Monday, April 22, 2013

#TRAVELDIARY - 4D3N Krabi

Hello hello assalamualaikum. Hashtag dekat belog Ainee yang paling digemari ramai. #TRAVELDIARY.

PERINGATAN : SUPER PANJANG. BILA BACA BOLEH MENINGGAL!

So hari Rabu baru-baru ni (10/4/13 - 13/4/13), I dengan Amirul telah menjejakkan kaki ke Krabi, Thailand. Makanya sekarang ni dah boleh dah terangkan apa perbezaan Phuket dengan Krabi. Memang ada beza walaupun satu negara.

Phuket - Banyak pondan, nightlife memang happening, pub bersepah kiri kanan, susah nak cari makanan halal
Krabi - Banyak bangla, nightlife dia lebih ke arah makan makan dan makan, makanan murah yang amat, bersih tempatnya


TIKET KAPAL TERBANG (AIRASIA) : RM230 return untuk 2 orang (RM115 untuk 1 orang)
HOTEL (LANNA BEACH GUESTHOUSE) : RM277
PENGANGKUTAN IPOH KE LCCT (STAR SHUTTLE) : RM84
PENGANGKUTAN DI KRABI : 920BHT (RM96)
MAKAN : 1408BHT (RM147.40)
SOUVENIER + SHOPPING : 1169BHT (RM122.30)
TOUR : 5100BHT (RM533.60)
TOTAL : RM1490.30 for 2 person

Kalau sorang lagilah murah RM745 sahaja. Tapi kami bawak duit belanja kat sana RM1000. Duit semua tukar kat sana. Dan kesemua RM1000 habis kat sana. Kira damage RM1000 lah. Yang I convert convert tu I guna converter live kat google so tak berapa nak accurate sebab lain tempat, money changer rate dia pun lain. Yang accuratenya perbelanjaan kami ialah RM230+RM277+RM84+RM1000 = RM1591.

Nak tukar duit kat Krabi paling tinggi I nampak dia amik dekat CIMB. RM1 = 9.18. Yang lain purata kat sana dalam 8.08 dengan 9.09. Last day baru I nampak kat CIMB paling tinggi. Tak ada rezeki. Duit Malaysia lagi kurang dari duit Thailand. Apa cer? Masa I pergi Phuket tahun lepas dan 2 tahun lepas okay lagi. Still RM1 = 10BHT.

HARI PERTAMA
Bertolak daripada Ipoh naik Star Shuttle kat Bercham pukul 1.30 pagi. Harga tiket RM42 seorang sehala. Sampai LCCT pukul 5.30 pagi. Lagi sejam je boarding gate tutup. Flight pukul 7 pagi. Sampai sana pukul 7 pagi waktu Thailand. AWAL SEJAM YA WAKTU MEREKA DI SANA! Jangan lupa cop boarding pass. Menyampah aku Air Asia sekarang ni. Dulu tak payah pun nak pengesahan pengesahan ni semua. Buatlah sebelum imigresen ke kan.


PERBEZAAN IMIGRESEN PHUKET & KRABI 
Phuket : Muka semua stok nak makan orang. Semua stok ganas. Garang!
Krabi : Lembut je. Siap greet Good Morning Kapunkap tapi tak ada siapa reply. Kesian! Dan habit mereka sebelum mula kerja mesti pekena kopi.

Turun je dari flight, turun-turun akan nampak tiket SHUTTLE BUS belah kanan. Beli tiket bus dekat sini. Biasa dieowang akan offer taxi. Tapi taxi mahal. Sampai RM60 pergi Aonang. Cakap je terus nak naik bus. Kalau ke Krabi Town dia tak turunkan depan hotel tapi kalau kat Aonang dia akan turunkan betul-betul dekat hotel penginapan kita. Super ohsem!

HARGA TIKET BUS KE AONANG : 150BHT (RM16) seorang
AINI + AMIRUL = 300BHT (RM32)

 

Lepas tu check in hotel. Hotel kami terletak 10 minit daripada pantai. Trip kami kali ni tak melibatkan penyewaan kenderaan. Semua jalan kaki je sebab kat Krabi tak ada tempat menarik yang nak dilawati kecuali pantai-pantai. Sangat tenang percutian kali ni.


Perut dah lapar sangat makanya bila dah check in hotel, perlulah cari makanan. Its a restaurant.
HARGA : 200BHT (RM21.10)
MAKAN : Tomyam putih, Ayam Cili Hijau, Redbull (dari 7E.WAJIB kalau singgah Thailand)



AKTIVITI HARI PERTAMA : NAIK GAJAH & PERGI WATERFALL
HARGA PAKEJ : 750BHT (RM79.10) seorang.
AINI + AMIRUL : 1500BHT (RM158.20) untuk 2 orang

Disebabkan ini hari pertama kami maka tak dapatlah nak pergi island hoping sebabnya aktiviti island hoping start pukul 9 pagi. Kami dah terlambat. Dah 9.30 pagi dah time tu. Ingatkan nak water rafting tapi sayang Krabi dah 4-5 bulan tak hujan makanya air sungai pun kering. Water rafting ada 5km je tak ada 9km. Adoii!! Sayang betul. Banyak baca dieowang cakap best gila water rafting 9km. Kalau 5km je tak berbaloi. Tak ada rezeki maka kami pilih naik gajah je. Nak jugak merasa.

Aonang Beach
Nak pakej murah cari tempat ni. Dia dekat dengan bus stop. Betul-betul nak dekat sampai pantai.
Money exchange pulak ada dekat depan tourist information tu. Tinggi jugak dia amik. RM1=9.09BHT.
Waterfall dia tak best sebab tak ada air. Baru cadang-cadang nak mandi. ;(
Boleh bagi gajah makan kulit dia. Jangan buang.
Korang kalau naik gajah jangan lupa bagi gajah kita tu makan tau. Kesian dia penat-penat bawak kita. Hari tu I dah bergenang air mata dah sebab tengok air mata gajah tu. Gajah memang keluarkan air mata ke? Sebab apa eh? Sedih gila. Rasa berdosa gila. Terus tanya Apek, boleh ke naik gajah sebenarnya. KIta ni tak beratlah apalah. Semualah. INGAT! BAGI MAKAN TAU KAT GAJAH KITA!

Lepas tu balik cari makanan ah apa lagi, lapar woo. Then jalan-jalan kat Pantai Aonang and again cari makanan untuk makan malam. Semestinya cari gerai tepi jalan. Murah, rare dan HALAL. Gerai yang kami pergi ni terletak di hujung jalan Pantai Aonang. Jauh jugaklah menapak tapi sangat berbaloi. Untuk korang yang nak pergi tempat dia senang je. Jalan je sampai penghujung jalan kat Pantai Aonang tu.

Pancake Tuna & Pancake Banana Chocolate. 50BHT (RM5.30)
50BHT
10BHT each
Percaya tak harga dia 20BHT sahaja. Isi ayam tebal gila. Rangup dan pastinya super sedap.
Serius kat deretan ni korang kena minum air tembikai dia. Fresh dan sangat sedap.
40BHT
80BHT

HARI KEDUA

AKTIVITI HARI KEDUA : PHI PHI ISLAND TOUR
BAYARAN : 1000BHT (RM105.60) per person including lunch by speedboat
AINI + AMIRUL : 2000BHT (RM211.20)
ITINERARY :
8.45am - 9am : Pickup from hotel
Bamboo Island -Lepak lepak kat pantai. 45 minit.
Viking Cave - Ya Allah. Cantik sangat air dia tapi berhenti tak sampai 5 minit. Teruk gila. Part ni tak best sebab kejap sangat. Boat lain yang sampai dulu pun tak gerak gerak lagi kami dah gerak.
Lohsamah Bay - Snorkelling
Pileh Bay - Stop dan lelepak sikit
Maya Bay - Serius tempat ni cantik sangat. Cantik sangat sangat sangat. U should explore. 45 minit jugak masa kat sini.
Monkey Beach - Again snorkelling
Phi Phi Don - Berhenti lunch. Sini lama sikit. Phi Phi Island ni ada banyak kedai dan super besar.
Lepas tu ada satu tempat ni tak ingat nama tapi scenery memang cantik sangat sangat sangat. Ada boat tu siap berhenti lagi tapi boat kami ni jalan je kerjanya. Pfft!! I ada masukkan gambar. Memang cantik.

NASIHAT : Sila pilih speedboat kalau tak keras bontot kome. Duduk kat belah hadapan boat tak pun tepi boat sebab nanti bila dia berhenti boleh berdiri kat atas kerusi tu. Kalau duduk tengah tak merasa nak intai-intai. Atau kalau tahan nak sedut bau enjin bolehlah duduk belakang sekali.



Selesai island hoping macam biasa cari makan ahhhh kat Aonang tu haaa.

Pancake Honey. 260BHT. Tak berapa sedap. Chocolate Banana jugak winner.
Gerai tuk tuk - jual kerabu mangga & bubur.
Kerabu mangga - 50BHT. Bihun sup itik - 50BHT. Stik ayam - 20BHT. Cucuk-cucuk - 30BHT

HARI KETIGA
AKTIVITI HARI KETIGA : 4 ISLANDS
BAYARAN  : 850BHT (RM90) seorang
AINI + AMIRUL : 1700BHT (RM180)
ITERNARY :
9am - pickup from hotel
Phranang Cave - okay kat sini kita akan melawat gua. Gua tu sangat lucah sebab ada banyak totet laki. Dia adalah dia punya legend story. Nak tahu lebih lanjut sila google. Kami tak duduk pun kat gua tu. Kami jalan-jalan kat sekitar situ. Pasir halus sangat. BEST! Dia ada dia punya view point tapi kena panjat. Tinggi. Kami pulak tak ada selipar macam mana nak panjat gunung tu maka hasrat terpaksalah dilupakan.
Chicken Island - Berhenti untuk tangkap gambar. Lepas tu snorkelling kat bahagian belakang island tu.
Poda Island - Lepak tepi pantai. Feymes dengan batu seketul dia tu.
Tup Island - Makan lunch. Sedap sangat. Lepas tu dibawa ke island yang dihubungkan dengan jalan pasir. Kalau air pasang tak nampak tapi kalau air surut boleh nampak satu pulau tu link between each other. Kat sini tak payah snorkelling pun boleh nampak ikan. Ombak dia bertemu antara satu sama lain. 

KOMEN : Sangat best sebab kami dapat tour guide yang sangat sangat sangat best. Nama dia Abdul Wafi. Orang Islam Thailand. Serius sesuatu tour tu bergantung pada yang membawanya. Kalau tour guide tu best maka pergi 4 pulau je tak payah sampai 8 pulau pun boleh terpahat memori tu dalam kepala sebab rasa semua ahli dalam boat tu macam family.

TIPS : Island ni tak jauh pun. Cuba tengok peta. Maka kalau nak jimat boleh naik long tail boat. Tak payah speedboat pun tak apa. Long tail boat rasanya dalam 400BHT dah boleh dapat.

Bus dieowang siap ada kipas gerak gerak tu. Tengoklah lampu dia. Pergh! Rare gila.

TIPS : Masukkan roti dalam botol bagi roti lambat habis. Tapi jangan buat macam ni dekat Chicken Island sebab ikan dia memang banyak gila silap silap ikan tu gigit korang. Cuba bagi roti daripada atas boat.

Landak laut. Salah satu haiwan laut yang beracun dan boleh membawa maut. Best gila tourist guide tu menyelam lepas tu dia bawak naik atas. Siapa berani cuba pegang dipersilakan. Dia akan ajar macam mana tak nak bagi kena duri dia.I punya cuba cubalah. Best kot! Such an experience.
Long Tail Boat


On the way balik ni, kami ada jumpa banyak sangat gerai orang Islam tepi jalan. Nak tahu dekat mana boleh dapat banyak makanan Islam? Dekat Noppharat Thara Road. Kalau nak jalan kaki dari Aonang memang patahlah kaki. Kalau korang bernasib baik, balik je dari Island Hoping dia akan berhentikan dekat satu pulau lain bolehlah explore kat sana then cakap kat dia nak balik sendiri. At least jimat duit nak pergi sana. Dan ianya lagi murah daripada Aonang. Pancake pun murah.

Lepas je dah berisland hoping kami pun bersiap siap nak cari tiket bus nak balik esok. Lepas tu terus ke Krabi Night Market yang konon feymes sangat tu. =D

Tiket bus dari Aonang ke airport ialah 200BHT (RM22) seorang. Dua orang total 400BHT (RM44). Still jimat sebab kalau naik taxi dia akan charge 600BHT (RM64). Paling awal ada pukul 5.30 pagi. Flight kami pukul 7 pagi. Jangan risau. Sempat punya. Kat airport ada surau boleh solat Subuh di sana.


Kedai beli tiket bus terletak di hadapan Mcd

The bus stop. 50BHT (RM5.30) from Aonang to Krabi. From Krabi to Aonang 60BHT (RM6.40). Tunggu je dekat bus stop tu, nanti akan ada satu songhtaeow putih akan datang ambil kita. Jangan terkejut dia akan sumbat je penumpang selagi mahu. I sempat berkenalan dengan couple from Singapore. Kesian husband dia kena berdiri dekat belakang tu haaa. Gila betul taxi kat sini. Kelakar pun ada.



THE KRABI NIGHT MARKET (FRIDAY - SUNDAY)
- tak banyak choice untuk makanan halal
- harga baju bolehlah dapat 100BHT (RM11)
- souvenir pun boleh dapat murah
- disebabkan pergi night market ni, duit kami pun habis maka tak dapat nak merasa urutan si mamat dan minah Krabi. Cucuk duit kat bank pun tak boleh sebab tak bagitau bank kita nak gi Krabi. Lepas ni make sure kalau nak pergi luar negara sila bagitahu bank supaya bila dah desperate cash dah habis boleh pergi cucuk. Hikmahnya ialah kami tak overspend. =)
- nak choice makanan muslim ialah dekat pantai nga rot pha yang I cakap tu. Atas sikit dari Aonang.


Lepas balik dengan kekecewaan daripada Krabi Night Market sebab tak ada apa-apa yang best, kami cepat cepat cari gerai roda tiga nak beli Duck Noodle Soup. Korang kena try. Sedap wooo. 50BHT (RM5.40). Yang pasti HALAL. Boleh cari di sepanjang gerai gerai Aonang tu. Waktu kami nak beli, brother ni dah gerak dah. Kami dua-dua jerit, "BANG! BANG!". Amboih! Dah macam kat Malaysia. Nasib baik dia tengok belakang and berhenti. Rupanya esok dieowang punya Perayaan Tahun Baru. Songkla namanya. Maka kebanyakan gerai pun tutup awal hari ni termasuklah gerai tepi jalan yang kami selalu pergi tu. Inilah last dinner kami di Krabi sebab esok subuh dah nak berangkat pulang dah.


Postcard for us and for my lil sister. Tapi sampai sekarang tak dapat dapat apa cer entah. Sudahlah malang souvenir tertinggal kat hotel. Balik Ipoh baru perasan. Harapnya postcard ni tibalah dengan selamat hoiii. Fridge magnet pun tak ada. Haishh sedih..





HARI KEEMPAT
Naik bus ke airport dan pulang dengan selamat. Sejam je dari Krabi ke LCCT.

Krabi Aiport
Terminal menunggu. Mengantuk I tunggu pintu ni bukak sampai memang tidur betul betullah.

Kalau betul betul nak snorkelling, Thailand memang tak boleh beat Malaysia. Bali pun. Malaysia is the best weyh!! Sila bangga wahai rakyat Malaysia yang sukakan pulau. Redang lagi best. Tunku Abdul rahman marine park kat Sabah pun champion. Ikan dia kat sini sama je. Coral pun mati. Phuket is better. Tapi air dia memang menggundang ketabahan jiwa. Cantik sangat! Okay itu boleh beat. Hihihihihi!

WAJIB MAKAN
- Tomyam putih
- Tomyam merah
- Air Tembikai
- Kopi Ais
- Duck Noodle
- Kerabu Mangga
- Meatball
- Banana Chocolate Pancake
- Ayam Panggang
- Pad Thai
- Nasi Lanta
- Laksa Thai

Kat sini kalau nak massage pun murah gila. RM20 je untuk urutan biasa selama sejam.Dan redbull yang berjaya kami beli untuk trip kali ni adalah sebanyak 20 botol. Duduk sini boleh kencing manis wooo sebab kami batak tengok Redbull murah. RM1.30 je sebotol.


P/S :Next travel is JAKARTA & BANDUNG (September 2013) and okay ini yang paling excited. HELLO KOREA SELATAN on APRIL 2014.

18 comments:

zarifahmr said...

best gilaaa. tapi tak banyak gambar kat pantai hehe.

gila berani kau pegang landak laut tu. aku kalau tengah snorkelling pun takut takut kalau terpijak. salute.

Ainee Cumi said...

BIKPAH : Ate tak pegang kamera sangat noxxx.

Salute kan dekat I kan? Husband I pun tak berani pegang hokayy. Kalau lipas ye lah aku takut. Landak ni aku anggap macam Huda punya Joni je.

zarifahmr said...

hekelehh geli lipas hekelehhh haha kbai

Ames said...

Babe you have booked tickets to korea already? how much? my next trip will be to korea also but i have yet to book my tickets.

Ainee Cumi said...

AMES: Jom FB!

chimidama said...

Dear...best betul!

I baru nak pergi. hopefully xhujan. Takut sgt..

I have few questions actually.. yang naik gajah tu kan, start pukul berapa sampai pukul berapa ea?

Ainee Cumi said...

CHIMIDAMA : Wahh nak pergi?? Bestnya! U akan rindu Krabi lepas u balik. Serius!

Yang naik gajah tu petang pun ada. Pukul 1 tak silap I ke pukul 2. Pagi pun ada. Pukul 9 pagi. Kalau aktiviti pagi semua akan start pukul 9 dear. Van/bus akan ambil dalam 8.30 - 8.45 pagi.

Enjoy babe.

Ada apa apa nak tanya lagi bolehlah sembang dekat aineejohari@yahoo.com

=))

zaki said...

I nak pergi Krabi selasa ni.. Apa nama travel agency yg u ambik untuk pakej 4 island tur? Dia provide makanan halal kan?

zaki said...

I nak pergi krabi selasa ni, apa nama travel agency yg u pergi trip 4 island tu?dia sediaka makanan halal kan?

Ainee Cumi said...

ZAKI : Makanan halal. Travel agency tu tak pasti nama dia tapi I ada letak dalam belog I the direction. Tour yang sama dengan 8 island tu. =) Have fun in Krabi, dude.

SYAFIQ SHAHARUDDIN said...

ohsemmmm

msmilo said...

Salam there.

Nak tnya pasal shuttle bus tu kan .. nnt kita kena tunjuk alamat hotel kita tu eh utk dia drop kat dpn hotel :)

Ainee Cumi said...

MSMILO : Ha a.

cujern said...

hello dear, i'm going to krabi end of september ni..

so ada beberapa soalan nak tanya since u dah pergi sana kan..

my flight ke krabi awal dalam kul 7 camtu..
so, agak2 kul bape dah boleh sampai hotel?
and possible tak if i nak buat aktiviti on the first day tu?

plannya nak wat elephant treking tu sume on first day...or kalau ada rezeki nak wat water rafting skali..

biasanya aktiviti ni diorg start kul bape eh?

kalau pulau2 tu mmg nak pegi on 2nd day..

thanks in advanced

cujern@gmail.com

Ainee Cumi said...

hi cujen. sori i tak perasan your message. kenapa tak email i?? kalau flight smpai pukul 7 mmg sempat sgt nak naik gajah semua on thatsl same day. silap silap jk snorkelling pun bisa. kalau ktiviti gajah tu pagi ada ptg pun ada yapi island hoping sekua start pukul 9 pagi

Anonymous said...

Salam..nk tny,u olls g KRABI dgn travel ke sndri2 ek?

Ainee Cumi said...

ANONYMOUS: Ha a semua sendiri. Sampai sana baru beli pakej sendiri. Cheap cheap.

Anonymous said...

salam. saya bcdg nk ke krabi ni end of june bfore ramadhan mcmtu. hotel check in is at 1400. agkagk byk tak activities boleh buat on 1st day?

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...