Posts

Showing posts from September, 2009

cinta baru

Image
tengoklah betapa comelnya mereka ketika berposing.
dinamakan UPIK ABU & LAURA.
macam mana nak tolak mereka untuk mengisi kekosongan SAYANG yang sudah lama hilang kalau dah secomel ini wajahnya.
*ok dun talk about sayang, bikin i nangis je nanti!


MEMPERKENALKAN CINTA BARU AINI YANG BIKIN APEK JELES SEBAB TAK MAIN SMS DENGAN DIA MALAM-MALAM DAN MENCURI WAKTU TIDUR SAYA DI PAGI HARI SEMATA MATA NAK TUKAR LAPIK PAPER DAN BAGI MAKAN.

tengok betapa sayangnya I terhadap mereka jadi korang jangan gatal nak datang rumah I culik pelakon drama TV3 waktu petang ini


ini namanya UPIK ABU


ini namanya LAURA


gambar jessica nanti-nantilah upload. JESSICA tu emaknya kepada upik abu & laura ni.
tengok nama semua nak glamer kan?salahkan tuan lama dia.
thanx to my childhood frenz, NUR AMIRAH JAMALUDDIN sebab sudi menghadiahkan kucing2 yang berbulu lebat ni dekat I yang sekian lama dambakan kasih sayang dari kucing ;)


cadang nak buat sangkar yang maha besar untuk mereka supaya dapat letak tempat makanan yang s…

cakap tak feel raya tapi bila tiba hari raya feel tu datang sendiri

saya tau memang semua orang akan mengupdate belog dengan pic-pic raya saya pon nak tapi lappie ni cacat sikit tak boleh resize pic so saa kena update dekat ofis mungkin setart kerja pon hari jumaat
RAYA SAYA BESH!BAJU KURUNG KEBAYA 4HELAI PON TAK CUKUP, RASANYA TAHUN DEPAN KENA TAMBAH JADI 6HELAI. MANGKUR NAK CARI DUIT!
SELAMAT HARI RAYA KAWAN-KAWAN!HARAP RAYA KAMU SEMUA SEBESH RAYA SAYA.. ;)

selagi tak kawin layak dapat duit raya ok?

Image
kalau ada terlepas cakap sila maafkan kalau ada terluka di hati, bilang sama saya agar saya dapat rawat. kalau saya agak terkasar dalam memberi pendapat, harap ditegur. kalau ada terasa hati, maafkan saya.

saya kalau boleh mahu jadi orang yang orang senang. jangan marah saya kalau terasa hati bilamana saya terlalu jujur dalam memberikan pendapat. saya tau ada di luar sana yang tidak senang dengan cara saya. jadi di bulan ramadhan ni nak kasi fresh semua balik then nak tukar jadi insan yang hipokrit dalam memberikan pendapat dan nasihat sebab tak semua orang boleh terima cara kita menyampaikan sesuatu. maaf ya!akan saya berubah menjadi insan yang lebih baik sempena ramadhan ni.

SELAMAT HARI RAYA YA KAWAN-KAWAN!MAAF ZAHIR BATIN!
ohsopopup: motif letak pic tu sebab gila kangen nak rambut panjang balik!

antara rakan dan kerjaya

Image
bila terpaksa membuat pilihan sebegini, apa yang anda lakukan?
KERJAYA=TUKANG CAT RAKAN-RAKAN=NADH & SAZA

mungkin kerjaya yang pertama dan terakhir yang saya akan lakukan. penat gila! start dari pukul 10pagi sampai 5petang itupon akan disambung pada pagi ini. itu baru cat luar. IM SWEATING LIKE A P** (bulan puasa jadi mak suruh kurangkan perkataan tak sedap didengar) macam gila kan Ahad nak raya ,Jumaat baru nak cat. Jangan contohi tingkahlaku ini.

KEADAAN SEBELUM
SI TUKANG CAT PERTAMA
SI TUKANG CAT KEDUA
si tukang cat ketiga(IFA) pengsan bila masuk tiang ke-4. en.BOSS aka apek balik rumah tidur selepas memastikan anak-anak buahnya bisa ditinggalkan tanpa pengawasan.

ADA SESIAPA YANG NAK UPAH KAMI? SEJAM RM100. KAMI RAJIN! KAMI TAK MENGULAT. HANYA PERLUKAN SEDIAKAN AIR DAN MINUMAN ENAK dan MAHAL SAHAJA. SERVIS HANYA TERBUKA UNTUK PAGAR BARU SAHAJA SEBAB MALAS NAK KIKIS CAT LAMA. LECEH TAHU!

KEADAAN SELEPAS NANTIKAN!sempat ke disiapkan sebelum raya? jangan pandang rendah pada kaum perempuan maca…

RAMBUT pun ada harga sekarang!

Image
Semalam baru je rebonding rambut sampai poket I pon kering. Tapi BERBALOI!. Rambut I selembut sutera sekarang.



Rambut I lurus then dipotong bangs depannya macam digigit tikus. Korang punya rambut raya macam mana pula? Cadang nak buat rambut sarang tebuan macam orang-orang dulu baru 80's.

I tau korang sure akan tanya harga dan buat kat mana jadi I tampal besar-besar kasi korang tengok. Tempoh dia buat rambut I pon tak adalah sampai ponggong I tumbuh kematu sebab proses tu ambil masa hanya 3jam je. Weyhh tempat lain 4-5jam kot!


harga: RM185
location: hairpot ipoh parade
love: ♥♥♥♥♥


Agak-agak kalau desperate sangat boleh tak jual rambut. Ye larhh buat mahal-mahal takkan tak boleh jual?

Berdakwah sikit hari ini tentang 10 malam itu

Terasa macam kelambatan pula memandangkan tinggal lagi 5hari sahaja lagi umat ISLAM akan berpuasa. Untungnya para lelaki yang dapat puasa penuh ohh dan juga budak kecil yang belum akil baligh. Satu memanglah sebab tak payah ganti, lagi satu sebab dapat baca al-quran tiap-tiap hari. Tak sabar nak belajar bahasa Arab supaya bila baca quran terus tau maksud lepas tu boleh bahan kawan dalam bahasa Arab. Ana anta wasahlam!


Korang bising-bising nak beribadat lebih time 10 hari terakhir walaupun saya ni da terlambat 5hari tapi korang tau ke apa ke bendanya tu?


Malam lailatul qadar ni sangat-sangat ISTIMEWA! ye larhh korang pernah ke dengar dia datang dalam bulan lain selain bulan Ramadhan? tak pernah kan? Di sini saya ringkaskanlah apa itu Lailatul Qadar dan kelebihannya. Saya mintak ampun sangat kalau salah sebab saya ni budak baru belajar dan menggembar-gemburkan kat sini hanya untuk tatapan diri dan rakan-rakan. Serius saya pun nak juga tau apa yang istimewa 10 hari terakhir Ramadhan ni da…

semacam unik pula tarikh hari ini

090909 cantik betul kan number dia?? apalah kebodohan saya tak nak tengok movie pula hari ini.

mereka memang feberet kapel saya SELAMANYA

Image
terasa macam VIP bila dijemput berbuka puasa bersama anak-anak yatim. saya lambat beberapa minit, biasalah bila janji je sure saya berjanji seperti keling! mesti lambat. tapi ada hari saya awal memang saya awal. kawan-kawan serta apek dah faham sangatlah perangai saya yang lambat ni!wei tapi lambat saya tu hanya beberapa minit je tau!

AINEE KENAPALAH KAU TAK BERJANJI SEPERTI APEK YANG SANGAT MENEPATI MASA!


itu sebab kalau saya da siap sepenuhnya baru saya text dia untuk ambil saya, kalau tak kompem tepat pukul yang saya cakap dia da terpacak depan rumah.

sebaik tiba, terus makan sebab lambat kan. nasib baik wan yang berpuasa pada hari tu datang terus bawak secawan air lengkong yang terasa nikmat gila bila satu hari tak teguk air. wan memang sangat PRIHATIN!!

lepas ni lagi sedap!

tak sentuh pon!tak suka lahhh sedut sedut ni! tapi sesiapa yang nak rasa pipi dia cengkung kurus bolehlah amalkan senaman makan siput sedut ini selalu ya!



lepas makan harus ada dessert untuk memaniskan mulut kita.…

tak minta lebih cuma pendapat je

cuba korang tutup mata sambil bayangkan situasi ini. OK!saya kasi chance bukak sebelah mata supaya boleh baca then sebelah mata lagi boleh bayangkan situasi.


kejadian berlaku bila mana insan ini excited sangat nak bersahur walaupun makan kerepek-kerepek yang bapa beli masa outstation di Melaka minggu lepas.

terbuka je mata terus lompat dari katil dan menuju ke meja makan yang saki baki makanannya belum dikemas lagi. OWHH ADA LIPAS, CACING, CICAK, DAN KURA-KURA!NYUM!BOLEH DIJADIKAN PERENCAH TAMBAHAN!so disebabkan perisa tambahan itu kita abaikan kekotoran itu.


sedang rancak berbual dengan adik ketiganya yang tengah bz mengiron baju sambil menyumbat segala saki baki kudap yang ada ke dalam mulut, tiba-tiba ibu keluar dari bilik cakap"EHH MANA BOLEH MAKAN DA HABESH WAKTU".


OWHH NO!!korang boleh bayangkan betapa terkejutnya muka manusia tersebut dan tengok ke arah jam di dinding sudah menunjukkan pukul 5.50 a.m walhal tadi dia tengok jam tak nampak pon tunjuk pukul 5 tapi pukul 4. …