Monday, May 24, 2010

Bila diri sendiri dah baget artis

Hai hai. Wahhh bz betul I sekarang ni lepas tu selalu tak cukup duit. Nazak betul bulan ni ohh maybe tahun ni. Takpe I have a BIG PLAN, REALLY REALLY BIG so I kena saving dengan banyaknya tahun ni so peoples that mean NO SHOPPING, NO VACATION, NO HAIRSTYLE, NO LEPAK-LEPAK, NO PARTY. Partly, Boring!!


Cehh sengaja je nak masukkan party tu padahal sepanjang hidup ni tak pernah nak pergi party party yang havoc gila macam dalam cerita Gossip Girl semua tu kan. Asyik berparti je dieorang tu. Tak risau ke barang dalam rumah tu kena curi ke apa ke kan. Yelah kadang-kadang ada stranger lah datang party tu semua. Uishh memang pelik betul gaya hidup dieowang tu. OK! Maybe I tak pernah pergi party paling kuat pun party harijadi itupun waktu zaman hingusan kanak-kanak. Party pun dekat mana je weyh, kalau tak Mcd-KFC itu je lah 2 tempat pun. Jejak je umur sekolah menengah dah tak merasa nak pergi parti harijadi dah, jangan cakap parti hari jadi, club ke pub ke pun I tak pernah pergi. Pernah jugalah teringin nak masuk club tu semua but lucky me I ada boyfriend yang baik yang selalu tegur I apa yang baik apa yang tak baik. Kalau tak dah lama dah I masuk club weyh siap boleh jadi hos lagi weyh. Tak apalah tak dapat masuk club I buat club sendiri dalam kereta bila dengar lagu cam best je I bayangkan I artis yang tengah buat persembahan atas pentas padahal dalam kereta je weyh.

Tapi paling kelakar tu ada sorang mamat ni waktu kat traffic light kan, I dengan Apek tengah borak sakan ni then tiba-tiba tengah rancak bersembang ternampak ada sorang mamat ni tengah menari dalam kereta sambil tangan semua naik weyh. I dengan Apek gelak gila gila ok sebab sumpah kelakar nak mampus. I rasa dia pun macam I kot tak pergi club so baget artis menyanyi atas pentas padahal dalam kereta je. Kereta dia sebelah kereta I je. Nasib baik cermin I half tinted so dia tak nampaklah I dengan Apek tengah gelak-gelak tengok gelagat dia. I ingat lagi dia naik kenari warna emas. Dia menari macam hip hop hip hop gitu. Tangan macam yo yo wazzup babe. Maybe dia tengah dengar lagu Too Phat-anak ayam kot. Lepas tu lampu pun tukar warna hijau maka berakhirlah episod mamat baget artis hip hop tu, sampai sekarang tak ada jodoh dah nak jumpa mamat tu tapi memori tu memang I dengan Apek simpan sampai sekarang sampai bila I menyanyi tak sedar tangan tiba-tiba naik kan, Apek mulalah perli I ni macam mamat traffic light tu. Cis!


Korang ada tak habit macam ni bila dalam kereta kalau sorang-sorang selalu nak baget artis? Selalu layan kepala gila-gila sorang-sorang? Bila dengar lagu favorite keluar kat radio terus menyanyi melalak bagai nak gila lepas tu bahu goyang kiri kanan. Kalau nak lagi gila tang chorus best tu pandang cermin ke luar then julur lidah buat tangan macam Roxxstar tu dekat kereta sebelah. Ok! Itu dah gila hardcore melampaulah kan. Kalau I tengok pun rasa nak lempang je.


Ohsopopup: Lagu baget artis I sekarang ni Kate Perry ft Timbaland-If We Ever Meet Again tu. Weyh layan weyh lagu tu. I like banyak banyak.I siap tepuk tepuk tangan lagi bila nyanyi lagu tu dalam kereta. Tak menyempat weyh nak sampai rumah. Lepas tu kalau Apek ada sebelah I, bila tang chorus tu nak sampai I suka jerit "Ramai-ramai" baget nak suruh Apek join sekalilah kan tapi hampeh tak ada respons. Apek mesti geleng kepala. Dia tu tak pernah nak berduet dengan I tau dalam kereta. I kalau selalu berduet pun dengan adik-adik I. Perghh layan ok! Kadang-kadang kat rumah tu nyanyi serangkap then adik I pula sambung serangkap lepas tu pergi balik dekat I sampai dia terberhenti sendiri. Layan wohh!

No comments:

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...