Monday, February 14, 2011

GUA TEMPURUNG - Wajib pergi

P/S: Entri ni ditaip waktu I free hair so segala gambar dah diremove. Kalau ada macam ayat ayat tergantung tu paham pahamlah ya.

HAI! APEK CAKAP SAYA MAKHLUK GUA!
**semalam waktu test torchlight tu atas kepala, Eddie Joe cakap, "Inilah yang dipanggil melucahkan diri". Memang barai ahh muka. Tengok ahh mata I asal macam cacat semacam jee. Senyuman tu lagi ahh pelik no wonder Apek panggil makhluk gua.

Semalam bday Ifa Joe, adik paling kecil paling rajin paling pandai semua kat dia. Semua dia nak bolot. Yesterday, she turns 13. No more children dah babe, dah besar, bila pergi mana-mana dah tak dapat dah harga istimewa, harga dah setaraf dah dengan kakak kakak dengan abang dia dah. Dah tak dapat nak budget budget dah. Cepatnya awak ni membesar kan. Tepat je pukul 12 tengah malam, I wish hepi bday kat dia lepas tunyanyi lagu Hepi Bday versi omputih. Lepas tu dia muka bangga cakap tenkiu tenkiu. Nyampah! Lepas tu dia pun pergilah dapur. Nak tahu apa jadi? Haa baca note dia ni sendiri. Pendek je jangan risau. Haishh kesian kesian tak pasal-pasal dapat hadiah pertama from my brother tapi nasib baik ahh sempat elak. Eddie ingat ni bday orang bujang-bujang duduk satu rumah kot.

OK! Memandangkan she turns 13 this year, I pun cadang nak bawa pergi Gua Tempurung kasi dia explore sikit benda baru (padahal diri sendiri nak pergi sebab umur da 22tahun, dah duduk kat Ipoh 22tahun still tak pernah pergi Gua Tempurung). So drag Apek, Iqa dengan kawan Iqa dari kolej nama dia Mas sekali pergi celeb bday kat Gua Tempurung.


TEMPAT: Gua Tempurung
MASA (Bertolak): 9 a.m
MASA (TIBA): 9.30 a.m
MINYAK: RM20
PAKAIAN: Tracksuit, tee shirt, sports shoes
MESTI BAWA: Torchlight (prefer yang letak atas kepala tu), baju luar dan dalam, seluar luar dan dalam


OK! Time ni dah sampai dah. Apek dok khusyuk snap pic sana snap pic sini, maybe sebab tu lah bateri habis maka tak dapat nak poyo poyo nak tangkap gambar dalam gua.


So macam mana nak pergi Gua Tempurung?? Kalau dari Ipoh senang je, ikut je jalan lama tak payah gedik nak naik highway sebab serius kejap gila je akan sampai tak payah nak tempuh traffic light pun lagi satu save ahh budget kan sebab nak masuk gua pun nak kena bayar so boleh save kat situ. Serius! Terus je dari highway Simpang Pulai. Make sure menuju ke Kampar. Lepas tu pandang je signboard kat kiri, dia akan ada satu signboard besar punya kat depan tulis WELCOME TO GUA TEMPURUNG!!!!!


Ok posing dulu sebelum masuk, sebelum menangis, sebelum menyesal, sebelum meraung..

HARGA TIKET!
  1. Gonden Flowstone  - RM6 (Dewasa )  RM2.50 (Kanak-kanak ) – 40 minit
  2. Top Of The World RM9 (Dewasa ) RM 4.50 (Kanak-kanak) - 1 Jam 45 Minit
  3. Top Of The World & Short River Adventure – RM 11 (Dewasa ) RM6 (Kanak-kanak) 2 Jam 30 Minit
  4. Grand Tour  - RM 22 (Dewasa)  RM11 (Kanak-kanak )  - 3 Jam 30 Minit
WAKTU LAWATAN
Golden Flowstone - 9 pagi hingga 4 petang
Top Of The World bermula - 9 pagi hingga 3 petang
Top Of The World & Short River Adventure - 9 pagi hingga 12 tengahari
Grand Tour - 9 pagi hingga 11 pagi


Kiterowang kan poyo so kiterowang ambil pakej paling mencabar sekali iaitu Grand Tour. Memang mencabar! Memang tak rugi masuk! So total untuk 5 orang RM110.
Make sure sampai sana before pukul 11 pagi sebab dia dah tak ada tour dah lepas pukul 11 pagi and jangan sesekali pergi hari Jumaat sebab hari Jumaat kan hari laki-laki pergi masjid so memang takkan ada tour.


Ni lah muka semangat nak masuk gua. Make sure ikat tali kasut ketat-ketat.
p/s: Kasut Ifa in memories


Ok lepas dah ikat kasut semua, semua orang pun dah ready tibalah masanya untuk masuk ke gua. Time kiterowang pergi tu ramai jugak woo group kiterowang. Adalah dalam 50++ tak silap. Memang best! Memang happening.


Kenangan bersama orang putih yang tak tahu nama tapi tahu dia dari France. I jadi google translator kejap kat dia sebab Tourist Guide cakap Bahasa Melayu tak cakap Bahasa Inggeris. Dia ni merantau setahun kot around Asia. Dah macam dalam cerita Eat, Pray, Love dah. Bestnya hidup!! Lepas tu I mengeluh cakap kat dia bestlah u, I cuti sabtu ahad je. Dia boleh senyum je. Eleh banggalah tu dia dapat cuti setahun kerja jalan-jalan je tapi I memang salute ahh dengan dia ni sebab dia rileks je merantau jalan sorang-sorang. WA TABIK LU!


OK! Nak tahu apa yang kiterowang buat dalam gua ni?

1) Daki tangga sebanyak 1000++.
2) Turun tangga curam gila, kalau gayat gerenti terketar ketar kaki dan tangan sebab memang serius gayat gila.. Rasanya tinggi dia bangunan 5 tingkat kot.
3) Sliding..sliding..sliding..
4) Panjat panjat panjat..
5) Redah sungai untuk sampai ke puncak..Lepas tu rehat rehat rehat
6) Then redah sungai balik which is patih balik redah sungai tadi tapi balik ikut jalan lain.. Sumpah lagi mencabar gila..
7) Panjat lagi.. Panjat panjat panjang..
8) Slide slide slide
9) Sampai sungai.. Merangkak meniarap semua ada..
10) Dah sampai jalan keluar..


Paling memori sekali bagi I bila tapak kasut Ifa terkeluar dari landasan dan sesi Iqa & Mas menangis. Untuk kasut Ifa memang kelakar gila sebab bila Ifa panjat memanjat tu memang dah tak ada tapak ahh. I kesian gila kat dia then I suruh dia tanggalkan tapi dia cakap takkan tengah panjat-panjat ni nak tanggalkan kasut tu lepas tu Apek pula bantah habis bila I suwuh Ifa pakai stokin je sebab dia cakap pakai stokin lagi ahh licin. Then Apek ikatkan tali kasut Ifa ke bawah, kira macam ikatkan tapak yang dah melekat tadi dengan kasut ahh. I pun tak tau nak sembang macam mana tapi memang tak boleh diselamatkan sebab dia tercabut lagi. Lepas tu I suruh Ifa tanggalkan kasut dia then I suruh dia pakai kasut I. Kasut dia ada kat Gua Tempurung tu haaa siapa nak bolehlah ambil ya, I halalkan. I pun berkaki ayam ahh menapak dalam Gua Tempurung tu macam orang asli Gua Tempurung lagaknya tapi I degil tak dengar cakap Apek, I pakai je stokin. Hehehehe! Sakit?? MEMANG SAKIT AHH! Pijak batu dalam sungai sungai tu pergh memang perit tapi biar kaki sendiri sakit dari kaki Ifa sakit. KESIMPULANNYA PILIH AHH KASUT YANG MEMANG TAHAN LASAK DAN TAK SAYANG DAH SEBAB PERATUS KASUT AKAN ROSAK MEMANG SANGAT TINGGI! Banyak I tengok kasut dah arwah kat Gua Tempurung tu!


Ok lagi satu scene lawak bila Iqa dengan Mas nangis tang mengesot ngesot ke curam. Ok itu memang sumpah lawak ok. Tak dapat nak cerita kat sini sebab insiden menangis nangis ni sangat rare bak kata abang TOURIST GUIDE tu. Tak dapat nak snap pic sebab bateri kamera Apek habis. Kelakar ok sebab abang tourist guide tu siap kena tarik kaki Mas dengan Iqa sebab dieowang tak nak bergerak. Punyalah takut! Mas pulak siap jerit TAK NAK kuat-kuat bila abang tu tarik kaki dia supaya dia slide juga ke bawah kalau tak sampai ke sudah kiterowang sangkut kat situ. Lawak gila! Orang kat bawah mesti gelak gila. Lawak ahh Mas ni.


Overall memang sangat best dan satu pengalaman baru buat kiterowang. Dan rasanya Iqa dengan Mas pun dah dapat atasi ketakutan dieowang tu. Apalah, nama je ambil pelancongan budak 2 ekor tu tapi masuk gua menggelabah nangis. Terima kasih ahh Mas & Iqa sebab buat kiterowang ceria sepanjang perjalanan balik dengan buat lawak ok.


So, mengikut pengalaman I

1) SELUAR: Make sure seluar korang tu kain sebab banyak slide slide kalau traksuit jenis plastik memang rabak ahh.

2) TORCHLIGHT: Lepas tu jangan lupa bawa torch light sebab serius gelap gila kalau tak ada torch light dah macam orang buta dah. Paling bagus torchlight atas kepala. Boleh beli dekat Gerbang Malam (untuk orang Ipoh). RM6 je, tak mahal.

3) KASUT: Haa kasut pulak make sure memang yang tahan lasak punya sebab kita akan redah sungai, panjang sana panjat sini, slide sana slide sini kasut memang akan rabak ahh kalau tak tahan. But please dun ever ever wear sliper. Kalau nak sangat kaki tu terdedah pakai sandal yang mencengkam kaki. Crocs maybe ok!

4) GADGET: Make sure bawak plastik ataupun pakai beg kalis air untuk simpan kamera ke handphone ke. Handphone tu maybe tak perlulah kot nak bawa, simpan je dalam kereta. Duit pun silalah bawak cukup cukup je untuk harga tiket kalau tak nak dompet kowang tu basah. ok?

Bila dah habis perjalanan yang penuh extreme tu kompem satu badan memang basah gila dan kowang memanglah kena tukar baju kalau tak nak kereta basah so make sure sediakan RM1 untuk mandi & salin baju ok?


Ok! Tu jelah pengalaman I pergi Gua Tempurung yang memang super best! rasa macam nak pergi lagi sekali! Ohh untuk Ifa Joe welcome to the club of adult.

2 comments:

Anonymous said...

wahhh macam beshhnyee!!!

thanks a lot of info..
xsangka se extreme mcm nih..

ade tempat simpan barang x kat sane..nk simpan kunci kete kan..heee

Ainee Cumi said...

Itu macam tak sure. asanya ada. Kalau tak ada pun boleh je masuk dalam poket seluar.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...