Thursday, February 28, 2013

The end of February?

Its the end of February. To be exact, 28 February 2013. What is so special with 28 February? When it comes to the number 28, it means a lot to us. Me and Amirul.

28 August 2005 - we hope into the get to know each other relationship
28 October 2010 - we tie the HALAL knot

And since then, 28 became our favorite number.

Today is our 1 year 4 months as husband and wife and 7 years 6 months as special friend.

We have this "lumba-lumba siapa cepat wish" on the very first month we start dating each other even though macam malu-malu nak mengaku cinta. **blushing.

So today, I saja nak bagitahu, bulan ni I menang. I wish him first. Bulan lepas Amirul menang. Depress nak mampos. Bila dia wish terus macam "ARGHHH!!!!!!".

Dah lah semalam dengan bangganya jerit "HAPPY ANNIVERSARY B!" when having my shower in the morning. Tiba-tiba teringat okay. Tak adanya romantik scene atas katil wishing wishing bagai. Suddenly Amirul gelak-gelak, "Belum lagilah". I macam "Eeeee!Tipu!Tipu!". Dalam bilik mandi okay. Being me, I memang selalu nak menang and susah nak percaya sampailah I tengok bukti dulu. Rupanya betullah semalam baru 27 Februari. Lawak sangat.

This is how we kept the love blossom. Wish, hug and kiss. Its like a victory okay bila jadi orang pertama wish the anniversary.

HOORAYY! I WON THIS MONTH!

Wednesday, February 27, 2013

#TravelDiary - 4 Hari 3 Malam in Phuket, Thailand

Assalamualaikum semua.

Hari ni tak tahu kenapa macam rajin sangat. Habis bergelodak jiwa nak update entry pasal Phuket. Kawan-kawan tak habis-habis tanya 

"Ainee, Phuket best tak?"
"Phuket dengan Krabi mana best?"
"Phuket nanti nak tinggal kat mana?"
"Murah tak tiket pergi Phuket? Hari tu Aini beli berapa?"

Macam mana I nak cakap? Macam mana I nak terangkan? I manalah pernah pergi Krabai lepas tu jenis pelupa yang amat. Memang betul rasanya minum air ada semut buat kita cepat lupa. Sebab waktu kecik dulu, ibu selalu buat air teh. Teh tu feberet kita tau. Lepas tu dah petang-petang sikit tengok habis air teh tu jadi air kolam untuk semut-semut berenang. Kita kan suka teh, peduli apa kita. Kita tapis je lah dia lepas tu minum. Bukan makan pun semut tu padahal Amirul cakap entah dia kencing ke apa ke dalam air tu, terus sekarang tak nak minum air ada semut. Seketul pun terus buang.

Ok back to the topic. Phuket ni I pergi tahun lepas. Februari 2012. Tahun 2011 pun ada pergi jugak. Kiranya ni my second time lah pergi Phuket. Phuket memang best. And this is our first honeymoon kat luar negara after 4 months we got married. Waktu mula-mula kahwin tu pergi dekat-dekat je. Pergi Melaka, Genting. Dah Halal barulah boleh berjalan bersama kan kan kan? Memandangkan ni first time, tips pun tak banyak. Budak baru belajarlah katakan. Tapi tahhape hape lah jugak kan, pergi melancong 28/2/12, update entri 27/2/13. Lagi sehari genap setahun.


DATE : 28/02/12 - 2/03/12
TIKET KAPAL TERBANG : RM213.40 (retun trip for 1 person) RM426.80 (2 person)
HOTEL : Relax Guest House by Agoda.com - RM77 semalam (RM231 untuk 3 malam)

TIPS TEMPAT PENGINAPAN


PATONG - Best sangat!! Nightlife dia fun sangat tapi pantai dia seriously ramai sangat sangat manusia. We don't like it. Apa-apa pun tak payah fikir lain, tinggal je dekat Patong untuk jiwa muda macam kita ni. Malam best, shopping complex dekat.
KARON, KATA - Semua dekat beach. Ok lah kot sebab I tak tinggal kat sini.
RAWAI - Rawai ni pulau.
PHUKET TOWN - Boring..


FIRST DAY
Flight kami bertolak pukul 8:20 PM sampai sana pukul 9.40 PM. Tapi kat sana awal sejam kiranya kami sampai pukul 8.40 PM. Masih awal. Turun je daripada airport, ramai orang akan offer taxi. Macam I jimat punya orang plus dah buat research terus cari MINIBUS.

MINIBUS FARE FROM AIRPORT TO PATONG : 150BHT (RM15) seorang. Total 300BHT (RM30)

Turun je airport cari Minibus ni terus. Dia akan ada kaunter. Tanya je kat situ nak naik minibus. Sebab? Sebab bila dia penuh je dia akan bergerak. Tak ada delay-delay. Tapi kalau naik ramai-ramai naik taxi lagi berbaloi rasanya. 450BHT (RM45). Minibus ni biasa dia akan berhenti kat satu tempat agen perlancongan. Biasalah promote promote, dia akan dapat komisyenlah tu. Tepuk dada tanya selera, kalau nak silakan. Kalau tak nak, tak payahlah turun.

Sebab kami pun sampai malam, check in hotel terus pergi jalan jalan dekat Bangla Road. Bangla Road ni lah yang happening. Banyak sangat pub. Rilek je buat tarian tiang segala. Dan banyak she-man. Kita kat sini panggil pondan, apuk, maknyah. Cun-cun wa cakap lu. Meletops!

Happening tak? Happening sangat kan? Terang benderang.


SECOND DAY
Hari kedua kami jalan-jalan je pagi tu lepas tu sesat lepas tu tak tahu buat apa sebab tranpsort utama kami biasalah motor. Signboard dia dahlah semua tulisan berangkai tu. Dah tu dulu jenis malu bertanya maka sesatlah jalan. Time kat Bali hari tu bukan main jauh berjalan naim motor tapi sebab bahasa Indonesia kan senang macam bahasa kita jual tak adalah takut. So aktiviti di pagi hari sampai tengah hari ialah jalan jalan sekitar Patong, jalan-jalan dekat shopping complex dan makan. Waktu ni I disahkan pregnant 8 minggu so I muntah macam nak gila. Pening macam nak pecah otak ni. Pening yang amat sangat so tak berapa nak bestlah tapi I kan kuat. Whatever, junior pun dah tak ada sekarang, tunggu tahun depan InsyaAllah baru boleh produce balik. Semua dengan izinNya (InsyaAllah)

Inilah Patong Beach.
Shopping complex yang ada kat Patong ni ialah JUNGLECYCLON. Nak cari makanan halal pun kat sini senang. Tak adalah senang, ada satu je pun gerainya. Cari ISLAMTAI BANGJA kat area foodcourt.

Nasi Goreng Tomyam. Makan sekali kompem kenyang.
Me being the tomyam freak. Mak aihh sedap sangat weyh tomyamnya. Banyak isi.
Inilah kedainya.
Kad food court ni ada juga jual khinzir. Ni je satu-satunya yang halal tak silap I. 100BHT bersamaan RM10. Berbaloi sebab banyak sangat.

Food court dieowang ni dia tak accept cash. Kita kena masukkan cash kita tu ke dalam satu card. Ada kaunter dekat dalam food court tu. Kalau dah habis duit tu kena topup. Bestlah method ni. I like.

Petangnya pulak kami dah beli tiket pergi PHUKET FANTASEA. Tempat wajib pergi kalau pergi Phuket. Wajib! Wajib! Wajib! Saya ulangi sekali lagi. WAJIB PERGI FANTASEA KALAU PERGI PHUKET! Kalau tak pergi rugi. Memang bayaran dia mahal sikit tapi berbaloi yang amat. I dengan Amirul spend RM510 for 2 persons. Mula-mula memang merungut jugak cakap mahal segala macam tapi bila dah jejak sana dah experience sendiri, "Weyh! Its an unforgettable experience. Memang tak ada kat Malaysia".



HARGA TIKET PHUKET FANTASEA



Ok mari I terangkan sikit. Gambar atas sekali tu ada 2type.
1. Show + Buffet = 1900BHT (RM190)
-Ini memang sangat berbaloi. Show dia A++. Dia persembahan theater tapi theater dia A sangat. Ada persembahan Magic, ada persembahan haiwan. Dia macam satu cerita. Pentas dia gilalah setiap kali tukar set mesti kagum. Persembahan dia bukan je tengok depan tau, kiri kanan atas pun ada. Buffet dia mak aiii banyak sangat lauk. Dan ada sijil HALAL from Thailand. Bayangkan hotel dekat Malaysia pun kebanyakan tak ada Halal tapi kat sini ada segmen Halal dan tidak Halal. Ohsem!

2. Show only = 1500BHT (RM150)
3. Buffet only = 80BHT (RM80)

Cuba tambah dua dua. Total RM230. Tak ke rugi ambil asing-asing. So macam Aini ambil Show + Buffet jadilah 1900BHT. Cakap tadi kena sampai 5100BHT kan? Haa tu ha tengok Aini upgrade pergi Gold Seat (350BHT) dah jadi 2250BHT then plus transport return trip (300BHT) maka total 2550BHT. Total semua untuk dua orang ialah 5100BHT. Beli je tiket kat sini terus tak payah nak beli dekat orang luar. Nanti korang boleh pilih tempat duduk. Duduk depan tau barulah boleh rasa air api semua. Tapi jangan pilih seat tepi. Sakit tengkuk nak tengok karang. Pilih tengah.

Lepas tu dia akan bagi kita 2 pilihan. Nak makan dulu ke nak tengok theater dulu. Macam kiterowang pilih tengok theater dulu. Mana-mana pun boleh. Tapi theater tu lama tau. Dalam satu setengah jam. Eh ke 2 jam? Lupa dah.

Mari lihat apa lagi yang ada kat Phuket Fantasea tu.
*BEWARE! Banyak gambar.

Belakang tu ada harimau dalam kaca. Nama pun TIGER KINGDOM kan.
Cantik sangat kat dalam ni. Macam fantasy.
Ni tempat game.
Warna warni kat dalam dia sampai rasa excited nak main jugak.
Teater tu akan diadakan dalam ni. Tak boleh bawa masuk camera. Dia akan bagi kita tag and simpankan kamera kita. Bila balik kang baru claim. Tapi leceh sebenarnya bagi dieowang simpan kamera sebab bila nak ambil balik tu punyalah panjang beraturnya. Kalau pandai sorok soroklah. Kalau tak pandai tu hulur je lah kamera korang tu.
Belakang tu lah tempat kita akan makan nanti. Seni bina kat dalam PHUKET FANTASEA ni semua stok besar besar. Ohsem!
Dah kagum tengok bahagian luar tadi kan? Ini pulak bahagian dalam restoran tadi. Kagum tak? Kagum tak? Nanti I tunjuk part makanan dia pulak okay.
SEMUANYA HALAL. Ada sijil. No worries.

Dia habis dalam pukul 10 malam. Apa lagi, balik hotel terus tidorlah. Amirul macam biasa dia layan TV dia dulu. Ada sampai beratus channel. Paling lawak transformers cakap Thailand weyh. Lembut aje.


THIRD DAY

Hari ketiga, kami dah beli pakej siap-siap dekat Groupon.  RM256 for 2 person. Fikir-fikir balik alahai mahalnya. Rugi beli. Tak apa yang penting enjoy!

8 pagi - Minivan amik kiterowang kat hotel. I memang pening yang amat. Muntah teruk sangat. Alahan pregnant tak jadi time tu. Seksa tapi best. Pengalaman. ;(
9 pagi - Depart dari Chalong Pier (ni nama jeti) ke Racha Yai Island
9.30 pagi - Arrive at Patok Bay, Rachai Island and lepak lepak chill. Kami sewalah kerusi ingat nak rehat sekali alahai 30 minit je lepak kat pantai tu. Rugi duit aje. Terus dia bawak pergi snorkelling. Cantik sangat tempatnya. Ikan nampak. Air biru. Tak adalah macam kat Bali hari tu.
12 tengah hari - Makan buffet halal. Lepak lepak pantai 2 jam.
2.30 petang - Snorkelling lagi kat tengah laut. Cantik! Cantik! Cantik!


Biru sangat kan air dia?


Makanan dia sedap-sedap. Tambah-tambah pasta tu. Aum!
Kami ambil pakej tu kat sini

Dalam pukul 4 petang macam tu sampailah ke darat. Sepanjang perjalanan nak sampai ke hotel kami, I berharap sangat orang tu drive laju-laju sebab I nak muntah sangat dah. Pening yang amat. Kat darat apa lagi ke Junglecylon lah kami. Tengok-tengok kedai tu tutup. Sedih kami tak tahu nak makan kat mana. Memang tak makanlah kami. Nasib ada lunch tadi. Sebab kat sini ragu-ragu halalnya. Yang pasti kami asyik beli REDBULL je sampai 20 botol kami minum dalam masa 4 hari tu. REDBULL kat sini murah weyhhh rugi tak pelahap.

Dah tengok tempat makan kami tutup, kami pun pergilah berurut kat dalam shopping mall tu. Mahal sikit tapi selesa sebab kepala kita tak adalah kena teleng kiri kanan dia punya katil dah ada lubang. Sumbat je muka kat dalam tu.

900BHT (RM90) sorang. Total 2 orang dah 1800BHT (RM180). Kat luar murah. Boleh dapat RM45 je untuk sejam.


FOURTH DAY
Hari ke-4 tak ada buat apa-apa pun. Jalan-jalan pergi 7E lepas tu naik minivan dalam pukul 10 pagi untuk ke airport. Kena bayar lagi 300BHT (RM30). Flight kami pukul 1.30 PM. Sampai LCCT pukul 3.55 PM.

Waktu ni Allah je tau pening I macam mana punya teruk. I baring je kat bahu Amirul. Amirul picit-picitkan kepala semua.
Cantik kan pemandangan dari atas?? Phuket memang cantik. Wajib pergi.

JUMLAH PERBELANJAAN 
Yoyo Bus (Ipoh - Lcct) - RM168
Tiket flight : RM213.40
Hotel : RM231
Minivan : RM60
Phuket Fantasea : RM510
Island Hoping : RM256
Makan - makan : RM50
Souvenir : RM50
TOTAL : RM1,538.40


OK! WE WILL VISIT THAILAND AGAIN AFTER A YEAR. THIS TIME HELLO KRABI! ONE MONTH TO GO! HAA LEPAS NI ORANG TANYA PHUKET DENGAN KRABI MANA LAGI BEST BARULAH I BOLEH JAWAB. OK?

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...