Wednesday, August 14, 2013

Semakan Keputusan Temu Duga Penolong Pegawai N27



Alhamdulillah. Dapat calon simpanan untuk jawatan penolong pegawai tadbir N27. Sebenarnya dah tahu result ni sehari sebelum Hari Raya. This is my 2nd interview for this position. Tak mengharapkan apa-apa sebab dah pernah interview SPA sampai 8-9 kali dan semuanya gagal. Sekali je pernah dapat calon simpanan untuk jawatan Pembantu Tadbir Undang Undang Gred N17 tapi calon simpanan tu terbatal sebab I tak boleh kemukakan bukti paper julai apa kebenda entah I dah tersilap isi. Mungkin selama ni Allah tangguhkan rezeki untuk gred N27 ni, itulah sebab tak dapat apa-apa jawatan gred N17.  Sentiasa bersangka baik dengan Allah okay dan positif positif positif. Tak pernah berputus asa. That is just me. Selagi ada rezeki selagi tu kita buat yang terbaik dan berusaha. 

I interview jawatan ni masa pilihan raya hari tu. Bulan 5. Seminggu sebelum.

INTERVIEW : 4000 orang 59,000 orang (update. Thanx Baby Saipon)
KEKOSONGAN JAWATAN : 67 orang
CALON SIMPANAN : 1000 orang


Daripada 4000 59,000 orang tu, I terpilih jadi calon simpanan pun dah cukup bersyukur dah. Thank you Allah. Baiknya Engkau denganku wahai Allah. Cantik indah susun atur hidupMu untukku.

Kelakarnya kalau ingat pertama kali dulu dapat panggil interview umur 18 tahun lepas SPM. Rambut warna ungu okayy. Apa lagi bila dapat interview government terus cari rambut palsu beli kat Yik Foong sampai RM90 sebab nak cover rambut purple sangat tu kan. Siap cerita dekat kakak-kakak yang ada kat situ rambut I warna ungu I pakai rambut palsu lepas tu dieowang gelak sebab rasa I ni minah lawak. Macam-macam pengalaman interview. Memang best dapat jumpa akak-akak.

Jawatan N17 yang pernah dipanggil ialah Pembantu Tadbir Perkeranian/ Operasi (4 kali) dan Pembantu Tadbir Undang-Undang sekali.

Jawatan N27 yang pernah kena panggil ialah Penolong Pegawai Masyarakat N27, Penolong Pegawai Penguatkuasa N27 dan Penolong Pegawai Tadbir (2 kali).

Tengok betapa banyak kalinya SPA panggil interview dan sabar menanti selama 7 tahun dari umur 18 tahun sampailah umur 24 tahun ni haa. Ni pun nasiblah kerajaan dah ubah calon simpanan daripada tempoh setahun sahaja dah jadi calon simpanan sampai adanya perlantikan tetap. Alhamdulillah. Kita tunggu je lah ya. Kalau ada bagus kalau tak ada pun tak apa. Allah kan baik.


TIPS?

1. Pakai makeup. Jangan tak pakai makeup. Biar muka tu nampak berseri. At least pakai lipstick. I pakai lipstick merah menyala mak jemah okay time interview ni mesti pegawai tu tengok je bibirku bak merah delima. Ate dah tak ada lipstick warna lain, merah je ada memang bantailah warna tu.

2. Pakai pakaian warna terang. I pakai baju warna hijau lumut time tu. Tak adalah terang tapi ni tips yang I dapat from my husband and kawan baik dia.

3. Be confident. Confident. Confident.

4. Jumpa orang yang bekerja dalam jawatan tu. Contoh kalau awak dapat interview jawatan penolong pegawai masyarakat pergi mana-mana jabatan yang ada jawatan tersebut jumpa pegawai tersebut interview dia dulu sebelum kita kena interview. Sama juga kalau kita dapat panggilan interview untuk jawatan pembantu tadbir perkeranian/operasi gred n17 pi jumpa pembantu tadbir tu tanya dia apa job scope dia semua. Insyallah. Lebih memudahkan dan anda pun yakin nak jawab bila pegawai tu tanya nanti. Sekurang-kurangnya dah ada afford kat situ.

5. Isu semasa dia tak adalah tanya I time tu tapi hampir kesemua interview yang I pernah pergi (almaklum ah sampai 7 kali kan interviewnya sampai tak boleh nak bilang banyaknya) memang akan tanya pasal isu semasa dan kementerian so be prepared.

6. Soalan yang dia tanya hari tu ialah "Ceritakan tentang diri anda", "Kenapa awak lebih layak dari calon-calon lain yang lebih profesional", "Apakah job scope jawatan yang awak apply ni", "Awak dah kahwin. Macam mana kalau awak ditempatkan di Johor Bahru. Sanggup ke?"

7. JUJUR! JUJUR! JUJUR!


Harap-harap dapatlah. Dah lah Jumaat ni hari terakhir kerja kat C H Williams setelah 4 tahun berkhidmat sebagai receptionist cum general clerk cum secretary kat sana. Lepas tu rehat 3 minggu. Then bermulalah episod ceria hidupku setelah mendapatkan pekerjaan impian as a Personal Financial Consultant at CIMB Bank, Jalan Tun Sambathan. Dekat depan Padang Ipoh. So siapa-siapa nak I consultkan dia punya personal saving ke personal loan ke housing loan ke dan apa-apa sahajalah yang melibatkan financial bolehlah jumpa I, Ms Nuraini Johari ya. Tak sabar sangat rasanya.

P/S: Siapa tak ambil lagi ASB LOAN? Meh ambil dengan I. Rugi kalau awak seorang Bumiputra tapi tak kaut peluang ni. Bolehlah halu halu saya ya di 05-2411355 selepas 9.9.2013. Waktu tu saya baru lapor diri. Doakan rezeki saya ya. Sama-sama majukan orang Islam kita. Bantu orang Islam kita. Ambil loan dengan orang Islam kita.

Monday, August 12, 2013

Raya Raya

Alhamdulillah.

Raya pertama = Rumah Opah
Raya kedua = Rumah Mama & Jalan Rumah Nazrin Mohsin & Alia Sidek
Raya ketiga = Jalan rumah Zaza Fidzrus & Ain Salleh
Raya keempat = Open House Rumah Ibu Ayah

4 hari berderet-deret beraya sakan. Best sangat tahun ni tak tahulah kenapa. Rasa berkualiti je semua hari. Dah lah tak sempat nak ambil baju kurung dekat tailor 3 pasang sebab dia pergi KL 2 minggu. Bukan salah dia, dia ada call hari tu tapi aku ni kan busy mana nak sempat pergi ambil. Padahal bz tu tengah makan kat Papa John dengan my baby sister, Ifa Joe dan Mr.Boyfriend.


Wednesday, August 7, 2013

CHILDHOOD FRIENDSHIPS is the most beautiful memory that can never be replaced




WE ARE THE TRIPLE A!
AINI, AMIRAH, AINI

Orang cakap kalau friendship tu dah lebih daripada 7 tahun dan still going crazy updating life of each other then the friendship will last FOREVER! Macam mana dengan kita yang dah 19 tahun ni?

Thanks for being crazy with me
Thanks for accepting my gangsterism
Thanks for standing by my side
Thanks for accepting my friends as your friends too
Thanks for for accepting my outspoken character
Thanks for the angry that you show when I'm mad with someone
Thanks for not grown apart even if we don't talk everyday
Thanks for trusting me to keep your secret
Thanks for making me laugh out loud
Thanks for being my camera crazy partner.
Thanks for changing your photo style from vain to Oh-I-Can-Make-Any-Kind-Of-Face (Ain sahaja, Mira memang crazy sejak azali)
Thanks for supporting me in whatever I do
Thanks for keep coming back
Thanks for trying to fix our friendship when it gets rocky the rocky


Although we didnt meet for months, we go crazy when we met like we're in our own world. Macam semalam dekat Di Naina and Gerbang Malam. Bulan 10 kita parti bertiga kat Pangkor okay!

GOOD FRIENDS ARE LIKE STARS. YOU DON'T ALWAYS SEE THEM, BUT YOU'RE KNOW THEY ALWAYS THERE!

Tuesday, August 6, 2013

Krisis Identiti

Taksub ke apa entah aku ni tiba-tiba rasa nak menulis menulis menaip menaip menaip. Nak tahu tak sebenarnya aku ni dulu tak tahu aku nak jadi apa. Kejap nak jadi doktor tapi result SPM tak lepas nak ambil jurusan kedoktoran tu lepas tu aku rasa aku ni macam ada otak business sikit-sikit. Lepas tu aku main belasahlah sambung dalam jurusan E-Business. Legalah sikit. Lepas tu dah time aku ambil business tu tiba-tiba aku nak jadi nurse, nak jadi chef, nak jadi fashion designer. Aku pun tak faham dengan diri aku sendiri. Krisis identiti ke? Ke korang pun ada rasa macam ni. Tak tahu nak jadi apa. Tak macam Barack Obama lahir-lahir dah pasang impian nak jadi presiden Amerika. Eh?

Dah sekarang ni pulak aku sambung dalam bidang Sumber Manusia. Tiba-tiba aku rasa aku tersalah ambil bidang. Pada masa aku nak pilih apa aku nak letak kat 2 pilihan subjek tu aku letak pilihan pertama Sumber Manusia dan pilihan kedua ialah Pemasaran. Aku tahu aku lebih suka pemasaran tapi aku tetap letak Sumber Manusia pilihan pertama dan padanlah muka aku dapat apa yang aku letak untuk pilihan pertama sampai sepanjang semester pertama tu hati aku ni tak habis-habis fikir nak tukar ke tak nak, kalau tukar macam mana proses dia. Tapi akhirnya benda tu berhenti macam tu je. Aku teruskan juga bidang Sumber Manusia tu dan dah nak masuk 3rd year dah pun. Setahun lebih lagi aku ada untuk dapatkan segulung Ijazah. Orang putih cakap, "There is no turning back".

Aku pasti 2-3 tahun nanti aku mesti ada masalah berkaitan dengan subjek Master aku pulak.

Dulu masa sekolah aku berangan nak jadi penulis novel. Kononlah kan. Ambil buku latihan yang tebal ada 60 pages tu lepas tu tulis cerita pendek dengan tulisan tangan yang entah hape-hape lah. Entah orang boleh baca ke tak. Aku create watak-watak cinta terutamanya. Plot jalan cerita yang aku pun tak tahu betul ke tak. Rasanya aku ni suka benda-benda yang romantik kot. Ye lah suka berangankan. Buku tu meliar dari satu tangan ke satu tangan dari kelas aku ke kelas-kelas lain. Siap suruh komen lagi. Ada kawan pertikaikan kenapa nama dia Isdaniel instead of Daniel sahaja. Well! Aku pun tak tahu dieowang masih ingat ke tak buku latihan karya cerita-cerita pendek aku tu. Kelakar pun ada. Dan aku pun tak tahu mana pergi buku cerpen pendek aku tu. Siapa simpan? Bak balik! Aku nak propose dengan director drama-drama TV3. Sekarang kan asal drama je based on novel. Mana tau cerita pendek aku boleh jadi hit.

Angan-angan

BERANGAN!

Beranganlah selagi mampu berangan.

Beranganlah pakai kereta mewah kalau nak pakai kereta mewah
Beranganlah duduk rumah besar kalau nak rumah besar.
Beranganlah APA-APA PUN. PERCUMA!!
Beranganlah segala apa yang kau nak angankan selagi boleh.
Selagi tak koma. Selagi nyawa tak ditarik Allah.

Aku? Aku sangat suka berangan. Kalau aku cakap suka aku memang betul-betul suka. Angan-angan aku selalu bermula dengan kalau........

Berangan kalau banyak duit boleh bawa ibu ayah melancong.
Berangan kalau banyak duit boleh belikan rumah besar untuk ibu ayah duduk.
Berangan kalau banyak duit boleh belikan ayah motor besar.
Berangan kalau banyak duit boleh hantar ayah ibu pergi HAJI.

Kebanyakan angan-angan aku lebih ke arah ayah dan ibu aku. Aku nak mereka bahagia. Bukanlah maksud aku sekarang ni mereka tak bahagia tapi aku tak nak susah-susah tengok ayah kerja berat-berat untuk cari nafkah yang halal. Ayah memang suka kerja daripada duduk rumah tapi aku nak Ayah tak payah terikat dengan kerja. Dia nak kerja dia kerja, dia tak nak kerja dia rehat duduk rumah sebab duit sentiasa ada. Ayah semakin hari semakin bertambah umurnya. Kederat pun mestilah dah lain. Mesti dah kurang berbanding masa muda-muda dulu. Dulu aku tengok ayah macam awet muda je sekarang ni dah boleh nampak wajahnya makin dimamah usia. Kesian ayah. Lambat kan nak tunggu kakak jadi banyak duit. Sabar ayah ibu. Allah dah buka jalan. Alhamdulillah! Sikit je lagi angan-angan akak nak sampai.

;)



Monday, August 5, 2013

My Extraordinary Precious Memories In MGS

Zaman sekolah memang best. Best tau bukan kamus Besta. I tak pernah menyesal tukar sekolah dar MC pergi MGS walaupun ternyata kalau sekolah kat Convent boleh pergi memonteng dekat Ipoh Parade kalau feel nak belajar hari tu kurang. Kenapa I pindah sekolah? Sumpah bosan soalan tu. Tah I saja je nak tukar sekolah, tak boleh ke?

And I tak regret langsung Ok masuk MGS. Kawan-kawan kat MGS semua sempoi, gila, tak beradab, baget comel. GIRLS! Damn rindu kat korang.

Itu belum cikgu-cikgu lagi. Cikgu kat MGS semua vogue ok!Gila glamer macam kami. Ada cikgu datin, ada cikgu comel. Macam-macam fesyen ada. Budak sekarang ni tak pergi sekolah pun rileks je on Facebook tanya cikgu apa kerja rumah hari ni. Amboii! Senangnya hidup korang erkk? Kalau I ni asyik kena tahan dengan Ms.Chan je. Padahal I sumpah baik tapi dia cop I budak nakal, jahat semua ada kat I. OK! I memang sumpah nakal dan I regret gila ok? Ternyata sekarang ni I lah budak paling baik dekat kolej sebab tak pernah ponteng kelas, assignment siap on time, siap jual contact lens dekat lecturer lagi.

Konisak Mustaffa
-sama-sama pergi skolah naik motor. Nak kena tunggu dia make sure tudung die tak penyek waktu pakai helmet. Stress tahu tak stress?

Diana Amin
-bersama-sama maju berusaha mintak nombor tepon Zaquan Adha dan suka sembang pasal siapakah lelaki paling HOT di dunia.

Rose Hanisah
-sampai je sekolah ada je nak kongsi cerita pasal Prison Break, Desperate Housewives, Ghost Whisper dan semualah cerita english yang bersiri-siri ni. Nasiblah Gossip Girl tak ada lagi time tu. Tapi sekarang dah habis sekolah 7 tahun oh mai G macam tak percaya dah 7 tahun okay so dah tak ada orang dah nak kongsi cerita yang best-best macam tu.

Yna
-suka ajak pergi Ipoh Parade lepas tu belanja makan. Gila kaya budak ni time sekolah. Makan tempat mahal-mahal di mana menjangkau kemampuan kami budak sekolah ni haaa. 

Reen Ghazali
-kalau dengan Rose cerita English dengan Reen pulak cerita Korea. Dia tak habis-habis nak balik rumah cepat-cepat lepas habis kelas sebab nak tengok cerita Korea dia tu.

Zam G-Huh
-ketua kelas yang sangatlah lembut. Kalau boleh tak nak bagi dia marah sebab kesian tapi selalulah stress dengan kami-kami yang tak reti dengar cakap ni. Atenya kawan sendiri jadi ketua kelas. Oh dan tak habis-habis dengan benda merah die dan Adam AF. Tulisan dia cantik okay.

Fatin Hazwani
-yeah wanita melayu terakhir and until now ok? Seorang pengawas dan walaupun lembut kami hormat dia sebagai prefect dalam kelas so bila bawa barang terlarang mesti tak nak bagitau dia dan sorok diam-diam. Tak nak bagi dia serba salah.

Nadh, Ita & Sulie
-3 orang sahabat belangkas yang sentiasa bertiga ke mana sahaja. Tiga-tiga cun.

Sazarina
-makan ayam yang dah golek-golek atas pasir waktu form 2 tepi longkang semata-mata untuk RM2. Perangai gila-gila. Minah lawak.

Diey
-tudung penguin dia then semangat cheer

Enna
-budak baru dari Pahang then suka bawa sandwich buatan sendiri. Ambil hati larr konon time tu. Duduk sebelah I pulak tu masa baru-baru masuk. Nasiblah I ni jenis baik hati nak layan budak baru tau.

Oni, Smap & Azie
-Ni satu group dengan Saza lah ni dulu. Oni otai wooo. Ketua kelas woo jangan main-main. Smap pulak tak tahu lah kenapa tapi aku sentiasa rasa dia seorang yang lembut dan baik dan suka senyum dan gelak. Selalulah pergi kelas dieowang ni pinjam tudung kalau terlupa bawak tudung time kelas agama. Azie ni pun sama. Kalau aku nak pinjam tudung mulalah nak menjerit je kerjanya tapi suara tak keluar-keluar jugak. Tak padan dengan kecik ya ko Azie!

C-Tie K
-atlet seantero MGS ni. Semua bidang dia hebat. Bagilah lompat tinggi ke lompat pagar ke lompat tiang ke lompat jauh ke semua dia terror. Bukan takat lompat, lari pun terror jugak. Bukan lari je terror, paling tergemilang sekali wakil SUKMA menembak okay. Teman training dekat SMGR lah, teman dating dekat library lah, teman tuisyenlah.

Sazi
Minah ni walaupun dia chow dari sekolah awal sebab nak masuk Teknik tapi perangai dia yang gila-gila memang buat orang ingat dia sampai bila-bila. Tarian waktu tukar baju PJ lah. Peminat F4 dengan Wong Bin lah. Lawak. Lawak.

Paling kenangan dan moment paling best ialah time rehat. KIterowang ni semua mana ada sama kelas tapi boleh CLICK! Tempat lepak dan update life semestinya di gelanggang badminton tempat kami lepak makan Tak pernah makan atas meja. Ye lah kantin dahlah kecil ada hati nak dapat meja. Dahlah tu kami ni ramai. Mana nak cukup tempat kat meja tu maka duduklah bersila atas lantai simen panas-panas tu haa. Sweet okay rehat sama-sama walaupun kelas lain-lain.

Alhamdulillah. Dah 3 tahun dah habis sekolah. Semua dah ada komitmen masing-masing. Ada yang kerja. Ada yang belajar lagi. Semua success dah. Cikgu tengok ni mesti bangga lah sebab tak percaya kami yang nakal-nakal ni semua hidup dengan successnya. Hehehehe!


OH I MISS MY GIRLS!


**Entri ditulis 21 April 2009 which is dah 4 tahun ++ terperuk dalam draft. Hari ni baru perasan tak publish kat belog. Dah terperasan apa lagi terus publish. To update dah 7 tahun habis sekolah. Adik-adik yang tengah sekolah, DO ENJOY YOUR SECONDARY SCHOOL. MEMORI PALING MEMORI SEKALI DALAM HIDUP SEBAB HARI-HARI JUMPA KAWAN YANG SAMA SEPANJANG 5 TAHUN TU. DAH KENAL DAH PERANGAI LUAR DALAM. BUKANNYA TAKAT JUMPA BEBERAPA JAM ATAU SEKALI SEMINGGU TAPI EVERYDAY EXCEPT FOR SATURDAY, SUNDAY AND SCHOOL HOLIDAYS. BEST!! =)

SEMESTER 3 (DEGREE IN HR)

Alhamdulillah. Masih 3 pointer walaupun tak dekan. Dan walaupun lagi 0.06 je nak dekan. Tak sabar nak tengok subjek apa dia tawarkan sem depan yakni dah nak masuk semester ke-4 dah. Tak lama lagi dah nak masuk third year bebeh. Kali ni nak ambil 4 subjek pulak untuk semester kali ni.

Sebenarnya ada 3 benda yang tak sabar.

1. Balik rumah opah raya pertama bersama suami. Wohooo! Tak sabar nak jumpa Ayesha Insyirah. Geram aih dengan budak tu. Budak baik sangatnya pun.

2. Trip to Jakarta-Bandung hujung bulan ni.

3. Dan last sekali tukar career baru. Yeah! My dream career. Akhirnya! Akhirnya! Akhirnya!

Terima kasih Allah untuk semua ni. Walaupun tak dapat bonus kat company lama sebab gatai pi hantar surat berhenti awal sehari maka bye bye bonus oh dan hello gaji baru yang buat aku batak semua benda rasa macam nak beli. Dan tak sabar nak bagi ibu ayah duit poket nanti. Insyallah. Izinkan aku ya Allah untuk berbakti kepada ibu ayahku. ITS TIME!!

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...