-sorang tanpa rasa segan silu sebab takut nanti rakan sekerja usha pelik-lepas tu tak dapat nak buat muka baget comel segala.


Dan yes I baru je buat kad Padini membership hari tu semata-mata nak dapatkan diskaun untuk baju Apek. Semata-mata! Semata-mata! Kalau tak memang sampai ke sudah I tak buat kad ni weyh. Tapi memang berbaloi ahh sebab.........

Sebab dapat voucher. Ehh tapi tak nampak laks berapa kan??kan??
Takpe! I dah tangkap banyak picture I pegang prop tu. Ecececeh! Baget je prop kan padahal kupon Pesta Ria MGS je. Ehh tak! Tak! ITS REALLY A COUPON yang kau boleh guna kat mana-mana outlet Padini.



Ok! Memang! KEPOYOAN MEMANG DAH TERBUKTI DENGAN KETARA!Padahal RM10 je weyh. Nampak sangat beria. Caittt!

OK! Segmen seterusnya I nak tunjuk tempat duduk I kat ofis. Kowang jangan nak jeles sangat ehh??



Ni meja I dari pandangan sisi belah kiri. Amacam? Besar tak? Tu untuk I sorang tu weyh!…

Beauty Routine yang boleh menjahanamkan kulit korang

Memang taklah kan kalau nak fikir pasal layak. Kalau fikir untuk kepentingan diri sendiri boleh. Benda ni I jumpa kat paper NST hari ni. Uishh I suka kalau bab-bab kecantikan ni walaupun diri tak cantik.

Ada 6 benda yang kita selalu buat kat muka kita yang boleh buat muka kita ni lagi teruk. Contoh mak ko cakap, "Haa tempek tahi kat muka leh buat muka licin". Uishh aje beno mak tempek tahi boleh licin kulit muka ni, tah-tah lagi busuk. Ye lah kalau dah buat tiap-tiap hari kan. Eeuuuwww!~


1) Korang Melebih-lebih
Jangan lebih-lebih nak buat pengelupasan kulit. Yes! Memang boleh kupas kupas kulit tapi budget-budget sikit. APA KO INGAT KULIT TELUR? Ok! Kenapa tak boleh? Sebab nanti kan kulit korang kan cepat kedut mak kita cakap. Haa betul! Dia cakap kan memang bagus pakai produk pengelupasan kulit ni sebab dia boleh hilangkan sel-sel mati tapi jangan selalu dia cakap. Nanti kan..nanti kan...(cakap sambil putus-putuskan nafas) kulit kita kedut cepat sebab dah hilang kelembapan semu…

I MEMANG GILA KASUT!! Korang nak beli kasut tak?

Image
Apehal tah header buruk beno! Takpe nanti I tukar ok! Jangan geli-geli tengok gambar I besar besar bukan setakat muka je besar, lengan pun besar. Sedar! I sedar diri ni siapa maka kena tukar cepat-cepat header tu! Dah sedar diri tapi gatal gi letak. Boleh macam tu?



PEREMPUAN! Wahai perempuan-perempuan! Tah apehal I nak taip perkataan perempuan.


Haaa kat sidebar I ada tulis I nak 30pairs of shoes kan sampai Ejam buat tanda soal banyak banyak macam pelik I nak 30pairs shoes. Weyh nasib baik I tak tulis 365 pairs of shoes. Sehari satu. Boleh? Maka impian dah nak tercapai. Tak cakap dah tercapai tapi NAK TERCAPAI DAH!Pergh ada gaya ayat pasif ditukar menjadi aktif tak?





Haa kau tengok! Kau tengok langsir aku tu? Dah macam langsir kat kampung Cik Kiah dah. Memang semangat kampung betul! Ini je koleksi kasut yang dapat kumpul buat masa sekarang. Uishh masih jauh cita-cita nak capai 30 pasang tu. Lepas 30 pasang up lagi jadi 60 pasang laks. Bukan setakat kena beli kasut, dengan rak-rak sekali ke…

Buruk siku betul mak I ni

Image
Hari ni di pagi hari yang hening waktu I tengah bersiap nak pergi kerja tapi tak dapat bersiap dengan cepat sebab my parents dok bersembang dengan I. Duduk bersembang sambil makan karipap memang heaven tambah-tambah sembang dengan mak bapak sendiri. Tapi yang tak heavennya bila my mum menyuarakan suara dia yang dia nak kereta I. AMBOI! HAMIK KO HEAVEN HEAVEN MAKAN KARIPAP DENGAN PERGI KERJA LAMBATNYA SEKALI MAK KO CAKAP NAK AMBIL BALIK KERETA KO! Imacam "OOoohh Ok!silakan!" lepas tu sambung makan karipap balik. Mak I dah tak nak pakai kereta lama buruk dia tu asyik rosak je dia rimas maka dia nak ambil kereta I yang bapa I belikan untuk I tu. Kenapa tak ambil je kereta waja adik I tu? Adihhh!!
Tapi tak apa, hati kena redha sebab anak kan. Haa sebab redha punya pasal mak I cakap, "Akak gi survey kereta mana akak nak lepas tu cakap kat ayah downpayment segala berapa". TENGOK KEBAIKAN REDHA! Maka lepas ni kalau mak bapa marah ke apa kena redha je tau.

SELAMAT TINGGAL WI…

Berita gempar untuk orang Ipoh

Tak tahulah gempar ke tak kan tapi hari tu I baru keluar dengan kawan I dia cakap si Tipah dah meninggal dunia. Ok! Finelah tak gempar lahh kot bagi korang tapi sangat gempar bagi I sebab I baru tahu. Bin Arab punya Apek, dia tahu tapi tak bagi tahu I. Cis! Haaa, Bin Arab tu bahasa carutan I. Haaa nampak sopan tak instead of guna babi gampang tu semua.

OK! Siapa tipah ni? Maybe ada sesetengah orang macam agak blur-blur lagi kan. Siapa layan Mastika? Haaa Mastika ada cerita pasal si Tipah ni baru-baru ni. I tak bacalah tapi kawan I yang cakap dia ada masuk Mastika. Uishh gila feymes. Tipah ni dia kurang waras. Dia sangat feymes di Ipoh kalah Scha Al Yahya. Kalau Scha dengan Tipah ni ada bersama mesti orang pandang Tipah tak pandang Scha. Banyak sangat cerita pasal Tipah ni. Dia suka pau orang. Dia tak mainlah sengget sengget ni dia main Rm5 ke atas ok! Dia kurus, rambut serabut, perempuan dan selalu jalan kaki atau naik bas gunung rapat(typical orang gila appearance). Selalu berkeliara…

Apa yang laki rasa perempuan tak perlu pakai

Image
Mengikut pembacaan I dalam magazine CLEO, dieowang adalah kan interview 50 orang lelaki ni and salah satu soalan feberet I yang dieowang tanya kat lelal-lelaki auwww so hot ni yang konon most eligible bachelors ni ialah




"A MAKEUP TOOL YOU THINK WOMEN CAN DO WITHOUT............................."

Haaa kalau tak ada tulis make up tu kompem cakap perempuan tak yah pakai baju kan? Uishh tak semenggah betul..

Dan di sini I akan list outlah kan apa yang dieowang rasa perempuan tak perlu pakai

1) Coloured Contacts= I 2) Comb=I 3) Glittery Eyeshadow=I 4)Foundation=IIIII 5) Blusher=II
6) Red Lipstick=IIIII
7) False Eyelashes=IIII
8) Lipstick=III 9) Tweezers=I 10) Face Glitter=I 11) Compact Powder=I 12) Hair Curler=I 13) Hair Straightener=I 14) Multi coloured Eyeshadow=I 15) Mascara=II 16) Blotting Papers=I 17) Lipgloss=I 18) Hairspray=I 19) All of it=I
Dan di sini I nak umumkan pemenangnya ialah Foundation dan Lipstick Merah. Kedudukan Seri ya seperti yang kita dapat lihat di atas. Heemm nak check diri sen…

Dating je tahu!

Image
Sayangnya jejaka busuk ini!
Cerita dah lama sebenarnya, dah nak hujung bulan pun. Hujung bulan lepas, kalau tak silap I, 27/3/10 kiterowang pi KL lah kan seperti biasa untuk merasa mall lain selain Jusco dan Ipoh Parade. Tujuan utama nak pergi makan MEATBALL kat IKEA. Sengal tak sengal? Gila sanggup perabih duit semata-mata nak makan Meatball yang korang selalu uwar-uwarkan kat dalam belog tentang kesedapannya hingga menjilat satu pinggan. Tengok sekarang I dah sangap! Ye lah nak pergi KL dah bazir rm50, naik teksi ngan LRT lagi dah berapa ringgit uang uang dah dileburkan. UISHH SEMATA-MATA, SEMATA-MATA!
Ohh meatball aku merindui kesedapan daging kau yang meresap ke seluruh lidahku.
OK!JAKUN KAN? MANA TAK JAKUN WEYH! FIRST TIME WEYH! ALAH TAK YAH NAK PANDANG PELIK EHH..KAT IPOH KAN TAK ADA IKEA SO KOWANG KENALAH CONSIDER SIKIT KEJAKUNAN I YANG NAK HEBOH SATU KAMPUNG I DAH MERASA PENANGAN MEATBALL NI! TAPI PUNYA PAYAH NAK CARI TEMPAT DUDUK, MACAM NAK JE CAKAP "EEE KAU BELAH LAH DAH M…

Pengalaman 1 jam di kampung ORIGINAL punya!

Image
Nak dijadikan cerita, ehh bukanlah nak dijadikan tapi betul-betul terjadi. Lepas I ambil Apek dari tempat kerja dia, I teruslah hantar dia balik rumah sebab kan ke satu jalan je tempat kerja dia dengan I so kiterowang kongsi je kereta mengikut saranan kerajaan. Jimat minyak, kurang pencemaran.Kiterowang siap berkelah dalam kereta depan rumah Apek sambil makan pisang goreng panas punya. Terbaik woooo! Dari darjah tingkatan 4 lagi dah start beli kat Atuk Goreng Pisang tu. Disenangkan cerita waktu I dengan Apek mula-mula bercinta dululah. Euuuwwww! CAM GELI JE NAK ISYTIHARKAN DIRI SEDANG BERCINTA KAN!

Lepas dah ngap ngup ngap ngup ngap pisang goreng cicah sos sampai licin maka terdetiklah niat hati suci ni nak bawa Apek pergi balik kampung dia untuk melawat atuk dia yang gering. HAA KAU TENGOK KERABAT TAK KERABATLAH INSTEAD GUNA SAKIT GUNA GERING! Apek pun macam percaya tak percaya sambil buat mata terkebil-kebil(kau ingat comel), tanyalah dekat I,

"Ehh u betul ke ni? Tak penat ke u? …

Selamatkah E-Bay?

Hai geng. EHH KO TAK MALU KE NAK IHTIHARKAN DIRI SENDIRI BERGENGGON DENGAN ORANG LAIN?

Oklah fine! Hai whatever!!!!!!!!!!! Gila banyak I nak update tapi camera I selalu menjadi camera orang lain maka memang tak adalah kan gambar yang dapat I tempek dekat sini. Makanya, kenalah I berusaha beli camera lagi satu untuk diri sendiri bukan untuk dihakmilikkan kepada orang lain. Adehhh!! Dahlah handphone cabok, tak ada camera apatah lagi 3G mahupun 2G.

Dengan Dacebook<=see ini dah kali ke-2 ni I nak tekan F tapi tertekan D. Haa punyalah marah I dengan Facebook sebab asal I nak upload pic je dia fail lepas tu upload-fail-upload-fail-upload-fail sampailah I tertidur.

Dah malas nak layan Facebook, I bukalah E-Bay. Sumpah teringin nok nak beli barang kat situ(murah bai!!)tapi satu je ayat yang tengah berlegar-legar(bukan ruang legar ok tapi legar yang jalan-jalan) kat dalam kepala I ni.

1)ADAKAH MEMBELI BARANGAN DI E-BAY SELAMAT?
2) Adakah kalau I beli barang dekat E-bay dia tak songlap duit I lep…

Taiping Central

Semalam I jalan-jalan dengan Apek dekat taiping. Untuk apa? Satu tujuan! Untuk singgah bridal fair dekat sana. Aip! Aip! Jangan nak pikir lain. Bukan nak kahwinlah tapi saja nak tukar angin. Ok jugalah kedai-kedai kat sana. Tak mahal. Pelamin ada yang boleh dapat RM700 je ok.
HAA MANA NAK DAPAT WEYH SEKARANG NI PELAMIN RM7 EHH KE RM700.
Paling busuk mesti dieowang ketuk sampai rm2000. So siapa-siapa yang cadang nak kahwin tu kan bukan yang baget macam nak kahwin tapi lagi 3-4tahun, OK INI TAK ADIL SEBAB MENGATA DIRI SENDIRI, haaa bolehlah pergi pameran pengantin tu dekat Taiping Central. Tapi I laambat bagitahulah sebab dia sampai 14hb April ni je.

Gagah jugalah walaupun penat

Apa yang beza? Apa yang beza?
Tu! Tu haa dia belah kanan tu I dah buat satu belog baru untuk campak beloglist I. Rimas ehh, sesak ada kat sini. Dah lama sangat nak buat tapi hari ni baru tercapai sikit. Kenapa sikit? Sebab tak larat nak buka belog satu satu untuk campak dengan belog baru tu. I baru buat untuk orang yang duduk Ipoh dulu. Uishh sayang beno I kat ipoh nooo! Ada rasa ringan sikit tak belog I?

Dilema seorang murid menempuhi UPSR satu hari nanti

Semalam adik kecil I yang comel(ee kembang hidung kalau baca ni) tunjuklah paper Matematik dia dekat I. Gagah je ni cakap FAIL!! Mata I dah merah dah, bukan nak join dia nangis sekali sebab fail tapi faham-faham je lah kan. Baget tengah marah padahal dalam hati kewl je. Ye lah dah penat ajar siap buat jadual waktu yang comel lagi untuk si adik kesayangan takkan boleh fail kan. Sekali alhamdulillah dapat juga A. 90%!!! Tahi dia menipu aku, nasib baik I tak ambil tong air panas cuak dekat dia. Oklah tu. Paper 2 soalan terakhir silap baca je. Bak kata pendek, careless mistake. Ecececehh!! Selama ni asyik dapat B je, at last dapat juga A. Ni mesti sebab I dah janji nak belikan dia CD Platinum Lady Gaga. ORIGINAL pula tu. Kalau cetak rompak kan tak rugi duit. Pandai ko yer nok pilih yang original.

Ok! Dah lepaslah kan cerita pasal kertas Matematik. Ni haa mak nak cerita kertas Sains yer anak-anak. Geram betul I dengan cikgu dia.

KENAPA I GERAM DENGAN CIKGU SAINS DIA? 1) Dia suruh budak-budak …

Menyesal tak dengar tiap-tiap pagi

Image
This entry gonna be super short.
Din Beramboi is one of my favourite local artist. He's bubbly, spontan and superb kelakar ok! But today on 12.30a.m, he's gone leaving us who is still alive behind. Ni apahal aku cakap orang putih tiba-tiba. Arghh aku nak berbahasa melayu pula.

Pemergian dia memang buat I terasa sangat. I start kenal dia dalam rancangan Apa-Apa Aje lepas tu baru dia masuk ERA. Eeee I menyesal tak dengar Radio Era pagi-pagi. Menyesal gila ok! Kalau tak dulu pagi-pagi I mesti dengar. Sanggup tu dengar online sebab kat tempat kerja I tak ada radio lepas tu I pergi kerja naik motor. Sekarang ni sejak dah tukar tempat kerja, I dah tak dengar pun Din Beramboi merepek pagi-pagi sedangkan I naik kereta. Sedihnya! Dah setahun dah I tak dengar ERA, asyik dengar Hitz je. Sekarang dah tak guna menyesal, kalau nak dengar ERA balik pun tak guna sebab dia dah tak ada. Ini baru stranger I dah terasa sebak gila, agaknya kalau ibu dan ayah kesayangan I pergi macam manalah I nak ha…

Tak ada kerja mari sini saya kasi kerja

Image
Mari! Mari! Mari!
Gaji lumayan punya. Paksu I tengah mencari seorang pengasuh yang berjaya, baik hati dan penyayang. Kalau cantik atau hensem itu satu bonus ya ibu-ibu dan bapak-bapak di luar sana. Tak payah melalui temuduga terus I bagi kerja tu. Ehh bukan I tapi paksu I ya. Ehh tak adalah main-main je. Kan ke I dah kata itu satu bonus je. Hehehehe! Anak-anak paksu I seriusly comel gila. Pipi temban, mata bulat bak kata pendek completelah! Nak jaga pun tak bohsan. Ye lah sebab dapat menatap muka budak yang comel mata macam mata anime jepun je gayanya.

Ohh pasal gaji tu tak perlu risau. Memandangkan kerja ni senang sahaja dan tak memerlukan baju yang cantik-cantik macam kerja kat ofis ni maka gaji dia sangat berbaloi. RM400!!!!!Kalau anda tak ada tempat tinggal tapi memerlukan tempat untuk tidur lepas tu makanan disediakan 100% maka bolehlah menjadi pembantu rumah sepenuh masa tapi gaji tak adalah banyak mana tapi bolehlah memandangkan tempat tinggal, makanan semua disediakan. Gaji dia …