Saturday, May 22, 2010

Movie wajib tengok!!

Gila mata dah lebam lebam sekarang ni macam baru lepas kena tumbuk padahal mata lebam-lebam sebab tengok cerita yang Kak Hanna Kuat Makan Maruku ni suggest. Memang gila ahh kau kena sediakan berbaldi baldi untuk takung air mata. Memang sebijik macam baru lepas putus cinta dengan boyfriend macam Kak Hanna cakap. Sampai menyesallah sebab tak dapat nangis meraung raung sebab gatal gi ajak adik join tengok sekali. Padan muka kat diri sendiri sebab adik sendiri cop akak sendiri EMO dan OVER. AHH PEDULI APA AKU OVER KE EMO KE APA SEBAB MEMANG SEDIH NAK MAMPUS! Tapi tipu ahh habis satu kotak tisu kak hanna oii. Tak habis pun aihh, boleh guna stok lap ponggong cuci berak lagi seminggu kot.

Mungkin I tak hayati dengan lebih mendalam kot tu sebab tak habis sampai berkotak-kotak tisu I. Mana nak menghayati, adik asyik cakap Emo! Emo! Emo!. Kalau boleh nak cakap I ni Emo dari awal cerita tu sampai habis. Habislah hilang kejelitaan depan adik weyh padahal selama ni ganas beruas nak mampus lepas tu dapat cerita sedih sikit dah nangis meraung raung siap hembus selsema lagi ok.

Dah tak nak banyak cakap, baik korang layan je cerita ni dekat link ni. Memang tak ada sangkut sangkut macam korang tengok youtube tu weyh. Gila cepat je dia buffer. Gerenti tak menyesal tapi serius shit kalau korang ada hati jiwa sensitif sayangkan haiwan bukan macam manusia yang sanggup potong kaki kucing tu, YES! I BERI PERINGATAN SILALAH TENGOK SEORANG DIRI, JANGAN GATAI PI AJAK SATU FAMILI TENGOK! KALAU FAMILI JIWA SENSITIF KAKI SEPONGGONG BOLEH TUMPANG NANGIS HAA BOLEH JOIN THE CLUB. Lagi best tengok atas katil lepas tu sediakan tisu belah kanan satu kotak. Layan weyh! Lepas tu dah nangis nangis nangis penat nangis tertidur terus lepas tu dapat mimpi Hachi.

OHH HACHI! KO DAH LAH COMEL! SETIA PULA TU, MESTI TUAN KOTERHARU!


Ni cerita betul. Lagi best dari Adnan Sempit korang tu, lagi best dari Iron Man korang tu, lagi best dari Asmaradanana dengan AdaMaya tu. Ini cerita 100star punya cerita. Tak yah nak sinopsis sinopsis korang layan je.

No comments:

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...