Friday, March 30, 2012

Hormon turun

Yeah! Hari ni pergi hospital. Hormon dari 200 ribu lebih dah turun jadi 60 ribu lepas tu sekarang dah turun ke 500 lebih. Banyak lagi ni nak kena turun. Kena turunkan sampai 5. Nampaknya kena makan makanan yang boleh tambah darah banyak banyak sebab tiap tiap 2 minggu kena amik darah. Sakit tau tapi tak apa, saya kan kuat. Heeee. =D

Wednesday, March 28, 2012

Love Letter

Dear Mr. Husband,

In just a blink our marriage have reach ze 5 months. Gyeah! Still new, still fresh but my love and happiness keep on increasing when I'm with you. I would love to see it reach ze 50 years plus plus anniversary so I can see what/where is the limit of my love to you.

We are different in every single way. Of course we are different in terms of gender but what I mean is our hobby, our interest, our favorite, our attitude and how we think. Very very different. But hello! Jingsaw puzzle cannot be match if they have the same pattern right? And yeah, that is what we both are. You complete my missing part dear jingsaw puzzle of mine. I will never stop loving you.

HAPPY 5 MONTHS ANNIVERSARY, B!




Love,
Your 5 months wife

Wednesday, March 21, 2012

My Sayang.



Jejak jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat selalu di hatiku

Lirik lagu Indah Dewi pertiwi-Di Atas Satu Cinta

Terima kasih Allah untuk hadiah yang terindah dan tidak ternilai ini dalam hidupku. Cukup sempurna sifatnya. Alhamdulillah. T___T

P/S: You'll never know baby boo how much I love you.. I miss u even more when I'm not working (MC 2 weeks) coz I will keep on looking at ze clock waiting ze finger to point at ze number twelve and six so that I can hug u tighly like there's no tomorrow when u come back home. So please be home PUNCTUAL!

Monday, March 19, 2012

Junior dah pergi syurga..

Mood: Ok. Tenang. Happy. Enjoying life.

Ada ramai lagi yang tak tahu yang I've been diagnosis of MOLAR PREGNANCY on 14 March 2012. Ok what is Molar Pregnancy?? Dalam bahasa melayunya panggil Kandungan Anggur. Bila terima berita tu rasa macam kilat sambar menyambar je kat belakang lepas tu hujan pun turun dengan lebatnya. Tapi I dengan Apek kuat. Kiterowang tak adalah nak emosi ke apa depan doktor tu. Yeah! We both were very very strong. Mungkin tak ada rezeki lagi. Tak apa, Allah dah tentukan yang terbaik untuk hama-hambaNya. So chill bebeh. Banyakkan berdoa. Lagipun perjalanan hidup Apek dengan I masih panjang. Plan lepas ni berjalan-jalan sakanlah. Makan makanan yang tak pernah makan lagi. Insyallah plan enivesari bulan depan nak celebrate dekat tempat Apek proposed I dulu. CAMERON HIGHLANDS bebeh. I miss the weather. The tea. The strawberry.

By the way, I tak boleh pregnant untuk masa setahun atas nasihat doktor. So janganlah tanya tanya dah berisi ke. Ada baby ke. Bila lagi semua. Itupun maybe lebih. Maybe 2 tahun untuk keselamatan. We'll see what Allah have arrange for us. ^_^

Kandungan anggur ni lain sikit kesnya daripada keguguran. Kalau gugur dia ada janin tapi yang ada dalam perut I hanya buih buih je bila doktor scan. Tapi simpton simpton mengandung memang ada. And serius memang teruk gila I muntah. Pening tak payah cakaplah. Semua jadi masa I pergi Phuket dan 2 minggu lepas tu I keep on pening and muntah. Ingatkan sebab jalan pergi Phuket tu macam jalan Cameron Highlands sebab tu I pening pening tapi rupanya baby I tak menjadi.

13 March which is hari Selasa Apek dengan I ambil cuti untuk buat booking kat klinik kesihatan untuk buat buku pink. Doktor scan tak nampak lepas tu doktor suruh refer dekat hospital besar. Esoknya pergilah HB dengan Apek dan kakak ipar kesayanganku, Kak Ida. Nasib baik ada Kak Jie. Kak Jie ni kakak sedara Apek, pakar sakit puan kat situ. So senanglah sikit prosudernya. Kak Jie check check pun tak nampak baby. Nampak buih buih je so terus Kak Jie suruh admit ke ward. Esoknya terus buat suction. Sedut semua sel sel kandungan anggur tu. Sel sel tu bahaya sangat. Dia boleh tebuk dinding rahim kita and menjadi cancer. Tapi proses suction tu banyak risiko dia yang buatkan I sangatlah risau tapi I kan kuat of courselah boleh overcome. Salah satu risikonya sel sel anggur tu tak disedut habis then kena buat suction lagi sekali. Alhamdulillah Doktor Raihan berjaya sedut semuanya. GOOD JOB DOCTOR! Kalau I terlambat jumpa doktor lagi seminggu, I akan tumpah darah dengan banyaknya. Lucky me benda ni dapat dikesan dengan awal. Sel-sel kehamilan anggur ni berpotensi jadi kanser rahim Chorio Carcinoma tu yang kena sedut habis tu and thats why I kena pantau hormon I. Kena pergi hospital selalu untuk check darah I. Cherck hormon I masih tinggi ke tak kalau I mengandung sedangkan sel sel anggur tu masih ada dalam rahim I dia akan bawa bahaya untuk I dengan kandungan I nanti so better prevent sebelum terjadi. Bayangkan hormon I sampai 190ribu ke 150 ribu ke 120ribu but for sure memang ratus ribu so kena turunkan horman BHCG tu jadi 5. Rahim I pun lembut sangat sekarang ni.

So sekarang ni I MC 2 minggu and tengah berpantang. Tak adalah pantang heavy sangat tapi tak bolehlah nak makan benda pedas pedas ke tajam tajam ke. Apek sangat menjaga I. Mak I kalau masak pun sampai tanyalah, "Apek, ikan patin masak tempoyak boleh makan?". Comel betul. Sepanjang I dekat hospital tu my husband sangat menjaga I. Boss dia pun memahami bagi dia cuti untuk jaga I. Kakak ipar I lagilah buat I terharu. Sarat mengandung pun still melawat I. Naik tangga untuk pergi ward. Tunggu I sampai habis operation. Achik pun. Abang pun. Mama pun. Ibu pun. Semualah. Sangat terharu.

So for this time being I nak announce NO JUNIOR ANYMORE. NOT YET! TIME WILL COME SOON. Give me 1 year break okay. I tak nak orang tertanya-tanya thats why I bagitahu benda ni. ^___^

Me?? Im okay. Apek? Apek pun ok. We both selalu fikir positif. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Doakan kesihatan I je supaya I tak adalah kena penyakit penyakit lain ke apa. We're so happy with our life. Jangan risau. I boleh overcome benda benda macam ni. Bagi I, dugaan ni kecil je. Ada orang dugaan dia lagilah hebat. Perjalanan hidup I dengan Apek masih panjang. I pun tengah nak sambung degree sekarang. So far, ekonomi I dengan Apek teguh. Mungkin Allah tak nak I penat sangat ke bila pergi kelas dan bawa perut lagi. Siapa kita untuk tahu apa yang Dia dah rancang kan?? Be happy and think positive.

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...