Wednesday, June 30, 2010

Walaupun kadang-kadang terasa hati, perpisahan memang menyedihkan

Memang! Memang! Dalam kerja memang kadang-kadang ada terasa hati dengan kawan-kawan sekerja. Itu memang wajib! Walau kita baik macam mana pun, kadang-kadang ada masa kita kena perli, kita kena pandang rendah memang rasa nak carik-carik je hati ni, nak kasi rendam dalam klorox bagi hati suci bersih putih supaya tak rasa sakit hati. Biar jiwa bersih je tapi manalah boleh weyh. Bila dah terasa hati, orang macam I ni mesti sikit-sikit nak nangis. I ni memang macam baby betul. Sikit-sikit nak nangis. Kena marah sikit nak nangis, kena tegur sikit nak nangis, tengok orang cacat nak nangis, tengok movie pun nak nangis, kena cubit sikit pun nak nangis. Kalau orang yang tak kenal I mesti dah menyampah dengan perangai I. Macam budak gedik sikit sikit nak nangis. Beruk beno, dah tua-tua nak nangis lagi, tak macho betul! Nasib baik Apek suka tengok I nangis maka wajib jadikan dia teman hidup sebab dia boleh tengok I nangis-walaupun-hodoh!

Tapi, bila dah sampai satu masa tu kita dah lali. Kita sampai dah tak ada rasa nak ambil kisah pun. Tak ada masa nak terasa rasa ni. Kita dah jadi kuat tahu! DAH JADI KUAT! Apa orang cakap lali. Ehh ke buku lali? Mana-manalah!

Tapi hari ni I bukan nak cakap pasal terasa hati, tapi I nak cakap yang dalam alam pekerjaan ni, tak payah nak terasa-rasa hati, tak payah nak mendengki-dengki, tak payah nak merajuk-rajuk, tak payah nak mengutuk-ngutuk(oklah boleh kutuk tapi kutuk yang kita rasa macam meluahkan perasaan so dat esok boleh pergi kerja dengan hati tenang bukan kutuk hasad dengki ehh!). Haaa sebabkan dalam ofis I ni semua pekerja macam cincai je. Bukan cincai kerja ehh tapi cincai yang macam hari ni terasa hati tapi esok tak terasa hati dah maka kami semua sayang antara satu sama lain. Untung ohh budak praktikal kat sini, kiterowang memang treat dieowang just like a permanent worker. Bila dieowang habis praktikal je ada makan-makan tak pun karaoke.

Hari ni hari sedih walaupun I melantak piza sampai 10keping sebab En. Hashim nak berhenti dah sebab dia ada business sendiri. Sedih juga bila orang tua ni pergi sebab dia suka tegur I buat apa, buat apa. Lepas ni dah tak ada orang nak tegur I buat apa lagi. Lepas tu, ada sorang budak praktikal nama Mun Sin pun nak pergi juga. Walaupun dia 6bulan je praktikal kat company I tapi dah rasa serasi pulak. Dulu pernah juga terasa hati dengan dia, tapi alahai kejap je terasa hati sebab waktu tu tak kenal hati budi lagi maaa. Tapi tu lah I baru tahu yang dia last hari ni kalau tak mesti I belikan dia hadiah. I ingatkan En. Hashim je last hari ni so I belikan hadiah untuk En. Hashim je. Tapi Mun Sin ni memang baguslah, dia yang nak pergi, dia yang bagi hadiah kat semua orang. Boleh pulak macam tu kan? I terkilan betul tak dapat bagi dia apa-apa. Mana nak beli, tak tahu pun dia nak berhenti hari ni.



Nak tengok apa dia bagi I??






Subang! Subang handmade ni! Dia buat sendiri kot. Terharu I! Dia tahu-tahu je I ni suka subang kan? Warna pink lagi! Eeeee memang terharu gila! Tenkiu Mun Sin.

Closeup! Cantik kan?? Pink tu yang penting!!





DANNNN...........





Ingat tak I ada cakap I beli mouse pad comel tu kan? Cehh kena tipu je! Dia tak rata maka letak mouse I pun macam tak ada perubahan je. Susah nak bergerak juga si tetikus tu. Mengada kan? Maka I pun buat lapik botol air besar I, cermin I dan hp Black berry I sahaja.


So, korang kalau nak hepi-hepi kat tempat kerja jangan ambil kisah sangat apa orang nak cakap kat kita. Haaa lagi satu alwaz think positive. Dan paling-paling penting, hias meja kerja kita tu. Jangan biarkan dia berselerak je. Jangan biarkan meja kita tu muram je ok! Akhir kata hepi-hepi selalu ok! Dengar cakap orang berpengalaman ni. Ececececehhh!

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...