Apa-apa pun, on the 1st May I dengan Apek pergi Cameron Highlands. Dah lama dah rancang tapi baru dapat melunaskan percutian kami kali ni. Asyik pergi KL je sekali sekala nak gak bercuti tempat yang dekat-dekat je. Tempat yang sejuk ke kan. Rancangnya nak bertolak pukul 6 pagi tapi I boleh terbabas tidur sampai pukul 8 pagi. Tengok kat handphone dah berjuta dapat miskol from Apek. Ok! Tipu! Itu semua dalam mimpi je. Macam mana nak dapat miskol kalau puncanya HP tu mati betri then alarm tak berbunyi.u sebab lambat. PUNCA BETUL!@*(&%^%&
Ingat shopping mall je ada buat sale. Kedai kat cameron pun ada weyh. Macam meriah gila dia punya sale. Rasa nak borong satu kedai. Coklat dia dah lah bila masuk mulut rasa macam coklat orang kaya. SEDAP GILA!
Inilah yang kami makan pagi-pagi. Yummy! Lembut! Sedap dimakan begitu sahaja. Hot cholate tu Apek punya. Berialah dia minum Hot Chocolate di pagi hari sambil menghirup udara sejuk. Baget macam orang putih weyh mamat coklat ni.
MAK KAMI CAKAP BREAKFAST BAIK UNTUK PERUT KAMI!
Kalau kita tak bagi makan kat perut kita pagi-pagi nanti dia cakap perut kita akan buat muka macam ni => ;((((
Macam benda wajib pula, bila pergi cameron wajib beli cactus. Punya excited lepas tu bila jumpa kedai lain yang cactus dia lagi cantik dan besar dan harga pun sama, mulalah menyesal sebab gelabah sangat beli awal-awal.
We love ladang teh tapi sayangnya I tak suka teh yang pahit-pahit. Payau sungguh rasanya.
Lepas tu kiterowang masuk Bee Farm
Ok! Tulisan dan kata-kata kat board ni sumpah menaikkan bulu roma I.
Haa berani?BERANI??? I rasa nak cocok cocok je tau.
Sedap weyh ubi manis ni. Dahlah sedap, murah pula tu. Puas makan! Tapi Apek ni tak reti makan. Ada ke dia pergi sedut ubi tu. AISEYMAN!
Jalan pada hari tu sumpah jem weyh! Bayangkan tersangkut dalam traffic jam dekat 2jam. Korang tahu je lah kan jalan dia macam mana. BUKIT KOT! Dahlah kereta I manual. Nasib baik I pandai main clash. Ecececeh! Mana tak weyh, cita-cita I nak jadi pelumba kereta tapi tak tercapai. SEDIH! ;(
Apek mengerutkan muka tak paham peta apa yang I print. Ahahahah!
Kan ke traffic jem so kiterowang pun apa lagi. Main tangkap-tangkap gambar lah weyh!
I suruh Apek buat muka geram tanda protes jalan jem tapi apehal tah muka geram Apek macam nak mencium je. Penyakit agaknya!
Lepas tu kiterowang pergi The SmokeHouse. Memang cantik woo tempat dia. Lepas ni kalau pergi lagi sekali, nak makan kat situ pula.
THE SMOKEHOUSE
Lepas dah tawaf Smoke House ni terus berjalan lagi pergi cari tempat minum pula. Gila jauh ke bawah.
Ini teh manyak sedap. I like! Tapi harga mak dato' mahal nak mampus. RM5 nok! Serupa I bawa kotak aiskrim then suruh mak I buat teh tarik lepas tu I letak je aiskrim tu. Lagi jemat senah oii!
Pemandangan yang indah gitu. Dan dengan pemandangan yang indah ni lah Apek propose to me weyh! So dengan secara tak sah nya, kalau ikut sangat cara orang putih, IM ENGAGED! Ok sumpah malu sebenarnya. Cuma sekarang ni tengah nak tunggu dia hantar mak abang dia je. Tapi I ni simple je. I kalau tunang, nak mo pelamin pelamin segala. Biasa-biasa je. Macam orang dulu-dulu tunang. Hehehehehhe! Tengok tengok nanti I punya majlis tunang paling beria sekali kan?
Lepas dah nangis terharu segala, kiterowang pun plan nak pulang tapi nak singgah ada satu Bee Farm yang kononya paling besar sebelum balik Ipoh. Alang-alang kan?
Bee Farm
I'M THE QUEEN BEE!
U are so sweet bebeh like a Honey Bee. Nyum!Nyum!
Takutnya kena gigit lebah. Own Risk tu weyh!
Dan inilah makanan terakhir kiterowang kat Cameron Highlands. Cendawan goreng. Umphh! Sedap gila!
Dan minuman terakhir I merupakan Honey Tea tapi sumpah tak sedap bagi I walaupun Apek dah tambahkan gula.
So dalam pukul 6 kiterowang gerak balik. Jalan still jem. Maybe sebab cuti hari pekerja kot tu sebab ramai orang. Kerja kiterowang ni makan je so lepas turun Cameron, kiterowang pergi makan kat johnys Jusco laks. Habislah nak dekat rm300. Gila kan?
Gaya Apek
Gaya Apek ditiru oleh Ainee. =D
Bila berdua siapa tiru siapa? Tak kisahlah! Janji hepi berdua.(O_o)
p/s: I tahu entri kali ni panjang. Layankan aja ehh! =)))
No comments:
Post a Comment