Posts

Showing posts from October, 2010

301010

Image
Netbook untuk Iqa.. Senang dia dah tak perlu nak bawa laptop I yang berat ni, sekarang dah boleh sumbat dalam handbag je..

BB for me. Orang semua dah pakai BB Torch I baru nak pakai BB pattern lama ni. Takpe, ibu adik lelaki kesyangan tunggal yang belikan..Baik kan adik I?? Terharu betulll.. I ingat Ibu I yang belikan =))


MISI SULIT AINEE

Cant wait untuk guna semua bahan bahan ni.

DAN LAST BUT NOT LEAST korang nak tengok kepala ayah I yang bocor tu??



ARE U READYY???


















SERIOUS????















DONT FAINT PLEASE!!!
















1,2,3.....

















TADAAAA!!!! Kepala bocor ayah. Teruk kan?? Ok, daaaa!!! Penat jalan-jalan hari ni tau pergi Yik Foong lah, pergi SSF lah, pergi Jusco lah. Itu baru misi sulit Ainee belum misi sulit Apek. Apek punya barang ada kat dia, mintak pic kat dia setahun baru dapat. Maka tak dapatlah nak intai intai sikit barang dia. Ok! Dah penat jalan dari pukul 11.30 sampai 7 malam maka I nak tidur. Papai!

SEX & The City Wedding Details

Image
Perghh impian tu!!! Kalau dapat buat wedding macam pasangan gay ni perghh memang lepas kahwin tu pun rasa nak kahwin lagi sekali. Grand gila. Suci habis!!


DECORATION
Paling paling paling paling glamer. Ada jambatan, putih some more. Lepas tu semua bunga pun putih dengan cream je lepas tu hias hiasan semua, semua warna putih. MELETUP KAU GAY!

THE CAKE
Lagi meletup siap gunabling bling punya batu tu. I pun susah sangat nak sebut benda tu. Yang tau dia start dengan huruf S.

Auuuu!! Mengancam!


FLOWER GIRL
Flower girl dia pun comel gila. I pun nak lah pakaikan my flower girl macam ni. Sorang je pun dah cukup. Kena cari budak comel macam Mia Sara.


ENTERTAINMENT
Ni paling gila. Melompat I tengok. Gila happening. Kewl gila nenek ni. Siap rasa nak join nari sekali bila tengok dia nari tauuu!! Nak jugak ada performance macam ni kat wedding I nanti. Biar semua orang enjoiiii.

Haishh angan-angan betul! Kalau boleh nak semua guest pakai baju putih, cream ngan hitam je. Perghh! Klasik tuuu. Nampak suci je. I…

Kisah Ayah

Semalam balik-balik rumah, Ifa cakap ayah jatuh longkang. Finelah, ingatkan perkara kecil je kalau setakat jatuh longkang paras buku lali kan? Sekali Ifa cakap kepala ayah tobek kena jahit. I macam seriously?? Jahit?? Berapa jahitan? Ifa cakap 7 je. Lepas tu Ifa cakap angah(Eddie) cakap besar gila luka ayah waktu dia amik Ifa kat sekolah lepas tu Ifa cakap Eddie tipu, Ifa tengok kecil je. Ok lah, ingatkan kecik je. Lepas tu I asyik tengok jam je tak sabar nak tungu ayah balik.

SEKALI WA TENGOK, BESAR WOOOO!!!

Jatuh dekat Tiger Lane punya longkang. Bukan longkang paras buku lali dah, itu paras bahu ayah I tu.

Aiyoo ayah, next time watch your steplah. Kesian ayah! Nasib baik tak patah patah tulang ke apa cuma dia sakit bahu dan kaki je dan kepala dia tobeklah kan. Perghh!! Lagi mafialah bapak aku macam ni. Lagi ganaslah orang tengok dia. Ayah! Ayah! Such a strong ayah.

Iqa, cepat balik dari sungai siput, ko mesti terkejut tengok kepala ayah. Nanti I tempek gambar kelukaan kepala ayahku di s…

Kereta I telan minyak baru

Hari ni dengan rasminya I tukar kereta minyak I dari Esso ke Petronas. Siap dah apply Smile lagi. Kalau isi guna Petronas pun still kuat minum minyak jugak kereta oden ni tak tau lah nak cakap apa dah.

Peralatan untuk Meja Buffet dan Makan-makan untuk tamu

Image
Hari ni pergi bayar deposit untuk cavendish, pinggan, gelas dan kendi.

Event Invitation

Image
Hari ni dah create satu event invitation dekat FB untuk Ainee's Engagement Parti Buih. Kawan kawan sahaja dah dekat 32++. Dijangka akan ada 150 orang tetamu. Tapi parti ni parti sulit punya. Hanya orang yang dijemput sahaja diminta hadir.

P/S: Tempat nak sewa cavendish, pinggan, gelas semua dah jumpa. Hooray!

Update Pasal Barang

Semalam waktu malam celeb Bday ayah dekat AYAM PENYET. Best! Murah! I keluar dengan Apek dari pagi sampai petang semalam. Dah 70% barang untuk pelamin kiterowang dah beli. Parents I belanja cat utuk cat rumah kiterowang yang kusam tu. Barang untuk hiasan hiasan hantaran from me to Apek pun dah 70% I beli dan I sangat puas hati. Buat masa sekarang ni dah habis RM789++ dah. Banyak jugak guna duit untuk tunang ni kan. Mahal gila! Tapi takpe berbaloi baloi.
SENARAI YANG KENA SETTLE CEPAT 1) Sewa khemah (settle kasi bayar habis sudah) 2) Sewa baju tunang (30% deposit paid) 3) Barang pelamin (70% siap) 4) Hiasan hantaran from Apek to me (100% done) 5) Hiasan hantaran from me to Apek (70% dah beli) 6) Sewa pinggan, gelas, cavendish, jug air (1% pun belum lagi. Kena gi hari ni) 7) Cari waiter/waitress yang ada pengalaman catering ececehh untuk pelancaran majlis gitu ( Belum tanya tanya lagi)

HEPI BDAY LELAKI KESAYANGAN PERTAMA!!

Image
Not this guy of course, my ayah lah mesti. Hepi 48 years ayah. U KNOW HOW MUCH WE LOVE U!! **Toodles

Saya susah terima berita sedih melibatkan kucing saya

Dapat mesej dari adik cakap Atik tak dapat diselamatkan. Atik tu kucing kesayangan my mum dan juga famili. Dia sangat lembut lembik macam marshmallow. Lepas tu dia tu pendiam yang amat sampai ayah panggil dia si bisu. Saya sedih! Saya nak balik cepat. Saya nak tengok Atik. Saya nak pelok dia puas-puas. Saya nak gomol dia puas-puas.

Ok! Saya tak dapat taip banyak sebab setiap perkataan yang saya taip disertai dengan air mata. SEDIH!!

DOAKAN PLEASE UNTUK ATIK SUPAYA DIA KUAT DAN DAPAT SURVIVE!

=(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((

KL-Ipoh

Pagi ni baru balik dari KL. Biasalah naik tren kan. Naik pukul 9.45 sampai nak dekat pukul 1. Ngantok tak hingatnya. Pergi KL sebab Apek ada interview. EEEE KOWANG DOAKANLAH DIA DAPAT EHHH! Amin! Amin!

Pergi KL hari Selasa malam dengan Zana dan hubbynya. Best ngok keluar dengan dieowang. Zana ni kakak kepada kawan I. Umur dia 26 kot kalau tak silap tapi fun keluar dengan dia, dah macam sedara dekat je. Abang Mie pun best je, sempoi je.

Tapi part sedih nyesal tak beli Foundation MAC. Apeklah ni, bukan nak cakap awal-awal dia nak belanja. Nanti kena pergi KL lagilah nampaknya before tunang ni kalau tak nak pakai makeup apa. Dahlah makeup sendiri, biasalah budget. Ahahahhaha!

OKLAH, NGANTOK NI! DAAAAAAAAAAA (Sebenarnya tak ada mood nak update kalau tak ada gambar, gambar semua kat Apek)..

Hari ni kasi settle sebab nak pergi KL malam ni

Semalam dah beli cincin untuk Apek untuk engagement nanti. Ibu pelik laki pun ada cincin tunang. MEMANG PELIK PUN TAPI I NAK BAGI JUGAK! Kira ok apa, Apek bagi 2, I bagi 1 je itu pun murah gila. Nanti I tempek teaser kat sini. Kasi korang tengok batu dia je. Hihihihi!

Hari ni pergi KL dengan Apek, Zana and husband Zana(Mie). DOAKAN PERJALANAN KAMI SELAMAT OK! I pergi sana naik kereta kot. I gabra ni.

Before dat nak pergi beli bantal untuk pelamin dekat Tesco. Murah tu!! Rm13.90 je. Nak beli 4. Lepas tu nak settle bayar habis terus itu baju tunang. Malas den nak hutang-hutang ni. Khemah pun I dah bayar full. SEMUA ORANG MACAM, "AINI!! LAGI SEBULAN LEBIH KOT. AWALNYA NAK BAYAR. BAYAR NANTILAH!". Tapi I tetap nak bayar awal jugak, malas nanti dah last minit pening nak pikir bayar tu bayar ni. Lagipun, hutang tak bagus untuk kehidupan dunia.

YONG TAU FOO best dekat Ipoh ni

Image
Nak tahu kat mana nak cari Yong Tau Foo sedap tapi murah kat Ipoh ni? I dah tahu kat mana. Oklah I share dengan koranglah ehh kat mana. DEKAT FOOD COURT MERU!

Hemm.. Tak tau kat mana ehh? Alah dia dekat dengan kilang CARSEM. Terus je sampai jumpa jambatan. Haa dia dekat jambatan tu. Dahlah tempat dia bersih gila, tak ada keraguan keracunan makanan pun kat situ.

CARI GERAI NUMBER 8 TAU!!

Various type of fishcake

Yeahh!! Pilih pilih dulu mana yang berkenan dan shodappp.. Kat sini boleh pilih nak rebus ke nak goreng fishcake tu. Gila best! I selalunya akan pilih untuk digoreng sebab lagi umphhhh!!

PEMANDANGAN
Kalau makan malam-malam sejuk je. Ada angin sepoi sepoi bahasa gitu. And kalau nak bawak anak anak kecil pun boleh sebab ada taman permainan mini gitu kat sini.


SEMENTARA MENUNGGU MAKANAN SEDAP SAMPAII


I love u busuk!!

I love u wangi. Ahahahah! Tang I wangi ehh tang Apek busuk. (O_0)


KITEROWANG MAIN SNAP SNAP PIC LAHH KAN, APA LAGI!!

AND TADAAAA.....Makanan pun sampai

Tadaaa!! Cuba teka berapa …

Pencarian Bermula.

Today nak main hunting hunting baju tunang. Kat manalah murah dan cantik ehh kat Ipoh ni??

Sketch Pelamin Tunang

Image
AINEE LUKIS

Oklah! I tahulah I lukisan sngat disaster. Sangat menunjukkan kegagalan I dalam subjek lukisan. Finelah! Malulah macam ni. Tapi kira ok what I ada idea cuma tak pandai lukiskan sahaja. Kalau lukis atas kertas bolehlah tapi kalau guna Paint tu macam mana. Susah kot! MALUNYA! Tapi I tau kalau I hebat melukis ni dah lama dah orang berlumba lumba nak I lukiskan. =D



APEK LUKIS

Percaya tak ini I buat? Oklah disebabkan lukisan I sangat disaster kat atas, Apek telah cuba merealisasikan angan-angan dalam bentuk yang lebih cantik. Tadi tu kiranya dah cantik, ini dia buat lagi cantiklah kiranya. Ecececehh tak mo kalah tu!

APA YANG PERLU DIBELI??
1) 4 Bantal kecik
2) Tilam
3) 2 Bantal Pelok yang kecik tomei tu
4) 2 Lampu Ikea
5) Bunga bunga tiruan
6) Plywood untuk buat pentas
7) Carpet ke apa ke untuk lapik atas plywood tu
8) 2 ketul lampu kecik kat bawah
9) Pomander Ball
10) Kain untuk backdrop


SEBENARNYA GABRA NI SEBAB TINGGAL LAGI SEBULAN JE APA PUN TAK SIAP LAGI. BAJU PUN TAK TAHU NAK SEWA KAT …

Just The Way I Like IT Baby!

Image
Semalam baru dapat beli cincin. Hooraayyy! Just the way I like it baby. 2 bentuk, satu untuk tunang satu untuk tanda. Satu besar, satu kecik comel comel je. Yang I suka tu ada butterfly atas dia. Kiut! Ye lah kalau dua dua besar gedabak tak ke tangan I nampak macam tangan makcik bedah kuat ngumpat mana entah kan. Dats why I plih satu besar satu kecik so seimbanglah sikit dengan usia I yang 21 ni kan.

I ni memang batak weyh. Macam tak pernah dapat cincin. Bila iklan kat TV je masuk bilik-buka kotak-testtestcincinkattangan-bukak cincin-masukkan dalam kotak-lari lari pergi depan sambung tengk tv. Tak boleh blah kan. Hari ni pun before bagi dekat Apek memandangkan cincin tu hak milik Apek lagi belum lagi diberi dekat I kan, I test test dulu kat tangan. BYE BYE CINCIN! NANTI BULAN 12 KITA JUMPA LAGI EHHH!!

Tak! Cincin I bukan macam ni lah!

Banyak diamond-diamond. Bersilau mata I nyah! Bentuk lebih kuranglah cuma I punya tak ada batu batu ni lepas tu I punya warna emas. Ada sikit putih lah …

Bilik Tidur

Image
Nak bilik macam ni plish. Wallpaper dia best gila. Hari hari bangun ingatkan dekat Paris rupanya masih di Malaysia.

Asset Baru Dalam Hidup

Hari ni nak pergi beli cincin. Ingat tak I cakap dalam entri lepas I dah keciwakan aunty tu. Tapi hari ni nak keciwakan lagi kot sebab tiba-tiba teringin nak pergi kedai lain pulak. Mana tau lagi banyak choice ke kan. Tapi kalau manusia kedai lain macam sombong-sombong I pergi balik kat aunty sebelum ni, lagi best. Ahahahahaha!

CINCIN EMAS IS MY NEW ASSET!
Mula-mula ingat satu je Apek nak bagi tapi sekarang dia nak bagi 2. Tenkiu mucuk.
Padahal I bukannya layan sangat emas-emas ni. Beli yang plastik untuk cincin tunang pun boleh aje janji comel. Ada bunga-bunga le teddy bear ke lagi I like. Beli kat Maggie-T je. Ahahahaha! Tapi kalau nak beli jugak emas I suka yang kat atas dia tak ada batu-batu. Nanti tercabut batu-batu tu I buat. I nak dia rata je tapi still ada bentuk. Lepas tu I tak minat warna emas campur warna putih. I suka satu colour je. Tapi kalau emas putih campur dengan diamond warna pink ke wohh suka banyaklah saya. GILA BANYAK SONGEH KAN AINI NI? Hard to please kan I ni. TAK…

Mana Nak Beli Barang Hiasan Untuk Hantaran MURAH Kat Ipoh ni?

Semalam dah habis beli barang untuk hantaran I. The cost kurang dari RM100 ok? Murah gila! I expect macam RM100 abovelah kan.
Before beli barang-barang tu, I dengan Apek dah pergi survey cincin. I nak cincin emas putih tapi tu lah opah I dia tak suka dia suruh I beli jugak cincin emas betul punya. No putih-putih. Dan kiterowang dah jumpa cincin yang sesuai. I rasa emas putih lagi mahal dari emas betul. So kiterowang punya budget Apek banyak balance so dia nak bagi 2 cincin. Satu cincin risik. Satu lagi untuk cincin tunang. I LIKE!!!! Isnin ni nak pergi beli. Sebab I tengin I tak cash out duit kat ASB. Ahahahahah! Cina tu dah buat muka keciwa dah. Sorilah ya aunty, Isnin saya datang lagi. Tapi nanti nikah I nak cincin berlian and make sure its emas putih, dah cakap kat Apek siap-siap. Tak gemor sangat cincin emas kuning sebab macam tak sesuai je dengan umur I yang baru 21 ni. Eeeewaaaahhh!!
OK! Kat Ipoh ni nak beli barang barang kahwin dekat Jalan KK lah senang kan sebab adalah beberapa …

Aktiviti esok

Esok nak beli alas dulang. Haishh kat Ipoh ni mana murah ehh? Ke nak DIY je? Rajin ke? Perghh! Lagi 2 bulan je kot, kiterowang boleh rilek-rilek je. Takpe, kecil-kecilan je lagipun kan.

Apek bagi Aini=pink
Aini bagi Apek=tak tau lagi. Tengok kat kedai nanti mana cun. Boleh macam tu?

Malu bertanya sesat jalan

Image
Weyh! Bangga yang amat weyh! Hari ni dah bertambah satu pengetahuan. Ceritanya begini, kawan sekerja I punya kereta Alza tau lepas tu dia suruh I pindahkan parking. Dia just tinggalkan kunci je dekat I lepas tu dia keluar dengan kawan sekerja I lagi sorang. Lepas tu I nak parkingkanlah kereta dia tengok-tengok punya tengok "Mana pulak handbrake si Alza ni". Terus tak jadi ubah parking. Lepas tu nampaklah ada sorang mamat cina ni bawak Alza juga. Terus I approach dia tanya mana handrake kereta dia. Dia memang buat muka peliklah lepas tu macam tak nak layan I ke apa tah. Lepas tu I cakaplah I kena tolong kawan I alihkan kereta tapi I tak tau mana dia punya handbrake.


WEYH! KORANG TAHU TAK HANDBRAKE DIA KAT MANA?



KAT KAKI WEYH!!!
Gila kewl! Nak satu plishh. Dahlah spacious, boleh bawak anak-anak kucing berjalan bersama.


Makanya, I berjayalah alihkan kereta kawan I tu. Cuba kalau I malu malu alim kucing nak tanya tadi sure sampai sekaranglah kereta kawan I tu berada di tempat yang t…

Untuk korang yang kecik kecik dah berhutang

Tajuk tu sah sah untuk diri sendirilah kan. I baru baca paper tak silap I 2 hari lepas. Paper Metro. Dia cakap sesiapa yang ambil pinjaman kat PTPTN sekarang ni boleh tukarkan kepada pinjaman ujrah. Sekarang ni kan ke 3% kan kos pentadbiran tu so kalau tukar kepada pinjaman ujrah dia caj 1% je. Weyh! Untung tu! Tak payah bayar lebih-lebih.

Haaa baik tak I share benda-benda macam ni dengan korang? Ok! Tak payah cakap, sendiri dah puji diri sendiri dan kagum dengan diri sendiri sebab tak kedekut pengetahuan. Wooohoooo!

Tapi yang sedihnya I tak boleh buat penukaran lagi sebab akaun I dia cakap masih dalam proses apa entah. Haishh! Sedih! Sedih! Dahlah gaji sikit kena bayar duit PTPTN lagi. Tu lah, gedik pi berhutang siapa suruh memang sah sah dan wajiblah kena bayar. Nanti untuk anak I, I nak cakap awal-awal jangan amik pinjaman dah. Pi belajar pandai-pandai supaya dapat biasiswa, lagi untung.

The Little Lulu

Image
Woohooo! Rancangan kegemaran waktu kecil-kecil yang akan menjadi feberet I selama-lamanya. YES! THE LITTLE LULU. I ingat lagi dulu suka tengok kat "Mega TV" lepas tu "Mega TV" bankrup, merengek suruh ayah pasang astro sebab tak nak terlepas tengok The Little Lulu. Comelnya Lulu ni. Seksi lagi, siap nampak panties gitu. Tapi sekarang ni selalu sedih sebab selalu terbayang The Little Lulu tapi kini tak sedih dah sebab dah like fanpage The Little Lulu. Boleh tengok The Little Lulu balik.

I LOVE THE LITTLE LULU SHOW! Best sangat!

Tak majulah hidup kau ni!

I paling pantang kalau ada je orang kat Ipoh ni pergi KL lepas tu baget tak sedar diri. HINA ORANG YANG DUDUK IPOH MACAM I NI! Bising sana bising sini pumpang sana pumpang sini. Ye lah, I ni memanglah dari kecil sampai ke besar ni asyik duduk Ipoh je tak pernah pergi negeri orang lain pun tapi baget bagetlah nak hina orang yang membesar kat Ipoh ni kan? Nak cakap apa barang duduk Ipohlah, gaji sikitlah, tak majulah, tak ada lifelah, pekan matilah kat Ipohlah. Habis tu selama ni cukup je kan pakai makan mak bapak kau bagi kan? Duduk mana? Duduk Ipoh juga yang kau cakap ketinggalan sangat ni. Dah besar, dah habis sekolah baru belajar kat KL nak lupa diri. Tapi yang I pelik tu bila belajar dan kerja kat KL lah nak bising-bising cakap Ipoh ni tak maju tapi bila belajar kat Johor ke, Penang ke, Perlis ke, Melaka ke, Sabah Sarawak ke (usihh banyak beno negerinya) haaa tak ada pulak nak cakap macam tu. Ini dah tercampak kat KL baru nak kecoh? Pelik! Pelik! HEBAT SANGAT KE KL? BESAR SANGAT KE…