ARAHIYAMA
1. ARASHIYAMA
Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan dan sangat tenang. Dengan pemandangan yang cantik. Subhanallah! Selain itu, jangan lupa jejakkan kaki ke SAGANO BAMBOO GROVE ROAD. Kat situ kita dapat menikmati kedamaian melihat pokok-pokok buluh yang tinggi. Sekiranya ada budget lebih, jangan lupa naik SAGONO ROMANTIC TRAIN. Pemandangannya tak tergambar dengan kata-kata.
2. ARASHIYAMA MONKEY PARK
Yang ni kami tak pergi sebab dah biasa tengok monyet. Ahahahah! Tapi kalua musim salji wajib pergi sebab ada snow monkey. Haaa itu rare.
3. TENRYUIJI TEMPLE
Ni pun kami tak pergi sebab masa mencemburui kami.
KAWARAMICHI
1. NISHIKI MARKET
Kat sini best. Memang Panjang. Tapi at least dapatlah merasa street food dia macam udang yang besar, landak laut (eeeuwww satu pengalaman baru makan dia), dan macam-macam lagi.
FUSHIMI INARI
1. FUSHIMI INARI
Memang ada satu attraction je dekat sini. Kat sini pergi awal pun memang sangat crowded. Dia menarik sebab dia punya tiang tiang oren tu. Baca dari peta dia, kalua nak hiking sampai atas tu ambil masa 2 jam.
KIYOMIZU, YASAKA
1. KIYOMIZU-DERA TEMPLE
Ni sempat masuk sampai luar pintu gate je. Itupun dah cantik. Kalau dapat masuk dalam dia tak tau lah. Maksud yang cantik kat sini, pemandangannya tau. Sebab masa tu nak masuk Maghrib dah, nak tutup dah. Dekat bawah temple ni lah terletaknya STARBUCKS TATAMI jugak.
2. YASAKA SHRINE
Okay kat sini biasa je sebab kita orang Islam so tak adalah nak menikmati apa je sebab dia semata-mata temple sahaja. No view scenery.
No comments:
Post a Comment