Sunday, June 27, 2010

Kalau HP rosak apa susah beli je lah hp baru. Adik I nak jual hp dia!!

Hari ini hari Ahad. Hari Ahad biasa I akan duduk rumah sahaja. Kemas rumah, makan dengan adik-adik sambil tengok DVD, update life masing-masing dengan parents. Arghh nikmat sangat masa bersama keluarga. Can I call it heaven?(@_@)

OK! Nama pun dah update life masing-masing antara satu sama lain kan walaupun padahal kiterowang duduk satu rumah. Konon update life macam masing-masing dah besar, dah kawin ada anak sepoloh. Wooohaaa! Anak sepoloh memang satu impian besar ya!

Ni, adik laki I si Eddie tu nak jual handphone dia sebab dia nak beli handphone lain. Dia nak tukar N97 tak silap. Entah! I pun tak pasti dia nak tukar hp model apa tapi yang pasti dia nak jual HP.

Brand: Nokia
Warna cover: Hitam
Model: 5800 Xpress Music
Camera: 3.2 megapizels (memang cantik!)
Second Camera: Front camera for video calls
Input: Touchscreen
**SOLD


Ohh harga dia ehh?
Adik I nak jual RM600 SAHAJA! Harga masih boleh runding rasanya. CASING DIA, SETAHU I TAK CALAR LANGSUNG! Setahu I lah! Apa-apa hal boleh kontek dia kat 019-5943965(Eddie). Jangan lupa sebut nama I tau, mana tau I dapat komisyen ke kang sebab promo. Ahahahaha! Haa tak pun korang dapat nego sampai dia cakap, "Arghh kalau macam ni saya bagi freelah kat awak". Uishh untung woohhh! Tak rugi sebut nama I ni. Boleh pulak?


Ohh and for me, update paling baru inilah. I beli this mouse pad untuk letak kat ofis I sebab kesian tetikus I tu dah tak boleh bergerak dah sebab tak ada benda nak supprot dia untuk bergerak sebab I rasa tetikus I tu kan dia disable punya tetikuslah sebab tu dia perlukan sokongan kot! I pun belilah this cute adorable pad untuk dia. Tak sabar nak tunjuk kat tetikus I esok. Mesti dia hepi sangat. Betapa manjanya barang-barang I ni kan? Mutual benefit lah kiranya sebab tetikus I dapat pad, I pulak dapat rest tangan I tu bila pegang dia.


The best part for today is, Ifa masakkan kami makanan yang menggemokkan ni and deco the plate with ur name written on it using chilli sos. So sweet of she! Pelok ketat-ketat sampai kau awak lemas. Nak gomol-gomol awat sebab awak sweet sangat voleh tak Ifa?Sedap woo sampai terasa kesedapannya sebab dimasak dengan penuh kasih sayang kan?kan padahal ko keluarkan dari paket terus goreng je tak payah nak letak rempah ratus ke apa ke kan. Kiterowang makan sambil tengok DVD lah mesti. Yang ada kat rumah, kami 3 perempuan je lah maka layan movie 500 days of summer sahajalah. Beshh wo!!! Lagu dia semua easy going. Paling kiterowang suka lagu Sugar Town. Pi lah dengar! Best! Paling best part dia cakap su-su-su-su-su-su.


HARI MINGGU MEMANG BEST WALAUPUN AKTIVITI DUDUK DI RUMAH SAGAGA!

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...