Monday, May 10, 2010

Orang Ipoh Ada Tempak Lepak Baru Yopp

Semalam Hari Ibu. Yes! MEMANG HARI IBU! Habis tu kalau mak kita tu kita panggil dia mama, umi, mak semua tu macam mana pula? Sambut jugalah kan? I buat-buat lupa semalam Hari Ibu padahal, ibu I buka radio Perak.Fm kuat gila macam dari dapur sampai depan boleh dengar. SENGAJALAH tu nak bagi kiterowang ni dengar ucapan hari Ibu segala! Lepas tu I mandi I cakap kat ibu I nak pergi kedai lepas tu bila balik I cakap kat dia "Ibu! Nah! Selamat Hari Ibu" sambil hulur gula nano nano harga Rm0.80 yang I beli dekat Safeway dekat rumah I. Rilek je kan? Lepas tu boleh pula dia buat lawak malam tu nyanyi lagu Nobody sambil menari. Ehh buang tabiat apa? I rasa ni mesti penangan nano-nano yang I belikan pagi tadi.


TAPI YANG PASTI ORANG IPOH DAH ADA TEMPAT LEPAK BARU! BAIK PUNYA! ADA FAST FOOD BARU NAK BUKA KAT SINI! KAT DE GARDEN, ALAH YANG SEBELAH JUSCO TU! LEPAS T U LAGI SATU KAT SEBELAH MCD JALAN GOPENG.

Yang I pergi celebrate enivesari I dengan Apek dekat ayam penyet tu dekat entri ni.



Burger King weyh! Burger King! Alah makanan feberet Eminem tu. HAA DIA NAK BUKA WEYHHH!!! Dulu ada juga lah I berangan dia buka kat Ipoh ni, waktu tu kecik-kecik hingusan lagi. Insiden berangan terjadi bila I terbaca biodata Eminem kat magazine mana tah lepas tu dia cakap makanan feberet dia Burger King. I macam woahhh apakah raja segala burger tu? Lepas tu tiap-tiap hari I berdoa agar adalah orang buka burger king ni kat Ipoh tapi hampeh sampai besar ni dah cukup umur boleh pergi KL sendiri untuk makan makanan feberet penyanyi idola tu barulah ada orang buka. Tapi tak apalah ada kemajuan sikit. Ini asyik makan burger Mc'D je sampai tekak pun dah rasa muak. Tak! Tak muak bagi I ok!


TAPI BAGI I, MC'D DENGAN BURGER KING I PREFER LAGI MC'D. TERASA NIKMATNYA! PEGI MAMPUS LAH SAMA PENYANYI IDOLA PUNYA FEBERET, I ADA FEBERET SENDIRI OK!

Tapi tak apalah tengah bau kedai ni jom pi lepak sana ramai-ramai. Nampak cam jakun sikit babe, lepas tu boleh beria dengan kawan-kawan

WEYH IPOH DAH ADA BURGER KING WEYHHHHH!!!

No comments:

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...