Friday, May 7, 2010

Masalah komunikasi yang selalu berlaku tanpa kita sedar


It's like a habit u see! Kadang-kadang kita tak perasan pun this annoying habit. Macam I pun selalu tak perasan I dah memenyampahkan korang yang baca apa yang I merepek meraban kan? Tengok I dah start dah. Ok! Ok! Fine! Fine! Tolong jangan baling buah dekat I plishh!

Mari kita lihat apa benda yang paling kita menyampah bila kita nak cakap je ada je something wrong.

1. Menyampuk
OK! Ini paling pantang. Tengah kita dok sembang panas-panas tiba-tiba ada orang bikin hati kita lagi panas. OK! Cubalah bayangkan kita baru je habis buat lawak bodoh kan yang maybe tak disengajakan pun atau maybe disengajakan. Cuba kalau kita ceritalah something yang kita rasa lawaklah kan, RASALAH padahal tak lawak mana pun dekat kawan-kawan kita. KIta excited ni! Macam nak dapat 1juta bila jadi juara one in a million ni, tapi ada orang tu boleh laks cakap, "Ko ingat lawak sangat ke? Meh aku cerita benda yang lagi lawak weyh", sambil buat muka kerang busuk tak bersalah. Orang macam ni memang! Suka je ambil perhatian orang lain. Ohh kalau dia ada masalah dia suka je suruh orang dermakan telinga tapi bila orang lain ada masalah dia buat bodoh je macam apa-dia-ingat-halimunan-ke-apa. Bengang weyh dengan orang macam ni. Ye lah dia nak orang lain dengar cakap dia je, bila orang lain cakap dia menyampuk then ambil perhatian orang lain penyudahnya kita yang nak bercerita ni malu segan semua ada tapi perasaan paling tinggi mestilah bengang kan sebab cerita kita tergantung macam tu je.


2. I Kontek
Kadang-kadang bila orang tengah cakap dengan kita, jarang kita tengok mata dia. Sibuk buat benda lain. Orang yang sensitif suka assume yang kita tak beri perhatian dengan apa yang dia cakap so kita kenalah bagi sepenuh komitmen dekat orang yang tengah bercakap dengan kita. Ini tak! Waktu interview semangat je pandang mata penemuduga tu semua kalau boleh siap main mata lagi gitu kan. Sebabnya simpe je sebab kalau kita tak pandang mata dia nanti dia ingat kita menipu atau not interested in that job. Ewah kalau tang kawan kita sendiri tok sah nak pandang nak hidu pun malas. Apa burok beno ke muka den, ekau tak nak pandang! Muka ko pun aku tak hingin pandang.


3. Dengar tak dengar macam angin lalu je

OK! Ini perkara paling menyampah. Kesian Apek sebab selalu kena macam ni bila cakap dengan I. Tapi betul I memang tak dengar. Mana nak dengar weyh kalau radio tu cecah volume 100. Pelik tau bila kena tanya banyak kali macam dia cakap:-

"Aku ada penyakit cancer"

Lepas tu kita tanya "Apa dia?"

Dia ulang lagi dia ada penyakit cancer.

Kita tak dengar lepas tu terpaksa tanya lagi sampailah kita macam segan kena cop pekak lepas tu tercakap "Baguslah macam tu" tanpa tahu dia cakap apa. Tak ke naya orang ada penyakit cancer kita cakap bagus. Gila kelakar ok!


4. Ayat-ayat kurang sedap dituturkan
Macam I ni memang selalulah berbahasa agak kasar dengan kawan-kawan dan adik beradik. Tak adalah kasar sangat, tengok orang jugalah. Setakat bodoh dengan bengong tu dah macam makanan harian dah. Buatnya dengan orang yang baru kenal I tapi I nak buat macam I dah kenal lama lepas tu tercakap bodoh tu semua tak ke naya. So kalau boleh elakkan lah ayat yang tak sedap. I pun dah kurangkan. Kalau macam adik I tercakap bodoh pun I macam otomotik cakap haipppp!! Padahal dulu kita ni 2x5. Peoples change u see so do I. Buat apalah menyakitkan hati orang betul tak? Daripada panggil orang bodoh baik panggil dia pandai.


5. Semua tentang AKU!!!!!!!!!
Ini paling annoying! Asal jumpa je cakap pasal diri sendiri. Bf dialah paling sweet, famili dialah paling kaya, dialah paling pandai dalam kelas, dialah paling hensem. Memang habis badan I naik bulu. Ye lah bila I nak start cerita je, dia dah mula cerita pasal dia sampailah azan maghrib berkumandang. Time tu memang kena ingat rumalah takkan senja-senja nak lepak kat kedai mamak lagi kan? Ehh ada yang terasa ke? MAAF! MAAF!


Haa tengok! Semua benda ni memang annoying kan tambah-tambah bila kita semangat gila nak sembang dengan dia. Tapi nak buat macam mana, kadang-kadang kita pun tak sedar kita terbuat benda-benda macam ni yang buat orang menyampah kat kita.


SO, PLISH POGIF ME EHH KALAU I ADA BUAT SALAH SELAMA KITA BERCAKAP NI BAIK DI DUNIA NYATA MAHUPUN DUNIA SIBER! PEACE YO BEBEH!



Osopopup: Esok I cerita pasal kucing I. Kesian dia! I nak cakap ni, waktu Afdlin nyanyi lagu kantoi whatever tu, abang afdlin memang terbaikla! Wa tabik sama lu bro!

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...