Friday, June 11, 2010

Penyakit Homesick memang tak boleh ubat!!

Hemohemohemo! Esok cuti kerja tapi jadual padat. Siang sampai malam ada aktiviti baik punya. Bukan! Bukan! Bukan pergi kenduri kawinlah tapi I yang nak kahwin. Haaa terkejut lah tu? Tak adalah! Apa kau gila nak kahwin sekarang. Rumah pun tak ada, kereta pun bapak bagi, duit belanja pun bapak bagi lagi. Manja yang amat dengan famili macam mana nak tinggalkan famili? Nak kawin perghh lagilah kan. Nanti tihap-tihap malam rindu dekat adik-adik sebab tak dapat cakap selamat malam dalam Mandarin. Kalau tak tiap-tiap hari cakap "Wan An" banyak-banyak kali sampai cina sebelah rumah pun dah boleh agak kalau lampu bilik tertutup apa yang I akan cakap. Tapi nanti dah kawin nak cakap "Wan An' kat sapa? Ok! Sedih!





Ye lah I tak nak apply U sebab tak nak jauh-jauh dengan famili maka I apply kolej yang ada kat Ipoh ni je. I tau kalau I apply U nanti kena duduk asrama. Lepas tu tiap-tiap hari telefon ayah nak cakap dengan ibu nak cakap dengan adik-adik sebab sunyi. Bukan sunyi tak ada kawan, kawan ramai tapi sunyi tak nampak adik-adik dengan mak bapak depan mata. Pengalaman ni I dah tempuh dah waktu pergi sekolah teknik kat Buntong, Pahang. Pahang tu weyh! Bayangkan tiap-tiap minggu ayah I kena turun Pahang sebab I tiap-tiap hari beratur kat pondok telefon sebab asrama mana boleh bawak handpone weyh. Skema nak mati kan, konon ikut peraturan. Tapi berbulu je I tengok orang gayut dengan pakwe kat public phone tu. I dah lah tengah nangis esak-esak peluk bantal busuk kat tangan kiri, tangan kanan pegang teddy bear seret bawah lantai sebab nak cakap dengan ayah I. Windu! Windu! Sampai tiap-tiap hari telefon. Ayah siap dah save number public phone asrama I. Tiap-tiap hari I akan cakap benda yang sama. I nak balik Ipoh! I NAK BALIK IPOH! Tapi ayah suruh sabarlah apalah. I bukannya tak boleh get along dengan kawan-kawan. Kawan-kawan ramai ok, semua kawan kat Teknik Bentong Pahang memang best.




Tak sampai 2 bulan duduk sana, I lari balik naik bus pergi rumah mak sedara I kat KL. I buat-buat macam outsider. Dah lah tu, tak pandai naik LRT semua tapi buat-buat pandai. Dah sampai Ipoh apa lagi buat akal tak nak balik Bentong. Ayah pun buat rayuan transferkan I dekat Teknik Taiping. Perg lagilah tak boleh blah! Sorry to say eh siapa-siapa yang dulu sekolah Teknik kat Taiping tapi serious I tak suka sekolah tu. Budak-budak sombong yang amat sampai buat I rindu kat kawan-kawan kat teknik lama. Sehari je I tahan lepas tu I mintak ayah I bawa I balik kalau tak I lari. Gila kesian bapak I dapat anak mengada macam I. Lepas tu I tak sekolah 2 bulan. sampailah I masuk MGS balik. OK! Ini episod hepi sebab lepas balik sekolah boleh gomol-gomol adik, gomol-gomol kucing. Kalau boleh semua benda nak gomol.


Tapi semua yang terjadi I percaya ada hikmah babe, sebab kalau I tak lari dari teknik bentong tu mesti I tak jumpa Apek. Tapi mak bapak I tak boleh marah I sebab dieowang yang paksa I pergi teknik tu padahal I macam mati-mati tak nak pergi ohhh. Siap buat-buat nazak lagi tapi lakonan tak berhasil. Sekarang mak bapak I dah ambil pengajaran jangan paksa anak kalau anak tak nak. Kesian mereka oh! Tapi takpe, dieowang paham I punya penyakit tak boleh tinggalkan rumah lama-lama maka kena redha dapat anak macam I. Teeheee!


Ehhh! Dahlah tu, I ni kalau menaip macam air paip je. Laju je! Ye lah mana penat wey. Kalau tulis tu mungkinlah penat, ceh tapi taip ni celah tahi gigi je weyh. Tapi kena berhenti sekarang jugak, kalau tak habis server down satu Malaysia kang.






Ok! Tata! Lain kali I cerita macam mana I jumpa Apek ok!

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...