Saturday, January 29, 2011

My Early Bday Present

Wahh bestnya hari ni.
Banyak betul makan, perut pun dah buncit. Apek belanja makan kat Johnys lah, dekat Hainan Chicken Ricelah, lepas tu I pulak belanja Apek dekat Fruits Landlah. Banyaknya makan macam orang kebulur dah.

Lepas tu ingat nak cancel dewan Town Hall tu sebab eee tak cantiklah dalam dia. Harap luar je cantik, dalam huduh babe. So cancel-cancel-cancel. Isnin ni nak call dia tanya boleh tak ambil duit deposit balik. Haishh harap haraplah boleh, banyak tu. Boleh beli kain nak jahit gown rose rose tu! Kowang doakan lah boleh ambil balik tau duit I tu. Haishh menyesal! menyesal! Dah kena survey dewan lain pulak. Ye lah hari tu tengok macam cantik, ini kiterowang pergi lagi sekali mak aihh terasa buruk pulak. Banyak benda nak cover. So reject! Reject! Reject! Sanggup burn duit deposit tu.

Tapi paling happening sekali Apek dah belikan bday present awal-awal tu. Cardigan yang super cantik dan super mahal sebab harga cardigan je RM99. MAHAL TU! Cardigan je weyh, tapi takpe cardigan tu memang cantik. Lepas tu dia ada beli lagi satu baju. Tapi Basic Tee je tapi cantik. I tetap suka. Brand Zero To Ten. Haaa kowang kat Ipoh ni kalau nak shopping baju baju uptodate boleh ahh gi dekat De Garden then singgah butik Zero To Ten, Ground Floor. Memang uptodate ahh baju dia. I like! Tak payah penat penat nak turun KL nak cari baju baju uptodate gitu. Kalau nak tengok hadiah tu, tunggu bday I nanti. I pakai on dat day. Eeee tak sabarnya nak melaram. Btw tahun lepas Apek bagi I dis sexxy Stella Stud. Still remember?? Alah tak ingat. Haaa pergi klik! Pergi klik.


Its on my wishlist next month.

Ehh oklah, I nak tidur dah ni. Dah lewat malam ni. Daaa daaa. Kowang jangan lupa pulak my bday present ok. I will be 22 years old this year on 2/2/11. Cantik kan?

Friday, January 28, 2011

DOORGIFT (AINEE SIDE)-Completed

Hari ni dah bayar habis dah dekat MarryMe2U. Agak-agak minggu depan sampailah tu. Awal gila kan I prepare? SANGAT! Bukan setakat doorgift je, dewan pun dah bayar deposit, cincin pun dah beli, hantaran pun sikit sikit macam perfume pun dah beli. Amboii! Semangat betul kan?? Pelamin kat rumah pun dah bayar deposit. Bukan apa, malas nak tangguh tangguh kang makin dekat hari kang makin malas. Haaa macam mana?

By the way, projek lepas ni nak DIY buku catitan sebab buku catitan sekarang ni cam tak best je. Macam tak organized. Dulu waktu tunang pun ada buku catit catit sebab at least bolehlah tahu kan duit keluar berapa semua. Korang pun kena buat jugak tau kalau nak tunang atau kahwin nanti. Senang! Nanti dah settle buku tu Aini tunjuk tau sebab sekarang ni Aini tengah cari hard cover macam diari yang boss boss selalu pakai tu. Recycle lah katakan.

Ok! Esok Aini dengan Apek memang super bz lah sebab nak pergi ekspo kahwinlah, nak pergi jumpa tailorlah, nak pergi daftar kursus kahwinlah, nak beli dress untuk dinner nak celebrate bday yang ke-22 on dis 2/2/11 ni lah. Huishh bz! bz!



Ehh baru je bukak email tadi, tengok-tengok Apek ada hantar email. Ohh patutlah beria tanya tadi saya ada bukak email ke tak ehh? Alahai sweetnya awak ni, bz bz pun sempat buat benda macam ni untuk saya kan? tenkiu! Dulu ingat lagi zaman sekolah awak mana ada guna komputer komputer ni semua awak buat handmade je. Lukis lukis kartun orang lidi yang comel comel tu atas kertas lepas tu bagi kat saya. Sweetnya awak ni. Thanx B! Serius terharu ok.
HEPI ENIVESARI MR. LUFF. Muax!

Wednesday, January 26, 2011

VOTE FOR ME.. Teringin nak CST amik video kahwin

Ok sekarang dah tahu dah macam mana nak vote for CST & Lynda Rahim contest. Entahlah time nak type ni mood rasa down sangat, nak meraih simpati pun macam down gila. Macam tak ada harapan je nak menang sebab I ni bukannya blogger peymes ada hati nak menang. Haktuih!!

Ok ok tapi takpe sebab kawan yang baik seperti HudaLuna & SherahDomo ni sangat menyejukkan hati. Menaikkan semangat yang makin pudar ni.

Ishh macam mana nak suruh korang vote ni ehh?? Oklah bagi ayat sedih sikitlah ehh..


Nak baca ayat sedih tak??


Ok! Macam ni, I nak sangat sangat menang contest tu sebab nak pakai duit sendiri hire CST memang sah lah poket rabak gila. Kalau nak juga pun, kena let go something yang penting dalam wedding nanti. Contohnya, honeymoon. Kalau tak let go pun mesti kena minimakan apa yang patut dalam wedding I contohnya tak payah amik pelamin ke? Hamboii melampaulah nak kahwin tak ada pelamin kan, bukanlah pelamin tapi maybe benda-benda lain lah kot. Haa tu lah salah satu sebabnya nak sangat menang contest ni. Lagi satu baju. Baju Lynda Rahim memang meletup kan. Kalau menang contest ni dapatlah pakai baju yang meletup letup pada hari yang paling penting dalam hidup. Mungkin sekali seumur hidup tu je lah dapat melaram sakan, nak over lebih-lebih kan. Susah susah kang I buat je wedding tema pakai baju tidur. Style apa! Hehehehe! Lagi satu kalau dapat baju at least bolehlah cut cost kan.

Ok! Dah, malas nak emo lebih dah sebab bila taip laju-laju ayat nak emo tiba-tiba semangat naik pulak. Korang jomlah Vote I ramai ramai kat number 137. Apek punya 138. Serius, Apek punya ayat-ayat sangat sweet dan sangat mencairkan hati dalam notes dia. I terpaksa letak diri sendiri dalam peti sejuk untuk bekukan diri sendiri balik. Jangan lupa suwuh kawan kawan LIKE sekali tau. PLEASE PLEASE PLEASE VOTE FOR ME! Tak cukup besar ke tulisan vote tu? Siap bold kan lagi tu, nak menang sangatlah tu.

Ehhh penat merayu tapi tak letak pun link kat mana kena pergi ehh.. Pergi sini belog CST atau belog Lynda Rahim then klik LIKE untuk number 137 & 138 ok. I tak tau lah nak berterima kasih macam mana kat orang orang yang support I ni. Terharu sangat. Kalau I jemput datang wedding amacam? OK tak? VOTE TAU! Tapi kalau semua dah memberikan sumbangan jasa penat lelah klik LIKE tapi I tak menang, takpe tu kan semua rezeki.

Ok! Chill..=))

Tuesday, January 25, 2011

Outfit dayang-dayang: BIRU!


I kan ada satu angan-angan tau. Ni dah impikan dari kecil lagi tau. I nak hantaran-hantaran I tu kawan-kawan I bawak dalam barisan gitu. Konon macam dayang-dayanglah ni kan. Lepas tu kawan-kawan I tu pakai baju semua colour sama. Tak adalah sama tapi macam kalau hijau haa mesti dalam adik beradik hijau jugak, hijau pucuk pisang ke, bapak hijau ke, hijau ala ala shrek ke tapi tak kisahlah pattern apa pun. Sebab tak nak lah terikat sangat dengan fesyen yang sama, tak best lah kan. Tapi colour tu bolehlah jadi colour hijau kuat ke hijau pelan ke hijau pucuk pisang ke kan (ok! berapa kali nak ulang daaa). Apa-apa je lah janji dalam satu mak dan satu bapak punya colour. =))

Makanya disebabkan I dah tahu dah I nak bagi hantaran kat Apek colour apa so dengan rasminya I pun dah tahulah kan nak suruh kawan-kawan I tempah/beli baju colour apa untuk hari nikah I nanti kan. Penat juga bila kawan-kawan I dah sibuk tanya, "Aini, ni I nak tempah baju colour apa ni?".. Haa udah I tak tahu nak jawap apa sebab tak sure lagi nak bagi Apek hantaran colour apa. Tapi sekarang dah kompem dah nak bagi Apek warna BIRU.

So kawan-kawanku yang telah dilantik secara resminya, silalah tempah/beli baju kurung ke kalau nak lagi glamour kaftan ke kan colour biru tau. Kalau baik hati, amiklah colour biru pelan. Tak maulah kaler biru pekat. Tak nampak soft. Hehehehe! Demand kan aini ni? Dahlah tak sponosor kain. Caitt!! Tak apa, I tahu semua kawan-kawan I yang I pilih untuk jadi dayang-dayang I tu baik hati lepas tu dengan ikhlas dan jujurnya teruja dengan berita I nak kawin dengan Apek ni. I LOVE U GUYS SO MUCH LAH!

Tapi tu lah ramai sangat kawan I yang baik hati, tak tau nak choose siapa. Lagipun kawan-kawan I ni kebanyakannya study lagi so takut kang tak dapat datang ke apa kang, menangis meraung I tak cukup dayang-dayang. Tak apa, itu nanti I pikir-pikirkan yang penting colournya dah ada. Masuk video ok korang, so better pilih outfit tu cantik-cantik sikit tapi jangan nak over sangat kalah pengantin. I tau kawan-kawan I ni semua over-over nok, tapi takpe. I LIKE!


SENARAI DAYANG-DAYANGKU!
1) Mira Jamaluddin
2) Ros Hanisah
3) Diana Amin
4) Yna Bliss
5) Izzati Firdaus
6) Syera Sazeli
7) Dottie Khairuddin

**bawah ni reference untuk bakal dayang-dayangku

Warna ni paling feberet sebab dia super soft.

Kaftan.. Manis gila muka pengacara WHI ni. Nampak muda je.


Maybe senarai dayang-dayang akan bertambah kalau ada pertambahan dari segi hantaran. Apek dah lah over mintak jam tangan GUESS tapi takpe cincin gua lagi mahal dari lu punya jam tangan GUESS so tarak hal lah B, gua tak rasa macam kena pau lah sebab gua pau lu lagi banyak derr..

p/s: Untuk pengapitku si NUR AIN SALLEH yang over, tunggu dulu. Warna untuk outfit anda masih tidak dapat dikenalpasti. Mungkin ungu sebab ungu sangat cantik ok bila gabung dengan biru. Sabar ya rakan yang paling ku sayang.

Monday, January 24, 2011

My Dreams "Wedding" (MY SIDE)

APEK & AINEE-since 280805

Ohh hai.. Assalamualaikum dan selamat petang. Ini sticky post tau padahal waktu taip ni pun tak tau nak buat sticky post macam mana sebab ni first time join contest.. Fuiyoo! Clap clap untuk diri sendiri. **applause

Semalam baru je tau CST dengan Datin Lynda Rahim ada buat contest. Dah lah beberapa hari sebelum tu ada mintak quatation kat CST, tak sangka pulak dieowang ada buat contest. Teruja I nak masuk sebab sumpah suka ok cara CST edit video semua. Macam WAH GILA PRO, KALAU ADA BAGET HARUS NI DAN WAJIB NI AMBIL DIEOWANG. MOMENTS PENTING SEMUA TAK TINGGALLLAH!. Tapi budget macam lari je sebab budget RM1500 je tapi manalah tau kan join contest ni rezeki ke kan. HELLO! Siapa tak nak CST buat video kawin, dah lah tu dengan baju Datin Lynda Rahim yang super meletop tu. MELTING! Tapi memang promise kat diri sendirilah, kalau ada rezeki ni, memang akan amik lagi satu video from CST untuk cover lagi satu event. Dah lah hari yang sama so tak adalah CST kena patah-patah balik kan. Kalau ada rezekilah, kalau tak ada terpaksalah redha, korek duit tabung ke apa ke kan. Silalah like FB page Datin Lynda Rahim dan FB CST Production. Jangan lupa vote untuk I tau.(*_*) My lucky number is 137 darling.

OK, jom mulakan PERKAHWINANlah IMPIANlah SANGATlah I ni.. Impian ni semua I impikan dibuat pada malam hari pada majlis resepsi belah I. Nikah dengan resepsi belah laki, I buat lain entri ok. =))


1) PELAMIN (KONSEP: ENGLISH STYLE)
-Kalau nak cakap ni impian dari kecil memang menipulah sebab I memang tak pernah pun terfikir nak kawin waktu kecil biasalah tomboi kan so impian ni timbul bila I tengok cerita GOSSIP GIRL waktu Blair ke sapa entah buat WHITE PARTY tu. Perghh terus jatuh cinta ok!! Memanglah tak ada pelamin tapi konsep tu, idea tu datang. I impikan sebuah wedding yang nampak suci so I nak pelamin I warna putih. Kalau boleh nak semua orang pakai dress warna putih/cream tapi amboihh melampaulah kan nak buat macam tu kat Malaysia ni, ada ke orang ikut dress code dress code ni? Tapi still ada dress code ok! Dress code I warna warna pastel. Very soft supaya wedding tu nampak romantic sangat then my guest semua dapat rasa the power of our love. Eeewahhh!

Paling suka! Rasa tak keSUCIan pelamin ni? Pelamin kalau boleh nak lebih kurang macam ni lah.

Bertuahnya kalau dapat buat macam ni. SUCI GILAAA!!

Kalau baget kurang, maybe boleh buat macam ni. Cantik jugak. Hello! Orang cakap ukur baju di badan sendiri kan maka I memang kena ukur cukup cukuplah.


Haa tengok semua pelamin contoh I semuanya warna putih. Memang hardcore nak pelamin warna putih tau. Waktu tunang hari tu I dah buat warna funky gabungan Pink + Purple kali ni nak sesuci sucinya.



2) DRESS/ BAJU PERSANDINGAN
-Ok bila tang baju, I memang super super super teringin nak ada attachment of rose on my wedding dress. I super nak ok tambah-tambah kalau Datin Lynda Rahim yang design dan tailorkan untuk I lagilah I tak tahu dah nak cakap apa. Mesti tak habis habis cakap, OMG!OMG!OMG!OMG!OMG! sampai kawan-kawan pun nak OMG sekali dengan I.

This is SO MY FAVORITE!
Akan ku edit edit sikit kasi tutup bahagian badan mana yang tak patut lepas tu suruh designer realisasikan impian I. Can't wait for that moment.

Ni pun favorite I. Kalaulah ada rezeki, Datin Lynda Rahim tolong buatkan mesti bersyukur gila. Cantik sangat kan??kan?? Macam princess. Dress kembang-kembang macam ni kalau boleh nak buat untuk potong kek.


Sebelum contest ni memang dah pergi tengok dah page Datin Lynda Rahim tapi weyh I reti ukur baju di badan sendiri kot, mana mampu nak beli dress yang super lawa, yang super berkualiti ni, tapi I tetap save gambar ni dalam Folder sebab gorjes gila. Teringin nak pakai waktu akad nikah.

Ni pun dari Datin Lynda Rahim dress collection. Yang ni pulak my favorite untuk reception. Cantiknya!!! Macam flowy flowy gitu..



3) KASUT
-Inilah yang jarang sangat orang titik beratkan. But for me, I sangat titik beratkan kot sampai waktu hari tunang tu pun sibuk nak cari kasut. Tapi rupanya, baju yang I sewa tu datang sekali dengan aksesori, bunga tangan, kasut dan veil. Untung sangat kan?


And here it is, kasut yang I idamkan sangat. YES! ROSE AGAIN! I know..
This is the only shoes that I'm dreaming to wear on my BIG DAY and I hope it will come true.. Please! Please! Please! Pleaselah tembungkan jodoh I dengan kasut ni. Kalau siapa-siapa kat luar sana nampak ke kan design kasut macam ni bagitahulah kat I tau.



4) WEDDING CAKE
-Wahh part makan ni yang paling best ni. Zaman sekarang ni ramai orang buat kek bentuk replika kan?? Tapi mahal tuu, oden manalah ada duit nak buat replika-replika tu lagipun I suka something yang simple, classic, sweet and just nice. Lepas tu teringin nak bagi semua tetamu turut merasai kek kahwin I tu. Ini selalunya tetamu tak dapat pun nak rasa cake kawin tu. Dapat tengok je. So bagi tetamu makan kek kahwin pun adalah salah satu impian I. =))

Cake-Cake yang simple and nice macam ni dah cukup buat hati I tersenyum.

Kalau ada duit lebih mungkin boleh decorate tempat cake jadi cantik dan menawan macam ni sampai buat mata semua yang memandangya terpukau.. Sampai semua orang dah tak tengok pengantin dah, semua orang tengok cake je.



5) BUNGA TANGAN
-Wahh ni sebenarnya I impikan bunga rose merah yang dibentuk macam hati lepas tu dikelilingi ros putih tapi I google gambar tak jumpa jumpa pun makanya I lukis kat paint je lah so dat dapatlah korang bayangkan hows the flower look like..

Ok! Lukisan memang tahap amatur punya. Haa lebih kurang macam ni lah apa yang impikan untuk bunga tangan I nanti. Get the idea? Ok good..

Tang tangkai dia kalau boleh I nak lilit lilit macam ni dengan riben je lepas tu letak brooch vintage.

Lepas tu tak nak bagi nampak kosong, I nak letak daun daun lingkar lingkar panjang panjang ni kat tepi tepi. Ok sumpah tak tau nak describe macam mana, so bila dah sampai je harinya I just tunjuk je tiga-tiga gambar ni dekat my florist. OK! Tiba-tiba rasa jantung dup dap dup dap tak sabar.



6) CANDY BUFFET
-Sekarang ni kalau tak ada wedding yang menghidangkan sweets macam tak sah kan? Sekarang ni pun I dengan Apek tengah survey nak beli bekas bekas untuk letak sweets sweets tu tapi serius mahal gila ok bekas bekas tu kat SSF. Tapi cantik. Takpe, tunggu sales nanti, harap-haraplah murah sebab budget serius dah tight sangat budget ni..=))


Macam ni. Maintain dengan warna putih/cream


Ok! Ini paling penting. Wajib ada. Cupcake yang atasnya depenuhi dengan design ros putih. Tapi sekarang ni cupcake dah mahal. Nak buat sendiri, tapi oven pun tak ada. Will try to solve this problems asap sebab sumpah teringin sangat. Suka beno I dengan rose putih kan?? Of courselah, my dream ok.



7) CENTERPIECE
-Mula-mula Apek macam bantah jugak I nak letak centerpiece semua sebab bayangkan 40-40 meja tu takkan nak letak centerpiece Apek cakap sebab katakan satu centerpice tu berharga RM10, 40mejaxRM10 dah RM400. Tapi I cakaplah kita carilah yang murah-murah tapi cantik. Kita deco sendiri. So I kan suka banyak banyak lilin kan so I suggest letak lilin dalam bowl je. Then dah jumpa dah kat SSF. Oklah still in budget. RM5 je dan paling best ianya memenuhi impian I yang sememangnya kalau boleh nak banyak banyak lilin. 40 lilin?? Wauu!! I like..


**lebih kurang..



8) GUESTBOOK
-OK! Ini paling wajib ada sebab zaman sekarang ni macam tak complete je kalau tak ada Guest Book. Waktu tunang I pun I buat Guestbook inikan waktu kahwin kan? Tapi waktu tunang hari tu, Guestbook tu simple gila je. Buat pun kos kurang dari RM10. Tapi part paling best bila baca apa yang kawan-kawan kita tulis. Kelakar pun ada. Tapi waktu wedding ni ingat nak buat lebih sikit. Hahahah! Mesti kawan-kawan yang datang tunang hari tu mengeluh then cakap, "Haiyoo!! Tulis ucapan lagi. Penat nak perah otak ni nak tulis apa.".. Peduli apa oden, kowang kena perah juga otak dan make sure jangan tulis benda sama. Nak suruh ada cucu 100orang lah, nak suruh bagi duitlah, amboihhh!


Nak macam ni.. Simple je tapi nak tukar siktilah bagi ala-ala konsep English sikit. =))
Haishh harap-harap cukuplah masa sebab cadangnya nikah pagi tu, malam buat reception.



9) OPENING
-Nak sangat waktu kaki melangkah masuk ke dewan tu, sewaktu semua mata terpaku melihat pintu masuk, sewaktu mulut terkunci rapat, sewaktu hati meronta-ronta melihat raut wajah berseri-seri pasangan yang baru dinikahkan pada pagi itu (ewah kau ayat!), I teringin sangat langkah I diiringi oleh pasangan anak kecik yang comel menaburkan bunga di carpet putih sambil diiringi oleh pemain biola. Pemain biola dah dapat dah sekarang ni nak recruit budak kecik tomei omei je.


*White carpet instead of red. Kalau adalah..


10) VIDEOGRAPHER
-Inilah salah satu insan yang memainkan peranan yang sangat penting ketika majlis berlangsung. Kalau tak ada dieowang tak ada kenangan. Kalau tak ada kenangan, eeee tak bestlah. Ibaratkan waktu kecil, parents kita lupa nak snap gambar, hemm mungkin waktu tu parents tak berduit ke nak beli kamera kan dahh emo bila besar tak tahu rupa waktu kecil macam mana. Once in a lifetime kot wedding ni so wajib dan wajib hire Videographer. Secara jujurnya, I prefer Video sebab Video kan life gitu. Kalau snap-snap gambar ni maybe boleh je suruh kawan-kawan yang sekarang ni minat dalam ambil-ambil gambar tapi video ni kita memang kena ada kepakaran nak shoot moments then nak edit edit nak sunting lagi. It really takes times ok and u must be creative ok!! Tapi hari tu tunang nasib baik ada kawan Apek rakam video tanpa disuruh. Alasan dia sebab dia tengok semua orang ambil gambar so dia ambil lah video guna handset dia. Sumpah terharu ok! Thanx Nazrin kalau tak kena bergantung kat gambar je. Tak bestlah. Nak tengok klik sini.

Ok sumpah panjang gila bebel, korang nak tahu tak siapa yang I teringin sangat nak hire sampai last few days I memang ada tanya harga sebab memang nak sangat ambil sebab ada satu time dia buat promo RM1499 je ok tapi sayangnya I dah terlepas dan wedding I pun lambat lagi time tu. OK, jelas sekali tak lain tak bukan CST PRODUCTION lah. Korang doakan ok, impian I nak hire this power team tercapai. Amin!!



Ok! Itu je lah setakat ni, panjang gila kan impian I ni. Ada lagi tu terselit-selit tapi tak nak bagi u all semua buhsan makanya berhenti sampai sini je lah.


Actually before this pun I ada cerita pasal dream wedd I tapi sikit je lah. Tapi hari tu I berangan nak kahwin kat rumah tapi sekarang plan terpaksa bertukar kepada dewan. Nak baca? Klik sini.

Ok apa lagi korang jomlah terjah ramai ramai kat FB page


FB Datin Lynda Rahim



dan

FB CST Production.


Dan bagi menutup my dream wedding ni, I nak ucapkan terima kasih sangat-sangat dekat CST & Datin Lynda Rahim sebab buat contest macam ni dan bagi peluang untuk B2B yang dambakan hasil karya mereka tapi budget terlajak ke apa ke kan. Tenkiu so much. Dah secara ikhlas dan jujurnya, I berharap sangat CST dan Datin Lynda dapat realisasikan impian I ni.

BTW, IM LUCKY 137 and Apek pun ada join jugak. Dia No. 138. Nak baca entri dia bolehlah pergi kat sini. Dia cerita pasal kisah cinta kami tapi kisah cinta kami terlampau panjang then dia pun tak ada masa memandangkan lappie dia dah meletop so dia curi-curi buat waktu rehat dia so he just summarize it so dat people tak boring. Sweetnya Apek, semata-mata untuk hadiahkan dekat I. Tenkiu Honey Bee. Anyway ENJOI UR READINGS PEEPS! Psssstttt jangan lupa klik LIKE lepas baca. =))

Sunday, January 16, 2011

MAMAT dah bertunang..

HELLO! Jangan ingat Mamat tu manusia ok. Memanglah I superb jarang nak update belog pasal haiwan-haiwan yang I bela kat rumah I ni sebabnya kamera dah rosak sekarang ni manalah boleh nak snap-snap pic kan. Bosanlah kalau tak ada gambar, cakap je banyak kan?

Nak tahu siapa Mamat?? Ingat lagi tak I pernah cerita dalam entri ini. Alah yang waktu I pergi Singapore waktu raya Cina tahun lepas, kan ke I ada beli rabbit. Jauh tu rabbit I. Asalnya haiwan Johor tapi sekarang menetap kat Ipoh. Dah setahun dah I bela tapi asyik bz je tak ada time nak belikan dia mamat ni pasangan. So hari ni Iqa sungguh-sungguh ajak I pergi beli rabbit betina. COMEL GILA OK! Tapi ye lah sekarang ni baru dalam status bertunang sebab Fluffy kecil lagi kot. Besar pun besar tapak tangan je. Kang kena hempap dengan si Mamat tu kang penyek terus. Nanti dah besar sikit baru boleh kawin ok..

PRESENTING FLUFFY!
Mula-mula banyak betul nama dia. Mula-mula ingat nak bagi nama Minah sebab macam kontralah kan, pasangan nama Mamat so pasangan kenalah nama Minah kan tapi macma kampung gila je nama Minah. Tak glamer ok. Lepas tu ibu nak letak nama Fifi. Ok waktu nak letak nama ni sumpah kelakar. Malas nak cerita. Biar I, Iqa dengan Ibu je tau. Lepas tu keluar nama Hani lah, Zah lah, Nab lah. Last last I cadangkan nama Fluffy. Gebu ok dia ni. Kecik je. Kiut bangat.. Kan I dah cakap tak ada kamera kan so Ifa snap gambar Fluffy ni guna webcam lappie Iqa. Satu cukup!

Tuan Sebenar: Iqa Joe
Tukang bawak pergi kedai haiwan: Ainee Joe
Harga: RM18 (harga after diskaun)

WELCOME TO JOE'S FAMILY, DEAR FLUFFY! I HOPE U HAPPY TO STAY WITH US COZ YEAHH WE LOVE CUTE LITTLE CREATURES LIKE YOU!

Saturday, January 15, 2011

You kan THE BEST!

Haishh kesian kekasih hati, laptop dia piunggg rosak terus tak boleh on. Corrupt terus. Kesian! Dah lah dengan laptop tu lah dia buat design luar semua, tengok tutorial lagi, bermain YM dengan I lagi tapi sekarang dah rosak. Seharian muka nak sedih je sebab laptop dah rosak. Katanya laptop dia tu dah umpama nyawa ke-2 dia. Fuiyoo!! Biasa laki mesti cakap motor ke kereta ke kan nyawa ke-2, si Apek ni cakap laptop tu nyawa kedua. Pelik betul. Mungkin ada logiknya kot, bila bosan sikit-sikit pergi design, bila marah pun nak design, bila gembira pun nak design. Semua nak design je kerjanya. Dulu tak ada laptop I tengok rileks je lukis lukis atas kertas, amboihh bila dah ada kemudahan teknologi terus semua nak guna adobe ehh. Sekarang ni laptop dah rosak, silalah asah skill melukis atas kertas balik ok. Haishh dah lama tak dapat hadiah handmade daripada u. Selalu mesti ada suprise je dari u. Tapi U kan THE BEST selalu buat I happy. Tak pernah nak marah I, itulah hadiah paling best sampai kadang-kadang I terpikir bilalah kita ni nak jadi pasangan normal yang gaduh secara serius. Ini bila gaduh sikit je tak sampai 10minit mesti nak gelak. GILA!

Tak apa, disebabkan I sungguh menyokong karier dan minat u yang mendalam terhadap seni makanya Isnin ni jomlah kita pergi beli PC baru ehh untuk u. U tak mau laptop ehh? Nak graphic card besar-besar macam gajah ehh? Ok! Tunggu Monday ehh. I tau u tak dapat baca ni sebab macam manalah nak baca, laptop pun takda. Kalau u baca mesti hati u dah bunga-bunga, mesti dalam hati u ada taman. Tak apa, bila dalam hati u ada taman, dalam hati I ni lagilah siap tumbuh hutan terus sebab sibuk jaga taman u, taman dalam hati I ni tak terjaga woo terus jadi hutan. Boleh macam tu?

Lepas tu hari ni best sangat, sebab dapat dating dengan U kat Heritage Hotel. Hi-Tea! Best! U cakap I macam jual insurans sebab I keluar kalkulator dengan buku nota kecil comel I tu untuk kira budget kahwin kita. Lepas dah habis makan-makan terus kita pergi Jalan KK konon nak tengok doorgift untuk belah u. I nak bagi telur u pun sibuk nak bagi telur. Mana boleh. U kenalah cari benda lain selain daripada telur. Sibuk je! Lagipun I dah order kot bekas yang super comel dan ala-ala english tu, mana boleh tukar dah. Tapi u memang THE BEST. U selalu je mengalah kan kalau dengan I makanya kita tukar doorgift belah u jadi kipas. Suka! Suka!

Lepas tu kita jalan-jalan kat SSF. Survey barang untuk buat candy buffet. U tak habis habis cakap I ni membazir, tapi u kan THE BEST, U mesti cakap ok jee bila I cakap I nak buat jugak. Lepas tu bila jalan-jalan kat SSF, I dapat idea dah macam mana nak gubah hantaran untuk u. Kan konsep hantaran I nak bagi kat u kan ENGLISH CONCEPT then hantaran u nak bagi belah I kan TRADISIONAL CONCEPT. Jenuh juga I nak cari idea English concept tu last-last dapat juga. Tak sabar nak gubah.

Tapi satu je I pelik sampai sekarang, kenapa U boleh mengalah gila dengan I tapi I tak macam tu eh?? Sepanjang kita couple 5tahun lebih ni I tak penah pujuk u. Gila tinggi kan ego I? Ada pulak "I salah-U merajuk-I pun merajuk-U pujuk". Haishh lupa pulak, YOU KAN THE BEST!!

APA-APA PUN, I LOVE U GILA! MONDAY KITA PERGI BELI PC OK MR.BEST! (haishh melayang RM2000++)

Friday, January 14, 2011

Luahan perasaan bila setahun dah tak jumpa lepas tu tak naik dia.

Hari ni kan kita nak gedik gedik guna kata ganti diri kita boleh tak?? Nak bagi HudaLuna dengan Rose berbulu dengan kita. Tapi kira ok apa kita tulis kita instead of kitewwww lagi ahh gedik. Tapi gedik best apa. Kita nak jadi manja-manja hari ni, nak cakap macam budak innocent umur 5 tahun sembang dengan kawan. Nanti dah ada anak pun nak suruh anak kita cakap kitakita je jangan guna Aku Kau. Nak berdoa pun kena cakap kita jugak. Hehehe...

Semalam kan kita bangga ohh sebab kan kita dah lama tak bawa moto. Ye lah baget orang kaya kan, pergi mana pun naik kereta je mana pandang motor dah sejak ada lesen kereta. Eceh! Tak adalah hakikatnya kan, moto kita kan masuk workshop. DAH SETAHUN DAH DIA ADA KAT BENGKEL. Moto tu dah tua dah, dah tak boleh bawa jauh jauh dah, sampai ayah cakap ikutkan hati nak je buang moto tu pikir tak ada harga je lepas tu dah repair dia macam dah habis 6K dah. Lepas tu ayah cakap dia nak beli motor baru, tak mau scooter dah. Nak motor biasa je. Senang dan murah. Ye lah dia dah ada dengan kita sejak kita form 3 lagi so sekarang ni umur kita dah 22 makanya dia dah hidup 7 tahun tuuu. Kesian dia, mula-mula memang sayang, bawak pun pelan-pelan je, sekali dah accidentttt, berkali-kali dia accident sebab kita adik beradik semua lanyak dia puas-puas. Kesian dah lah tua, kena lanyak pula tu. Mana tak semput. Mana tak mogok.

Tapi semalam best, lepas dah setahun tak bawa motor, akhirnya bawak juga sebab hari Rabu hari tu motor dah ada kat rumah kita. Tapi malam Rabu tu kita pergi dating dengan Apek kat Kenny Rodgers makanya tak sempat nak bawak dia, padahal dah rindu habis dah rasa nak gomol gomol je dia tapi nafsu kena tahan beb. Akhirnya, semalam gomol juga dia. Rasa lain macam je bila pakai helmet. Rasa macam ada bomb atas kepala. Besar punya bomb!! Rasa macam kepala ni senget-senget je sebab konon kepala tak stabil. Yelah kepala lagi besar dari badan kan. Eeee hiperbola sungguh kan? Alah cakap nak jadi gedik hari ni mestilah kena over-over kan?

Tapi kan... Waktu kita bawak tu kan, kita ada rasa macam melayang-layang. Bukan macam layang-layang yang terbang atas langit tu tapi rasa macam layang-layang tersangkut kat pokok. Ehh best juga ok feeling macam tu. Rasa macam bebas je tapi ada jugak rasa bogel gila sebab dah biasa kiri kanan depan belakang ada penghadang kan, ini macam gila ahh bogel. Sejuk je. Tak payah nak buka aircond, angin luar kan ada. JIMAT! Tapi feeling tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata tau sebab weyh macam perasaan kau tak jumpa kekasih setahun, apa perasaan? Haa macam tak jumpa famili setahun sebab belajar kat New Zealand. Haa perasaan kita lebih kurang macam tu lah. Tapi Ibu dah pesan motor tu tak boleh bawa jauh-jauh, kalau nak bawa pun bawa bila nak pergi kedai je. Haishh baru nak bawa pergi kerja. Baru nak rempit-rempit atas jalan. Main celah-celah. Wahh perasaan main celah-celah ni lagi ahh best. Rasa macam handal je. Rasa macam wahh hebatnya kita. Rasa macam gagah je atas jalan. Paling best bila tengok jalan jem, kereta semua beratur (dalam hati dah tau dah deme mesti menyumpah seranah je) tapi kita lek lek je selit sana selit sini wahh dah sampai rumah.

Lagi satu yang best jugak ada moto ni tak payah susah-susah nak cari parking sebab kat rumah kita ni kan, kedai banyak tapi susah woo nak cari parking. Ini bila naik moto cheungggg senang je dapat parking. Parking je celah-celah kereta tu, apa ada hal. Kalau bawak kereta aduhh susah gila cari parking padahal nak beli pen seketul je tapi punyalah berminit-minit nak menunggu sebab nak cari parking. Nak double parking kalau tak ada orang dalam kereta memang sangat dipangkah oleh diri sendiri.

Haishh, indahnya naik motor. Terimbau kisah-kisah lampau accident sana accident sini, selamba bawak motor pergi sekolah time form 3 walaupun tak ada lesen. Huishh! Memori! Memori!

Tuesday, January 11, 2011

7 things WE ALL wish could tell the boss....

I found this at YAHOO.COM news as some of you know that I love to read Yahoo News every morning before I started my works. Its like a habit u see but of course not all of them. And this morning I found this!!

Its about what things we all wish we could tell our boss. For those that unemployed yet and still studying, nahh u have to read this too because U will face the situation one day and I will say WELCOME TO THE WAR OF SELFISH PEOPLE...erkk??


-below is what I copy paste from Yahoo.com. Its not Miley Cyrus-7 Things I hate About You lyrics ok yooo peeps =))
****************************************************************
I've visited dozens of companies in 2010 and keep hearing the same message: the person at the top is clueless and unwilling to change. As a result, employees spend absurd amounts of time managing around him (it's usually a him). It's not just the Emperor Has No Clothes. It's that the Emperor Has No Clothes and Looks Funny Naked. But if you had the courage to have these conversations with the person in charge, you could transform the lackluster leader into a great one, and boost the company's bottom line in the process.

1. You're nothing like Lincoln, Churchill or Clinton.

Nothing is funnier, or more tragic, than a mediocre leader who thinks he's Lincoln, or Churchill or Clinton. And nothing is a greater waste of time than when an "idiot boss" (thanks, Scott Adams) tries to fine-tune his style by reading about the Greats.

A much better use of time would be for someone with credibility to sit down with the CEO and say, "You're like none of those people, but if you work really hard, you could become a great leader in your own right."

The great leaders are all originals. Although many were amateur historians (or in Churchill's case, professional), they didn't become the people they were by copying behaviors from people in the past. They became great by finding a way to serve people in their time, and in the process, became leaders.


2. Guess what? YOU are the problem.

Imagine this conversation.

Him: Why isn't the company more innovative?

You : Because you, the CEO, drown us in initiatives, metrics, and plans, and so we don't have any time.

Him: Why isn't the organization more successful?

You: Because the strategy you want us to pursue is inept, compared to what we could do if you got out of the way.

Him: Why isn't the company a great place to work?

You: Because you're creating an atmosphere of fear and intimidation.

The single question I'm asked more than any other is: "Can we use the principles of Tribal Leadership when the top person doesn't get it but thinks he does?" The short-term answer is to create a pocket of tribal greatness, and let the results show that a new way of leading makes everyone win. The long-term answer is that the person at the top needs to get it, or get out.


3. You put a new thing on my 'to do' list. What are you taking off?

I often repeat a story from the darkest days of the U.S. automotive industry, when a major subcontractor to the Big Three held its managers accountable for well over 100 metrics. That story used to make people laugh. Over the last few years, the reaction has turned into, "so what do we do about that?"

Drucker was a fan of the idea of "purposeful abandonment" -- determining which activities will be stopped. My friend David Allen, author of "Getting Things Done," likes to say that a person's success can be measured by looking at how long their "stop doing list" is. The same holds for companies. Most people, and most companies, don't have a "stop doing list" at all.

CEOs should know that their followers measure them, in large part, by how many metrics and initiatives they purposefully abandon. In most cases, that's zero.


4. If the employees don't understand the strategy, it's your fault.

Often in executive seminars I'll go through the "must have" list for corporate competence, and then ask people which item on the list they are most concerned about. (One of the better lists is Jay Galbraith's STAR model.) Almost always, number one is "strategy," as in "do we have one?" and "ask 100 people and you'll get 100 answers of what our strategy is." I also hear, "The CEO thinks our strategy is the tag line from our ads."

A strategy, by the way, is "the creation of a unique and valuable proposition" to the market, according to Michael Porter. If employees can't say what that the unique value proposition is, the CEO has failed.

In most cases, the CEO would retort, "we have a strategy, they just aren't listening to what it is."

What's the problem here?

It's not about how the strategy is communicated, it's about the listening that creates the strategy in first place. Anne Mulcahy tells the story of what happened when she assumed the role of president and COO of Xerox. It came down to listening to everyone: employees, customers, and suppliers. She didn't check her brain at the door and merely combine what they said into the strategy. She checked it against everything she knew about the markets, and she also listened to advice from experts. The result from that long process was a strategy that was clear, concise, and that made people around Xerox say, "yes, that's right!" If your company doesn't have that kind of a strategy, the blame rests at the top.


5. You don't build loyalty by blaming employees.

Many CEOs try to send the message "you and I have a special relationship" by bad-mouthing other executives. The result? The message people hear is "I'll throw anyone under the bus. The minute you're out of favor, I'll do the same to you."

Great leaders throw themselves under the bus by taking responsibility for any failure in the company. When the company succeeds, it's due to others.


6. Your staff will regard your tenure as the bad old days.

Most large companies remember a time when they had boundless energy and felt the potential of greatness knocking at the door. That was before the bullies, brats, and bureaucrats took over.

Most CEOs talk a lot about problems that they've solved. But the reality is that the overall vibrancy and vitality of the company is collapsing. People hunger for a leader who will really do things the right way. And until you learn that, you're just another person steering the ship into the sand.

I should add that most CEOs are good people, wanting the best for their companies. So why does the Emperor Have No Clothes and Look Funny Naked? It's due to a variety of factors, including that organizations, by their design, limit or stop upward feedback. Most CEOs become increasingly isolated and cut off from the real issues and so their decisions become increasingly out of touch. Another reason is "CEO shuffle" -- hiring from outside the company, based on competency and not shared values, so that the new person comes in with an agenda to change everything. Most successful CEOs in our study were home-grown and promoted from within.


7. Great leaders listen and you don't.

Any questions?

Ever wanted to have this conversation and didn't? I hope you'll let me know in the comments below.

*************************************************************

Yahoo is so damn right about this facts.

Thursday, January 6, 2011

HANTARAN TUNANG I untuk Apek warna purple nyah..

Hantaran dari I untuk Apek ni semangat ni I buat 2 minggu sebelum majlis sebab I ingatkan payah gila nak buat hantaran. Rupanya cis ambil masa kurang dari 4jam je weyh siapkan gubahan-gubahan tu. Korang esok tak payahlah poyo over excited lebih macam I ni nak buat awal awal. Rilek je! Buat je 3 hari sebelum, jangan over over macam I tau. 2 minggu sebelum dah buat. Last last berhabuk je kang.

The main 7 dulang yang I nak bagi kat Apek. Tema purple lah mesti kan. Mula mula nak bagi Apek warna silver tapi macam susah je nak gubah and outfit pun nak pakai purple tu yang bagi purple tu. Nice kan warna purple ni?

OK! Jom layan the purple boommm...(0_O)


SIREH DOK DALAM KOTAK / SIREH JUNJUNG / SIREH TUNDUK
Tak taulah nak panggil sireh junjung ke, sireh menunduk ke apa entah. Ok tak sireh I? I memang nak buat macam ni, dah sketch dah tapi Kak sedara I yang tolong ni sebab I ingat boleh je lipat lipat sireh tu sekali datang K.Lia dia cakap I ni pandai sangat, manalah boleh main cucuk macam tu je terus dia dengan gigih tolong I buat sireh ni. Tenkiu so much Kak Lieya. Tanpamu tak ada sireh ni tau.


BAHULU
Ok! Bahulu ni Makngah I sponsor. Deko-deko tu punyalah gigih si Maklang I buat, sumpah terharu gila dengan Maklang I ni sampai rasa nak belanja je dia ni makan KFC tau. Kalau ikutkan I ni memang I biar je benda tu togel tapi sebabkan Maklang I ni dah bising-bising, I pun dengan gagahnya keluar pagi-pagi cari kedai beli riben. Itupun banyak kedai tutup sebab hari Ahad kan, nasib baiklah ada satu kedai ni kat Pasar Gunung Rapat tu bukak kalau tak memang buruklah hantaran daripada I, Apek dapat. Hehehehe! TENKIU SO MUCH MAKLANG!!


KUIH BAKAR
Ini pulak opah I sponsor. Nyum! nyum! Memang khas untuk Apek je lah sebab kiterowang memang tak ambil pun.


KEK
Apek cakap kek ni sedap. Perisa yam. Tengoklah kata pun warna ungu kan, perisa kenalah dari buah ehh ke sayur ehh yam tu. Haa tak kiralah janji yam tu pun berwarna ungu ok. Kek ni memang cantik sangat tau. Like cantik-cantik-cantik sangat. Kek ni Acu ngan Asu I sponsor. Wahh banyak yang sponsor nampak Aini ni. Melampau kan?


SEJADAH
Jangan main kau! Sejadah gubah jadi katil. Cantik gila kan?? Daripada bantal ke penjuru penjuru katil tu memang walla lah. I memang suka sangat ok dengan gubahan sejadah ni. orang yang menggubahnya adalah rahsia ok, kalau nak tahu siapa apa lagi email lah kan. Hanya kawan-kawan yang datang hari tu je tau ok siapa yang buat. I? OHH tidakk... Sejadah pun nak warna ungu tu, jangan main-main dengan tema Ungu I.


CINCIN
Nama cincin ni TIGER EYE. Khas untuk Apek tersayang sempena kami tunang. Tapi tu lah ini cincin manyak murah juga so macam mampulah nak bagi Apek kan tapi cincin untuk kahwin kalau tak ada 2K jangan haraplah I dapat bagi si Apek ni. Haishh! Harap-haraplah murah rezeki so dat I dapatlah beli cincin kahwin untuk Apek. Amin!!


BUAH-BUAHAN
Tengok! Berkilat kau buah-buah ni. Again, thanks kat Mak lang I. Dia lah yang rajin mengilatkan buah ni. Haaa tips tips, benda macam ni selalu orang lupa. Kalau nak bagi buah tu berkilat, sapulah dengan minyak. Tak adalah nampak buah tu layu je kang, biar terpancar pancar keenakan dia bila orang tengok. Ok? SO JANGAN LUPA SAPU MINYAK KAT BUAH-BUAH TU OK!


KISSES aka MANISAN
Idea Kisses ni macam mana terlintas entah. Kiranya nampaklah ada jual sarang burung ni waktu kiterowang tengah explore explore barang sekali ternampaklah sarang burung ni apalagi terus terlintas idea nak bagi kisses letak dalam sarang tu konon konon buat macam telur burung tu lah. Perghh kisses memanglah mahal. Satu paket je dah berbelas ringgit. Tapi oklah, idea ni I suka sangat. Tapi tak adil ok, Apek je dapat. Caitt!!!


Lepas tu adalah lagi 2-3 barang hantaran lagi tapi I tak ada pulak gambar dieowang single-single. Semua tu ada kat cd yang OP bagi tapi tu lah I punya PC kat opis ni dia tak boleh read pulak kalau tak bolehlah I tempek kat sini kan untuk dikongsi bersama. Ecehhh! Barang-barang yang lain tu merupakan kuih sangkar yang disponsor oleh maklang, dodol yang disponsor oleh opah pusing dan ehh itu jelah. Alahai, 2 gambar je tak ada. Tapi serius cantik gila gubahan yang maklang bagi. I ni macam poyo je ada banyak lagi hantaran I bagi kat Apeklah kononya. Hehehehe!


Ini pandangan dari depan.
Yang dekat sebelah kuih bakar tu sebenarnya dari pihak Apek tah macam mana boleh sesat beratur kat lane hantaran I. Hehehehe!

Ini pandangan dari belakang. Baget untuk gubah-gubah benda ni semua tak termasuk barang/makanan yang diletakkan di atas dulang RM257.45. Haa jangan main sampai ke sen sen I tau. Ingat satu pesanan ni kalau nak tunang ke kahwin ke make sure ada satu buku yang tulis setiap sen yang korang keluarkan so dat kowang tau mana duit tu pergi. Haa tak adalah terpinga pinga tercengang cengang kan manalah pergi duit aku ribu-riban tu. Ini baru dari pihak I ke pihak Apek belum lagi dari pihak Apek ke pihak I.

BERSAMBUNG....
(lepas ni hantaran dari pihak Apek untuk I pulak ok!)

( +_O)

Monday, January 3, 2011

Pstt!!!

Malas ahh nak pikir ada stalker tegar kat belog ni. Kalau asyik pikir je sampai bila-bila pun takkan tulis progress wedding. Kalau tak ada peniru tegar tu dah lama dah letak tempek harga dewan, kat mana tailor murah kat Ipoh ni. Takpe, siapa-siapa yang nak tahu tu boleh je hantar email kat I, I janji I akan share ok. Cuma tak nak share dengan peniru je. Menyampah! Tapi I akan share juga tapi tunggulah wedding peniru tegar tu lepas dulu ke kan, barulah boleh share.

By the way, cincin kahwin, Apek dah belikan. Best! Diamond lagi tu you. Harga dia RM2000++. Tenkiu my love sebab sudi melaburkan duit untuk I ni. I pulak tak dapat nak bagi u cincin kan?? Janji nak bagi u cincin platinum tapi macam tak sanggup je nak laburkan kat cincin platinum yang rupa dia macam cincin silver beli kat pasar malam tu. Tapi takpe, kalau ada design cun cun ke bila kita pergi KL dis February untuk cari kain baju nikah dan baju sanding kita, I belikan ok.

Oklah, buat masa sekarang ni tak ada mood nak berblogging gara-gara stalker tu. Demmm!!

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...