Wednesday, May 19, 2010

TV Boleh Mengurangkan Jangka Hayat? Merepek Betul!



Hi baby baby baby ohhhh...
I TERASA MACAM KETINGGALAN BODOH, KETINGGALAN ZAMAN SEMUA! Sebab I baru discover yang Glee yang korang asyik bumbang-bumbang tanpa bagitahu kat I siaran berapa semua ada kat chanel berapa pukul berapa semua kan tapi tetap tempek kat belog cakap,

"Waaaaahhhh bestnya Glee,bila tengok geli terasa geli hati, geli ulu hati sampai rasa nak minum Gastro",

"Im addicted to Glee. Glee best gila",

TENGOK BETAPA KEJAMNYA KORANG BIARKAN I TERKONTANG KANTING TAK TAHU APA GLEE TU!

Haaa semalam I baru tahu Glee tu kat NTV7. Siot tak? I punya teringin nak join club Geli geli korang tu tapi tak tahu kat mana nak tengok tapi baru tahu semalam. SEMALAM WEYH!!! Cam hina gila. Orang dah tengok lama I baru nak terhegeh hegeh. Apek pun gelak dekat I sebab dia pun tahu cerita tu pukul berapa kat siaran berapa semua. BOLEH TAK??

Apa-apa pun lepas ni korang boleh sembang pasal Glee tu dengan I sebab I pun dah mula terpacak depan tv tiap-tiap hari Selasa jam 8.30 on NTV7, Your Feel Good Channel! Haa macam ni barulah betul bagitahu masa & channel sekali yooo. Kesian tahu dekat orang nerd macam I ni yang tahu perkembangan bila benda tu dah jadi basi. Bagilah chance orang macam I ni nak jadi up-to-date sikit yooo.

Tapi memang siksalah I jiwa batin raga semua sebab Selasa jadual padat gila macam bila balik kerja terus duduk depan TV tengok cerita TV3 sampai pukul 7.30 lepas tu tengok cerita Nenek Kebayan tu walaupun dia ulang tayang. Sebab apa? Yes! Sebab I ketinggalanlah. Lagipun I suka tengok kebaya-kebaya si Diana Rafar tu. Cun woo! Meletup nyah!

Lepas tu bila cerita tu dah habis tulis bersambung I tak sempat nak feeling lebih-lebih lagu penutup tu sebab terus cam kelam kabut gila capai tuala semua masuk bilik mandi. Kadang-kadang sampai terlupa tuala sampai menyusahkan adik-beradik sebab kena ambil untuk I.



JADUAL TV AINEE JOE PADA HARI SELASA

6.30-7.30 =>Lestary (bantailah cerita apa pun I layan je)
7.30-8.00 =>Nenek Kebayan
8.00-8.30 =>time ni lah baru na gopoh gapah mandi semayang semua. Mana nak cukup weyh mandi 15minit je.
8.30-9.30 =>Glee
9.30-10.30 =>Ghost Whispered
10.30-11.00 =>Samarinda<=ok ni selalu nak clashing dengan citer omputih I tau.
10.30-11.30 =>Desperate Housewives
11.00-12.00 =>SuperNatural<=tengok ni pun clashing. Blerghh! Memang padat gila


Tengok! Tengok! Padat tak padat jadual TV I? Kat sebelah tv I siap ada satu papan hitam oldskol punya I list down hari Isnin ada cerita apa, Selasa ada cerita apa sampailah hari Ahad supaya I tak lupa. Gila addict dengan TV kan?? Kalau tak ada TV I tak boleh hidup wooo. Mesti hari-hari sangap.


Kalau macam ni gayanya tengok TV, memang pendeklah jangka hayat ko. Asyik makan je tak henti.

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...