Rumah I sekarang ni dah jadi macam rumah penternak kucing dah lagaknya. Dulu time kiterowang ada kucing, kiterowang satu famili jaga seekor je kucing. Ini sekali sahabat I bagi 3 ekor kucing dekat I bila I minta. Nama pun betina kan 3-3 ekor maka boleh beranak lah kan? Sampai sekarang ni d
ari 3 terhasillah lagi 5 ekor kucing menjadikan genap 8 ekor. Banyak kan? SANGAT OK!
Tapi ayah I muka je ganas, hati pink bak kata adik laki I. Hehehehe! Dia sayang sangat dekat binatang kot! Arnab I, hamster I, kura-kura I punya makanan semua dia yang belikan.
Ni kucing terawal yang datang lepas
sayang pergi. *sob*sob
Jessica(mak), upik abu(kelabu) & laura(oren)
Alah I ada cerita pasal upik abu & laura ni dalam entri
ni. Tapi si Laura yang warna oren & mak dia yang nama Jessica tu
sangap.
Si Jessica lepas dah putus susukan anak-anak dia, dia pi beromen dengan kucing lain lepas tu lahirkan 2 ekor kucing yang comel. OK SUNGGUH TAK PRODUKTIF! ASYIK DUA EKOR JE!
Ni lah anak-anak baru dia. Sekor putih satu oren. Yang putih namanya 'Butangku atik' tapi panggil atik sebab mak I tak habis-habis panggil dia Atik ringkasan untuk CANTIK! Yang si oren namanya kengkang sebab dia jalan terkengkang kengkang ok! Tak tahulah siapa da beraikan dia. NAMA SUNGGUH TAK GLAMER!
TAPI KHAMIS LEPAS PERISTIWA YANG TAK DIINGINI BERLAKU. Ok sangat sakit nak cakap. Kucing putih yang comel alahai ni, ekor dia kena gilis dengan roda pagar rumah I. Ayah I dia tak perasan Atik ni landing baik punya dekat pagar tu then kebetulan I balik lepas tu ayah I si baik hati ni bukalah pagar untuk I dan tak perasan Atik tu ada then yeah! TERGILIS EKORNYA! Kiterowang semua tak perasan tau tapi nasib baiklah mak I macam tak sah kalau tak pegang dia sebelum tidur then mak I nampaklah ekor dia berdarah dengan banyak. Tapi I tengok si Atik tu rilek je tau. Lepas tu pagi esoknya, Iqa kejutkan I sambil buat suara tragik. I terkejut gila terus buat keputusan nak bawa pergi klinik pagi tu juga. Dalam otak dah tak fikir apa dah, tak apalah pergi kerja lambat pun janji kucing I tak apa-apa.
I pun mesej Apek cakap hari ni kita pergi kerja awal sikit sebab ekor Atik berdarah. YEAH! MEMANG AWAL KITEROWANG PERGI! Dalam pukul 8pagi. Tapi klinik tu buka pukul 10.30pagi so I dengan Apek pun tinggalkan je Atik dengan Kengkang kat situ berserta air dan makanan. Pukul 12tgh hari I pun datang balik klinik untuk bagitahulah kan doktor apa penyakit semua.
Bila I sampai je I teengok... I TENGOK DIEOWANG.............
****************
*************
************
DIEOWANG TENGAH BERPELUKAN ANTARA SATU SAMA LAIN SAMBIL ENJOI ANGIN SEPOI SUAM-SUAM DI TENGAH HARI YANG HENING!
SO SHUWEEETTTTTT!!!
Nak tau tak macam mana rupanya ekor dia digilis tu? TERPUTUSKAH?? Tak! Tak! Nasib baik tak putus.
NI HAAA!! Haaa nampak je tak berapa nak kritikal padahal kritikal gila tapi disebabkan I kena pegang my Atik tu waktu dia kena jahit semua tak dapatlah I nak snap pic darah dia segala. Ye lahh kang doktor tu pelik pula tengok I kan? Lagipun memang tak ada tangan pun nak pegang camera I tu.
Atik pengsan lepas operation kecil!
**closeup
tengok ekor dia! Teruk gila ok! SANGAT! I hampir pitam tengok darah dia. Kesian dia kena jahit waktu dia separuh sedar sebab ye lah I pergi pun waktu dieowang sema nak rehat so doktor tu ada appointment so kena lakukan proses tu dengan cepat. Lepas dah jahit tu baru 100% pengsan. Lembik gila waktu I angkat dia.
One more!
Another picture if u cant see clearly. DAH BOLEH BAYANGKAN KESAKITAN DIA??
Tapi kesian lagi kucing kat bawah ni!!
I dengan Apek adalah terserempak dengan tuan kucing ni pagi tadi. Kesian kucing ni! Operation dia lagi besar. I tengok dia lemah je tak bermaya. Kesian sangat!! Mesti sakit sangat kan?? Tapi I tak tahu dia operate kenapa sebab owner dia tak ada. KECIANNN!!
DAN INI MERUPAKAN UBAT YANG ATIK KENA AMBIK!
Vitamin
Antibiotik
Ubat Sapu
Lepas Atik dah operate tu I tak sempat balik rumah semua memandangkan I rehat sejam je kan so I bawalah pergi ofis I. Nasib baik secretary syarikt I baik dan memahami so I letak lah kat pantry. Kesian! Lepas Atik terjaga tu dia muntah. MUNTAH KAT ATAS BADAN KENGKANG OK! Kesian! Tujuan I bawak si kengkang tu pun untuk teman Atik. Ye lah kalau tak kesianlah dia sorang-sorang kan?? I tuan yang memahami u. Auwww! Sweet tak I?
TAPI SKARANG ATIK DAH BERANSUR SIHAT!! ALAHAI OMELNYA MUKA!! HOORAYY!! HARAP SIHAT CEPAT YER ATIK!!
Dan inilah kucing terbaru kat rumah kiterowang dan genaplah 3 ekor kucing kat rumah I ni. Sesiapa nak kucing silalah bagitahu ok. Jangan malu-malu. I pun tak tahu kenapa tapi gnerasi si Jessica ni tak sah kalau tak ada sekor anak warna oren.