Haa korang nak besar mana gambar tu? Takkan nak besar alam kot, karang susah pulak korang nak godam-godam nak tengok kan? Tengok Friend Request tu, AMBOI MAK AIHH BARU 2 HARI TAK USHA HOME KAT FB, dah macam gila tengok Friend Request tu. Ye lah mana taknya, kan super bz kan maka bila type nama dan password terus gabra cepat-cepat tekan link pergi dekat Profile. Ye lah nak lah tengok siapa yang rindu dekat I kan. Ada gosip baru ke apa ke kan. Memang tak ada masalah nak godam-godam menyibuk hal orang lain kat ruang Home tu kan? TAK KUASA NYAH OII! Tapi kalau masa lapang tu ketara sangat memang hoishh kalau boleh semua hal kat home tu nak menyibuk weyh macam Cik Kiah Rompeng nak pergi pasar tapi bila setembung dengan Cik Mah Kerempeng terus tak jadi pergi pasar, terus duduk bersila atas jalan aihh sebab nak tau perkembangan jiran-jiran lain, laki dia ada perempuan lain ke, anak dia makan batu ke kan. Uishh teruk betul perangai kan? Haa korang jangan nak jadi macam Cik Kiah Rompeng dengan Cik Mah Kerempeng tu ehhh! Dosa nokk!
Kenapa tiba-tiba banyak Friend Request ni?
Memanglah everyday pun ada friend request tapi kali ni macam hok mak aihh banyaknya. Penat nak deny tau. Kadang-kadang tak sampai hati nak deny tapi terpaksa deny sebab ni bukan zaman Myspace ehh nak tengok siapa lagi banyak kawan. Lagipun I ni sukakan privacy. I tak suka orang yang I tak kenal dok baca status I, tahu dengan siapa I berkawan, apa yang I cakap-cakap dengan kawan I, apa aktiviti harian I semua. Lagi-lagi I tak suka orang yang add I tapi tak bercakap dengan I. Perghh! Lagilah tak boleh blah kan. Dah macam EHH KO ADD AKU TAPI KO NAK BELAGAK SOMBONG SEYH DENGAN AKU! Haa boleh blah erkk.
Tapi kan dalam dunia nyata, I memang tak sombong. Kalau nak add I dan nak I approve, berjinak-jinaklah dengan I dulu. Haa macam kau jinakkan haiwan tapi I ni bukanlah haiwan kan tapi please lah get me to know u first barulah tekan butang add I tu, kalau tak memang cis buang masa kau je lah weyh sebab I takkan approve kalau I tak kenal. Ok macam mana nak bagi I kenal tuan punya badan tu senang je, just sembang-sembang kat belog ni ke, tak pun kita bermanja-manja dan saling membalas kat shoutbox ke kan (ouchh macam sweet je kan) dan macam-macam lagilah. Nak bagi hadiah lagilah best. Haa kalau tak ada belog, kita main hantar-hantar mesej guna burung ke guna asap ke. Baru style weyh!
I bukanlah poyo baget artis kan tak nak approve sebarangan orang ni just entah, pendek kata tak berapa berkenanlah sebab ye lah buat apa add kalau setakat nak jadi stalker. Ok, kalau adore ke apa (EEE AYAT NI GELI OK!), haa kalau adore ke sembanglah dengan I. Kalau u cakap Hi pun I gerenti balas balik siap buat ayat random lagi macam KAU DA BERAK? HAA BERAPA KALI? NAK TIPS BERAK SENANG BOLEH? Alah kalau benci bilang cinta pun boleh je nak hina-hina cakap muka I hodoh macam belangkas ke apa kan, I terima dengan hati terbuka sebab sedar diri memang hodoh.
Sebenarnya, banyak je budak blogger yang I approve dekat FB tu tapi yang pernah bersembang dengan I lah kan dan....dan I pun ada juga add blogger yang I kenal dan pernah bersembang. Tengok! Kan I dah cakap I tak sombong sebenarnya maka korang janganlah kecik hati ehh kalau I tak approve cuma langkah pertama tu yang penting. Ehh cukup-cukuplah ayat geli kat entri ni. Chau! Chau!
P/s: I ni kalau korang kenal, cakap banyak ohhh!!
No comments:
Post a Comment