Friday, September 19, 2014

Kemas Rumah

Akhirnya.
Dapat kemas ruang tamu.
It takes 1 hour plus.
Start pukul 10.00 malam habis pukul 11 lebih sikit.
Terus berpeluh.
Bila badan berlengas haruslah mandi.
Terus manjakan diri.
Shave sana. Shave sini.
Shampoo rambut.
Segarnya!
Now update belog sambil baring atas katil.
Sakit pinggang.

Esok ada job fotografi, gubah sireh junjung dengan gubah bunga tangan segar.
Alhamdulillah.
Rezeki.
Sokongan dari kawan-kawan.
Terima kasih Ekin and Shafira.

Hari ni jugak tanam pokok mangga. Hoorayy!!! Lepas ni teringin makan buah mangga petik je kat luar.
Bestnya kalau tanah besar.
Semua pokok buah aku tanam.
Malangnya rumah aku tanah pun enggak ada.
Ibu yang belikan benih pokok mangga tu.
Harapnya buahnya manis.
Boleh sedekah kat jiran-jiran.
Ibu siap belikan pokok buluh lagi.
Amboih amboih meletup rumah I nanti.
Kalah rumah Kak Maria kang.

Ohhh sambung pasal kemas tadi.
Alah baru kemas ruang tamu je.
Dapur tak kemas lagi.
Esoklah.
Lepas tu bilik belakang.
Lepas tu bilik bilik tidur.
Ohhh penatnya!!!

Wednesday, September 17, 2014

Pusat

Hari ni. Pukul 10.29pm.
Aku dengan suami gelak sama-sama.
Sebab???
Sebab tengok pusat aku yang dulunya tenggelam sekarang dah boleh nampak dah sebab baby dah 4 bulan lebih.
Perut dah besar.
Nasib pusat I putih, suci dan bersih tau u ollls.

Tadi ada appointment dengan doktor.
Ukuran perut cantik.
Pembesaran baby cantik.
Berat pun naik 1kg je so nurse cakap cantik jugak.
Muka aku tak ada pulak dia cakap cantik.
Kahkahkah!

Cuma ada masalah keputihan je.
Jangan risau.
Its normal untuk orang mengandung.
Cuma kena rawat sebabnya takut jangkitan dapat tembus and takut kena mata baby.
Rawatannya masuk sejenis ubat dalam vagina.

Rindu nak tengok baby gerak-gerak lama-lama.
Tapi kalau nak kena pergi private clinic.
Okay baby, jumpa waktu awak 5 bulan nanti okay.

Monday, September 1, 2014

Saya suka hujan. Tapi kenapa awak tak suka hujan?

Ohhh my baby.
Why you no love rain?
Mummy mama love rain so much.
Now bau hujan pun rasa nak muntah.
Tak adilnya.
;(

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...