Thursday, April 15, 2010

Pengalaman 1 jam di kampung ORIGINAL punya!

Nak dijadikan cerita, ehh bukanlah nak dijadikan tapi betul-betul terjadi. Lepas I ambil Apek dari tempat kerja dia, I teruslah hantar dia balik rumah sebab kan ke satu jalan je tempat kerja dia dengan I so kiterowang kongsi je kereta mengikut saranan kerajaan. Jimat minyak, kurang pencemaran.Kiterowang siap berkelah dalam kereta depan rumah Apek sambil makan pisang goreng panas punya. Terbaik woooo! Dari darjah tingkatan 4 lagi dah start beli kat Atuk Goreng Pisang tu. Disenangkan cerita waktu I dengan Apek mula-mula bercinta dululah. Euuuwwww! CAM GELI JE NAK ISYTIHARKAN DIRI SEDANG BERCINTA KAN!

Lepas dah ngap ngup ngap ngup ngap pisang goreng cicah sos sampai licin maka terdetiklah niat hati suci ni nak bawa Apek pergi balik kampung dia untuk melawat atuk dia yang gering. HAA KAU TENGOK KERABAT TAK KERABATLAH INSTEAD GUNA SAKIT GUNA GERING! Apek pun macam percaya tak percaya sambil buat mata terkebil-kebil(kau ingat comel), tanyalah dekat I,

"Ehh u betul ke ni? Tak penat ke u? Kesian u!"

I pun angguk-angguk je lah. Dah betul takkan nak geleng-geleng. Lepas tu I suruh dia tukar baju. Maka kami pun memulakan perjalanan balik kampung sambil nyanyi lagu, "Ohhh ohh ohh balik kampung! ohh ohh ohh balik kampung...ohhh ohhh ohh balik kampung! Hati giranggggggggggggg". Kiterowang bertolak lebih kurang pukul 6.50pm macam tu then sampai sana pukul 7.55pm. Tak adalah jauh mana kampung dia dekat Tanjung Tualang je, tapi disebabkan I ni suka bawa kereta macam orang bersiar-siar maka lambatlah sikit sampai. Seriuslah macam bila orang lain bawa kereta lembap-lembap I mengamok macam orang gila, tapi bila diri sendiri bawa macam bersiar-siar tak sedar. Dasar betul!

Perkara pertama yang I buat bila sampai sana, I tanya Apek, "U! I ok ke tak ni? COMEL TAK?". Konon nak menjaga penampilan. Sengal tak? MEMANG HA' A' LAH! Lepas tu dengan I pakai heels 3.5 Inci lagi, tergolek-goleklah I nak berjalan. Kalau I tahu keadaanya yang gelap gelita macam tu, I bawa torch light hello kitty untuk suluh I ketika berjalan dan pakai je sandal tak yah nak baget kontrol penampilan sebab dieowang takkan nampak pun kasut membunuh I tu. Sumpah gelap nak mampus, memang original gila ok kampung Apek. Tak ada lampu jalan, lepas tu jalan dia I bayangkan macam I tengah drive dalam game. Jalan kecik comel gila. Sampai bila Apek tunjuk, "Haa ni lah rumah dia". I macam ARE U SURE HONEY BECAUSE I DIDN'T SEE ANYTHING! Haa cuba bayangkan betapa gelapnya jalan-jalan di sana hanya bertemankan lampu kereta I je.

OK HEELS I TAK ADALAH MENGGILA MACAM NI YER!






Lepas tu memang I terkejutlah bila masuk rumah. Ternampaklah atuk dia terlantar je atas katil. SERIOUSLY, MUKA DIA LAIN GILA! I SAMPAI TAK CAM OK! Kesian sangat. Nak tahu kenapa dia sakit? Mengikut kata-kata Apek dia kena santau. Sebab? Sebab makan kat luar. MUNTAH DARAH SAMPAI 2 BALDI OK!!! Kau gilalah weyh! Bayangkan muntah sampai dua baldi weyh. Nisbah darah dia tinggal 2/7 tak silap. I pun lupa nisbah dlam badan kita berapa. Tapi I sure di hadapan tu 2. Bukan! Bukan! Atuk apek tak ada musuh, biasalah kampung kan, diewang macam nak test ilmu yang dipelajari so dieowang main santau je sapa-sapa yang ada kat situ. GILA EVIL! Nak santau apehal tah! Kau nak belajar santau sebab bengang Rozita Che Wan tak kahwin dengan kau ke? Tak pasal je orang lain jadi mangsa. I suka sembang dengan atuk dia sebab atuk dia suka sakat-sakat but not too much lah kan. Kalau melampu sangat memang I nangis lepas tu buat muka menyampah lepas tu memang tak nak bercakaplah dengan dia. Terus rejek Apek!!

Lepas tu pulul 9malam macam tu kiterowang pun berangkat pulang. Bila nak balik tu rasa sebak gila sebab sempat gurau-gurau dengan atuk dia. I tanya dia, dia nak apa. Dia cakap tak nak apa-apa. Lepas tu I cakap "Aini bawa belon yer! Kita letak banyak-banyak belon kat sini". Lepas tu dia angguk and cakap, "NAK BELON!". Memang I bawalah belon betul-betul pas ni. I tak boleh betul tengok orang tua sakit. Tak kiralah nenek siapa ke atuk ke bapa siapa ke confirm boleh menitiskan air mata. Kesian gila ok!

Yelah hari ni hari dia, entah-entah esok hari kita pula.

2 comments:

Neysa Viviana said...

so sweettttttttt!

Ainee Cumi said...

neysa: kesian weyh atuk apek..;((

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...