Sungguh! Kalau ada jodoh memang tak ke mana.
Semalam birthday mak I and the best part is opah I pun ada sekali. Dia tidur rumah I weyh seminggu. Seronok sebab lama dah opah tak tidur rumah I parents I. I ni lepas dah tengok Nenek Kebaya cepat cepat pergi mandi. Ye lah u all macam tak tau je jadual hari Selasa I. PADAT NOK!! Tapi semalam macam addict gila dengan video Over by Kak Fynn Jamal terus dari ofis bawa ke rumah. Siap ajak adik-adik I dengar sekali. Adik-adik I cakap Kak Fynn dengan Abg Tri comel macam gula-gula kapas.Auwww! I pula cakap Kak Fynn dengan Abg Tri sweet as sugar. Ehh macam sama je bunyinya kan?
OK! Tengah I syok syok layan lagu Over tu, mak I suruh beli KFC. I macam haaa then buat muka blur. Ok! Fine! Dengan baju tidur pink, selipar pink I pun pergilah KFC Ipoh Jaya. Nasib baiklah ada KFC dekat-dekat rumah I ni. Kalau tak nayalah weyh nak pergi pekan. Tak daya den! I kalau keluar nak beli barang mesti bawa adik kecik comel I siapa lagi kalau bukan si Ifa Ketot tu. Layan weyh keluar dengan adik. Happening! Tapi dah jodoh weyh, lepas je pergi KFC kena beli air botol pula dekat pasar mini mana entah tapi I tengok harga kat situ mahal sikit dari Billion maka I dan Ifa pun cadang nak singgah Billion. Apa tah kena mengenakan jodoh dengan Billion. Buang tabiat sungguh kan? Ok! Finelah! Ni I nak bagitahu, I ADA JODOH DENGAN HUDA AWEK SIGGPLUS TU! Haa korang ada ke jodoh? Tak ada kan?? Tak ada boleh diam ehh sekarang.
Ye lah cuba kalau I beli je air kat pasar mini tu, tak singgah dekat Billion kompem kompem I takkan setembung dengan Huda kan? Tapi yeah! Ada jodoh ada jodoh bertemu juga. Dahlah banyak kali plan nak jumpa tapi ada je yang menghalang. Aiseyh!
Yang kelakar tu, I dengan dia masing-masing buat muka pelik. Lepas tu masing-masing pandang diri masing-masing lepas tu tak cakap apa-apa pun. Tapi I cakaplah, I cakap,
" Macam kenal je".
I expect Huda nak cakap, "Hai, ni Aini kan?".
Tapi tak! Siot je. Baru nak baget artis kan tapi dia tak tegur pula. I fikir takpelah nanti I balik I tanya dia dalam FB ada pergi Billion tak tadi. Tapi biasalah I tak sabar kan, sifat ingin tahu tu tinggi sangat. I dah beratur dah ni tapi I pergi jalan belakang Huda then cakap, "Huda kan??" sambil pandang tempat lain. Takut woo kalau salah orang malu tak sudah. AND YES! OLEH KERANA I NI TAKDE SIFAT MALU MAKA KEBENARAN TERBONGKAR. Yes! Its Huda. Dan barulah dia cakap ayat yang I expect dia cakap tadi. Cehhh!
Muka I selebet gila dengan rambut mengerbang semua kan lepas tu dengan pakai baju tidur lagi perghh boleh pula jumpa jodoh. Tak glamer langsung. Jatuh populariti I tau. Kalau macam patung kat atas tu comel juga. Tapi ye lah takkan I gagah je nak pakai makeup, letak gel segala kat rambut padahal pergi beli barang dekat-dekat dengan rumah je. Tak kuasa U!
Takpe Huda, lepas ni aku gerenti ko tak menyesal jumpa aku. Aku make sure aku makeup, pakai baju cantik cantik jumpa kau yer nyah. Barulah artis. Semalam aku rasa macam dah kena prank dengan paparazzi je keluar tanpa makeup.
OK! LAIN KALI KITA BUAT DATE BETUL PUNYA! Tapi sampai sekarang aku terfikir ko pergi Billion guna kentut ko ke sebab ko kan cakap kat aku yang ko kalau nak pergi 7E ko kentut je. Sampai sekarang aku tengah fikir. Hemmm!!!
No comments:
Post a Comment