Thursday, June 10, 2010

Dilema di tempat kerja

Ada macam sakai tak??

Ola Oli semua. Ok kali ni bukan nak update tapi lebih kepada macam tulis dalam diari tradisional. Alah yang tulis dalam buku log panjang-panjang atau buku comelcomel ada kunci tu lepas tu nyorok bawak bantal takut mak bapak jumpa lalu baca lepas tu kena perli dan menanggung malu seumur hidup. Ohh tidak! Bila dah nama pun diari tradisional mesti tulis pun nak panjang-panjang. Korang jangan nak muntah. Ni nak kongsi pengalam hidup. Sedih tau! Cepat ambil tisu!

Gila lama kan tak update? Ehh tadi cakap ini bukan entri update. (^_0) I ni macam bz kalah perdana menteri tengah fikir respons rakyat bila naikkan harga tol. MEMANG WEYH! MEMANG BZ! Kan dulu selalu bahagia tak ada kerja kan lepas tu tiba-tiba sedih sebab tak ada kerja. Asyik online je. Macam makan gaji buta. Ye lah dulu, pergi kerja on komputer terus buka Facabook semua. Yang paling penting boleh update belog. Tapi sekarang kena sedih selalu, kena buat muka cebik sebab dah tak ada masa nak gedik-gedik dekat diari busuk yang dah macam bantal busuk sehari tinggal macam tak boleh tidur lena, mandi tak basah, cuci berak tak bersih. Ohh itu sungguh geli ok! Tak! Cuci berak kena bersih kalau tak, tak dapat pakai seluar dalam berulangkali ohhh!

Untuk pengetahuan semua, kalau korang nak tambah pengetahuanlah kan, NI HAA NAK BAGITAU SIKIT! Sikit je tak banyak jangan risau, tak luaknya memori otak korang tu kalau tambah pengetahuan ni. Ni nak bagitau yang AINEE DAH ADA KERJA SEKARANG NI, DIA DAH TAK MAKAN GAJI BUTA HOORAYY! Ehh tadi dah bagitahu ehh kat atas. Ok! Takpe ini dipanggil ulangkaji. Kan ke cikgu cakap kalau baca je tapi tak memahami tak masuk otak maka tadi juz bagitau pendahuluan je. Lepas ni baru masuk isi-isi penting. Yang paling penting kat penutup ada nasihat. Ngee!

Pendahuluan=Aini dah ada kerja kat tempat kerja dia.



GET IT???




GOOD!!!

Maksudnya bukanlah baru bekerja ehh tapi baru nak menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja normal bukan yang asyik online FB. Itu tak normal. Life sebagai pekerja macam tu memang buhsan. Maybelah ramai orang suka kan kalau kerja tapi tak payah buat kerja tapi bagi I kalau kerja tapi tak ada kerja nak buat memang sangat boring. And yeah, sekarang I dah final print report yooo. Ingat senang? Susah woo. Type report-telefon bunyi-angkat-cakap banyakbanyakbayarkurang-sambung type report-telefon bunyi-angkat-cakapcakap-letak-hantar memo-jalanjalan-customer walk in-cakapcakap-sambung type report-telefon bunyi. Arghh korang sambunglah sendiri. Haaa banyak dugaan woo. Banyak penghalang nak siapkan satu report. Tapi no no no baby, ini Ainee Cumilah weyh, anak Joe Tiger mestilah boleh siapkan satu report dengan jayanya siap buat 2 report lagi. Haa korang boleh? Ok bolehlah kan sebab fokus type report je tak payah jalan-jalan, cakap-cakap, lari-lari bila telefon tu bunyi macam I ni. I ni dah macam orang gila nok lari ke hulu ke hilir.

Lepas tu banyak gila dugaan nak dapatkan figure untuk type report tu. Bila I tanya senior dieowang marah siap tengking. Belum sempat tanya dia dah tengking-tenking. Lepas tu boleh pula bila I berdiri sebelah dia lepas tu cakap dengan dia, dia tak pandang muka I. TAK PANDANG MUKA I WEYH!!!! ITU SUNGGUH SEDIH! Tak malu ok tapi sedih. rasa macam terhina gila. Ok tak apalah maybe orang tua so kena bagi chance. Maka I tak nak rasa sedih, I cuba sendiri. Cuba-cuba dan cuba sampailah membuahkan hasil. Betullah orang cakap, usaha tangga kejayaan. Bila dah dapat buat tu kalau boleh nak kecoh satu ofis yang I dah dapat buat. Hooorayyy! Cuma tu lah dalam ofis memang ada politik. Ofis mana-mana pun sama je.

So nasihat untuk adik-adik kat luar sana, ecehh adik je ke? Oklah untuk sesiapa yang tak pernah kerja lepas tu kerja kan, tambah-tambah kat ofis ni memang MEMANG MEMANG MEMANG sangat banyak dugaan. Ada gosip, ada hasad dengki, semua ada. Siapa cakap melayu je ada dengki dengki ni semua. Sapa cakap melayu je yang tak boleh tengok orang lebih, tak boleh tengok orang senang? Hey! Come on lah! Korang tak nampak lagi. I dulu pun ingat macam tu tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri haaa baru bukak mata bukan nak bukak hidung. Maybe kalau ada makcik-makcik memang tak ada lah aman damai kan? Macam ofis I semua makcik ke pakcik ke semua baik-baik.

Nasihat I kena sabar banyak-banyak. Macam I ni kalau tak dah patah hati dah sebab kena tengkinglah apalah, siap nangis dalam meeting room sorang-sorang sebab tak nak orang tengok mata merah, mata bengkak, hidung merah macam badut. Berani nangis depan Apek je. Hehehehe! Sebab Apek baik, bila I nangis dia pujuk. Ikutkan hati I nak lari je tapi nak lari sampai bila? Takkan kerja setahun je lari cari kerja tempat lain. Tak best langsung! Kena mula balik. Haishhh! Kalau boleh naklah lama sikit kan kerja kat satu-satu tempat tu. Mana tahu boleh jadi CEO ke kan. Ehehehehe!


YANG PENTING HEPI! Luahkan dekat orang-orang yang terdekat kalau sedih ok. Jangan simpan dalam hati nanti dapat penyakit hati.*wink

2 comments:

Ainee Cumi said...

hudaluna: apa motif? ahahahhaha!

Ainee Cumi said...

k.cha: boleh! boleh! boleh sangat k.cha oiii!

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...