Saturday, May 22, 2010

Emo campur Gembira. Macam mana tu?

Penat betul keluar hari ni. Padahal bukan pergi mana pun. Pergi expo hartanah-makan-tengokwayang-balik. Tak ada pula I pergi menari ke, jalan-jalan ke apa tapi penatnya mak aihh tak terkata. Rasa lenguh lenguh badan ni. **sambil picit-picit bahu tangan dan kaki.

Hemm I ni dah tua ke?? Tak adalah sangat. Baru je 21tahun tak silap I. Maybe lah kot tanda-tanda awal penuaan. I ni jenis suka duduk rumah. Kalau cuti tu I prefer duduk rumah daripada jalan-jalan. Daripada I jalan-jalan habis duit baik I duduk rumah at least boleh kemas rumah, cabut rumput, kemas bilik, cuci jamban. Sekarang ni I lebih suka duduk rumah lepak lepak dengan famili. Dengan kawan-kawan tu dah selalu sangat I luangkan masa. Dari sekolah dulu I rasa cam dah mengabdikan diri dekat kawan-kawan. Tolong ambil-tolong hantar-tolong cari gaduh-tolong backup-tolong apa lagi? U NAME IT! Semua I buat. Dulu I tengin, I selalu nak jaga hati orang lain dari jaga hati sendiri. I tak kisah diri sendiri susah janji boleh tolong kawan-kawan. Ye lah dah nama pun kawan kan tapi sekarang ni I dah malas. Maybe I dah 21 ni I dah boleh fikir untuk diri sendiri. GET LOST DENGAN KAWAN-KAWAN YANG SELALU PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Sekarang I dah pandai cakap NO NO NO NO haa u macam Datin No No No dalam cerita Na O Mei tu. Dulu I lemah sangat bila orang mintak tolong itu ini. SEKARANG PUN! Tapi sekarang dah beransur pulih sikit kot. Yang buat I terfikir panjang tu bila susah je baru nampak muka, baru dapat mesej time tak susah tak ada pula. Lepas tu bila I buat satu kesalahan je dah macam I buat 110 kesalahan padahal selama ni I banyak tolong. I bukan apa, tolonglah! I mintak tolong sangat jagalah hati I ni. I pelik! Kenapa kebaikan kita orang tak ingat tapi kesalahan kita amboihhh boleh ingat sampai matilah. Tapi tak apalah I tak suka dendam-dendam ni nanti macam bawa pisang dalam beg selama seminggu (I baca kat belog sapa tah cakap pasal cikgu suwuh anak murid simpan pisang dalam beg). Hati busuk wohh kalau dendam-dendam ni. Tapi untuk mengelakkan busuk hati ataupun hati terluka lagi, I tak adalah nak berkawan baik macam dulu-dulu. Biasa-biasa je nokkk! I sekarang ni suka memencilkan diri. Take note ok! I SEKARANG SUKA MEMENCILKAN DIRI WOOO!!



OK! KENAPA TIBA-TIBA EMO NI?




Tak ada apalah, saja je nak emo hari ni. Sebab mulai hari ni, I nak potong potong potong kasi potong sama bilangan kawan-kawan. I sekarang ni I dah tak kisah kawan sikit sikit je. Senang nak handle wooo daripada banyak-banyak buat pening kepala I je. I tak ada best friend, best friend I merupakan my parents, my siblings and my boyfriend sahaja.

Apa-apa pun kalau korang datang Ipoh korang wajib singgah gerai ni. Gerai ni dekat Stadium Indera Mulia. I bet orang Ipoh mesti tahu gerai Pak Din ni. Hobi I memang makan je bak kata adik-adik perempuan I.




Cari Stall 68 ok!!! Memang umphhhh!!! Pak cik Din ni kawan my dad. Kadang-kadang I selalu harap dia tak kenal I, pakai rambut palsu, pakai purdah tapi dia kenal jugalah. Kantoiiii!!


Nyummy! Nyummy!
I baget macam rancangan Ho Chak lah nak kan? Korang kena try, memang sedap.


KERJA I MINGGU NI MAKAN JE TAU!! Semalam kawan sekerja I, Amanda belanja satu opis makan kat Pakeeza. Haa Pakeeza punya makanan pun sedap gaks. Alah kalau nak cari dia dekat depan Tower Regency Hotel. Kalau nasib baik, boleh ngorat Dato' Dato' kat sini. Boleh kikis kaw kaw u jangan sampai tergadai body sudah. Boleh pulak kan?? Kalau tak dapat Dato', dapat atuk kepada seorang cucu pun ok gak kan? Nak ke??




Semua pelahap. Kari kepala ikan dia memang sedap. Kepala ikan dia memang besar woo macam kepala Apek.


Semua dalam gambar ni si manis dan beshhh! Dari kiri En. Ramdan si kelakar, Amanda si baik hati merangkap orang yang belanja, Ruwen si trainee yang manis, yang baju merah rambut kembang macam maskot Mcd tu I lah kan then last sekali Kak Aelin si penyabar, si baik hati, si pendengar setia. Cehh banyak pula gelaran untuk Kak Aelin ni kan? Ye lah dia rajin wohh layan kerenah I. Amanda pun. Hehehehe!


OK! Sehingga berjumpa lagi dalam entri emo akan datang. Tata! I tahu I ada hutang tag dengan hutang kad hari cikgu. Itu esok-esok k! Muahh!

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...