Thursday, May 31, 2012

AWESOME SISTA 20 YEARS DAY


The billpayer
The Jokers

The Baby in the Family

The Gangsta yang ada rambut paing menggelikan
The Bday Girl

We have a lot of fun making jokes to each other and laugh out loud like a silly siblings that didn't meet each other for ages padahal tiap tiap hari nampak muka yang sama je kat rumah. Happy 20th darling sista. Stay young and wild. ^__^
The day before this Kenny Rodgers the gediks siblings asked me to buy the ze foldover. Read siblings okay maknanya bukan untuk Iqa seorang tapi untuk Ifa dan Eddie Joe jugak. Melampau ni pau kakak dieowang ni! Nevermind, if ada rezeki lebih kenalah share dengan famili. Kalau tak ada baru NO NO NO! NO BELANJA BELANJA. Ahahahah! Plus my siblings adalah siblings yang paling tak berkira dalam dunia. Kalau nak pinjam RM1000 pun tak payah bayar balik pun tak apa. No istilah pinjam meminjam in our relationship. =))


Ohh and the present for Iqa this year is the original cd of Jessie J. Letak dalam paket mcd senyap senyap then hoyeahh suprise!!! She's so in love with Jessie J. Only us in ze family and her friends know how madly deeply her feeling to this superb singer. I love you sista paling gedik.

Wednesday, May 30, 2012

210 days of Husband & Wife

7 months as husband and wife. 6 years and 9 months as boyfriend and girlfriend.
May our relationship grew sweeter and sweetest as time flies just like this Indulgence cake. 


My favorite dishes at Secret Recipe



I really want a relationship where we can act like idiots, talk about most random stuffs, share music & art and never get tired of each other. And I have found mine.


ITS YOU, MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ.
HAPPY ANNIVERSARY SWEETHEART!

Dinner : Secret Recipe
Movie : Dark Shadows

Tuesday, May 29, 2012

Another vacation waiting for us.


2 tickets to BALI in the middle of November. Its been our dream to fly to Bali. Never expected it will come true this fast. Alhamdulillah.
 Can't wait for NOVEMBER. 6 days 5 nights. 

Any tips?

Monday, May 28, 2012

Budget & Tips ke Pulau Redang, Terengganu

Assalamualaikum semua.

Ok! Macam mana nak pergi Pulau Redang? Berapa kos dia? Sana cantik tak? Hotel macam mana? Blablabla.


1. SURVEY HOTEL AND BOOK IT YAWW!

Ours!
Ada beberapa resort dan chalet yang korang boleh menginap di Pulau Redang. Macam kiterowang hari tu menginap dekat Laguna Redang Resort. Harga agak pricey tapi memang sangat selesa dan boleh dikatakan resort paling cantik dekat Pulau Redang. Hotel-hotel yang I list out ni start dari harga standard room until deluxe until bungalow. Untuk yang ada bungalowlah. Lepas tu ada yang harga yang mahal sikit sebab waktu tu Peak Hour. Friday, Saturday, Sunday pun buat harga sedikit mahal. Tapi biasa harga kat sini dia dah include boat transfer dengan aktiviti snorkelling untuk 3 hari 2 malam. Okay what? Ohh dan ada juga harga kat sini dia bukan harga bilik tetapi harga untuk satu kepala. Dan ada harga yang I tempek kat sini start from children punya harga. So make a wise research/ choice before u book ze resort, okay.

P/S: Korang bukan duduk dalam resort lama-lama pun, snorkelling dengan lepak tepi pantai je lebih so tak payah nak mahal-mahal. Rugi! Lagi satu korang boleh je jalan-jalan melawat resort resort lain tu dengan jalan kaki je.

PASIR PANJANG (LONG BEACH)
Redang Holiday Beach Villa = RM285 - RM690
Coral Redang Island Resort = RM205 - RM555
Redang Pelangi Resort = RM120 - RM360
Ayu Mayang Resort = RM230 - RM380
Redang Bay Resort = RM278 - RM398
Redang Lagoon Chalet = RM260 - RM320
Redang Beach Resort = RM200 - RM375
Laguna Redang Resort = RM428 - RM768
Redang Reef Resort = RM90  -  RM400

TELUK DALAM
Berjaya Redang Beach Resort = RM1,218 - RM5,451
**Berjaya Redang Beach Resort tempat exclusive sebab tu dia mahal sikit. Dia memang satu-satunya hotel kat situ. Orang luar yang tak menginap tak boleh masuk.

TELUK KALONG
Mozana Chalet = RM60 - RM400                
Redang Kalong = RM380 - RM450

TELUK KALONG KECIL
Redang Mutiara Resort = RM100 - RM380
Wisana Chalet Redang = RM300 - RM475



2. BELI TIKET BUS KE KUALA TERENGGANU

Kangar, Perlis = RM54.90
Alor Setar, Kedah = RM50.00
Butterworth, Penang = RM35.00 - RM42.00
Ipoh, Perak = RM49.00 - RM57.00
Shah Alam = RM40.00 - RM45.50
Kuala Lumpur = RM40.50
Melaka = RM43.10
Seremban = RM39.60
Johor = RM44.30
Kelantan = RM14.20 - RM26.00
Kuantan, Pahang = RM18.00

Harga tiket bus ni kurang tepat tapi lebih kuranglah. Kata estimate kan? Sebab macam I, I naik bus terus dari Ipoh ke Jeti Shahbandar. Free pulak tu, company sponsor. Apek pulak tak tahu kena bayar berapa. Ok lepas dah beli tiket bus, bersedialah dari segi mental dan fizikal sebab kalau perjalanan macam dari Ipoh ambil masa 7-8 jam. Naik keras bontot weyh!



3. DARI KUALA TERENGGANU, NAIK BUS HENTI-HENTI KE SHAHBANDAR JETI
Shahbandar Jeti
Ada setengah bus dia ada sediakan bus dari satu-satu tempat terus ke Merang di mana kat situlah terletaknya ShahBandar Jeti yang akan bawa kita ke Pulau Redang. Kalau macam tu lagi senang sebab sekali trip je tapi kalau tak ada kenalah naik bus sampai ke  Kuala Terengganu. Dari Kuala Terengganu ada bus henti-henti dengan bayaran RM6 sahaja. Bus tu ada 2 trip je. Pukul 7 pagi dengan 10 pagi. Kalau terlepas bolehlah naik taxi dengan harga RM45 tapi biasanya dieowang akan ketuk harga sampai RM60. Pandai-pandailah korang tawar-menawar sebab taxi kat sana tak guna meter. Boleh buat aduan ni sebab tak guna meter. Kan? Kan?



4. TIKET FERI KE PULAU REDANG



Biasanya dia dah termasuk dalam pakej tapi kalau tak ada dalam pakej bolehlah beli kat kaunter tiket. Tapi ingat! Bot takkan bergerak dari bulan November-Mac sebab time tu ombak besar. Bahaya! Takkan korang nak berenang pulak kan? Dari Shahbandar Jeti nak ke Pulau Redang dia akan ambil masa 45 minit.

Bot ada pukul 9 pagi dengan 12 tengah hari sahaja. 2 trip sahaja. Maka sila tepati waktu kalau tidak alamat terlepas botlah weyh.. Bila dah terlepas boat alamatnya terlepaslah nikmat korang nak bercuti.



5. INDAHNYA BERCUTI BERSANTAI DI PULAU REDANG


Yeah! Bila dah sampai sana bolehlah rehat-rehatkan badan. Take note ya ada setengah resort dia akan charge snorkelling equipment dengan jacket. Macam Laguna Redang Resort dia charge jacket RM15/- then snorkelling punya spek tu RM15/- so total RM30. Ada jugak resort yang bagi F.O.C. Ada jugak resort yang charge 2 benda ni RM15/- sahaja.

Lagi satu kalau pergi Pulau Redang jangan terlepas untuk singgah Marine Park. Marine Park ni harga dia RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Macam I dengan Apek rugi sangat tak dapat nak pergi sebab ada aktiviti yang dah diatur oleh company I. Nak tak nak terpaksa merelakan diri tak pergi Marine Park tapi orang cakap kat Marine Park tu memang cantik sangat. So its a must go tau. I dengan Apek pergi snorkeling dekat Deep Sea. Cantik tapi tak berapa nak clear sebab snorkelling gear tu. Make sure cuci cermin tu dengan ubat gigi atau shampoo, okay!


So total total cost pandai-pandailah korang estimate. Macam I hari tu, Apek kena bayar tapi I free. Makanya cost untuk satu kepala ialah RM924. Dua kepala dah RM1,848/-. Kenapa mahal sangat?

RESORT = RM780
BUS = RM114
SNORKELLING GEAR  = RM  30
TOTAL = RM924

Nasib I free kalau tak terbang RM1,848/-. Terima kasih C H Williams Talhar & Wong (WTW), the best company I've been work in my life. Tahun lepas dieowang bawa pergi Phuket tapi baru bertunang je belum kahwin dengan Apek lagi maka tak boleh angkut sekali, tahun ni bawak pi Redang tahun depan pleaselah bawa pergi Sydney pulak. Ahahahah! Tapi apa-apa pun Redang memang best. U all should go. ^__^

We both nak hunting islands in Malaysia after this. Hurmm, lets start with Tioman Island. Dengar cerita best kat sana. By the way, I will upload my snappie pic with my lovely honey darling husband next time okay.

UPDATE: Apek kena bayar RM800 sahaja. Gila berpatutan. Makna kata transport dia ke sana company I lah sponsor. Oh yeah! Jimat RM124.






Okay, happy budgeting darlings!! ^___^


TIPS: Kalau nak jalan jalan kat pantai tengah malam bawaklah torch light baru romantik romantik gitu. Kalau nak bersantai kat tepi pantai nak romantik romantik boleh bawa lilin banyak banyak susun bentuk love ke apa ke lepas tu chit chat lah sampai pagi. Kalau nak beli souvenir kat sana magnet fridge dia jual RM8 satu. 

Friday, May 25, 2012

Euro Fun Park (Station 18)

  

Sejak menumpang balik rumah ibu sementara nak masuk rumah sewa baru hujung bulan ni sebab rumah sewa lama punya syiling dah roboh kena makan anai-anai ni rasa best sangat. Sebab pukul 7 malam je kiterowang adik beradik akan lepak sama-sama tengok cerita Seindah Sakura lepas tu hari-hari ada je benda lawak nak gelak. Yang paling baru sekali lagu Cosmpoint KK tu dengan KLMU. Rasa nak suruh semua media ban KLMU dengan Cosmopint KK tu. Sampai ke wayang pun nak letak iklan tu apehal??

Semalam dok gelak pasai Apek dengan bearbearnya, Iqa tiba-tiba ajak pergi Euro Fun Park dekat Station 18. Ngade tau adik aku yang ketiga ni, kunun semua impian dia dia nak tunaikan. Contohnya spagheti, samsung galaxy note then tahape hape lagilah. Ok finelah Iqa, akak tunaikanlah permintaan kau memandangkan akak dapat bonus yang alhamdulillah sangat kan. Habis semua adik beradik I angkut tak tinggal sorang pun. Eddie, Iqa & Ifa. Ohh dan semestinya suami tersayang si Apek mana boleh tinggal weyh. Sentiasa melekat kat hati, kaki, tangan semua. Tak baik kedekut dengan adik beradik kalau duit tengah ada. Kalau tak ada duit then nak kedekut tak apa. Hihihihi! Aku lah tu.


Harga tiket sebaik saja nak melangkah masuk Park.

Saja buat xtra large bagi korang nampak harga nak main game game kat sini. Satu token RM2. Haaa pandai pandailah korang darabkan eh. ^__^
Lepas dah enjoy enjoy sakan I ajak pergi makan KFC semata-mata nak rasa Pokkits. Memang kecik je saiznya patutlah murahnya pun. Tapi sedapp wooo.
2 orang manusia ni memang gila melantak. Dah 12 pagi kot boleh pergi order dinner plate dengan snack plate. I, Iqa dengan Ifa je makan light light comel comel je.
Aini & Iqa dengan rambut barunya. Ingat Hanis Zalikha je tukar warna rambut, Iqa pun tukar wooo.

Aini, Iqa dan Ifa. The Joe's daughters. ^_^
And we throw a suprise cake for our ibu.Her birthday hari ni. 25/05/12. Selamat hari jadi ibu kami yang tersayang yang demam pada hari jadinya. We love you. ^__^

So siapa siapa tak pergi lagi Euro Park Station 18 silalah pergi ya. Ni bukan funfair yang cabuk cabuk tu, ni funfair baik punya. Ada top gun ada challenger ada macam-macam lah yang thriller thriller. Tak adalah the boring funfair yang cuma ada buaian yang pusing pusing tu, rumah hantu yang budus dan kereta langgar langgar tu.

YESTERDAY IS ONE OF OUR AWESOME DAY!

Thursday, May 24, 2012

Redang is AWESOME!


Will blog about it soon. About the trip. The tips. The price.
Next week ehh? This week I have to finish my assignments and prepare for the tests. Wish me all the bests ^_^

Thursday, May 17, 2012

Pulau Redang with Love

Today
11pm depart from Ipoh to Terengganu
3 days 2 night
180512 - 200512

Our awesome resort. Laguna Redang Resort.
The adorable fish. Ya Allah, tak sabarnya nak tengok makhluk dan laut yang terbentang luas ciptaan Allah ni.  Tak sabarnya nak snorkelling dengan my baby boy


 

Excited much huh?? Excited sangat tu yang asyik google gambar Redang Island ni je. Cantiknya!!!!!

Hopefully weather cantik tak hujan dan tak ramai orang.

Alhamdullilah atas rezeki ni. Company trip tapi bawak husband sekali. Mana boleh tinggal nanti I dengan dia tak habis habis menyatakan kerinduan lepas tu nanti I nangis dalam bus dalam tepon. Baby much kan kiterowang ni?? I free of charge tapi Apek kena bayar 1K. Memang mahal tapi nak buat macam mana kan. Tak apalah mahal sikit, duit boleh cari, masa bersama mana nak cari?? Ni kira macam our 3 4 5 honeymoon lah kan?? Lagipun memang impian kami lepas kahwin nak berjalan berdua bersama sentiasa. Ecececehhh! Can't wait!!



P/S: Hari tu pergi Phuket pun tak buat review padahal banyak sangat tips nak share. Later lahh ehh. =))

Monday, May 14, 2012

Jantung Pengarang

.Bobotie. 

Do you see what I see? He's kissing me dengan rela dalam terpaksa. Ni lah buah hati pengarang jantung I sekarang. Apek cakap ni kawan baik dia. Bobotie ialah seekor anak kucing yang sangat manja, sangat pintar dan sangat pandai merajuk. Gedik! Tapi tak apa Aini sayang.

Thursday, May 10, 2012

Blaming the shopping carts


Have you noticed over the years that shopping trolleys have become bigger?? That is why I tend to purchase more. Yeah! I'm blaming the trolleys. For this months, I have spend almost RM400++ for my kitchen goods and that does not include Apek's money. I don't know what I bought, please don't ask me that questions. I simply don't know cause my tab is in the clinic and because of that I didn't jot down my expenses. I just spend spend spend without monitoring where the money have gone. Oh please get my tab back to me so that I can trace down what I have bought, where did I spend my cash and blablabla. Even Apek asked me, "Mana pergi duit you sayang?". I just shrug. Dah shopping shopping mana nak ingat.

I guess most of us have this guilty feeling of how little thing that we put in the carts so we tend to just drag whatever we think it is necessaries just to fill up the cart. Brilliant marketing dear shopping mall. You successfully make me broke. Lucky me I'm married to this darling Apek.

From my observation, debit card and credit card always allow some leeway. Of course I don't have a credit card. I hate credit cards. I have promise myself I would not apply a credit card no matter how hard my life is, how high my wages is and how interested it would be because we just have to swip and pay the minimum credit. But debit card ohh yeah, me super  love it. I just have to swip and swip and swip and what I need to do is just sign the receipt. Part paling best is I don't have to dig my handbag just to search for the coins. Yeah! I have this habits of paying the sen sen kat belakang tu using coins. I beg all of us did. But with this debit card, I have no discipline. Ye lah dah kerja asyik swip je kan memang tak lah nak limit limitkan diri.

OK! As I look back, I have spend more than RM200 on my sundry. More than RM300. It is RM400. Plus plus some more. Belum masuk part Apek punya duit lagi. This is serious man!! What I need to do next month is jot down what is the things that I want to buy, bring a cash and leave the debit card at home. Including Apek's. Apek has set a limit of RM200 for groceries. RM200? Hurmmm????? Boleh kot. But the food, the stocks, the can make me excited and impulsive. Heeee..... RM200 only?? Ok lah.. Ok lah..=D

Whatever it is, we will see next month how much I have spend for this food stuffs. Remember the list and cash only okay dear Ainee. Y^_^Y

Monday, May 7, 2012

Thursday, May 3, 2012

1 May 2012 - Proposal Day (2 years back)

Drive from Ipoh at 9.00am. Then we're having a nice simple breakfast which costs us RM22. Feeling orang putih kejap minum secangkir teh sambil lihat pemandangan teh dari balkoni. ^_^




Kat sinilah Apek propose I dengan ayat, "Sudikah kau menjadi isteriku yang halal?". Eh ke "Sudikah kau menjadi yang halal bagiku?". Tapi no versi versi orang putih ya. I je yang cakap "Yes! I do" sebab I kan baget anak mat saleh.



Ni muka penat mendaki bukit yang sumpah bila nak naik tu dia punya feeling macam masuk marathon 10kilometer tau.
But all the sweats paid off. Pemandangan dia masyallah cantik sangat. Angin pun kuat je. Peluh pun terus kering.


 Dah habis manja manja bermadu kasih kat atas bukit tu, turun pun sampai terketar ketar kaki, lepak kat cafe bawah tu minum teh lagi. Kata kat cameron kan, tak sah lah kalau tak minum teh. Strawberry nak petik semua stok layu je makanya tak adalah strawberry berry.


Thanks dear hubby for choosing Cameron Highlands to be part of our memory. 

Our budget is RM100 only. And for Ipoh folks, kalau naik atas tu nak turun balik janganlah ikut jalan turun ke Tapah, jauh bai. Biasalah, I ni kan stok degil tak nak dengar cakap I balik ikut jalan ke Tapah. Mak aih dah lah jauh jalan macam ular kena pukul. Berbelit belit. pening oden.

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...