Thursday, May 27, 2010

Family come first baiii!

I malas nak cakap banyak hari ni. Penat aihh asyik cakap cakap cakap taip taip taip. Hari ni simple je I nak update. Update aktiviti yang I buat hari ni je. Cakap diari online kan??

Yeah! Hari ni I cuti. Kebetulan pula adik kecik tomei I ni punya hari sukan maka I datanglah kejap untuk tangkap-tangkap gambar. Perasan tak I nampak kurus dalam pic ni? Ececececeh!.=))

Ini bday girl. Hoyeh! Selamat 18tahun sayangku Iqa. Nanti belanja saya ehhh??


Yeah! Inilah insan yang kena hargai sangat ni. My opah pusing. Nama dia bukan pusing ehh tapi dia duduk kat Pusing sebab tu panggil dia Opah Pusing. I bawa opah pusing keluar duit penden dia kat pekan lepas tu apa lagi paulah suruh belanja cincin emas putih satu. Ehh tak lah! I yang belanja dia ok. Mak dato' makan bihun sup kat Food Court Giant kena sampai rm8. Cekik darah betul! Lepas tu I bawa opah pergi tanjung rambutan. Cehh pergi sana beli kain batik je. Tak luak minyak betul. Tapi dalam pic ni, deme dua ni dah gaya macam artis je dah. I ni kira macam mamarazzi lahh nak curi-curi tangkap gambar nak pi jual dekat magazine.

AND YEAH! INILAH AKTIVITI I HARI NI!


P/S: I da ada tumblr ok! Lawatlah! Lawatlah! Kat sana I letak entri simple je. Pic apa yang I suka, quote apa yang I suka semua I tempek kat situ.

http://aineecumi.tumblr.com/<=haa klik je kalau teringin nak tengok...

Wednesday, May 26, 2010

Kalau ada jodoh tak ke mana weyh

Sungguh! Kalau ada jodoh memang tak ke mana.



Semalam birthday mak I and the best part is opah I pun ada sekali. Dia tidur rumah I weyh seminggu. Seronok sebab lama dah opah tak tidur rumah I parents I. I ni lepas dah tengok Nenek Kebaya cepat cepat pergi mandi. Ye lah u all macam tak tau je jadual hari Selasa I. PADAT NOK!! Tapi semalam macam addict gila dengan video Over by Kak Fynn Jamal terus dari ofis bawa ke rumah. Siap ajak adik-adik I dengar sekali. Adik-adik I cakap Kak Fynn dengan Abg Tri comel macam gula-gula kapas.Auwww! I pula cakap Kak Fynn dengan Abg Tri sweet as sugar. Ehh macam sama je bunyinya kan?


OK! Tengah I syok syok layan lagu Over tu, mak I suruh beli KFC. I macam haaa then buat muka blur. Ok! Fine! Dengan baju tidur pink, selipar pink I pun pergilah KFC Ipoh Jaya. Nasib baiklah ada KFC dekat-dekat rumah I ni. Kalau tak nayalah weyh nak pergi pekan. Tak daya den! I kalau keluar nak beli barang mesti bawa adik kecik comel I siapa lagi kalau bukan si Ifa Ketot tu. Layan weyh keluar dengan adik. Happening! Tapi dah jodoh weyh, lepas je pergi KFC kena beli air botol pula dekat pasar mini mana entah tapi I tengok harga kat situ mahal sikit dari Billion maka I dan Ifa pun cadang nak singgah Billion. Apa tah kena mengenakan jodoh dengan Billion. Buang tabiat sungguh kan? Ok! Finelah! Ni I nak bagitahu, I ADA JODOH DENGAN HUDA AWEK SIGGPLUS TU! Haa korang ada ke jodoh? Tak ada kan?? Tak ada boleh diam ehh sekarang.

Ye lah cuba kalau I beli je air kat pasar mini tu, tak singgah dekat Billion kompem kompem I takkan setembung dengan Huda kan? Tapi yeah! Ada jodoh ada jodoh bertemu juga. Dahlah banyak kali plan nak jumpa tapi ada je yang menghalang. Aiseyh!

Yang kelakar tu, I dengan dia masing-masing buat muka pelik. Lepas tu masing-masing pandang diri masing-masing lepas tu tak cakap apa-apa pun. Tapi I cakaplah, I cakap,

" Macam kenal je".

I expect Huda nak cakap, "Hai, ni Aini kan?".

Tapi tak! Siot je. Baru nak baget artis kan tapi dia tak tegur pula. I fikir takpelah nanti I balik I tanya dia dalam FB ada pergi Billion tak tadi. Tapi biasalah I tak sabar kan, sifat ingin tahu tu tinggi sangat. I dah beratur dah ni tapi I pergi jalan belakang Huda then cakap, "Huda kan??" sambil pandang tempat lain. Takut woo kalau salah orang malu tak sudah. AND YES! OLEH KERANA I NI TAKDE SIFAT MALU MAKA KEBENARAN TERBONGKAR. Yes! Its Huda. Dan barulah dia cakap ayat yang I expect dia cakap tadi. Cehhh!

Muka I selebet gila dengan rambut mengerbang semua kan lepas tu dengan pakai baju tidur lagi perghh boleh pula jumpa jodoh. Tak glamer langsung. Jatuh populariti I tau. Kalau macam patung kat atas tu comel juga. Tapi ye lah takkan I gagah je nak pakai makeup, letak gel segala kat rambut padahal pergi beli barang dekat-dekat dengan rumah je. Tak kuasa U!

Takpe Huda, lepas ni aku gerenti ko tak menyesal jumpa aku. Aku make sure aku makeup, pakai baju cantik cantik jumpa kau yer nyah. Barulah artis. Semalam aku rasa macam dah kena prank dengan paparazzi je keluar tanpa makeup.

OK! LAIN KALI KITA BUAT DATE BETUL PUNYA! Tapi sampai sekarang aku terfikir ko pergi Billion guna kentut ko ke sebab ko kan cakap kat aku yang ko kalau nak pergi 7E ko kentut je. Sampai sekarang aku tengah fikir. Hemmm!!!

Monday, May 24, 2010

Bila diri sendiri dah baget artis

Hai hai. Wahhh bz betul I sekarang ni lepas tu selalu tak cukup duit. Nazak betul bulan ni ohh maybe tahun ni. Takpe I have a BIG PLAN, REALLY REALLY BIG so I kena saving dengan banyaknya tahun ni so peoples that mean NO SHOPPING, NO VACATION, NO HAIRSTYLE, NO LEPAK-LEPAK, NO PARTY. Partly, Boring!!


Cehh sengaja je nak masukkan party tu padahal sepanjang hidup ni tak pernah nak pergi party party yang havoc gila macam dalam cerita Gossip Girl semua tu kan. Asyik berparti je dieorang tu. Tak risau ke barang dalam rumah tu kena curi ke apa ke kan. Yelah kadang-kadang ada stranger lah datang party tu semua. Uishh memang pelik betul gaya hidup dieowang tu. OK! Maybe I tak pernah pergi party paling kuat pun party harijadi itupun waktu zaman hingusan kanak-kanak. Party pun dekat mana je weyh, kalau tak Mcd-KFC itu je lah 2 tempat pun. Jejak je umur sekolah menengah dah tak merasa nak pergi parti harijadi dah, jangan cakap parti hari jadi, club ke pub ke pun I tak pernah pergi. Pernah jugalah teringin nak masuk club tu semua but lucky me I ada boyfriend yang baik yang selalu tegur I apa yang baik apa yang tak baik. Kalau tak dah lama dah I masuk club weyh siap boleh jadi hos lagi weyh. Tak apalah tak dapat masuk club I buat club sendiri dalam kereta bila dengar lagu cam best je I bayangkan I artis yang tengah buat persembahan atas pentas padahal dalam kereta je weyh.

Tapi paling kelakar tu ada sorang mamat ni waktu kat traffic light kan, I dengan Apek tengah borak sakan ni then tiba-tiba tengah rancak bersembang ternampak ada sorang mamat ni tengah menari dalam kereta sambil tangan semua naik weyh. I dengan Apek gelak gila gila ok sebab sumpah kelakar nak mampus. I rasa dia pun macam I kot tak pergi club so baget artis menyanyi atas pentas padahal dalam kereta je. Kereta dia sebelah kereta I je. Nasib baik cermin I half tinted so dia tak nampaklah I dengan Apek tengah gelak-gelak tengok gelagat dia. I ingat lagi dia naik kenari warna emas. Dia menari macam hip hop hip hop gitu. Tangan macam yo yo wazzup babe. Maybe dia tengah dengar lagu Too Phat-anak ayam kot. Lepas tu lampu pun tukar warna hijau maka berakhirlah episod mamat baget artis hip hop tu, sampai sekarang tak ada jodoh dah nak jumpa mamat tu tapi memori tu memang I dengan Apek simpan sampai sekarang sampai bila I menyanyi tak sedar tangan tiba-tiba naik kan, Apek mulalah perli I ni macam mamat traffic light tu. Cis!


Korang ada tak habit macam ni bila dalam kereta kalau sorang-sorang selalu nak baget artis? Selalu layan kepala gila-gila sorang-sorang? Bila dengar lagu favorite keluar kat radio terus menyanyi melalak bagai nak gila lepas tu bahu goyang kiri kanan. Kalau nak lagi gila tang chorus best tu pandang cermin ke luar then julur lidah buat tangan macam Roxxstar tu dekat kereta sebelah. Ok! Itu dah gila hardcore melampaulah kan. Kalau I tengok pun rasa nak lempang je.


Ohsopopup: Lagu baget artis I sekarang ni Kate Perry ft Timbaland-If We Ever Meet Again tu. Weyh layan weyh lagu tu. I like banyak banyak.I siap tepuk tepuk tangan lagi bila nyanyi lagu tu dalam kereta. Tak menyempat weyh nak sampai rumah. Lepas tu kalau Apek ada sebelah I, bila tang chorus tu nak sampai I suka jerit "Ramai-ramai" baget nak suruh Apek join sekalilah kan tapi hampeh tak ada respons. Apek mesti geleng kepala. Dia tu tak pernah nak berduet dengan I tau dalam kereta. I kalau selalu berduet pun dengan adik-adik I. Perghh layan ok! Kadang-kadang kat rumah tu nyanyi serangkap then adik I pula sambung serangkap lepas tu pergi balik dekat I sampai dia terberhenti sendiri. Layan wohh!

Saturday, May 22, 2010

Movie wajib tengok!!

Gila mata dah lebam lebam sekarang ni macam baru lepas kena tumbuk padahal mata lebam-lebam sebab tengok cerita yang Kak Hanna Kuat Makan Maruku ni suggest. Memang gila ahh kau kena sediakan berbaldi baldi untuk takung air mata. Memang sebijik macam baru lepas putus cinta dengan boyfriend macam Kak Hanna cakap. Sampai menyesallah sebab tak dapat nangis meraung raung sebab gatal gi ajak adik join tengok sekali. Padan muka kat diri sendiri sebab adik sendiri cop akak sendiri EMO dan OVER. AHH PEDULI APA AKU OVER KE EMO KE APA SEBAB MEMANG SEDIH NAK MAMPUS! Tapi tipu ahh habis satu kotak tisu kak hanna oii. Tak habis pun aihh, boleh guna stok lap ponggong cuci berak lagi seminggu kot.

Mungkin I tak hayati dengan lebih mendalam kot tu sebab tak habis sampai berkotak-kotak tisu I. Mana nak menghayati, adik asyik cakap Emo! Emo! Emo!. Kalau boleh nak cakap I ni Emo dari awal cerita tu sampai habis. Habislah hilang kejelitaan depan adik weyh padahal selama ni ganas beruas nak mampus lepas tu dapat cerita sedih sikit dah nangis meraung raung siap hembus selsema lagi ok.

Dah tak nak banyak cakap, baik korang layan je cerita ni dekat link ni. Memang tak ada sangkut sangkut macam korang tengok youtube tu weyh. Gila cepat je dia buffer. Gerenti tak menyesal tapi serius shit kalau korang ada hati jiwa sensitif sayangkan haiwan bukan macam manusia yang sanggup potong kaki kucing tu, YES! I BERI PERINGATAN SILALAH TENGOK SEORANG DIRI, JANGAN GATAI PI AJAK SATU FAMILI TENGOK! KALAU FAMILI JIWA SENSITIF KAKI SEPONGGONG BOLEH TUMPANG NANGIS HAA BOLEH JOIN THE CLUB. Lagi best tengok atas katil lepas tu sediakan tisu belah kanan satu kotak. Layan weyh! Lepas tu dah nangis nangis nangis penat nangis tertidur terus lepas tu dapat mimpi Hachi.

OHH HACHI! KO DAH LAH COMEL! SETIA PULA TU, MESTI TUAN KOTERHARU!


Ni cerita betul. Lagi best dari Adnan Sempit korang tu, lagi best dari Iron Man korang tu, lagi best dari Asmaradanana dengan AdaMaya tu. Ini cerita 100star punya cerita. Tak yah nak sinopsis sinopsis korang layan je.

Emo campur Gembira. Macam mana tu?

Penat betul keluar hari ni. Padahal bukan pergi mana pun. Pergi expo hartanah-makan-tengokwayang-balik. Tak ada pula I pergi menari ke, jalan-jalan ke apa tapi penatnya mak aihh tak terkata. Rasa lenguh lenguh badan ni. **sambil picit-picit bahu tangan dan kaki.

Hemm I ni dah tua ke?? Tak adalah sangat. Baru je 21tahun tak silap I. Maybe lah kot tanda-tanda awal penuaan. I ni jenis suka duduk rumah. Kalau cuti tu I prefer duduk rumah daripada jalan-jalan. Daripada I jalan-jalan habis duit baik I duduk rumah at least boleh kemas rumah, cabut rumput, kemas bilik, cuci jamban. Sekarang ni I lebih suka duduk rumah lepak lepak dengan famili. Dengan kawan-kawan tu dah selalu sangat I luangkan masa. Dari sekolah dulu I rasa cam dah mengabdikan diri dekat kawan-kawan. Tolong ambil-tolong hantar-tolong cari gaduh-tolong backup-tolong apa lagi? U NAME IT! Semua I buat. Dulu I tengin, I selalu nak jaga hati orang lain dari jaga hati sendiri. I tak kisah diri sendiri susah janji boleh tolong kawan-kawan. Ye lah dah nama pun kawan kan tapi sekarang ni I dah malas. Maybe I dah 21 ni I dah boleh fikir untuk diri sendiri. GET LOST DENGAN KAWAN-KAWAN YANG SELALU PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Sekarang I dah pandai cakap NO NO NO NO haa u macam Datin No No No dalam cerita Na O Mei tu. Dulu I lemah sangat bila orang mintak tolong itu ini. SEKARANG PUN! Tapi sekarang dah beransur pulih sikit kot. Yang buat I terfikir panjang tu bila susah je baru nampak muka, baru dapat mesej time tak susah tak ada pula. Lepas tu bila I buat satu kesalahan je dah macam I buat 110 kesalahan padahal selama ni I banyak tolong. I bukan apa, tolonglah! I mintak tolong sangat jagalah hati I ni. I pelik! Kenapa kebaikan kita orang tak ingat tapi kesalahan kita amboihhh boleh ingat sampai matilah. Tapi tak apalah I tak suka dendam-dendam ni nanti macam bawa pisang dalam beg selama seminggu (I baca kat belog sapa tah cakap pasal cikgu suwuh anak murid simpan pisang dalam beg). Hati busuk wohh kalau dendam-dendam ni. Tapi untuk mengelakkan busuk hati ataupun hati terluka lagi, I tak adalah nak berkawan baik macam dulu-dulu. Biasa-biasa je nokkk! I sekarang ni suka memencilkan diri. Take note ok! I SEKARANG SUKA MEMENCILKAN DIRI WOOO!!



OK! KENAPA TIBA-TIBA EMO NI?




Tak ada apalah, saja je nak emo hari ni. Sebab mulai hari ni, I nak potong potong potong kasi potong sama bilangan kawan-kawan. I sekarang ni I dah tak kisah kawan sikit sikit je. Senang nak handle wooo daripada banyak-banyak buat pening kepala I je. I tak ada best friend, best friend I merupakan my parents, my siblings and my boyfriend sahaja.

Apa-apa pun kalau korang datang Ipoh korang wajib singgah gerai ni. Gerai ni dekat Stadium Indera Mulia. I bet orang Ipoh mesti tahu gerai Pak Din ni. Hobi I memang makan je bak kata adik-adik perempuan I.




Cari Stall 68 ok!!! Memang umphhhh!!! Pak cik Din ni kawan my dad. Kadang-kadang I selalu harap dia tak kenal I, pakai rambut palsu, pakai purdah tapi dia kenal jugalah. Kantoiiii!!


Nyummy! Nyummy!
I baget macam rancangan Ho Chak lah nak kan? Korang kena try, memang sedap.


KERJA I MINGGU NI MAKAN JE TAU!! Semalam kawan sekerja I, Amanda belanja satu opis makan kat Pakeeza. Haa Pakeeza punya makanan pun sedap gaks. Alah kalau nak cari dia dekat depan Tower Regency Hotel. Kalau nasib baik, boleh ngorat Dato' Dato' kat sini. Boleh kikis kaw kaw u jangan sampai tergadai body sudah. Boleh pulak kan?? Kalau tak dapat Dato', dapat atuk kepada seorang cucu pun ok gak kan? Nak ke??




Semua pelahap. Kari kepala ikan dia memang sedap. Kepala ikan dia memang besar woo macam kepala Apek.


Semua dalam gambar ni si manis dan beshhh! Dari kiri En. Ramdan si kelakar, Amanda si baik hati merangkap orang yang belanja, Ruwen si trainee yang manis, yang baju merah rambut kembang macam maskot Mcd tu I lah kan then last sekali Kak Aelin si penyabar, si baik hati, si pendengar setia. Cehh banyak pula gelaran untuk Kak Aelin ni kan? Ye lah dia rajin wohh layan kerenah I. Amanda pun. Hehehehe!


OK! Sehingga berjumpa lagi dalam entri emo akan datang. Tata! I tahu I ada hutang tag dengan hutang kad hari cikgu. Itu esok-esok k! Muahh!

Thursday, May 20, 2010

Melancong Memang Best Weyh

I memang dah tekad nekad anak tekak semua ada, nak hantar adik I si Iqa tu masuk Kolej Komuniti Sungai Siput amik bidang pelancongan. Korang rasa-rasa bidang pelancongan ni bagus tak? Apa kerjaya dia lepas ni? I tak fikir apa dah, I asyik tanya adik I dia minat ke tak dan dia cakap dia minat. I pun cakap "Just Go Ahead" kalau dia minat.

Buat apa dia belajar bidang yang dia tak minat betul tak? Lantaklah orang nak cakap apa ke kan janji kita minat dan tahu apa yang kita nak.Ececececeh! Gaya cakap tak nak kalah kan? Yuran dia pun tak mahal, RM200 je satu sem maka tak perlulah mintak Pinjaman Tipu-Tipuan tu. I kalau boleh nak elakkan adik-adik I dari amik pinjaman Tipu-Tipuan tu supaya senanglah kan habis belajar-kerja-dapat gaji-shopping-kawin-belanja ainee cumi. Haa Iqa Joe kalau ko baca ni sila jangan buat buat buta laks tiba-tiba. Belanja Ainee Joe ok kalau tak siap lahhh awak saya botakkan.

Kalau tak pinjam maka tak yah fikir nak bayar hutang. Seksa weyh bayar hutang ni. I dah menyesal dah amik PTPTN tu. Anak-anak I nanti pun jangan haraplah I bagi dieowang pinjam PTPTN tu, MARA takpe janji kau make sure dapatkan pointer 3.5 ke atas kalau boleh 4flet. NO HUTANG, NO SUFFERING ! Adik I yang last sekali tu kalau boleh I nak make sure dia dapat biasiswa. Wahh tinggi cita-cita I sebagai seorang sulung kan?

OK! AINEE DAH MEREPEK-REPEK CERITA PASAL IMPIAN DIA PULAKS. JOM SAMBUNG BALIK!

Tapi tu lah tak ada rumah sewa larr pulak. Tapi tak apalah semua tu bisa settle. I sebagai kakak yang baik ni dah cakap kat dia nak bagi laptop kesayangan I tu, janji jaga baik-baik kalau tak memang dia kena beli laptop paling canggih dalam dunialah kalau dia rosakkan.
Memang I kikis dia sampai ke anak cucu.

Tapi kan, jarang I dengar orang ambil pelancongan. Even kawan I pun tak ada yang amik pelancongan. Korang ada tak kawan-kawan yang ambil pelancongan? Ok tak kos tu? What do u think of tourism & management course? Yang I tahu bagusnya boleh pergi melancong-jalanjalan. Beshh wohhh!

Wednesday, May 19, 2010

TV Boleh Mengurangkan Jangka Hayat? Merepek Betul!



Hi baby baby baby ohhhh...
I TERASA MACAM KETINGGALAN BODOH, KETINGGALAN ZAMAN SEMUA! Sebab I baru discover yang Glee yang korang asyik bumbang-bumbang tanpa bagitahu kat I siaran berapa semua ada kat chanel berapa pukul berapa semua kan tapi tetap tempek kat belog cakap,

"Waaaaahhhh bestnya Glee,bila tengok geli terasa geli hati, geli ulu hati sampai rasa nak minum Gastro",

"Im addicted to Glee. Glee best gila",

TENGOK BETAPA KEJAMNYA KORANG BIARKAN I TERKONTANG KANTING TAK TAHU APA GLEE TU!

Haaa semalam I baru tahu Glee tu kat NTV7. Siot tak? I punya teringin nak join club Geli geli korang tu tapi tak tahu kat mana nak tengok tapi baru tahu semalam. SEMALAM WEYH!!! Cam hina gila. Orang dah tengok lama I baru nak terhegeh hegeh. Apek pun gelak dekat I sebab dia pun tahu cerita tu pukul berapa kat siaran berapa semua. BOLEH TAK??

Apa-apa pun lepas ni korang boleh sembang pasal Glee tu dengan I sebab I pun dah mula terpacak depan tv tiap-tiap hari Selasa jam 8.30 on NTV7, Your Feel Good Channel! Haa macam ni barulah betul bagitahu masa & channel sekali yooo. Kesian tahu dekat orang nerd macam I ni yang tahu perkembangan bila benda tu dah jadi basi. Bagilah chance orang macam I ni nak jadi up-to-date sikit yooo.

Tapi memang siksalah I jiwa batin raga semua sebab Selasa jadual padat gila macam bila balik kerja terus duduk depan TV tengok cerita TV3 sampai pukul 7.30 lepas tu tengok cerita Nenek Kebayan tu walaupun dia ulang tayang. Sebab apa? Yes! Sebab I ketinggalanlah. Lagipun I suka tengok kebaya-kebaya si Diana Rafar tu. Cun woo! Meletup nyah!

Lepas tu bila cerita tu dah habis tulis bersambung I tak sempat nak feeling lebih-lebih lagu penutup tu sebab terus cam kelam kabut gila capai tuala semua masuk bilik mandi. Kadang-kadang sampai terlupa tuala sampai menyusahkan adik-beradik sebab kena ambil untuk I.



JADUAL TV AINEE JOE PADA HARI SELASA

6.30-7.30 =>Lestary (bantailah cerita apa pun I layan je)
7.30-8.00 =>Nenek Kebayan
8.00-8.30 =>time ni lah baru na gopoh gapah mandi semayang semua. Mana nak cukup weyh mandi 15minit je.
8.30-9.30 =>Glee
9.30-10.30 =>Ghost Whispered
10.30-11.00 =>Samarinda<=ok ni selalu nak clashing dengan citer omputih I tau.
10.30-11.30 =>Desperate Housewives
11.00-12.00 =>SuperNatural<=tengok ni pun clashing. Blerghh! Memang padat gila


Tengok! Tengok! Padat tak padat jadual TV I? Kat sebelah tv I siap ada satu papan hitam oldskol punya I list down hari Isnin ada cerita apa, Selasa ada cerita apa sampailah hari Ahad supaya I tak lupa. Gila addict dengan TV kan?? Kalau tak ada TV I tak boleh hidup wooo. Mesti hari-hari sangap.


Kalau macam ni gayanya tengok TV, memang pendeklah jangka hayat ko. Asyik makan je tak henti.

Tuesday, May 18, 2010

Ada juga orang yang sanggup potong tangan kucing?

Baru je discover video kucing dekat belog one of my follower yakni kaki motong. Gila tragik ok! Ada juga manusia kejam yang sanggup potong kaki kucing sebab dia curi makan. Weyh come on lah weyh kucing je. Alah setakat makanan sikit tu apa salahnya bagi dia sikit. KO INGAT DIA MANUSIA KE BOLEH CARI DUIT THEN PERGI KEDAI MAMAK CAKAP, "Mamak kasi mee goreng satu." Tak boleh weyh! Sebab dia kucing kot. Ingat dia ayam ke sesuka hati je nak potong tangan dia. Ayam pun ko kena sembelih dulu kasi urat dia putus betul baru leh ko chop chop dia. I nangis ok tengok video tu. Ok cik kaki motong dah bagi warning awal-awal jangan nangis tapi jiwa I sensitip gila jadi TERmenangis juga.

KEJAMNYA kan?? I takkan maafkan orang yang kejam macam tu. Dah lah dilaknat Allah lepas tu buat kerja keji, terkutuk, kejam macam haramjadah. O by the way, nama kucing dia Hero. Korang pergilah belog dia dan tengok sendiri video tu ok sebab sumpah I noob tak tahu nak paste video kat belog ni. Korang ajarlah alang-alang dah Hari Guru kan hari ni at least ada peluang nak jadi cikgu kepada anak murid yang buta IT gila ni.

Monday, May 17, 2010

Kad Hari guru Handmade punya

Gila penat tolong si budak kecik tomei yang bernama Nurzarifah tu. I dengan Iqa tolong dia buat 8 kad handmade ok! Bayangkan betapa susahnya. Kalau setakat print tu senanglah kan. Lepas tu jahitkan dia 8 heart dari kain felt. Penat sangat tau! Takpe malam ni maybe akan upload gambar-gambar kad & the heart yang comel-comel tu mesti korang akan mengeluh panjang-panjang lepas tu cakap, "Kesiannya aini".

OK I NEED TO TAKE A REST NOW!

Saturday, May 15, 2010

Kenapa Gaji Tak Setaraf Dengan Pendidikan Yang Kita Ada?

Pergh macam GILA tak update belog 5 hari. Rasa cam sangap gila.!
Nak update tapi bz asal nak update je bz-update-bz-update-bz sudahnya tak update update sampailah cuti ni.

Cuti kerja ye anak-anak sebab sudah habis belajar tapi still dalam dilema nak sambung ke tak? Sebab I panas betullah. Kenapa sekarang ni kalau kerja gaji SPM macam SPM, gaji DIP sama macam SPM then gaji DEGREE sama macam DIP? Macam tu baik tak payah sambung bai. Buat penat je. Melainkan kalau kerja gobemen ye lah dapat gaji yang setaraf dengan kelulusan. Nak cakap I tak ada pengalam ada kot. Gaji nak gak remain sama. Apa boleh buat? Kena redha je lah sambil cari lubang lain. So I tengah dalam dilema ni nak sambung Degree ke tak? Ramai kawan I sambung degree tapi tu lah I fikir panjang kalau I ambil sekadar nak follow kawan-kawan je buat apa. I nak ada peningkatan taraf hidup kalau I sambung pun. Kalau masih di takuk lama je tak bestt lar. Takkan I nak jadi RECEPTIONIST SEUMUR HIDUP KOT! Tak mau! Tak mau! I seboleh-bolehnya nak lah jadi HR Manager ke kan? Wahh melampau kan cita-cita? Ataupun nak buka perniagaan sendiri ke kan. Jual pakaian dalam pun takpe u!


Whatever it is, I ni masih dalam mood sedih ni sebab atuk Apek baru je meninggal malam Jumaat hari tu maka plan nak keluar dengan Siggplus dan Huda terbatallah dengan jayanya. Kiterowang baru nak buat parti buih kat gua tempurung tau tapi tak ada jodoh lah pula hari ni sebab Apek balik kampung daaa ada kenduri tahlil daaa. I ada cerita pasal atuk dia kat entri ni. Alah yang orang santau atuk dia tu. Sampai meninggal dia buat orang tu. Haishh jahat betul! KAU TERIMALAH BALASANNYA KAT AKHIRAT NANTI! Weyh tapi I bukan sedih sebab tak dapat keluar tau sebab benda tu kan boleh postpone minggu depan tapi sedihlah sebab atuk dia dah meninggal. Nasib baik I dapat jumpa tau. Tapi kenapa muka I dalam gambar nampak hepi? Ok tu saja je jadi penambah gula dalam entri ni.(O_o)

Haaa kowang jangan dok belaja benda benda santau ni. Tak baik tau buat aniaya kat orang. DOSA BESAR WOHHHHHH!!!

Monday, May 10, 2010

Orang Ipoh Ada Tempak Lepak Baru Yopp

Semalam Hari Ibu. Yes! MEMANG HARI IBU! Habis tu kalau mak kita tu kita panggil dia mama, umi, mak semua tu macam mana pula? Sambut jugalah kan? I buat-buat lupa semalam Hari Ibu padahal, ibu I buka radio Perak.Fm kuat gila macam dari dapur sampai depan boleh dengar. SENGAJALAH tu nak bagi kiterowang ni dengar ucapan hari Ibu segala! Lepas tu I mandi I cakap kat ibu I nak pergi kedai lepas tu bila balik I cakap kat dia "Ibu! Nah! Selamat Hari Ibu" sambil hulur gula nano nano harga Rm0.80 yang I beli dekat Safeway dekat rumah I. Rilek je kan? Lepas tu boleh pula dia buat lawak malam tu nyanyi lagu Nobody sambil menari. Ehh buang tabiat apa? I rasa ni mesti penangan nano-nano yang I belikan pagi tadi.


TAPI YANG PASTI ORANG IPOH DAH ADA TEMPAT LEPAK BARU! BAIK PUNYA! ADA FAST FOOD BARU NAK BUKA KAT SINI! KAT DE GARDEN, ALAH YANG SEBELAH JUSCO TU! LEPAS T U LAGI SATU KAT SEBELAH MCD JALAN GOPENG.

Yang I pergi celebrate enivesari I dengan Apek dekat ayam penyet tu dekat entri ni.



Burger King weyh! Burger King! Alah makanan feberet Eminem tu. HAA DIA NAK BUKA WEYHHH!!! Dulu ada juga lah I berangan dia buka kat Ipoh ni, waktu tu kecik-kecik hingusan lagi. Insiden berangan terjadi bila I terbaca biodata Eminem kat magazine mana tah lepas tu dia cakap makanan feberet dia Burger King. I macam woahhh apakah raja segala burger tu? Lepas tu tiap-tiap hari I berdoa agar adalah orang buka burger king ni kat Ipoh tapi hampeh sampai besar ni dah cukup umur boleh pergi KL sendiri untuk makan makanan feberet penyanyi idola tu barulah ada orang buka. Tapi tak apalah ada kemajuan sikit. Ini asyik makan burger Mc'D je sampai tekak pun dah rasa muak. Tak! Tak muak bagi I ok!


TAPI BAGI I, MC'D DENGAN BURGER KING I PREFER LAGI MC'D. TERASA NIKMATNYA! PEGI MAMPUS LAH SAMA PENYANYI IDOLA PUNYA FEBERET, I ADA FEBERET SENDIRI OK!

Tapi tak apalah tengah bau kedai ni jom pi lepak sana ramai-ramai. Nampak cam jakun sikit babe, lepas tu boleh beria dengan kawan-kawan

WEYH IPOH DAH ADA BURGER KING WEYHHHHH!!!

Sunday, May 9, 2010

Muka ganas hati pink wooo

Rumah I sekarang ni dah jadi macam rumah penternak kucing dah lagaknya. Dulu time kiterowang ada kucing, kiterowang satu famili jaga seekor je kucing. Ini sekali sahabat I bagi 3 ekor kucing dekat I bila I minta. Nama pun betina kan 3-3 ekor maka boleh beranak lah kan? Sampai sekarang ni dari 3 terhasillah lagi 5 ekor kucing menjadikan genap 8 ekor. Banyak kan? SANGAT OK! Tapi ayah I muka je ganas, hati pink bak kata adik laki I. Hehehehe! Dia sayang sangat dekat binatang kot! Arnab I, hamster I, kura-kura I punya makanan semua dia yang belikan.


Ni kucing terawal yang datang lepas sayang pergi. *sob*sob
Jessica(mak), upik abu(kelabu) & laura(oren)

Alah I ada cerita pasal upik abu & laura ni dalam entri ni. Tapi si Laura yang warna oren & mak dia yang nama Jessica tu sangap. Si Jessica lepas dah putus susukan anak-anak dia, dia pi beromen dengan kucing lain lepas tu lahirkan 2 ekor kucing yang comel. OK SUNGGUH TAK PRODUKTIF! ASYIK DUA EKOR JE!

Ni lah anak-anak baru dia. Sekor putih satu oren. Yang putih namanya 'Butangku atik' tapi panggil atik sebab mak I tak habis-habis panggil dia Atik ringkasan untuk CANTIK! Yang si oren namanya kengkang sebab dia jalan terkengkang kengkang ok! Tak tahulah siapa da beraikan dia. NAMA SUNGGUH TAK GLAMER!


TAPI KHAMIS LEPAS PERISTIWA YANG TAK DIINGINI BERLAKU. Ok sangat sakit nak cakap. Kucing putih yang comel alahai ni, ekor dia kena gilis dengan roda pagar rumah I. Ayah I dia tak perasan Atik ni landing baik punya dekat pagar tu then kebetulan I balik lepas tu ayah I si baik hati ni bukalah pagar untuk I dan tak perasan Atik tu ada then yeah! TERGILIS EKORNYA! Kiterowang semua tak perasan tau tapi nasib baiklah mak I macam tak sah kalau tak pegang dia sebelum tidur then mak I nampaklah ekor dia berdarah dengan banyak. Tapi I tengok si Atik tu rilek je tau. Lepas tu pagi esoknya, Iqa kejutkan I sambil buat suara tragik. I terkejut gila terus buat keputusan nak bawa pergi klinik pagi tu juga. Dalam otak dah tak fikir apa dah, tak apalah pergi kerja lambat pun janji kucing I tak apa-apa.

I pun mesej Apek cakap hari ni kita pergi kerja awal sikit sebab ekor Atik berdarah. YEAH! MEMANG AWAL KITEROWANG PERGI! Dalam pukul 8pagi. Tapi klinik tu buka pukul 10.30pagi so I dengan Apek pun tinggalkan je Atik dengan Kengkang kat situ berserta air dan makanan. Pukul 12tgh hari I pun datang balik klinik untuk bagitahulah kan doktor apa penyakit semua.

Bila I sampai je I teengok... I TENGOK DIEOWANG.............






****************


*************





************







DIEOWANG TENGAH BERPELUKAN ANTARA SATU SAMA LAIN SAMBIL ENJOI ANGIN SEPOI SUAM-SUAM DI TENGAH HARI YANG HENING!

SO SHUWEEETTTTTT!!!

Nak tau tak macam mana rupanya ekor dia digilis tu? TERPUTUSKAH?? Tak! Tak! Nasib baik tak putus.

NI HAAA!! Haaa nampak je tak berapa nak kritikal padahal kritikal gila tapi disebabkan I kena pegang my Atik tu waktu dia kena jahit semua tak dapatlah I nak snap pic darah dia segala. Ye lahh kang doktor tu pelik pula tengok I kan? Lagipun memang tak ada tangan pun nak pegang camera I tu.


Atik pengsan lepas operation kecil!

**closeup
tengok ekor dia! Teruk gila ok! SANGAT! I hampir pitam tengok darah dia. Kesian dia kena jahit waktu dia separuh sedar sebab ye lah I pergi pun waktu dieowang sema nak rehat so doktor tu ada appointment so kena lakukan proses tu dengan cepat. Lepas dah jahit tu baru 100% pengsan. Lembik gila waktu I angkat dia.

One more!

Another picture if u cant see clearly. DAH BOLEH BAYANGKAN KESAKITAN DIA??


Tapi kesian lagi kucing kat bawah ni!!


I dengan Apek adalah terserempak dengan tuan kucing ni pagi tadi. Kesian kucing ni! Operation dia lagi besar. I tengok dia lemah je tak bermaya. Kesian sangat!! Mesti sakit sangat kan?? Tapi I tak tahu dia operate kenapa sebab owner dia tak ada. KECIANNN!!


DAN INI MERUPAKAN UBAT YANG ATIK KENA AMBIK!


Vitamin

Antibiotik

Ubat Sapu


Lepas Atik dah operate tu I tak sempat balik rumah semua memandangkan I rehat sejam je kan so I bawalah pergi ofis I. Nasib baik secretary syarikt I baik dan memahami so I letak lah kat pantry. Kesian! Lepas Atik terjaga tu dia muntah. MUNTAH KAT ATAS BADAN KENGKANG OK! Kesian! Tujuan I bawak si kengkang tu pun untuk teman Atik. Ye lah kalau tak kesianlah dia sorang-sorang kan?? I tuan yang memahami u. Auwww! Sweet tak I?

TAPI SKARANG ATIK DAH BERANSUR SIHAT!! ALAHAI OMELNYA MUKA!! HOORAYY!! HARAP SIHAT CEPAT YER ATIK!!

Dan inilah kucing terbaru kat rumah kiterowang dan genaplah 3 ekor kucing kat rumah I ni. Sesiapa nak kucing silalah bagitahu ok. Jangan malu-malu. I pun tak tahu kenapa tapi gnerasi si Jessica ni tak sah kalau tak ada sekor anak warna oren.

Saturday, May 8, 2010

Cantik ke?

Uishh insan buruk macam I ni layak ke dapat award ni. Nak kena bagi ucapan ke bila dapat award ni ke nanti keluar lagu macam kat AIM tu kalau I cakap banyak nanti dia keluar lagu tanda-tanda I kena lajukan percakapan dan berambus dengan kadar segera?
TADAAA!! Haa den tak tipu woo den dapat erwod ni.


Terima kasih Fadxiexa sebab susah-susah cari tang mana cantiknya I ni. Mesti susah nak cari kan? Kalau perlakuan buruk tu senang je nak cari kat I ni. Heh! Sangat kan??

Ohh! Dia suruh I senaraikan 15orang yang I nak bagi award ni tapi I nak bagi kat semua orang yang sayang dekat I macam bila masuk je belog I terus rasa sayang. Haaa anda layak kalau ada perasaan macam tu ok. LAYAK SANGAT UNTUK AMIK AWARD NI!!!! Alah janganlah malu-malu, ambillah sayang, tak kena bayar pun. I janji!

Friday, May 7, 2010

Masalah komunikasi yang selalu berlaku tanpa kita sedar


It's like a habit u see! Kadang-kadang kita tak perasan pun this annoying habit. Macam I pun selalu tak perasan I dah memenyampahkan korang yang baca apa yang I merepek meraban kan? Tengok I dah start dah. Ok! Ok! Fine! Fine! Tolong jangan baling buah dekat I plishh!

Mari kita lihat apa benda yang paling kita menyampah bila kita nak cakap je ada je something wrong.

1. Menyampuk
OK! Ini paling pantang. Tengah kita dok sembang panas-panas tiba-tiba ada orang bikin hati kita lagi panas. OK! Cubalah bayangkan kita baru je habis buat lawak bodoh kan yang maybe tak disengajakan pun atau maybe disengajakan. Cuba kalau kita ceritalah something yang kita rasa lawaklah kan, RASALAH padahal tak lawak mana pun dekat kawan-kawan kita. KIta excited ni! Macam nak dapat 1juta bila jadi juara one in a million ni, tapi ada orang tu boleh laks cakap, "Ko ingat lawak sangat ke? Meh aku cerita benda yang lagi lawak weyh", sambil buat muka kerang busuk tak bersalah. Orang macam ni memang! Suka je ambil perhatian orang lain. Ohh kalau dia ada masalah dia suka je suruh orang dermakan telinga tapi bila orang lain ada masalah dia buat bodoh je macam apa-dia-ingat-halimunan-ke-apa. Bengang weyh dengan orang macam ni. Ye lah dia nak orang lain dengar cakap dia je, bila orang lain cakap dia menyampuk then ambil perhatian orang lain penyudahnya kita yang nak bercerita ni malu segan semua ada tapi perasaan paling tinggi mestilah bengang kan sebab cerita kita tergantung macam tu je.


2. I Kontek
Kadang-kadang bila orang tengah cakap dengan kita, jarang kita tengok mata dia. Sibuk buat benda lain. Orang yang sensitif suka assume yang kita tak beri perhatian dengan apa yang dia cakap so kita kenalah bagi sepenuh komitmen dekat orang yang tengah bercakap dengan kita. Ini tak! Waktu interview semangat je pandang mata penemuduga tu semua kalau boleh siap main mata lagi gitu kan. Sebabnya simpe je sebab kalau kita tak pandang mata dia nanti dia ingat kita menipu atau not interested in that job. Ewah kalau tang kawan kita sendiri tok sah nak pandang nak hidu pun malas. Apa burok beno ke muka den, ekau tak nak pandang! Muka ko pun aku tak hingin pandang.


3. Dengar tak dengar macam angin lalu je

OK! Ini perkara paling menyampah. Kesian Apek sebab selalu kena macam ni bila cakap dengan I. Tapi betul I memang tak dengar. Mana nak dengar weyh kalau radio tu cecah volume 100. Pelik tau bila kena tanya banyak kali macam dia cakap:-

"Aku ada penyakit cancer"

Lepas tu kita tanya "Apa dia?"

Dia ulang lagi dia ada penyakit cancer.

Kita tak dengar lepas tu terpaksa tanya lagi sampailah kita macam segan kena cop pekak lepas tu tercakap "Baguslah macam tu" tanpa tahu dia cakap apa. Tak ke naya orang ada penyakit cancer kita cakap bagus. Gila kelakar ok!


4. Ayat-ayat kurang sedap dituturkan
Macam I ni memang selalulah berbahasa agak kasar dengan kawan-kawan dan adik beradik. Tak adalah kasar sangat, tengok orang jugalah. Setakat bodoh dengan bengong tu dah macam makanan harian dah. Buatnya dengan orang yang baru kenal I tapi I nak buat macam I dah kenal lama lepas tu tercakap bodoh tu semua tak ke naya. So kalau boleh elakkan lah ayat yang tak sedap. I pun dah kurangkan. Kalau macam adik I tercakap bodoh pun I macam otomotik cakap haipppp!! Padahal dulu kita ni 2x5. Peoples change u see so do I. Buat apalah menyakitkan hati orang betul tak? Daripada panggil orang bodoh baik panggil dia pandai.


5. Semua tentang AKU!!!!!!!!!
Ini paling annoying! Asal jumpa je cakap pasal diri sendiri. Bf dialah paling sweet, famili dialah paling kaya, dialah paling pandai dalam kelas, dialah paling hensem. Memang habis badan I naik bulu. Ye lah bila I nak start cerita je, dia dah mula cerita pasal dia sampailah azan maghrib berkumandang. Time tu memang kena ingat rumalah takkan senja-senja nak lepak kat kedai mamak lagi kan? Ehh ada yang terasa ke? MAAF! MAAF!


Haa tengok! Semua benda ni memang annoying kan tambah-tambah bila kita semangat gila nak sembang dengan dia. Tapi nak buat macam mana, kadang-kadang kita pun tak sedar kita terbuat benda-benda macam ni yang buat orang menyampah kat kita.


SO, PLISH POGIF ME EHH KALAU I ADA BUAT SALAH SELAMA KITA BERCAKAP NI BAIK DI DUNIA NYATA MAHUPUN DUNIA SIBER! PEACE YO BEBEH!



Osopopup: Esok I cerita pasal kucing I. Kesian dia! I nak cakap ni, waktu Afdlin nyanyi lagu kantoi whatever tu, abang afdlin memang terbaikla! Wa tabik sama lu bro!

Wednesday, May 5, 2010

I suka cerita ni. SANGAT!

I banyak dengar orang berceloteh pasal kecomelan Mia Maisara yang berlakon jadi Amani dalam cerita Adam & Maya. Cerita tu biasa-biasa je tapi memang orang tengok cerita tu sebab budak yang comel kiut miut tu. I nak anak comel macam tu boleh? Hehehehe! Pandai pengarah tu ehh! Lagi satu Adam dengan Maya pun hensem dan cantik gitu. Double Pandai the pengarah you!

ADAM MAYA-best sebab ada Adam, Maya dengan Amani
NA-O-MEI-best sebab lagu dia ohh dan ada Reza juga


Tapi I lagi layan cerita Asmaradana yang ditayangkan 30minit je kat TV3 setiap Selasa-Khamis pukul 10.30 malam. Sangap weyh nak tunggu episod esok hari. Best gila cerita ni. Banyak konflik dalaman tapi sayangnya dah nak habis dah cerita tu. *sob*sob



Sangat sejuk mata memandang. Comel sangat!


Muka innocent! Suci dari makeup. OMEL ANGAT!


Kecik-kecik pun dah comel, besar nanti mesti lawa sangat!


Nak kahwin cepat then dapat anak comel-comel boleh?

Monday, May 3, 2010

Cerita Aku & Dia di Cameron Highlands Yang Tak Berapa Nak Sejuk

Woohaaa! Penat masih tak hilang-hilang ni. Tak pulih lagi sepenuhnya. Dah macam makcik tua dah I tengok diri I ni yang bila jalan kena bertongkat. Ni lah keburukannya kalau kerja duduk je, tulang belakang pun boleh jadi bengkok. Bukan setakat tulang belakang je bengkok, mata pun boleh jadi rabun tahu tak? Sedih gila kan?

Apa-apa pun, on the 1st May I dengan Apek pergi Cameron Highlands. Dah lama dah rancang tapi baru dapat melunaskan percutian kami kali ni. Asyik pergi KL je sekali sekala nak gak bercuti tempat yang dekat-dekat je. Tempat yang sejuk ke kan. Rancangnya nak bertolak pukul 6 pagi tapi I boleh terbabas tidur sampai pukul 8 pagi. Tengok kat handphone dah berjuta dapat miskol from Apek. Ok! Tipu! Itu semua dalam mimpi je. Macam mana nak dapat miskol kalau puncanya HP tu mati betri then alarm tak berbunyi.u sebab lambat. PUNCA BETUL!@*(&%^%&


Ingat shopping mall je ada buat sale. Kedai kat cameron pun ada weyh. Macam meriah gila dia punya sale. Rasa nak borong satu kedai. Coklat dia dah lah bila masuk mulut rasa macam coklat orang kaya. SEDAP GILA!


Inilah yang kami makan pagi-pagi. Yummy! Lembut! Sedap dimakan begitu sahaja. Hot cholate tu Apek punya. Berialah dia minum Hot Chocolate di pagi hari sambil menghirup udara sejuk. Baget macam orang putih weyh mamat coklat ni.



MAK KAMI CAKAP BREAKFAST BAIK UNTUK PERUT KAMI!
Kalau kita tak bagi makan kat perut kita pagi-pagi nanti dia cakap perut kita akan buat muka macam ni => ;((((



Macam benda wajib pula, bila pergi cameron wajib beli cactus. Punya excited lepas tu bila jumpa kedai lain yang cactus dia lagi cantik dan besar dan harga pun sama, mulalah menyesal sebab gelabah sangat beli awal-awal.


We love ladang teh tapi sayangnya I tak suka teh yang pahit-pahit. Payau sungguh rasanya.


Lepas tu kiterowang masuk Bee Farm


Ok! Tulisan dan kata-kata kat board ni sumpah menaikkan bulu roma I.


Haa berani?BERANI??? I rasa nak cocok cocok je tau.


Sedap weyh ubi manis ni. Dahlah sedap, murah pula tu. Puas makan! Tapi Apek ni tak reti makan. Ada ke dia pergi sedut ubi tu. AISEYMAN!


Jalan pada hari tu sumpah jem weyh! Bayangkan tersangkut dalam traffic jam dekat 2jam. Korang tahu je lah kan jalan dia macam mana. BUKIT KOT! Dahlah kereta I manual. Nasib baik I pandai main clash. Ecececeh! Mana tak weyh, cita-cita I nak jadi pelumba kereta tapi tak tercapai. SEDIH! ;(


Apek mengerutkan muka tak paham peta apa yang I print. Ahahahah!


Kan ke traffic jem so kiterowang pun apa lagi. Main tangkap-tangkap gambar lah weyh!



I suruh Apek buat muka geram tanda protes jalan jem tapi apehal tah muka geram Apek macam nak mencium je. Penyakit agaknya!


Lepas tu kiterowang pergi The SmokeHouse. Memang cantik woo tempat dia. Lepas ni kalau pergi lagi sekali, nak makan kat situ pula.


THE SMOKEHOUSE









Lepas dah tawaf Smoke House ni terus berjalan lagi pergi cari tempat minum pula. Gila jauh ke bawah.


Ini teh manyak sedap. I like! Tapi harga mak dato' mahal nak mampus. RM5 nok! Serupa I bawa kotak aiskrim then suruh mak I buat teh tarik lepas tu I letak je aiskrim tu. Lagi jemat senah oii!


Pemandangan yang indah gitu. Dan dengan pemandangan yang indah ni lah Apek propose to me weyh! So dengan secara tak sah nya, kalau ikut sangat cara orang putih, IM ENGAGED! Ok sumpah malu sebenarnya. Cuma sekarang ni tengah nak tunggu dia hantar mak abang dia je. Tapi I ni simple je. I kalau tunang, nak mo pelamin pelamin segala. Biasa-biasa je. Macam orang dulu-dulu tunang. Hehehehehhe! Tengok tengok nanti I punya majlis tunang paling beria sekali kan?


Lepas dah nangis terharu segala, kiterowang pun plan nak pulang tapi nak singgah ada satu Bee Farm yang kononya paling besar sebelum balik Ipoh. Alang-alang kan?


Bee Farm


I'M THE QUEEN BEE!


U are so sweet bebeh like a Honey Bee. Nyum!Nyum!


Takutnya kena gigit lebah. Own Risk tu weyh!



Dan inilah makanan terakhir kiterowang kat Cameron Highlands. Cendawan goreng. Umphh! Sedap gila!


Dan minuman terakhir I merupakan Honey Tea tapi sumpah tak sedap bagi I walaupun Apek dah tambahkan gula.


So dalam pukul 6 kiterowang gerak balik. Jalan still jem. Maybe sebab cuti hari pekerja kot tu sebab ramai orang. Kerja kiterowang ni makan je so lepas turun Cameron, kiterowang pergi makan kat johnys Jusco laks. Habislah nak dekat rm300. Gila kan?


Gaya Apek


Gaya Apek ditiru oleh Ainee. =D


Bila berdua siapa tiru siapa? Tak kisahlah! Janji hepi berdua.(O_o)


p/s: I tahu entri kali ni panjang. Layankan aja ehh! =)))

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...