Monday, May 28, 2012

Budget & Tips ke Pulau Redang, Terengganu

Assalamualaikum semua.

Ok! Macam mana nak pergi Pulau Redang? Berapa kos dia? Sana cantik tak? Hotel macam mana? Blablabla.


1. SURVEY HOTEL AND BOOK IT YAWW!

Ours!
Ada beberapa resort dan chalet yang korang boleh menginap di Pulau Redang. Macam kiterowang hari tu menginap dekat Laguna Redang Resort. Harga agak pricey tapi memang sangat selesa dan boleh dikatakan resort paling cantik dekat Pulau Redang. Hotel-hotel yang I list out ni start dari harga standard room until deluxe until bungalow. Untuk yang ada bungalowlah. Lepas tu ada yang harga yang mahal sikit sebab waktu tu Peak Hour. Friday, Saturday, Sunday pun buat harga sedikit mahal. Tapi biasa harga kat sini dia dah include boat transfer dengan aktiviti snorkelling untuk 3 hari 2 malam. Okay what? Ohh dan ada juga harga kat sini dia bukan harga bilik tetapi harga untuk satu kepala. Dan ada harga yang I tempek kat sini start from children punya harga. So make a wise research/ choice before u book ze resort, okay.

P/S: Korang bukan duduk dalam resort lama-lama pun, snorkelling dengan lepak tepi pantai je lebih so tak payah nak mahal-mahal. Rugi! Lagi satu korang boleh je jalan-jalan melawat resort resort lain tu dengan jalan kaki je.

PASIR PANJANG (LONG BEACH)
Redang Holiday Beach Villa = RM285 - RM690
Coral Redang Island Resort = RM205 - RM555
Redang Pelangi Resort = RM120 - RM360
Ayu Mayang Resort = RM230 - RM380
Redang Bay Resort = RM278 - RM398
Redang Lagoon Chalet = RM260 - RM320
Redang Beach Resort = RM200 - RM375
Laguna Redang Resort = RM428 - RM768
Redang Reef Resort = RM90  -  RM400

TELUK DALAM
Berjaya Redang Beach Resort = RM1,218 - RM5,451
**Berjaya Redang Beach Resort tempat exclusive sebab tu dia mahal sikit. Dia memang satu-satunya hotel kat situ. Orang luar yang tak menginap tak boleh masuk.

TELUK KALONG
Mozana Chalet = RM60 - RM400                
Redang Kalong = RM380 - RM450

TELUK KALONG KECIL
Redang Mutiara Resort = RM100 - RM380
Wisana Chalet Redang = RM300 - RM475



2. BELI TIKET BUS KE KUALA TERENGGANU

Kangar, Perlis = RM54.90
Alor Setar, Kedah = RM50.00
Butterworth, Penang = RM35.00 - RM42.00
Ipoh, Perak = RM49.00 - RM57.00
Shah Alam = RM40.00 - RM45.50
Kuala Lumpur = RM40.50
Melaka = RM43.10
Seremban = RM39.60
Johor = RM44.30
Kelantan = RM14.20 - RM26.00
Kuantan, Pahang = RM18.00

Harga tiket bus ni kurang tepat tapi lebih kuranglah. Kata estimate kan? Sebab macam I, I naik bus terus dari Ipoh ke Jeti Shahbandar. Free pulak tu, company sponsor. Apek pulak tak tahu kena bayar berapa. Ok lepas dah beli tiket bus, bersedialah dari segi mental dan fizikal sebab kalau perjalanan macam dari Ipoh ambil masa 7-8 jam. Naik keras bontot weyh!



3. DARI KUALA TERENGGANU, NAIK BUS HENTI-HENTI KE SHAHBANDAR JETI
Shahbandar Jeti
Ada setengah bus dia ada sediakan bus dari satu-satu tempat terus ke Merang di mana kat situlah terletaknya ShahBandar Jeti yang akan bawa kita ke Pulau Redang. Kalau macam tu lagi senang sebab sekali trip je tapi kalau tak ada kenalah naik bus sampai ke  Kuala Terengganu. Dari Kuala Terengganu ada bus henti-henti dengan bayaran RM6 sahaja. Bus tu ada 2 trip je. Pukul 7 pagi dengan 10 pagi. Kalau terlepas bolehlah naik taxi dengan harga RM45 tapi biasanya dieowang akan ketuk harga sampai RM60. Pandai-pandailah korang tawar-menawar sebab taxi kat sana tak guna meter. Boleh buat aduan ni sebab tak guna meter. Kan? Kan?



4. TIKET FERI KE PULAU REDANG



Biasanya dia dah termasuk dalam pakej tapi kalau tak ada dalam pakej bolehlah beli kat kaunter tiket. Tapi ingat! Bot takkan bergerak dari bulan November-Mac sebab time tu ombak besar. Bahaya! Takkan korang nak berenang pulak kan? Dari Shahbandar Jeti nak ke Pulau Redang dia akan ambil masa 45 minit.

Bot ada pukul 9 pagi dengan 12 tengah hari sahaja. 2 trip sahaja. Maka sila tepati waktu kalau tidak alamat terlepas botlah weyh.. Bila dah terlepas boat alamatnya terlepaslah nikmat korang nak bercuti.



5. INDAHNYA BERCUTI BERSANTAI DI PULAU REDANG


Yeah! Bila dah sampai sana bolehlah rehat-rehatkan badan. Take note ya ada setengah resort dia akan charge snorkelling equipment dengan jacket. Macam Laguna Redang Resort dia charge jacket RM15/- then snorkelling punya spek tu RM15/- so total RM30. Ada jugak resort yang bagi F.O.C. Ada jugak resort yang charge 2 benda ni RM15/- sahaja.

Lagi satu kalau pergi Pulau Redang jangan terlepas untuk singgah Marine Park. Marine Park ni harga dia RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Macam I dengan Apek rugi sangat tak dapat nak pergi sebab ada aktiviti yang dah diatur oleh company I. Nak tak nak terpaksa merelakan diri tak pergi Marine Park tapi orang cakap kat Marine Park tu memang cantik sangat. So its a must go tau. I dengan Apek pergi snorkeling dekat Deep Sea. Cantik tapi tak berapa nak clear sebab snorkelling gear tu. Make sure cuci cermin tu dengan ubat gigi atau shampoo, okay!


So total total cost pandai-pandailah korang estimate. Macam I hari tu, Apek kena bayar tapi I free. Makanya cost untuk satu kepala ialah RM924. Dua kepala dah RM1,848/-. Kenapa mahal sangat?

RESORT = RM780
BUS = RM114
SNORKELLING GEAR  = RM  30
TOTAL = RM924

Nasib I free kalau tak terbang RM1,848/-. Terima kasih C H Williams Talhar & Wong (WTW), the best company I've been work in my life. Tahun lepas dieowang bawa pergi Phuket tapi baru bertunang je belum kahwin dengan Apek lagi maka tak boleh angkut sekali, tahun ni bawak pi Redang tahun depan pleaselah bawa pergi Sydney pulak. Ahahahah! Tapi apa-apa pun Redang memang best. U all should go. ^__^

We both nak hunting islands in Malaysia after this. Hurmm, lets start with Tioman Island. Dengar cerita best kat sana. By the way, I will upload my snappie pic with my lovely honey darling husband next time okay.

UPDATE: Apek kena bayar RM800 sahaja. Gila berpatutan. Makna kata transport dia ke sana company I lah sponsor. Oh yeah! Jimat RM124.






Okay, happy budgeting darlings!! ^___^


TIPS: Kalau nak jalan jalan kat pantai tengah malam bawaklah torch light baru romantik romantik gitu. Kalau nak bersantai kat tepi pantai nak romantik romantik boleh bawa lilin banyak banyak susun bentuk love ke apa ke lepas tu chit chat lah sampai pagi. Kalau nak beli souvenir kat sana magnet fridge dia jual RM8 satu. 

15 comments:

Dr.neerna hazeera said...

thank you so much for the info.;)

|shuhadaothman|TM said...

wahh. untungnye. congrate! :)

Ainee Cumi said...

Dr. Neerna Hazeera: No problem. Sharing is caring. Hihihihi!

ShuhadaOthman: Pergilah kalau berkelapangan.. Best!

Nurul said...

Perhentian Island best jgk! You should go tau.

Ainee Cumi said...

Nurul: Tu lah I pun dengar. I memang nak pergi meronta ronta dah jiwa batin ni nak pergi. Tapi cuti dah habis tahun ni. T___T

Nanti I pergi tau.

cha said...

oh company trip sekali ke. tak bestla klau pg ramai2. mcm akak company trip dgn officemates akak xbrp nak join huhu

nanti upload la gambar laut. nk tgkkkk :)

Ainee Cumi said...

K.CHA: Ehh bestlah k.cha. Aini suka. Dapat jumpa ramai kwan baru. Hihihihi!!

Tapi company trip pun Apek kena bayar RM1K. Nasib baik Aini free. Hihihihi!

sylvia_ez said...

I like to book the bus ticket online.

It can check the price and bus schedule
for Malaysia, Singapore, and Thailand.

I normally will buy the bus ticket online from Perlis to Negeri Sembilan, Perlis to Kuala Lumpur (KL), Perlis to Selangor, Perlis to Melacca, Perlis to Kedah, Perlis to Kelantan, Perlis to Perak, Perlis to Penang, Perlis to Johor, and Perlis to Terengganu.^^

Im from Kuala Perlis.^^

mizzlina said...

In Malaysia, you can for sure visit many beautiful places and states such Melaka , Penang, Kuala Lumpur , Johor Bharu and many more. The states mentioned above has their own hidden histories and beautiful heritage. Hence one of the convenient ways to travel within Malaysia , or to Singapore and Thailand is by an express bus . You can probably do an online bus tickets booking and pick your coach to travel to any of your choice destination, instead of going to the counter and hearing a reply of "No Ticket". And if your thinking of going to Thailand after a month or 2 in Malaysia, you can book your bus ticket online from penang to thailand. I hope this input helps you in picking your destination to travel. Why waste time queuing up at the counters where you can just do an online bus tickets booking ! Thus, just by a click on the internet, you will be able to select your preferred destination.

By traveling in the express bus come luxurious coach, you can just name the destinations you would like to visit and we will provide you with the best service!

We have buses not only traveling within Malaysia , but from Singapore as well as in bus Singapore to Butterworth , Singapore to Alor Setar , bus Singapore to Johor Bharu, Kamunting , KLIA , LCCT , etc.

While in the process of promoting beautiful Malaysia, here are also a few places one can consider visiting through the conducive and accommodative express bus . If you are Singaporean or a traveller coming from the Land of Merlion, you may take a bus Singapore to Johor Bharu and enjoy few popular destinations such as Desaru, Danga Bay, Kota Tinggi Waterfall and many more.
If you are planning to skip Singapore, you may take a bus Singapore to Melaka and enjoy the heritage left by the Portuguese British and the mix culture of Baba and Nyonya.

What if you’re coming from Langkawi, Kedah after an ideal beach holiday and you want to get back to Singapore in a safe and comfortable ride? Well you can still do so by just booking your bus ticket online from Kedah to Singapore. Just by a click on the mouse through the online website of www.easibook.com , you can do your online booking of most express bus tickets from Singapore to Malaysia and within Malaysia itself. You can travel with the luxurious coaches during any time of the day. So save the hassle of going to the counters, pick your location, coach and get on the bus enjoying beautiful Malaysia

ZARA MUSTAFA said...

Salam. mintak maaf ya tuan blog. saya cuma nk bgtau mgkin ada kesilapan sikit dlm entry ni kat bahagian jetty tu. Shahbandar jetty tu located dlm bandar kuala terengganu, brhampiran pasar besar kedai payang whereas merang jetty pulak di daerah besut, trganu yg mane dlm 2 jam juga dr k.trganu, lebih dkt jika dari kelantan. memang kedua2 jetty shahbandar n merang ni ada sediakan ferry ke redang. maaf ye skdr bgtau je takut confusekan blog readers lain :) peace

Ainee Cumi said...

ZARA: Iya ke? Ya Allah, tersilap bagi info ya. Bukan apa, Aini kan dari Ipoh so kurang tahu. Terima kasih Zara sebab perbetulkan. Nanti aini update. =))

Anonymous said...

Assalamualaikum... nk tnya sikit..... tau tak hrga utk pakej sekolah brapa? thanks. :)

Anonymous said...

salam..tya siket...if kita g sane lebih baik amik pakages or sampai sana baru buat activity ?

Ainee Cumi said...

ANONYMOUS : Maaf. Kalau pakej seklah tak tahu.

Ainee Cumi said...

ANONYMOUS : Terpulang tapi kalau amik atas orang harga dia lebihlah sikit. Cadangan I ialah book hotel melalui telefon then pergi sendiri. Tanya dia termasuk feri ke apa semua then dah dapat harga buatkan perbandingan.