Thursday, December 13, 2012

6H5M BALI TRAVEL GUIDE

Assalamualaikum lovely people. Ok as promised here I share the tips in Bali. Entri ni memang panjang berjela. Hello! 6 days okay bukannya 1 hari. 1 hari pun I dah bebel panjang inikan 6 hari.

BALI MAP

What to bring?? Kenalah buat list takut nanti tertinggal IC macam nak pergi KK hari tu habis kena beli tiket flight baru.

PACKING LIST
Passport (no need IC)
Pen (To fill a form that will be given on the flight)
Mask (untuk tutup mulut dan hidung sebab pencemaran udara sangat teruk)
Tiket kapal torbang 
Camera
Camera charger
Handphone
Handphone charger
Tripod (or else boleh minta orang tolong ambilkan gambar nanti)
Pyjamas
6 shirts/dress (If tak plan nak parasailing or banana boat or snorkelling 5 should be enough)
5 shawls (Untuk wanita bertudung. Komfem berpeluh. Selesa ke nak pakai shawl yang sama?)
Undergaments
1 Long/ Short Pants (incase your pants got dirty)
Iron (mine was explode there in Bali so I stole my mum's iron now)
Swimming suits
Selipar
Sunglasses/ Hats
Sunscreen, Toner, Pencuci Muka, Pelembap (sunscreen is the most important)
Telekung
RM200 converted in Rupiah. Another RM1100 convert in BALI. The highest currency is in TANAH LOT. (No need to change it to USD)

ON THE BODY
The most comfortable shoes you have
Shirts
Long Pants
Socks
Sweater

TRANSPORT 
Ipoh-KL Sentral-LCCT = RM20 (KTM + BUS) - TQ Abang Paeh atas cadangan ni
LCCT - BALI = RM618 (RM309 seorang) - Terima kasih AIRASIA
AIRPORT BALI - KUTA = IDR50,000 (RM15.90) - Airport Taxi
LCCT - IPOH  = RM84 (RM42 seorang) - Star Shuttle

PLACES WE WERE GOING
DAY 1 - Kuta StreetDAY 2 - Nusa Dua - Uluwatu - Jimbaran
DAY 3 - Sanur - Denpasar - Batu Bulan - Tohpatih - Tanah Lot - Mas - Celuk - Batuan - Ubud
DAY 4 - Goa Gajah - Tampaksiring Temple - Ladang Kopi - Kintamani - Mount Batur - Paddy Field
DAY 5 - Monkey Forest - Kuta - Kuta Beach
DAY 6 - Krishna - Kuta Beach - Legian - Seminyak

HOTELS
DAY 1 & DAY 2 = Matahari Guest House Hotel, Kuta (RM153.10)
Sesiapa nak tinggal kat Kuta boleh duduk hotel ni. Best! Friendly staff. Bilik pun bersih. Ada tv. Ada aircond. Dekat dengan Kuta Square, Kuta Street and Kuta Beach. Boleh sewa motor. Kalau nak pergi Krishna (tempat shopping murah), Nusa Dua (watersport activities) dengan Jimbaran (romantic dinner) dia ada sediakan transport percuma. Dah lah tu ada wifi percuma. Laju!

DAY 3 & DAY 4 = Argosaka Bungalow, Ubud (RM175.20)
Hotel ni serius tak menepati citarasa kami. No aircond, no tv, bilik air kotor, banyak semut. Plus point yang dia ada, dia bagi breakfast, ada swimming pool, ada wifi and dekat dengan Monkey Forest and Ubud Town.

DAY 5 = Matahari Guest House Hotel, Kuta (RM79.50)
Kembali ke hotel yang sama semula sebab kami suka Kuta instead of Ubud. Boringgg...

TERIMA KASIH WWW.AGODA.COM. Tak pernah mengecewakan saya dengan harga mereka.

DAY 1 (KUTA)
Kami naik tren dari IPOH - KL SENTRAL pukul 2 pagi. Jimat sangat. Tapi azabnya kau duduklah dalam tren tu 5 jam baru sampai. Tapi tak apalah as long as tak terlepas tiket flight. Boleh tidur dalam tren. Jimat RM44. Make sure pakai sweater tebal-tebal. Sejuk gila.

LCCT - DENPASAR, BALI, flight pukul 9.25am sampai sana pukul 12.30 tengah hari. Sampai sekarang tak tahu jam sana awal ke jam sini awal ke ataupun sama.

Touch down je Bali, ambil segala pamplet atau map yang ada dekat airport untuk buat reference. Keluar je dari pintu airport ambil kiri. Terus je dan buat bodoh je dekat tawaran tawaran taxi yang ada. Mahal sangat. Ada yang ketuk sampai RM50. Kalau terdesak sangat nak ambil mereka pun minta tawar sampai IDR50,000 (RM15.90) sebab KUTA sangat dekat dengan airport. Kalau nak murah lagi lepas belok kiri terus je sampai nampak Starbucks belok kanan lepas tu terus je. Kat situ ada BLUE TAXI yang turunkan penumpang. Mereka pakai meter, tambang lebih kurang IDR25,000 (RM8). Nampak je ada penumpang turun terus sambar taxi tu sebab dieowang tak boleh ambil penumpang dari dalam sebenarnya mereka boleh drop off sahaja. Tapi make sure dia pakai meter. Macam kami first time terus ambil je taxi airport tapi mintak kurang kaw kaw kalau tidak sorry tak nak naik. Tu yang dia terus okay okay okay setuju dengan IDR50,000 (RM15.90)

Check in Matahari Guest House. Hotel ni best. Dahlah murah. Bersih pulak tu. Dekat dengan semua tempat. Lepas tu apa lagi sewa motorlah. IDR100,000 (RM31.80) untuk 2 hari. Untuk hari pertama ni kami hanya jalan-jalan di pekan Kuta. Sewa motor lepas tu pusing pusing kejap bagi diri sendiri sesat lepas tu takut lalu pulang ke hotel. Dahlah mula-mula sewa motor sampai 5 hari. Kemain! Last last cakap kat dia nak sewa 2 hari je. Wise decision.

Pengangkutan kami selama 2 hari
KUTA DI MALAM HARI

Malam hari KUTA ni meriah sangat. Ohh dan traffic jam yang sangat teruk juga. Baik jalan kaki. Jauh pun tak rasa. Kat Jalan Pantai Kuta, kami beli lukisan untuk my cousin. Tawar tawar dapatlah IDR300,000 (RM95) untuk 3 buah lukisan. Tapi kira bukan IDR300,000, dia jadi IDR600,000 (RM200) sebab kami dapat kurang daripada apa yang kami sepatutnya dapat so dia menjadi 2 kali ganda. Itulah pasal I cakap tukar dekat LCCT sangat merugikan kami. Kerugian 2 kali ganda. Taxi semua tu semua kami bayar 2 kali ganda. Kalau RM30 jadi RM60, kalau RM100 jadi RM200. RM1200 kami dah tukar siap-siap kat LCCT tak boleh buat apalah. T___T

Jangan beli lukisan dekat Jalan Pantai Kuta, kalau nak lukisan yang cun melecun tapi murah beli dekat TANAH LOT. Kalau tau hari tu baik beli lukisan for my cousin kat TANAH LOT.  


Ohh. Lapar ya? Senang je nak cari makanan halal kat sini. Cari makanan Padang. Padang je kompem ISLAM. 2 orang makan baru IDR24,000 (RM7.60). Make sure tanya dulu berapa harga sepinggan. Restoran first first sekali kami makan dia ketuk sampai IDR66,000 (RM21).

TIPS: Check current rate berapa dekat Internet. Kami rugi 2 juta rupiah. Banyak tu!! Banyak sangat boleh buat dengan 2 juta tu. Dan untuk hari pertama tak perlu sewa motor. Explore. Jalan kaki pun dah cukup.


DAY 2 (NUSA LEMBONGAN - ULUWATU - JIMBARAN)
Transport kami ialah motor. Tawaf sendiri je kalau boleh tawaf sendiri. Semalam kami sewa motor tu rugi je bukan guna pun. Hari ni kami bangun awal pagi dengan niat nak pergi snorkelling. Orang cakap Nusa Lembongan & Nusa Dua best. Dekat je Nusa Lembongan ni. Tengah kami atas jalan tu boleh ada orang approach kami suruh ambil pakej dengan dia kat Nusa Lembongan. Amboih kemain tau je kami nak pergi sana. Terus dia bagi name card dan tunjuk arah ke Nusa Lembongan.


SNORKELLING : IDR250,000 (RM79.50) for 2 person

Tapi keciwa memang keciwa sekali. Air dia memang jernih tapi kotor. Banyak sampah daun. Tak bawa kami ke tengah laut. Tak ada ikan apatah lagi batu karang. Silap kami sebab ambil pakej sebelum tengok pantai. Maka, snorkelling is a NO NO in Bali. Kalau betul betul nak snorkelling kat Bali kena pergi AMED di mana Amed tu sangat jauh ya tuan tuan dan puan puan. Tapi kat Nusa Lembongan ni kalau nak main water sports memang best. Murah gila. Ada banana boat, flying fish semua harga yang kita takkan dapat kat Malaysia.

Selepas snorkelling dengan kekeciwaan kami pun vroom vroom ke Uluwatu. Perghh jauh gila Uluwatu ni. Dengan risau minyak nak habisnya.

Haa dekat Bali ni tak payah cari petrol pump sangat. Kalau nampak ada orang jual minyak tepi jalan tu beli je kat dieowang. IDR5,000 (RM1.60) untuk 1 liter. Kalau kat petrol pump IDR4,500 (RM1.40). Kurang RM0.20 je.


Dalam perjalanan ke Uluwatu sempatlah kami singgah ke Masjid Ibn Batutah. Kat sini beratur rumah ibadat. Mula mula masjid, sebelah masjid ada church, sebelah church ada temple. Besar besar pulak tu. Kebetulan waktu Zuhur kat sini masuk awal, pukul 12 tengah hari dah masuk Zuhur maka sempatlah kami berZuhur kat masjid di Bali. Alhamdulillah. Korang pun mesti akan jumpa masjid ni kalau on the way nak ke Uluwatu. Depan masjid ni ada kedai makanan Palembang. Masyallah! Sedap sekali. IDR44,000 (RM14). Lepas tu terus langsung kami ke Uluwatu.

ULUWATU



TIKET PARKING : IDR1,000 (RM0.30) per motorcycle
TIKET MASUK ULUWATU : IDR15,000 (RM4.80) per person
-Kalau nasib baik dia tak tau kita dari Malaysia dapatlah IDR10,000 (RM3.20)
-Kat sini tak boleh seksi seksi. Tapi tak apa dia akan bagi kain suruh kita pakai kalau kita ni sexy gitu.
-Jaga jaga dengan monyet. Depan mata kami nampak dia rampas botol mineral sorang perempuan tu lepas tu dia minum dengan gembira. Amboih! Bukan main dia ya!
-Kalau nak lihat Fire Dance dia start pukul 6 petang dekat tengah tengah podium. Dalam temple tu jugak. Jimat tak payah bayar mahal nak tengok kat luar. Kalau kat luar sampai RM100 sorang kalau nak tengok Fire Dance ni tak silap. Tapi kami tak tengok sebab hari semakin gelap, kami ni dah lah drive sendiri. Bahaya.

JIMBARAN


Malamnya kami ke Jimbaran. 20 minit dari Kuta. Dekat je. Dinner paling romantik dan paling mahal dalam hidup rasanya. Tepi laut. Ditemani cahaya lilin gitu sampai nak makan pun tak nampak. Kami kena IDR480,000 (RM153). Consider cheap. Macam mana kami boleh dapat harga murah gitu?? Hey yaww! See the madam lah. Aini kot. Ratu cheap cheap. First, dia tunjuk menu harga mak aihh semua pakat IDR1,000,000 (RM317). As you all tau I dah tukar duit kat Malaysia dan agak rugi 2 kali ganda di situ so yang I nampak adalah duit kami akan melayang RM600++. WHAT THE? Terus I cakap ada set tak?? Lepas tu terus dia tanya budgetnya berapa. I pun cakaplah IDR500,000. Dia pun pergi ambil menu baru which is patutnya menu tu untuk tourist guide yang bawa pelancong datang makan kat sini. Kiranya tourist guide tu dapat untunglah tapi kali ni kami yang beruntung sebab kami bawa diri ke sini secara sendiri. Makanya the tips adalah bagitahu budget dan mintak set instead of order ala carte. Ohh dan kalau nak tengok sunset sila datang pada pukul 5-6 petang. It was our first time makan lobster. Memang sedap alahai. Nyum nyum. Kat Malaysia tak dapat harga seafood murah macam ni rasanya. Habis je dinner terus balik tidur.


DAY 3 (SANUR - DENPASAR - BATU BULAN - TOHPATIH - TANAH LOT - CELUK - BATUAN - MAS - UBUD)

SANUR
Sanur ni dikatakan tempat wajib pergi untuk lihat matahari terbit maka kami ni semangatlah bangun awal pagi kan nak tengok matahari terbitlah sangat. Semangat kami nak pergi tapi sayangnya hujan rintik rintik. Almaklumlah memandangkan tranpsort kami ni motor fikir 2 kali jugaklah nak pergi ke tak. Dengan helmet tak ada cerminnya memang pedihlah my yayang punya mata. Tiba-tiba hujan pun berhenti. Kami pun happy. Bila nak jalan je mulalah hujan balik rintik-rintik. Jenuh tanya orang mana direction nak pergi Sanur. Akhirnya sampai juga.

Menarik tak badan saya buk?
TIKET PARKING : IDR1,000 (RM0.30) per motorcycle

Part paling keciwa ialah pantai dia kotor dan matahari telah pun bersinar dengan gembiranya di atas kepala kami. Melepas tengok sunrise. :(

DENPASAR - BATU BULAN - TOHPATIH
Batu Bulan dengan Tohpatih ni dalam kawasan Denpasar. Denpasar ni kira macam bandar. Kat Denpasar lah ada balai polis, hospital. Pendek kata semua bangunan kerajaan semua kat sini dan traffic dia lagi kaw kaw sesak daripada Kuta I tell you. Di Batubulan, kami dapat singgah Art Centre.


HARGA TIKET : IDR30,000 seorang (RM9.50)

Dalam tu tak adalah apa sangat. Cuma ada bangunan yang penuh dengan ukiran. Pokok pokok yang bunganya cantik cantik. Kira tempat ni macam persembahan teater gitu. Disebabkan kami datang sebelum pukul 8 pagi maka kami dapat masuk secara percuma. Oh yeah! Alhamdulillah jimat RM19. Dah jenuh tengok sana tengok sini sebab takut kang tiba-tiba kena charge kami pun gerak ke Tanah Lot sebelum kaunter bukak iaitu sebelum pukul 8 pagi.

TANAH LOT
Masyallah! Perjalanan dari Denpasar ke Tanah Lot memang menggugat iman betul. Kesian Amirul. Dengan panasnya. Dengan pencemaran asapnya. Dengan jemnya. Jauh sangat dari Denpasar ni nak ke Tanah Lot. Kalau nak ke Tanah Lot sila ikut Sunset Highway kalau tak silap nama jalannya. Memang terus je sampailah ke Tanah Lot. Please!! Untuk hidup sila buang rasa segan nak bertanya. Tak bertanya sesat jalan.


TIKET PARKING + ENTRANCE = IDR30,000 seorang (RM9.50)

But well kami dapat harga tempatan. 2 orang IDR10,000 (RM3.20). Tiket kami merah. Tiket foreigner biru.

TIPS: Kalau orang kaunter tu tanya berapa orang tak payah cakap tunjuk tangan je. Ataupun kalau terror cakap Indonesia bolehlah try. Macam I memang fail. Kalau I cakap mesti tau I dari Malaysia. Apek hebat.

Kat TANAH LOT ni lukisan dia lagi murah dan sangat sangat cantik. I beli satu lukisan kat sini. Later I post the picture up. I dah rugi sebab mula mula beli 2 lukisan kat Kuta. Aishh geleng kepala. Sekarang I tengah hantar frame, nanti Sabtu ni I ambil I post the picture up okay. By the way, jangan lupa apply sunblock, pakai topi and shades sebab kat sini sangat sangat panas I can tell you. SANGAT! By the way kalau nak tukar duit pun kat sini ambil tinggi. Kami tukar another RM300 kat sini sebab RM1000 ternyata tak cukup.

CELUK - BATUAN - MAS - UBUD
Lepas dah pergi Tanah Lot, siap siap nak pergi tidur hotel dekat Ubud pulak selama 2 hari. Sepanjang nak pergi ke Ubud yang memakan masa selama 2 jam, I siap tidur dalam kereta lagi sebab tak larat nak tahan mengantuk. Tambang taxi dari Kuta - Ubud I dapat IDR250,000 (RM79). Mahal noxx. Kami berhenti kat tempat buat silver (Celuk). Serius cakap warna dia tak menarik langsung. Warna emas original dia. Lepas tu kami ke canting batik (Batuan). Okay kat sini batik dia memang sangat halus. Harga pun tak mahal. Dah habis jalan-jalan semua kami pun berhenti makan dekat satu restoran sebelah sawah padi gitu. Nak jugak rasa Bebek Betutu dengan Sate Lilit. Must try kata orang. So Amirul order Bebek Betutu, I pulak order Nasi Special Bali. Memang terbaik. Sedap tak terhingga. Bebek dia lembut tak liat lepas tu sate dia pun ada rasa. Memang lain rasa sate lilit dengan sate kajang Malaysia. Total harga IDR300,000 (RM79.30) untuk 2 orang. Lepas tu balik hotel melepak. Amirul tengok tab, I tengok instagram dengan Twitter. Hotel yang kami pilih di Ubud ni ialah ARGOSAKA BUNGALOW HOUSE.

Batuan. Murah murah batik dia. Rugi kalau tak beli.
Makan di tepi sawah padi gitu
Special Bali
Bebek Betutu & Sate Lilit

TIPS: Naik je bus persiaran. IDR50,000 (RM15.90) je seorang. Cari sekitar pekan Kuta. Kalau yang I tau sebelah Wendys ada booth dia. Nak jalan kaki ke Pantai Kuta.


DAY 4 (GOA GAJAH - TAMPAKSIRING TEMPLE - COFFEE PLANTATION - KINTAMANI - MOUNT BATUR - PADDY TERRACE)

Hari ni bangun awal. Almaklumlah ada breakfast lepas tu nak berjalan jalan dengan kekasihku. Kat sini kami tak sewa motor sebab Ubud pekan mati rugi je nak sewa motor so kami ambil tourist guide untuk ke Kintamani. Kintamani tu jauh gila. Jalan dah lah berbukit. Kalau naik motor memang tak sampailah jawabnya. Harga pakej untuk ke Kintamani untuk kami 2 orang sahaja ialah IDR300,000 (RM95.20). Naik Avanza lepas tu kami berdua je. Memang selesa sangatlah kan. Abang guide pun baik sekali. Consider murah gila. First stop ialah:-

Big Boss
GOA GAJAH


Tak menariklah temple ni. Bazir je. Tak payah masuk. Entrance fees is IDR15,000 (RM4.80) seorang. Kalau nak juga pergi temple ni make sure jangan cakap dengan sesiapa pun walaupun dia peramah macam mana melainkan tourist tourist yang lainlah. Sebab once ko dah bercakap dengan pekerja kat sini, dia dah terangkan segala sejarah kena bagi dia tips IDR30,000 (RM10). Bukanlah tak nak bagi tips tapi ini dia yang minta. Ingatkan dia memang baik hati nak sembang dengan kita, dia yang approach kita maaa. Baiklah kami bagi tips kat abang driver kami. Total habis dekat temple tu je dah IDR60,000 (RM19). Boleh buat makan 2 kali.

TAMPAKSIRING TEMPLE
Temple ni memang one of a kind. Memang unik. Sudahlah berbaloi pergi sini lepas tu dapat diskaun pulak tu. Tiket masuk kat sini ialah IDR15,000 (RM4.80) seorang tapi Amirul terror maka kami bayar tiket untuk seorang je. =))

COFFEE PLANTATION

Kalau on the way ke Kintamani tak singgah kebun kopi memang tak complete sebab memang best. Dapat tengok cara-cara buat kopi luwak. Kopi termahal di dunia and dapat rasa kopi-kopi yang sedap. Make sure korang sediakan IDR300,000 (RM95.20) sebab kalau korang rasa kopi-kopi kat situ mesti nak beli semua. Ada kopi kelapa which is my favorite then ada kopi vanila which is Amirul's favorite. Memang sedap. Kat sini dapat rasa kopi sampai 20 jenis lepas tu free pulak tu. Orang tu pun tak buat muka bila kita tak beli apa-apa. Sedih je sebab tak dapat beli kopi kat situ. Murah gila. Tapi memandangkan baget kami dah kurang maka terpaksalah melupakan hasrat kopi kelapa. Lagipun dah beli sampai 6 paket kat Kuta Square.


KINTAMANI - MOUNT BATUR
Kat sini kalau nak menikmati keindahan gunung berapi sila pergi ke restoran. Kalau lepak-lepak kat luar nak tengok pun tak tenang sebab orang yang menjual barang sangat hardcore sampai runsing kepala. Jalan yang terbaik adalah pergi restoran dan makan minum di sana. Harga dia tak semahal yang dibayangkan. Dalam IDR100,000 (RM31.70) boleh dapat set lunch. Kalau paling tak nak pun order je mineral lepas tu lepaklah kat situ sampai bohsan.


PADDY  FIELD
Tak berapa nak best sebab padinya dah kena tuai. Bayaran masuk tak pasti sebab kami ada tourist guide yang sangat ohsem yang buat kami tak payah bayar. He is amazing. Korang kalau nak jalan kena ambil dia. Later I update number telefon semua. I have to search for the name card first. =)

UBUD
Lepas dah habis jalan-jalan kami pun pulang ke hotel. Perut pun lapar. Malamnya kami jalan-jalan kat pekan Ubud sambil mencari masakan padang paling the best kat Ubud ni. Memang sedap makanan padang dia. Murah pulak tu. Yang penting HALAL.


DAY 5 (MONKEY FOREST - KUTA BEACH)
Awal-awal pagi dah bangun untuk pergi Monkey Forest. Tujuan utama pergi awal pagi semestilah tak nak bayar entrance fees. Bijak kan? Bijak kan? Lagipun Monkey Forest daripada hotel kami tak jauh. Dekat sangat. Entrance fees untuk Monkey Forest ialah IDR30,000 (RM9.50). Kami ni dahlah dua orang tak ke membazir bayar RM20 semata-mata nak tengok monyet. Awal-awal pagi ni manalah nak ada orang. Yang ada kami, monyet-monyet, seorang wanita putih dan beberapa warga Indonesia dari Jakarta rasanya. Pengalaman dikelilingi monyet memang scary gila. Macam kita dah masuk negeri monyet. Kiri kanan atas bawah monyet. Kami pun tak explore habis sebab uishh tak nak lah kang keluar paper "PASANGAN SUAMI ISTERI MAUT CEDERA PARAH DIGIGIT MONYET DI BALI". Eeee nakmo nakmo! Monyet tu siap mintak ranting kayu kat I lah. Takut gila!

Tengoklah kat belakang tu betapa banyaknya monyet. BANYAK GILA!
Satu je benda best dekat Argosaka Bungalow. The swimming pool.
Habis je jalan-jalan dekat Monkey Forest terus balik hotel nak tunggu van ambil kami pergi balik Kuta. Dah tak sanggup rasanya duduk dekat pekan mati. Kami naik bus persiaran. Bayarannya ialah IDR50,000 (RM15.90) seorang.

Sampai je Kuta. Feels great to be staying back at Matahari Guest House Hotel balik. Nasib baik ada kosong. Hotel ni selalu penuh. Ye lah dah lah murah, dekat dengan semua tempat, wifi laju dan selesa sangat. Ada orang putih tu tanya ada bilik lagi tak orang tu cakap dah penuh. Aishh memang nasib kami baiklah sebab untuk hari ke-5 ni I memang tak beli hotel lagi sebab ingat nak survey survey ingat nak tinggal kat tempat lain selain Ubud & Kuta, last last Kuta juga menjadi pilihan hati. Petangnya, terus kami ke Pantai Kuta sebab hari tu 2 hari kat Kuta tapi tak sempat nak tengok sunset. Now, its the time bebeh. Dari pukul 5 petang dah tercongok kat tepi pantai dengan penuh kesabaran nak tengok matahari terbenam. Masyallah, serius cantik sangat. Kagum sangat tengok sebab this is my first time watching the real sunset. Makin lama matahari makin turun turun dan turun dan warna pemandangan sekeliling pun berubah dan lama kelamaan matahari pun tidak kelihatan lagi. Such an experience.
Penuh kan manusia kat Pantai Kuta ni?



DAY 6 (Krishna - Kuta Beach - Legian)

KRISHNA
Kat sini barang-barang dia memang murah. Contohnya baju, fridge magnet yang banyak-banyak, aromaterapi, gajus, keychain and etc. Tapi kopi dia mahal. Baik beli dekat coffee plantation ataupun kat Kuta Square. Ohh dan fridge magnet dia tak banyak choice maka kalau korang ada jumpa fridge magnet yang cantik kat mana-mana lepas tu dah berkenan sangat silalah sambar kalau tidak anda akan menyesal. Macam I beli fridge magnet dekat Tanah Lot. Memang berbaloi sangat. IDR28,000 (RM9). Kalau Amirul tak push I beli jugak sebab dia tengok I dah macam suka sangat dekat fridge magnet tu kompem menyesal. Kami pergi Krishna naik transport hotel. FREE OF CHARGE. Best kan hotel I walaupun murah. Maka marilah menginap di Matahari Guest House kalau ke Kuta, Bali.

KUTA BEACH


Yeah! Again! Tapi kali ni hanya untuk menghabiskan masa sementara nak tunggu flight balik. Flight kami pukul 9.45 malam. Melepak kat pantai sampailah pukul 3 petang lepas tu jalan-jalan pergi ada satu shopping complex dekat Legian. Pukul 5 je terus tahan taxi melepak dekat terminal sampailah naik flight. Touchdown LCCT pukul 1.45 pagi. Kelam kabut cari ATM Machine keluarkan cash untuk beli Mc'D sebab lapar gila lepas tu terus kejar bas pukul 2 pagi.


Mula-mula rasa Bali ni tak best. Kami keep on camparing dengan Phuket & Sabah. Ye lah sebab dua dua negeri ni kan destinasi percutian pantai tu yang compare dengan dieowang dua je. Ekeleh kata hari pertama kan tu yang semua cakap tak bestlah apalah tak ada apalah lepas je hari pertama dah explore sana sini mulalah sampai hari  ni nak rindu BALI. We miss all of the place we have been together as husband and wife. ^____^


PERINGATAN!!!
Sila tinggalkan IDR150,000 (RM47.50) seorang sebab nanti kena bayar airport service charge kat terminal. Macam kami hari tu terlepas kat gate tu sebab ingatkan apalah orang beratur ramai-ramai. Ingatkan tak ada apa, Amirul pun cakap "Sayang, jomlah. Kita tak payah bayar. Ni apa benda tah kenapa deme kena bayar". I pun macam oh okay terus lek lek je lalu kat kaunter tu tanpa sorang pun perasan kami lalu. Pelik sangat! Ingatkan airport tax. Kalau airport tax kan ke dah all inclusive dalam tambang AirAsia tu yang rasa tak payah bayar. Tengok tengok bila nak berlepas, kat kaunter tu kami kena tanya mana codebar codebar. Amirul pun cakap, "Enggak ada pak". I dalam hati "Eeee ni mesti kena bayar yang kat kaunter tu. Mampos! Dalam poket memang satu sen pun tak ada. Kena balik Malaysia cucuk duit kalau dia mintak bayar". I yang sengal ni tunjuklah barcode AirAsia lepas tu dia cakap bukan tu, siap ambil pasport orang lain tunjuk apa yang dia nak. Lepas tu tiba-tiba dia cakap tak payah masuk je. Pergh! Alhamdulillah lepas satu dugaan. Kalau tak mana nak cari IDR300,000 (RM95)? Semua kami dah habis joli. I punya nervous sampai naik kapal terbang baru lega. Amirul je lah tahu macam mana muka I time tu. I cakap kalau dieowang nak mintak duit pun tunggulah balik Malaysia time tu nak mintak bayar RM300 pun tak apa. Ini kat sini mana nak cari bank nak cucuk. Gila kau tak nervous dengan muka kastam tu macma tercari cari kelibat kami, dengan stewardess asyik telefon sana telefon sini. Gatenya tak bukak-bukak. Makanya sila sediakan IDR150,000 (RM47.50) ya kalau anda tak mahu pengalaman macam I ni. Apa-apa pun alhamdulillah kat Bali ni banyak murah rezeki.

I learn a new phrase at Bali from my Kintamani tourist guide there, WE MUST BUY EXPERIENCE. I will hold to that phrase until the end of my life because yeah to learn something we have to splurge some money or time or love or etc. It is not a lose but it is an experience for us. =))

TICKET FARE : RM618 (RM309 all includes plus return for 1 person)
HOTEL : RM407.80
TIKET BUS DARI LCCT - IPOH : RM84 (RM42 per person)
TIKET TREN DARI IPOH - KL SENTRAL : RM24 (RM12 per person)
TIKET BUS DARI KL SENTRAL - LCCT : RM16 (RM8 per person)
TRANSPORTATION : RM127 (motor, taxi and petrol)
MAKAN - MAKAN : RM350 for 2 person (untuk 6 hari 5 malam masuk sekali tempat makan mahal dengan nasi padang)
TIKET MASUK TEMPLE & LAIN LAIN : RM80 (RM40 per person)
TRAVEL AGENCY : RM95.20 (Ubud - Kintamani. 1 day trip)
SNORKELLING : RM79.50 for 2 person
SHOPPING SHOPPING : RM500

TOTAL IALAH RM2,381.50

Consider cheap bebeh. For 2 person only RM2000 lebih itupun siap boleh shopping.

LETS PLAN OUR OWN TRIP BEBEH! MUCH MORE CHEAPER. =))




 HOORAY! AKHIRNYA DAH HABIS ENTRI BALI. ALHAMDULILLAH! TILL WE MEET AGAIN BALI. 
NEXT 20 YEARS. INSYALLAH!

18 comments:

oshinz said...

scroll tengok gambar dulu. hahaha. nanti baca kemudian. menabung dari sekarang. hoyeah2. thanks aini for this info. *walaupun belum baca lagi*

Ainee Cumi said...

OSHINZ: Panjang gila kan?? Gambar pun ada dalam memory card sampai beribu. Haa nanti baca okay Oshinz. Cheap! Cheap! Aini malas nak buat first entry lah second entry lah buat sekaligus terus senang.

Hunnyzahra said...

best lah u sharing this...i pun planning ke sana this april on honeymoon time...tq dear..

Ainee Cumi said...

HUNNY ZAHRA: Tenkiu babe. People like u lah yang buatkan I nak keep on updating the Travel Diary. Thank you so much for leaving a comment.

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya insha Allah akan ke Bali bulan June ini..thanks for the info/tips..
cuma tak faham yang pasal currency tu..

Tawar tawar dapatlah IDR300,000 (RM95) untuk 3 buah lukisan. Tapi kira bukan IDR300,000, dia jadi IDR600,000 (RM200) sebab kami dapat kurang daripada apa yang kami sepatutnya dapat so dia menjadi 2 kali ganda. Itulah pasal I cakap tukar dekat LCCT sangat merugikan kami. Kerugian 2 kali ganda. Taxi semua tu semua kami bayar 2 kali ganda. Kalau RM30 jadi RM60, kalau RM100 jadi RM200. RM1200 kami dah tukar siap-siap kat LCCT tak boleh buat apalah...

boleh tolong cerita..?

thanks again..

Ainee Cumi said...

ANONYMOUS: Dipendekkan cerita jangan tukar duit kat LCCT. Check currency dalam internet. Better tukar duit kat Bali kalau tak sempat tukar duit kat kedai Money Exxhange kat Msia. Lagi tinggi dia bagi.

MuNiR said...

CIk kak. . ade no tel tour guide yg best x? Lusa nk g da ni he he

MuNiR said...

Cik kak. . ade no tepon tour guide x? lusa nk g da ni. . anyway thanks for all the tips. . best! :D

Ainee Cumi said...

MUNIR : Alamak CIK DID awat tak email kita? Tak perasan. Ni mesti dah ada kat Bali kan? Ok apa apa boleh ah email I kat aineejohari@yahoo.com

Eda said...

Sempoi giler trip ko.. the most important is the tips that you gave.. Thanks sis!

Eda said...

Sempoi giler ko punya trip. The most valuable is your tips.. i loike!

Aminah Ahmad said...

Assalamualykum, insyAllah saya akan ke Bali nanti,seronoklah baca trip ke Bali dan dapat banyak tips,terima kasih

Unknown said...

Thanks for this. I'm planning a trip to Bali soon with my mom. I'll be emailing or Fb msging you for more info.

Ainee Cumi said...

EDA : Ahahahah!! BIasa bias je lah. Sharing is caring bebeh.

AMINAH : MOst welcome Aminah.

RACHEAL : Enjoy babe.

Unknown said...

best u punya guide ni...very detail...i suka sgt...I ada email you sebab 24 april ni i nak pegi Bali...

Unknown said...

Salam Ainee, saya ade bagi email dkt u...

Sewa Kereta Murah Kat Bali said...

Sewa Kereta Murah Di Bali
Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
Wechat ID : astawa-krishna
450k Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.

Ainee Cumi said...

SHAHREEN : Im so sorry. Busy sampai tak dapat reply pun. Hopefully u enjoy your vacation in Bali dear

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...