Monday, January 12, 2015

#TRAVELDIARY - Singapore 3 Days 2 Nights

**entri ni dah dikarang pada tahun 2013 tapi tahun 2015 baru sambung balik menaip. Boleh? Mood malas gila nak menaip mengarang sebab dah lama sangat.

Alhamdulillah. Tahun lepas (2012) berangan je nak pergi Universal Studio Singapore dalam bulan 6-7 sekali tercapai. And yes! We're planning to go again.

Ada orang tau yang I ada exam in the morning on the 5th of July. Malam 4th of July tu dah bergerak pergi KL tidur rumah kawan yang baik, Chong. Chong ni kawan adik I. Memang baik sangat-sangat tau budaknya. I tidur pukul 3 pagi punyalah nak habiskan baca semua 12 chapter International Business tu. Orang lain semua dah tidur nyenyak diulit mimpi. Hebat pulak tu mata I tak mengantuk. Esok pagi bangun pukul 6 pagi terus bersiap pukul 7 pagi bertolak ke Shah Alam. Nasiblah adik yang drive so boleh tidur nyenyak kat belakang ya. Sampai dewan dalam pukul 8 lebih. Paper start pukul 8.30 pagi. Target nak kena habis jawab semua soalan dalam masa satu jam. Pukul 9.30 pagi dah kena keluar dewan sebab nak kejar pergi Subang Airport. Flight pukul 10.30 pagi. Alhamdulillah! Berjaya jawab semua soalan dengan gigih dan lancar dalam masa sejam. Memang pecutlah kan pergi airport. Sampai dalam pukul 10.10 pagi. Terus lari-lari anak cakap thank you to my sister and Chong. Nasiblah fireflyz boleh check in dalam masa 10 minit kalau tidak melepas.

Alahai comel gila Fireflyz. Tangga pun tak payah tinggi-tinggi. Besar lagi bas persiaran. Comel gila. Lepas tu dapat muffin yang oh mai sedap sangat. Dah lah pagi tu Chong belikan nasi lemak tapi I tak ada selera nak makan. Tekanan kot.

Naik flight pukul 10.30 pagi sampai kat Senai Airport, Johor pukul 11.25 pagi. Memang cut time betul. Harga tiket RM60 je seorang. Memang berbaloi. Kawan I dari Kl pun baru sampai pukul 11 pagi. Bertolak dari KL pukul 6 pagi. Bayangkan keras bontot berapa lama dalam bus tu?


5/7/13
11.30 - 12.30 - Melepak dekat JPO. Hermm tak ada apa yang best pun.
1.30 - 2.30 - Makan tengah hari di ............ Serius makanan dia memang the best food ever.
3.30 - Check in Selesa Hotel. Janganlah tinggal hotel ni. Tak best langsung. Dah lah mahal. RM250/- satu malam. Tak berbaloi.
5 petang - Jenjalan Legoland then pergi hotel nak dinner malam tu
7 malam - 11 malam - Dinner. Makanan super sedap super gemok.

6/7/13
6.30 pagi - Dah kena bangun nak pi breakfast.
11.00 pagi - barulah sampai USS. Gilalah imigration dia lembap gila. Mengundang kesabaran betul. Better naik flight. Naik bus ni susah sikit. First stop turun scan passport. Second stop kena turun bawa luggage semua then naik bus. Tapi yang bestnya bus ada laluan dia sendiri so cepat je tak payah nak beratur panjang macam kereta
5.30 petang - Check in Hard Rock Hotel. Memang sepoloh star bagi. Best gila. Selesa.

7/7/13
9 pagi - Breakfast kat Mcd.
10.00 pagi - Masuk sea aquarium. Tipsnya ialah dapat masuk terus je melulu masuk pergi Sea Aquarium tingkat bawah sebab nanti kalau leka tengok benda kat musium tu alamatnya kena beratur sampai sejam nak masuk sea aquiarium tu. Dan sila pergi bila tak ramai rang. Bila ramai orang tak best sebab kena berebut nak tengok ikan. :(

------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay yang atas tu iternary I dengan Amirul.

Tips dia ada 2.
1. Nak pergi Singapore kalau dari Ipoh ni naik je lah kapal terbang. Tak ada lah kena beratur panjang dan penat dan lambat gila dekat Imigresen Singapore
2. Sila beli tiket EXPRESS untuk masuk USS. Why? Sebab ianya sangat berbaloi walaupun mahal. Sebab apa? Sebab dapat jimat wang dan tenaga
3. Tinggal dekat Hard Rock Hotel pun berbaloi. Boleh sumbat masuk smapai 10 orang rasanya tapi yang dapat tidur kat katil maybe 4-6 orang. Selebihnya tidur bawah lantai tapi serius berbaloi....
4. Kalau masuk Aquarium tu pergi je Aquarium pi tengok ikan-ikan tu dulu. Last nanti baru pergi tengok museum dia sebab kita akan lalau balik museum tu.
5. Make sure tak clash dengan musim cuti sekolah kat Singapore ya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kudap-kudap. RM60 je fly ni dari Subang ke Johor. Memang berbaloi. Jimat masa, tak adalah sakit pinggang dan of course muffin dia terbaik. Sodap!


Hotel Legoland yang waktu tu baru nak siap. Comel!! Tapi harga tiket nak masuk Legoland ni yang tak berapa nak affordable. Apalah mahal sangat. Baik masuk USS.


TRANSFORMERS. Nak menunggu barisan dia memang bercinta habis. Sejam nak dekat 2 jam jugaklah. Tu sebab cakap baik beli tiket exress tu lagi untung.


Takut dengan Joker ni. Dia suka kejar orang.



SHREK. Movie bergerak dia memang best. Okay yang ni beratur kejap je. I sebab penat sangat siap tertidur dalam panggung tu. Memang real ahh Shrek ni. Thumbs up!


SIAPA PERGI SINI TAK NAIK MUMMY RETURNS PUNYA RIDE SILA MENYESAL SEKARANG!! DIA LAGI BEST DARI TRANSFORMERS YANG ORANG CAKAP BEST BEST BEST TU!




Rasanya show ni ada waktu hri Sabtu dan Ahad sahaja. Kallau tak silap lah. Memang best! Memang fun! Memang havoc! Tak adalah macam kat Sunway Lagoon punya. KIhkihkih!



Hotel kami. SUPERB!! Satu malam dalam RM800-RM1,000. Berbaloi!


SEA AQUARIUM. Best sebab dapat tengok ikan-ikan. Dapat belajar sejarah Islam, Cina, India. Best! Kena masuk tau dah alang-alang sampai sini.


Akhir kata siaa yang tak sampai lagi USS silalah sampaikan diri ke sana. AWESOME RIDES!

-THE END-

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...