Posts

Showing posts from August, 2014

Appendix atau kencing kotor?

Persoalan. Dari Jumaat malam perut sakit yang amat. Tiba-tiba. Pergi jumpa doktor scan baby semua okay. Baby aktif. Dah ada kaki, tangan, tulang belakang. Happy. Senyum. Siap malu-malu lagi dia tutup muka tak nak bagi krang tengok. Amboihh nakal sangat ni.Malam tu terus demam panas. Suami sampai tidur pukul 3 pagi picit-picit badan. Tapi sakit perut still ada. Sakit yang amat. Sampai nak berdiri tegak pun tak boleh. Kena jalan berbongkok. Habis semua wedding tak dapat pergi. Sorry Erlina and Lia.Tadi pergi klinik MediOne. Doktor tekan perut. Tekan kiri ok. Tekan belah kanan sakit gila. Dia check ujian air kencing. Ada infection. Tapi kencing semua okay. Tak adalah sakit ke tak lawas ke apa. So antara dua. Sama ada kencing kotor atau appendix. Doktor bagi ubat kencing lawas. Tunggu sampai Selasa depan. Harapnya kencing kotor je lah. Tak nak lah appendix. Bahaya untuk baby. Semoga diri sendiri cepat sembuh ya.

#DearIbu - Driver

Sepanjang pregnant memang badan tak larat. Bangun tidur pun pukul 12 lebih. Badan terlampau penat. Bila bangun, kita akan bohsan. Sebab suami dah pergi kerja. Kita sorang-sorang kat rumah. Ibu! Ibulah si rajin dari Ampang datang Botani amik kita. Everyday except Saturday Sunday. Bagus kan ibu kita? Dan bila datang je mesti bawa buah sebab kita suka makan buah.Thanks ibu. Gigih amik akak dari kecik sampai dah kahwin haaaa. Walaupun jauh berbatu. Katanya kereta dia top. Laju. Selalu servis. Poyo je. Call je ibu boleh datang ambil.Allah! Pinjamlah ibuku kepadaku lebih lama. Berikanlah dia kesihatan yang baik. Berikanlah aku peluang membalas jasanya. Kerana dia tidak pernah merungut membesar dan menyayangiku bagai menatang minyak yang penuh.Bolehkah aku menjadi ibu semulia ibuku?

Besarnya pengorbananmu suami

Alhamdulillah. Nak dekat 2 bulan berhenti CIMB Bank. No regret at all. Gaji hujung bulan CIMB bagi RM11.90 sahaja dan komisyen RM4,000 burn macam tu sahaja setelah dia hold selama 2 bulan. Oh terima kasih sangat CIMB. Perah keringat orang tapi tak nak bayar. Terima kasih sekali lagi.Hantar sahaja surat resign aku disahkan mengandung 5 minggu. Alhamdulillah. Ni lah namanya hikmah. Ada rezeki lain yang Allah nak beri.Sepanjang kehamilan kali yang ketiga ni, badan lemah. Tak ada selera makan. Satu hari muntah teruk. Alahan kaw-kaw punya sampai rasa biarlah ada sorang je anak. Tapi alhamdulillah lama-lama boleh accept.Sekarang dah masuk minggu ke-13.Besar sungguh pengorbanan suamiku. Siang sampai tengah malam sampai kadang tu pagi buat kerja. Ye lah nak design ni idea tu bukannya kita nak idea kejap tu jugak dia datang. Dia kena ada mood. Badan dah penat buat kerja, still tak lupa isteri dia. Aduiii sebaklahlah pulak taip ni.1. Kita nak air, dia turun bawah ke dapur ambil. Kadang tu sampa…