Thursday, October 25, 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA (review)

Assalamualaikum.

Wah esok dah nak Raya Korban. Bila dah nak Raya Korban kompem our wedding anniversary pun nak dekat. 28/10/12. Aumm! Macam tak percaya dah nak setahun dah. The feelin of love is still strong. Alhamdulillah.

Semalam excited gila dapat tengok AKU TERIMA NIKAHNYA. Darling buat suprise. Tiba tiba inbox kat Facebook ajak tengok wayang dan dah beli tiket. Pukul 10.30 malam. Kalau tau sebegini lewat baik ajak Yna Bliss Desa melepak sekali.

Okay so cerita ni best ke? Tengok gambar-gambar macam sweet sangat so my expectation mestilah nak rasa gula-gula gitu bila tengok cerita ni tapi sayangnya hambar. Banyak lompat lompat. Kalau movie ni dapat award serius I tak tahu kenapa. Kejap scene kat rumah tiba-tiba joging tiba-tiba ofis. Drama kat TV lagi power. Tapi kalau nak sweet sweet I rasa movie SELAMAT PAGI CINTA memang sweet. Rasa gula-gula sangat.

Start je wayang, I dengan Apek terus tak tahan nak gelak. Gelak sebab macam tengok diri sendiri kat wayang. Ececececeh! Betul! Rasanya semua orang yang dah nikah macam tu kot feeling dia ke kami je gila macam tu? Kalau scene sweet sweet je mesti automatik gelak. Rasa segan.

Scene kejar-kejar checked. Scene menari dalam rumah checked tapi tak adalah power menari macam dalam filem tu. Menari bodoh-bodoh adalah. Semua orang mesti macam ni punyalah lepas kahwin. Mesti loving-loving everytime. Dah halallah katakan. Ishh tak bolehlah nak tengok cerita melayu macam ni kat rilem. Kena tengok dekat rumah baru ahh boleh feeling gula-gula.

Pendek kata filem ni tak payahlah bazir tengok kat wayang. Baik tengok kat rumah sahaja. Mungkin filem ni power sebab yang berlakonnya power. Adiputra & Nora Danish. Apa apa pun drama Tentang Dhia memang best. Sweet sangat. Bila nak ada kat wayang eh?

VERSION MOVIE
VERSION REAL LIFE

Selamat menerima nikahnya gadis gadis manis di luar sana dan selamat aku terima nikahnya jejaka kacak di luar sana. Selamat menjadi yang halal antara satu sama lain. ^__^

Thursday, October 18, 2012

Twenty Eight October Twenty Eleven


Tiba tiba rindu hari kahwin sendiri. Lepas tu scrool bawah atas bawh atas dekat Event FB. Terimbau kembali kenangan. Dah nak dekat setahun dah kahwin. Lagi 10 hari je dah 1 year.

Last time design kad kahwin sendiri, kali ni design kad kahwin adik sendiri pulak. Terima kasih untuk sesemua yang like NIMI Projek. Appreciate much. Toodles.

POST WEDD - Dejavu di Kinabalu

Amirul & Aini 
Feeling feeling Amar & Nadira lah konon.



Post wedd lah sangat. Main main je. Kalau post wedd baju mesti dah glamer habis dah. Mesti akan pakai baju polkadotlah konon nak effect in candy land gitu. Ini post wedd apanya dengan tangkap gambar sorang sandang beg lunyai sorang sandang handbag besar gedabak boleh isi 12 ekor anak kucing dalam tu. Tukang ambil gambar pun siapa je. Nazreen Mohsin, kawan baik sendiri. Not bad juga ya Nazreen ambil gambar, tak payah bazir duit ratus-ratus. FREE OF CHARGE gitu.

Gambar yang first sekali tu rasa macam gula-gula je bila Amirul tiba tiba melutut bila nak pose. Auww! So sweet my sugar ni. Tapi nak mengambil gambar posing macam tu ya ampun menduga betul. Camera instax dah habis kodaklah, DSLR blur lah. Hanya Yna, Nazrin, Najwa, Syera dan Najwa je tahu.

Kundasang serius best. BEST GILAAA!! Kalau pergi Dairy Farm jangan lupa tangkap gambar ala ala post wedd ya. ^___^

Friday, October 12, 2012

NIMI PROJEK dah bukak kedai okay mak jemah sekalian.


Assalamualaikum kengkorang. Oh yeah! Akhirnya FB page untuk NIMI PROJEK dah siap. Marilah pakat ramai-ramai like page Aini and Amirul ni.

Sebenarnya dah lama dah business printing ni. Support banyak dapat dari kawan-kawan Amirul lah mesti. Kawan-kawan lelaki dia semua ohh so sweet, support each other sangat sangat. Bila buka business nak design banner nak design bunting mesti cari kawan sendiri.

Antara yang kami tawarkan sekarang ialah:-
-Kad Kahwin
-Bunting
-Banner
-Photobooth
-Mini Pelamin
-Centerpiece
-Props
-Sticker
-Name Card
-Thank You Tag
-Guest Book

Or any other request pun dialu-alukan. Apa-apa email je dulu dekat nimiprojek@yahoo.com. Haa tengok email pun dah ada. Kemain! Guestbook harga kami cuma RM120 sahaja untuk 50 pages. We were bride & groom before maka kekangan duit tapi nafsu membuas tu memang kami dah tau sangat dah. Kami pernah laluinya so dengan adanya NIMI PROJEK we hope we can give the best price with a great service.

Tapi khidmat photobooth ke atau apa apa sahaja yang tak boleh nak beli lepas tu pengantin pasang sendiri tu limited area IPOH sahaja. Macam banner, kad kahwin, props, guestbook tu semua boleh courier gitu so its UNLIMITED. Sampai ke Sabah Sarawak pun boleh order. ^___^

Okay cakap banyak pulak Aini ni, apa tunggu lagi moh klik NIMI Projek

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...