Monday, July 29, 2013

NAKK PLEASE!

1. Istanbul, Turki
2. Rom, Itali
3. Lisbon, Portugal
4. London, UK
5. Prague, Czech Republic
6. Berlin, Germany
7. Seoul, South Korea
8. Tokyo, Japan

Kalaulah ada business sendiri, kedai sendiri, melabur dalam hartanah dan saham yang buatkan kita ni tidak terikat dengan masa dan tidak terkekang dengan duit mesti boleh habiskan kesemua tempat ni dalam masa setahun. Sebulan satu amacam? Penat gilaaaaaaa...

Tapi.......

Semua tu baru angan-angan. Kepastian? Kita tengoklah lagi 5 tahun. Manalah tahu kan...

Yang penting positif. Semua list atas tu aku ambil dekat program JETLAG TV9. Best gila rancangan tu.

PART OF THE WORLD THAT WE BERANGAN TO GO BEFORE WE REACH 30's

Hai lahh kalau bab berangan ni kenalah masuk sikit dalam blog. Bila masuk belog baru rasa macam excited. Barulah nampak. Ok mana tempat yang berangan sangat nak pergi tu sebelum masuk 30 tahun. Dan kalau boleh nak listkan tahun sekali supaya ada target.

 Semua dah plan awal-awal dan harapnya semua menjadi mengikut apa yang dirancang.

THE LIST (InsyaAllah. Semua dengan izin dan rezeki dariNya)

2014 (25 tahun)
South Korea

2015 (26 tahun)
Mecca

2016 (27 tahun)
Paris & Rome

2017 (28 tahun)
Agra, India

2018 (29 tahun)
Istanbul, Turkey

2019 (30 tahun)
Amsterdam

Inilah antara angan-angan I untuk tahun-tahun yang mendatang. Orang cakap kita kalau nak kan sesuatu benda kena berangan dulu lepas tu kejar. Harapnya dapatlah capai semua angan-angan ni dalam masa 5 tahun dari sekarang.

Sunday, July 21, 2013

Passion..


 I pergi kelas sulaman benang dekat Kolej Komuniti Batu Gajah semalam. Best wooo. I dah ada hobi baru iaitu menjahit. Haiii lah tak sabar nak dapat gaji banyak sikit nak beli mesin jahit. First attempt is quilt. This is my second one. Sulaman benang. Next baju kurung lah, sulaman riben apa lah semua bagai aku nak belajar. Kemain kau jah!

TARIKH : 20/7/13
MASA : 8.30 pagi - 1.30 tengah hari
PENGAJAR : Cik Azrina
TEMPAT : Kolej Komuniti Batu Gajah
BAYARAN : RM15 (dapat bawak balik hasil kerja kita dengan jarum dan semestinya ilmu)

Susah jugak sulaman benang ni. Nampak macam easy the measy. Sekali membuatnya baru tauuu. Kena banyak practice ni.

I belajar sulaman basic je hari tu. Maafkan yang cacat cacat tu eh. First timer lah katakan. Ikutkan Ahad nak pergi kursus potong rambut tapi malaslah pulak sebab dia sampai petang. Impian betul nak ada butik sendiri dengan spa kecantikan sendiri. BESTNYAAA!!!

Okay apa yang I belajar? Untuk rujukan diri sendiri yang sedar nyanyuk tak sampai seminit dah lupa.

JARUM APA YANG SESUAI UNTUK SULAMAN BENANG?
16, 18 dan 22

1. Running Stich
- Macam jelujur biasa je.

2. Back Stich
- Dia macam jelejur tapi dia terbalik. Memula jahit ke depan then mengundur ke belakang.
- Digunakan untuk membentuk garisan luar, urat daun dan pengisi ruang.

3. Straight Stich
- Macam jelujr jugak cumanya dia memula panjang lepas tu pendek then panjang then pendek. panjang pendek panjang pendek.
- Boleh buat bunga

4. Stem Stich
- Keluarkan jarum dari bawah then cucukkan jarum pada satu point yang menghala ke batang yang hendak dijahit. Keluarkan jarum di pertengahan jahitan pertama. Cucuk satu langkah ke hadapan mengikut arah yang sama.
- Sesuai untuk batang, ranting dan garisan luar

5. French Knot
- Okay yang ni best sebab dia boleh bentukkan bunga. Kalau jahit rapat rapat cantiklah.
- Keluarkan benang dari belakang fabric di tempat sulaman diperlukan. Lilit benang pada jarum yang keluar tadi. Kalau nak kecik lilit 3 kali. Kalau nak besar sikit bunganya lilitlah 5 kali. Then dah lilit cucuk balik dengan point jarum yang keluar tadi.
- Sesuai buat bunga bunga kecik, kelopak, tengah bunga, sempadan bentuk, buah-buahann yang kuliit dia menggerutu, daun-daun pokok dan pengisi ruang.
- TIPS : Benang yang belah pendek tu pendekkan jangan panjang panjang nanti sangkut.. Alah kan ke benang ada panjang ada pendek kan. Yang kita simpulkan tu biar panjang pun takpe. Yang pendek tu ha kalau panjang nanti sangkut so pendekkan dia okay dan jangan lupa tarik pelan pelan.

6. Coral Stich
- Keluarkan jarum then masa nak masukkan jarum ke bawah. Then keluarkan jarum dari arah tengah tapi lilitkan benang kat jarum tu yang cucuk kat tengah.
- Ok! Sebenarnya dah lupa kena couble check balik.
- Sesuai buat jahitan batang atau tepi sulaman.

7. Couching Stich
- Okay ini feberet sebab senang gila.
- Jahit macam biasa. Keluarkan benang then cucuk bawah. Then masa nak naik atas tu cuck kanan then kiri. Kalau rasa nak senget benget nak jadikan batang pokok just tolak je benang tu then matikan dia.

8.Pistil Stich
- Sama dengan french note cuma tambah batang je. Macam french note, jarum akan dicucuk kat tempat sama jarum keluar tapi pistil ni dia kita tarik panjang sikit. Bermula dengan jahitan straight stich lepas tu diakhiri french knot.
- Pistil stich boleh digunakan untuk membentuk bunga sama ada berbentuk bulat, separuh bulat, suku bulatan atau lebih kecil dan boleh membentuk bunga-bunga bertangkai panjang. Boleh juga jadi pokok-pkok dan rumput-rumput untuk sulaman pemandangan.

9. Lazy Daisy Stich
- Cucuk jarum then keluarkan jarum dari bawah fabric. Pegang benang dengan tangan kiri then cucuk harum kat point yang sama kita keeluarkan jarum tadi lepas tu keluarkan jarum dekat point mana yang kita nak. Dia macam cincin then jahit straight stich untuk matikan.
- Sesuai buat kelopak bunga, kudup bunga dan daun.

10. Fly Stich
- Macam bentuk Y
- Sama macam lazy daisy tapi bentukkan jadi huruf Y dan dia menghala ke bawah
- Boleh buat daun, tampuk bunga, rumput, pokok kecik dan paku-pakis

11. Feather Stich
- Sama macam fly stich tapi lepas dah cucuk jarum ke bawah terus keluarkan dari kiri atau kanan then ccuk balik dekat tengah then pergi balik kanan atau kiri then cucuk tengah.
- bentuk Y tapi tak adalah lurus je.
- Untuk hiasan tepi, daun dan paku-pakis

12. Cast On
- Ok ni rumit sikit tapi best. Keluarkan jarum lepas tu cucuk jarum dari atas ke bawah. Jarum menghala ke tengah. Lepas tu lilit 5 kali atu lebih terpulang. Dah lilit, tarik. Masa nak tarik tu pegang then susun.
- Sesuai buat bunga


Okay!! Itu sahaja pelajaran yang I belajar hari tu. Tujuan untuk diri sendiri tak nyanyuk. Kalua nyanyuk boleh refer, itupun kalau faham.

Friday, July 19, 2013

Be patient..

Alhamdulillah! Yes! Some thing take time. Its more than worth. Thank you Allah. You're the greatest planner. Like very very very great.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]

Patience is important. Think positive is very important. Never blame our Allah for anything bad that happens to us is super duper very important. He knows everything. He has his plan. And His plan is the GREATEST. Believe in it. Have faith. <3 br="">

Wednesday, July 17, 2013

Buka puasa with my ever great friend.

This duo that Im going to mentioned is really a good people. Aefy & Wan. Alamak! Tak ada gambar dieowang dua tahun ni. Aisey!!!

Semalam terkejut tiba-tiba ada budak lelaki macam tak cukup umur pakai braces datang kat depan office lepas tu sengih sengih lepas tu blah. Macam kenal tapi macam pelik. Ohh Wan rupanya, lain beno ghupenya dah pakai braces. Kemain!! Habis ahh Aefy kang gigi Wan dah teratur dia cari lain kang. Kihkihkih.

Wan ni I kenal since I form 3 lagi. Zaman-zaman skateboard, vespa dengan scooter dulu. Kemain nakal budak ni. And our friendship last until now and kiterowang punya cinta hati pun masing-masing can get along well. Haihh lahh kome dua cepatlah kahwin boleh pergi travel sama-sama.

Matilah aku, Wan dah kerja dekat depan ofis ni haaaa!! Habislah nampak muka toya dia selalu kang lalu-lalang depan opis. Semalam pun dah nak dekat 4-5 kali singgah ofis aku. Nak amik aircond lah tu. Lain kali kena caj sekali jejak RM10.

So semalam Aefy belanja berbuka dekat Hotel Seri Malaysia. RM40 sekepala. Perghh kalau duit I sendiri ni memang fikir berjuta kali ni nak buka puasa kat sini. Luxury weyhh kalau lebih RM10. Kihkihkih. Thanks Aefy. I love you thousand months. Ingat ya janji Aini, dapat gaji hujung bulan ni jom ke Shabu Shabu kita. Dinner on me. **angkat kekening. ^___^

Kiterowang ni jarang jumpa, sekali jumpa sembang tak hingat punya. Macam tak ada hari esok. Nasiblah Aefy tak boleh keluar sampai lewat malam kalau tidak mau sampai ke pukul 12 tengah malam cakap-cakap-cakap-gelak-gelak-gelak sampai orang meja sebelah pun dah pandang-pandang. MEMORIES!

**Ok! Wan baru singgah. Kan dah cakap. Kalau singgah bagi duit tak apa gak. Now 9.45am. Tapi singgah 3 saat je tunjuk muka dan complaint kenapa tak ada parking. Manalah aku tahu woii. Ahahahah! Suruh MBI buat parking bertingkat kat pekan lama ni haaa. Susah sangat nak cari parkingnya pun.

OK! JOM BALIK KAMPUNG NAIK BECA.. AEFY! TAK PAYAH NAK POSING SANGAT, PI KAYUH BASIKAL TU CEPAT!

P/S : Gambar semua dalam kamera henpon. Kalau tak mesti terliuq tengok gambar makanan

Tuesday, July 16, 2013

5 Ramadhan - Restoran Simpang Tiga


Ini semalam. Berbuka puasa di Restoran Simpang Tiga. Semua ni kawan-kawan AmirulSyafiq masa kerja Mcd lepas SPM dulu. Semua stok abang-abang and akak-akak tapi boleh masuk kepala.

Ok kenapa gambar ada dua?  Sebab ni gambar dari instagram. I kan pakai Samsung so faham-faham je lah kan.

Kami makan berhidang dan banyak gila lauk dan sedap dan kenyang dalam RM198 semeja. Not badlah. Kami makan 9 orang. Sekepala RM22.

Monday, July 15, 2013

Samosa pap pap pap

Dah masuk 6 Ramadhan masih mencari tapi tak jumpa-jumpa. Bazaar paling panjang kat Ipoh ni pun tak ada samosa. Kalau dah nama paling panjang mestilah Bazaar Medan Gopeng yop!

Hari tu pergi Bazaar Rapat Setia dengan harapan setinggi gunung nak realisasikan keinginan AmirulSyafiq yang nak sangat samosa tapi sayang seribu kali sayang tak ada jugak.

Ok hari ni kita intai-intai dekat stadium atau Ipoh Jaya. Ok?

Nasi Bungkus...

Adalah satu hari tu beberapa minggu yang lepas, aku kena duduk kertas akhir kat Dewan Musa yang tak semenggah dekat Shah Alam seksyen 17 sana nun.

Nampak satu kedai Pak Jamek mana entah. Berhenti. Nak beli nasi bungkus. Pilih punya pilih aku ambil 3 benda je. Nasi. Ikan Keli. Sayur. Tahu berapa? RM6. Tak ada air.

Ok! Aku terkejut. Ini rupanya life dekat Shah Alam. Yang berniaga kayalah, yang kerja makan gaji? Memang semata mata kerja untuk makanlah ya kalau tak reti masak.

Bahagianya Ipoh. Nasi. Ayam. Sayur. Air. RM5 sahaja. Tambah-tambah dekat sebelah Maybank pekan lama. Kau ambil nasi dengan lauk macam nak bunuh diri pun masih RM4. Ambil udang pun RM4. Amboih Pak Cik Leman, sedekah nampak? Harap dimurahkan rezeki sentiasa.

Thursday, July 11, 2013

Kak Wowwa & Abg Makram's BIG DAY

Alhamdulillah. Lagi 4 hari genaplah sebulan Kak Wa dengan Abg Makram bernikah. Eh ke bernikah the day before reception? Ok whatever yang penting this sweet couple dah kahwin. Yahooo!! Setelah bertunang pada tahun 2010 then tahun 2013 kahwin.

Waktu kenduri tunang dulu pelamin comel gila. Tang kahwin pulak pelamin lagilah gojes gila okayyy!

VENUE : Dewan Banquet Kelab Golf Diraja
TIME : 8.30 am - 11.30 pm (RSVP)
DATE : 15 June 2013

Sampai sampai I dengan Apek kira macam orang paling awal lah sampai. Kemain sangat sampai awal. Ingatkan dah lambat gila tau sekali antara paling awal. Aiseyy! Kalau tau tak lambat boleh cari hadiah best best jauh jauh sikit.

 Nampak tak tak ada orang lagi? Pelamin tu gojes sangat homaigod.

Naik-naik tangga nampak pulak si penyambut tetamu yang oh so gojes ni terus tak tahan tengok baju dia cantik gilossss. Dia pun cantik giloss. Abaikan kepelikan cara I menggabungkan baju dan skirt dan tudung sebab itu je yang I ada. =( Eh tapi okay what sama warna okay pink the pinky lagi kain I sama dengan kawan I yang cantik ni. Her name is Mell. Friends since primary school. Pernah lepak rumah dia kat Taman Cempaka dan masih teringat buku bapak dia banyak gila kat rak yang buat I kagum gila bestnya banyak buku lepas tu ada bela burunglah arnablah lepas tu apa kau merepek ni Aini taip banyak banyak tak ada noktah tak ada palang??

Ok ini bukan pengantinnya ya.

Ini barulah betul pengantin. Bersama dengan tiga orang dayang-dayangnya. Ecececeh! Kak Wa comel nak mampos macam barbie sangattttttt. Geram tengok! Dah lah tak dapat nak tangkap gambar banyak-banyak sebab pengantin dua orang ni ramai sangat peminatnya kena beratuq amik nombor nak amik gambar.

My TCS friends. Anisa & Sasa. Asal ada kenduri je baru terserempak. Asal ada makan-makan je baru nak terserempak. Asal jalan-jalan dekat shopping mall baru nak terserempak. Ipoh ni kan kecik tu yang jodoh kaw-kaw punya kuat. Mula-mula dieowang ni duduk meja lain, I nampak dieowang terus I panggil duduk satu meja dengan I. Jodoh mana boleh duduk jauh-jauh weyh.


Tengok Kak Wa kahwin terus teringat dekat reception sendiri. Baju ittew pun warna soft pink, baju AmirulSyafiq warna kelabu. Suka suka suka. Sama macam baju Abg Makram dengan Kak Wa but of courselah baju Kak Wa tu melampau cantiknya. Beads bling bling menusuk mata.

 Balik wedding tu dalam pukul 10 lebih. Terus pergi melepak dengan Yna Bliss dekat Oldtown White Coffee kat Gunung Rapat tu. Eeeee servis tak boleh blah langsung dah skang. Memang idak nak lepak situ dah. Baiklah lepak di OldTown di rumahku Ampang. Then kiterowang pergi Gerbang malam nak cari perfume Yna tapi keciwa Yna, bau yang dia nak tu tak ada. AmirulSyafiq pulak pergi lepak dengan kawan-kawan dia. Kemain single mingle betul kami ni. Hihihihihihi!

Jadual hari tu memang pack sangat. Dari pagi sampai malam. Esoknya pengsan dua-dua.



P/S : Sori Kak Wa, hadiah tu rushing sangat pergi beli. Pagi sampai petang Aini pergi library study nak final exam. Lepas tu balik rumah, siap siap kat rumah lepas tu terus pergi cari hadiah then terus pergi kenduri Kak Wa.

Tuesday, July 9, 2013

Kamera Henpon Paling Lawo

Hello hai. Ohh no no no. Entry Singapore belum lagi ya. Harap bersabar. Amboih kemain suka kome hashtag #traveldiary ya. Nanti-nantilah ya dalam minggu depan ke minggu ni ke kan sebab gambar bersepah. Dalam kamera I lah, kamera handphone AmirulSyafiq lah, kamera handphone I lah.

Inilah yang nak tanya ni, kamera handphone mana paling canggih dan lawa eh? Sebenarnya dah malas nak kendong kamera ke sana ke mari tu yang nak beli handphone canggih je. Senang! Dah lah kecik lepas tu nak tangkap gambar pun tak adalah macam nak kena klik punat ataslah apalah. Lepas tu kalau dengan kamera ni tak boleh nak ambil gambar selfie yang angle dia dah cun melecun sebab tak ada kamera depan kan kan kan.

Tengah fikir nak beli Iphone je ni tapi orang cakap kalau gambar-gambar ni SONY is the winner. Betul ke?

AmirulSyafiq sekarang pakai Sony Xperia. Memang lawa gambarnya sampai dia pun dah malas nak carry DSLR dia yang besar gabak tu. Planning to let go. Dia nak cari kamera yang kecik sikit tapi function macam DSLR. Iyalah ingat tak berat ke DSLR tu. Berat gila sampai kena gantung kat leher. Atenya nak masuk kat poket mana nak muat.

Aiming for Sony Xperia Z yang kamera gila nak mampos lah sampai 13.1 megapixel apa jadah tinggi gila. Iphone pun 8 megapixel je ni. Ok nak pergi survey dan survey sekarang. Haih lah duit silalah beranak agar daku dapat mengupgrade hanpdhoneku ni.


Sony Xperia Z. Aumm!!!


Monday, July 8, 2013

JB - SINGAPORE

We have an awesome weekend trips. Tiring but yeah we have so much fun. Queuing up for almost two hour for 1 ride. Did not manage to get a ride of all the awesome games but whatever, definitely will say "HELLO SINGAPORE" again. Perhaps next year. And of course with my beloved family. #thejoes

Express tickets please...
Hard rock hotel again please...

The entry for Singapore trip?? Ohh coming soon. Give me a break will ya? I just arrived Ipoh at 11.30 pm yesterday and today Im working.



Wednesday, July 3, 2013

What a busy week last week and oh this week too.


26/07/13 - My first paper for the final exam. CTU je. Macam nak meninggal baca pagi tu jugak kasi masuk otak. Memang gila.

Lepas habis exam pergi IKEA melantak puas puas sampai 20 ketul meatballs dengan 5 ketui chicken wings. GILA BETUI! Memang idaklah larat nak habiskan kan kan kan. Tujuan utama pergi IKEA nak beli meja for our small home office (NIMI ENTEPRISE). Alhamdulillah. Tercapai hasrat kami. Under budget lagi tu. Super ohsem! Tak sabar nak masuk our NIMI Casa so boleh deco bilik bawah tu jadi office. Konsep hitam putih.

---------------------------------------------------------------------------------------

29/07/13 & 30/07/13 - Kelas jahit menjahit quilt anjuran Kementerian Belia & Sukan


Curlasss sangat kau AINI, tak ada basic jahit sekarang dah pandai operate mesin jahit. Version mak pak kaduk lagi tu. Siap ajak adik kecikku si Ifa Joe lagi join sekali. Memang dari dulu nak belajar jahit tapi tak ada peluang. Tenkiu Kak Ejad. Ni dah pandai guna mesin jahit macam semua benda nak jahit sendiri. Of course first thing first beli mesin jahit dulu ya Aini.

FIRST DAY


SECOND DAY

Taraaa!! Settle lah sudah quilt kami semua. Best! Baking and sewing? I prefer sewing. Baking bagi Amirul Syafiq ya.


Then malam tu terus pergi tengok The Despicable Me 2 tapi sayangnya I mengantok gila-gila so tak dapat nak join gelak bersama rakan-rakan wayang. Tidur tersengguk sengguk je. Kena repeat lagi ni nampaknya. Dah lah semalam paper HRM then Jumaat ni pulak HELLO JB and last payperrr for the final exam and Sabtu Ahad HELLO SINGAPORE!


Penatnyaaaaaaaaaa hoiiiiiiiiii......

YOU'RE GONE...

Next year perhaps?

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...