Posts

Showing posts from February, 2015

Kitar semula dan cendol

Duit geli-geli kata AmirulSyafiq.
Ibu semalam jual chang ayah.
Satu kilo dapatlah RM0.50.
Ibu dapat RM10.20
Cik Puan Aini teringin makan cendol.
Bila ibu masuk kereta ibu cakap, "Nah, duit beli cendol".
Singgah beli cendol.
Mula mula order 3 untuk ibu, aku dan Ifa sekali dia cancel suruh order 2 je.
Sebab dia nampak orang tu pegang hidung.
Ibu??? Pegang hidung je kot.
Penyakit pelik ibu.

Nafsu? Keinginan? Mengada ngada?

Image
Hari ini #dearbabyQ dah 38 minggu 1 hari.
Yes! Dalam rahim.Semalam teringin makan KFC pukul 10 malam. Memandangkan KFC tidaklah jauh mana dari rumah kami (which is about 5 minutes driving distance), mengada sangatlah kan perut ni nak makan ayam goreng pakcil rambut putih tu. My yayang layankan aja. Ikhlas. Nampak keikhlasan dia. Thanks yayang.Kelmarin dah bawa pergi makan ais kacang paling sedap di seantero Ipoh yakni kat TKK.  Cari nasi ayam tak jumpa. Sedih betul. Makanlah mee goreng mamak yang pedas. Dah lah tu ada pulak lipas bermain-main di lantai kaki semacam gerai kat situ dia punya taman permainan. Memang melompatlahkan. Rela lagi aku harimau depan mata.My yayang cakap nak makan apa cakap je. Dia nak penuhkan segala impian keinginan nak makan sebelum I pantang. Nanti dalam pantang banyak benda tak boleh makan katanya. So sweet.Semoga hubungan kami kekal ke Jannah dan kehadiran #dearbabyQ menambahkan seri rumahtangga kami.List nak makan sebelum kena pantang.
1. Ais ais ais
2. A…

False Alarm

Semalam dengan hari ni #dearbabyQ saja je bagi false alarm kat mami dia ni tau. Kemain sakit kaw kaw perut. Macam sengugut. Adalah dalam setengah jam. Pukul 5 pagi macam tu. Tapi mami ngantok sangat tak layankan sangat sakit tu.Rupanya memang tak kisahlah sebabnya dia tipu kita yaaaa #dearbabyQ. Nasib mami tak kejut dedi tau.Esok ada appointment untuk 38minggu. Mami dah tak larat nak kendong dah ni. Dah tak sabar nak tunggu awak keluar. Dedi pun.Sekarang ni pelik beno mami ni. Ke awak yang minta? Malam malam je mesti dedi kena turun bawah masak nasi putih lepas tu goreng telur bawang dengan cili. Telur dadarlah kiranya. Kesian dedi. Dah lah sekarang ni mami tak masak dah sebab perut boyot tak larat nak berdiri lama-lama nak memotong bawang ke apa bagai-bagai. Mami bungkuskan aja lauk untuk dedi.Okay sekarang bagitau bila awak nak keluar ni???

Marah

Marahlah selagi boleh marah.
Jeritlah selagi boleh jerit.
Bodohkan selagi boleh bodohkan.
Makilah selagi boleh maki.Kita manusia.
Terlepas kata.
Tersilap kata.
Terkasar bahasa.
Itu normal.Yang dibodohkan, yang dimakikan itu bukan manusia?
Manusia yang dibodohkan dimakikan itu ada hati.
Seperti kamu.
Manusia bodoh itu diam.
Terfikir nyata memang bodohkah aku?
Bangsatkah aku?
Seperti yang dibilang?Diam.
Fikir.
Dalam dalam dan dalam.
Ahhhh.
Tidur lagi baik.