Monday, December 14, 2015

Lupa

Kita ni selalu je lupa Allah kan.

Tapi Allah tak pernah lupa kita.

Ada je yang dia bagi bila kita kurang.

Terima kasih Allah. I LOVE YOU ALLAH.

Thursday, December 10, 2015

#syukuralhamdulillah

Hari ni aku merenung ke dalam perjalanan hidupku selama ini.

Alhamdulillah. Aku syukur.

Aku syukur punya ayah yang sangat cool.

Aku syukur punya ibu yang sangat menyayangi

Ayah dan ibuku sungguh perfect di mataku.

Aku syukur punya suami yang sangat melindungi. Tegas tetapi penyayang.

Aku syukur punya anak yang baik budinya, comel, senang untuk dibawa ke mana mana. Semoga menjadi anak yang soleh.

Aku syukur dengan perniagaanku sekarang. Impian nak membuka premis sendiri akhirnya tercapai. Alhamdulillah.

Aku syukur dipertemukan dengan business insurans takaful. Aku harap usahaku di dalam bidang takaful ini adalah salah satu daripada saham akhiratku. Mengajak orang lain untuk menderma secara konsisten. Membantu melindungi orang daripada ditimpa musibah. Syukur.

Aku syukur dia usiaku 26 tahun ini aku sudah memiliki rumah sendiri, kereta sendiri, perniagaan sendiri.

Aku berharap pada umurku 30 tahun nanti aku merasa cukup dan dapat berbakti kepada kedua orang tuaku yang semakin hari semakin tua. Semoga mereka panjang umur dan dimurahkan rezeki kerana sehingga kini mereka masih lagi memikirkan makan ke tidak anaknya, cukupkah duitnya. Allah! Semoga ayah dan ibu menjadi ahli syurga Firdaus.

I may be not your perfect daughter but you both are the perfect ayah and ibu to me. 😚😚😚

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...