Monday, January 24, 2011

My Dreams "Wedding" (MY SIDE)

APEK & AINEE-since 280805

Ohh hai.. Assalamualaikum dan selamat petang. Ini sticky post tau padahal waktu taip ni pun tak tau nak buat sticky post macam mana sebab ni first time join contest.. Fuiyoo! Clap clap untuk diri sendiri. **applause

Semalam baru je tau CST dengan Datin Lynda Rahim ada buat contest. Dah lah beberapa hari sebelum tu ada mintak quatation kat CST, tak sangka pulak dieowang ada buat contest. Teruja I nak masuk sebab sumpah suka ok cara CST edit video semua. Macam WAH GILA PRO, KALAU ADA BAGET HARUS NI DAN WAJIB NI AMBIL DIEOWANG. MOMENTS PENTING SEMUA TAK TINGGALLLAH!. Tapi budget macam lari je sebab budget RM1500 je tapi manalah tau kan join contest ni rezeki ke kan. HELLO! Siapa tak nak CST buat video kawin, dah lah tu dengan baju Datin Lynda Rahim yang super meletop tu. MELTING! Tapi memang promise kat diri sendirilah, kalau ada rezeki ni, memang akan amik lagi satu video from CST untuk cover lagi satu event. Dah lah hari yang sama so tak adalah CST kena patah-patah balik kan. Kalau ada rezekilah, kalau tak ada terpaksalah redha, korek duit tabung ke apa ke kan. Silalah like FB page Datin Lynda Rahim dan FB CST Production. Jangan lupa vote untuk I tau.(*_*) My lucky number is 137 darling.

OK, jom mulakan PERKAHWINANlah IMPIANlah SANGATlah I ni.. Impian ni semua I impikan dibuat pada malam hari pada majlis resepsi belah I. Nikah dengan resepsi belah laki, I buat lain entri ok. =))


1) PELAMIN (KONSEP: ENGLISH STYLE)
-Kalau nak cakap ni impian dari kecil memang menipulah sebab I memang tak pernah pun terfikir nak kawin waktu kecil biasalah tomboi kan so impian ni timbul bila I tengok cerita GOSSIP GIRL waktu Blair ke sapa entah buat WHITE PARTY tu. Perghh terus jatuh cinta ok!! Memanglah tak ada pelamin tapi konsep tu, idea tu datang. I impikan sebuah wedding yang nampak suci so I nak pelamin I warna putih. Kalau boleh nak semua orang pakai dress warna putih/cream tapi amboihh melampaulah kan nak buat macam tu kat Malaysia ni, ada ke orang ikut dress code dress code ni? Tapi still ada dress code ok! Dress code I warna warna pastel. Very soft supaya wedding tu nampak romantic sangat then my guest semua dapat rasa the power of our love. Eeewahhh!

Paling suka! Rasa tak keSUCIan pelamin ni? Pelamin kalau boleh nak lebih kurang macam ni lah.

Bertuahnya kalau dapat buat macam ni. SUCI GILAAA!!

Kalau baget kurang, maybe boleh buat macam ni. Cantik jugak. Hello! Orang cakap ukur baju di badan sendiri kan maka I memang kena ukur cukup cukuplah.


Haa tengok semua pelamin contoh I semuanya warna putih. Memang hardcore nak pelamin warna putih tau. Waktu tunang hari tu I dah buat warna funky gabungan Pink + Purple kali ni nak sesuci sucinya.



2) DRESS/ BAJU PERSANDINGAN
-Ok bila tang baju, I memang super super super teringin nak ada attachment of rose on my wedding dress. I super nak ok tambah-tambah kalau Datin Lynda Rahim yang design dan tailorkan untuk I lagilah I tak tahu dah nak cakap apa. Mesti tak habis habis cakap, OMG!OMG!OMG!OMG!OMG! sampai kawan-kawan pun nak OMG sekali dengan I.

This is SO MY FAVORITE!
Akan ku edit edit sikit kasi tutup bahagian badan mana yang tak patut lepas tu suruh designer realisasikan impian I. Can't wait for that moment.

Ni pun favorite I. Kalaulah ada rezeki, Datin Lynda Rahim tolong buatkan mesti bersyukur gila. Cantik sangat kan??kan?? Macam princess. Dress kembang-kembang macam ni kalau boleh nak buat untuk potong kek.


Sebelum contest ni memang dah pergi tengok dah page Datin Lynda Rahim tapi weyh I reti ukur baju di badan sendiri kot, mana mampu nak beli dress yang super lawa, yang super berkualiti ni, tapi I tetap save gambar ni dalam Folder sebab gorjes gila. Teringin nak pakai waktu akad nikah.

Ni pun dari Datin Lynda Rahim dress collection. Yang ni pulak my favorite untuk reception. Cantiknya!!! Macam flowy flowy gitu..



3) KASUT
-Inilah yang jarang sangat orang titik beratkan. But for me, I sangat titik beratkan kot sampai waktu hari tunang tu pun sibuk nak cari kasut. Tapi rupanya, baju yang I sewa tu datang sekali dengan aksesori, bunga tangan, kasut dan veil. Untung sangat kan?


And here it is, kasut yang I idamkan sangat. YES! ROSE AGAIN! I know..
This is the only shoes that I'm dreaming to wear on my BIG DAY and I hope it will come true.. Please! Please! Please! Pleaselah tembungkan jodoh I dengan kasut ni. Kalau siapa-siapa kat luar sana nampak ke kan design kasut macam ni bagitahulah kat I tau.



4) WEDDING CAKE
-Wahh part makan ni yang paling best ni. Zaman sekarang ni ramai orang buat kek bentuk replika kan?? Tapi mahal tuu, oden manalah ada duit nak buat replika-replika tu lagipun I suka something yang simple, classic, sweet and just nice. Lepas tu teringin nak bagi semua tetamu turut merasai kek kahwin I tu. Ini selalunya tetamu tak dapat pun nak rasa cake kawin tu. Dapat tengok je. So bagi tetamu makan kek kahwin pun adalah salah satu impian I. =))

Cake-Cake yang simple and nice macam ni dah cukup buat hati I tersenyum.

Kalau ada duit lebih mungkin boleh decorate tempat cake jadi cantik dan menawan macam ni sampai buat mata semua yang memandangya terpukau.. Sampai semua orang dah tak tengok pengantin dah, semua orang tengok cake je.



5) BUNGA TANGAN
-Wahh ni sebenarnya I impikan bunga rose merah yang dibentuk macam hati lepas tu dikelilingi ros putih tapi I google gambar tak jumpa jumpa pun makanya I lukis kat paint je lah so dat dapatlah korang bayangkan hows the flower look like..

Ok! Lukisan memang tahap amatur punya. Haa lebih kurang macam ni lah apa yang impikan untuk bunga tangan I nanti. Get the idea? Ok good..

Tang tangkai dia kalau boleh I nak lilit lilit macam ni dengan riben je lepas tu letak brooch vintage.

Lepas tu tak nak bagi nampak kosong, I nak letak daun daun lingkar lingkar panjang panjang ni kat tepi tepi. Ok sumpah tak tau nak describe macam mana, so bila dah sampai je harinya I just tunjuk je tiga-tiga gambar ni dekat my florist. OK! Tiba-tiba rasa jantung dup dap dup dap tak sabar.



6) CANDY BUFFET
-Sekarang ni kalau tak ada wedding yang menghidangkan sweets macam tak sah kan? Sekarang ni pun I dengan Apek tengah survey nak beli bekas bekas untuk letak sweets sweets tu tapi serius mahal gila ok bekas bekas tu kat SSF. Tapi cantik. Takpe, tunggu sales nanti, harap-haraplah murah sebab budget serius dah tight sangat budget ni..=))


Macam ni. Maintain dengan warna putih/cream


Ok! Ini paling penting. Wajib ada. Cupcake yang atasnya depenuhi dengan design ros putih. Tapi sekarang ni cupcake dah mahal. Nak buat sendiri, tapi oven pun tak ada. Will try to solve this problems asap sebab sumpah teringin sangat. Suka beno I dengan rose putih kan?? Of courselah, my dream ok.



7) CENTERPIECE
-Mula-mula Apek macam bantah jugak I nak letak centerpiece semua sebab bayangkan 40-40 meja tu takkan nak letak centerpiece Apek cakap sebab katakan satu centerpice tu berharga RM10, 40mejaxRM10 dah RM400. Tapi I cakaplah kita carilah yang murah-murah tapi cantik. Kita deco sendiri. So I kan suka banyak banyak lilin kan so I suggest letak lilin dalam bowl je. Then dah jumpa dah kat SSF. Oklah still in budget. RM5 je dan paling best ianya memenuhi impian I yang sememangnya kalau boleh nak banyak banyak lilin. 40 lilin?? Wauu!! I like..


**lebih kurang..



8) GUESTBOOK
-OK! Ini paling wajib ada sebab zaman sekarang ni macam tak complete je kalau tak ada Guest Book. Waktu tunang I pun I buat Guestbook inikan waktu kahwin kan? Tapi waktu tunang hari tu, Guestbook tu simple gila je. Buat pun kos kurang dari RM10. Tapi part paling best bila baca apa yang kawan-kawan kita tulis. Kelakar pun ada. Tapi waktu wedding ni ingat nak buat lebih sikit. Hahahah! Mesti kawan-kawan yang datang tunang hari tu mengeluh then cakap, "Haiyoo!! Tulis ucapan lagi. Penat nak perah otak ni nak tulis apa.".. Peduli apa oden, kowang kena perah juga otak dan make sure jangan tulis benda sama. Nak suruh ada cucu 100orang lah, nak suruh bagi duitlah, amboihhh!


Nak macam ni.. Simple je tapi nak tukar siktilah bagi ala-ala konsep English sikit. =))
Haishh harap-harap cukuplah masa sebab cadangnya nikah pagi tu, malam buat reception.



9) OPENING
-Nak sangat waktu kaki melangkah masuk ke dewan tu, sewaktu semua mata terpaku melihat pintu masuk, sewaktu mulut terkunci rapat, sewaktu hati meronta-ronta melihat raut wajah berseri-seri pasangan yang baru dinikahkan pada pagi itu (ewah kau ayat!), I teringin sangat langkah I diiringi oleh pasangan anak kecik yang comel menaburkan bunga di carpet putih sambil diiringi oleh pemain biola. Pemain biola dah dapat dah sekarang ni nak recruit budak kecik tomei omei je.


*White carpet instead of red. Kalau adalah..


10) VIDEOGRAPHER
-Inilah salah satu insan yang memainkan peranan yang sangat penting ketika majlis berlangsung. Kalau tak ada dieowang tak ada kenangan. Kalau tak ada kenangan, eeee tak bestlah. Ibaratkan waktu kecil, parents kita lupa nak snap gambar, hemm mungkin waktu tu parents tak berduit ke nak beli kamera kan dahh emo bila besar tak tahu rupa waktu kecil macam mana. Once in a lifetime kot wedding ni so wajib dan wajib hire Videographer. Secara jujurnya, I prefer Video sebab Video kan life gitu. Kalau snap-snap gambar ni maybe boleh je suruh kawan-kawan yang sekarang ni minat dalam ambil-ambil gambar tapi video ni kita memang kena ada kepakaran nak shoot moments then nak edit edit nak sunting lagi. It really takes times ok and u must be creative ok!! Tapi hari tu tunang nasib baik ada kawan Apek rakam video tanpa disuruh. Alasan dia sebab dia tengok semua orang ambil gambar so dia ambil lah video guna handset dia. Sumpah terharu ok! Thanx Nazrin kalau tak kena bergantung kat gambar je. Tak bestlah. Nak tengok klik sini.

Ok sumpah panjang gila bebel, korang nak tahu tak siapa yang I teringin sangat nak hire sampai last few days I memang ada tanya harga sebab memang nak sangat ambil sebab ada satu time dia buat promo RM1499 je ok tapi sayangnya I dah terlepas dan wedding I pun lambat lagi time tu. OK, jelas sekali tak lain tak bukan CST PRODUCTION lah. Korang doakan ok, impian I nak hire this power team tercapai. Amin!!



Ok! Itu je lah setakat ni, panjang gila kan impian I ni. Ada lagi tu terselit-selit tapi tak nak bagi u all semua buhsan makanya berhenti sampai sini je lah.


Actually before this pun I ada cerita pasal dream wedd I tapi sikit je lah. Tapi hari tu I berangan nak kahwin kat rumah tapi sekarang plan terpaksa bertukar kepada dewan. Nak baca? Klik sini.

Ok apa lagi korang jomlah terjah ramai ramai kat FB page


FB Datin Lynda Rahim



dan

FB CST Production.


Dan bagi menutup my dream wedding ni, I nak ucapkan terima kasih sangat-sangat dekat CST & Datin Lynda Rahim sebab buat contest macam ni dan bagi peluang untuk B2B yang dambakan hasil karya mereka tapi budget terlajak ke apa ke kan. Tenkiu so much. Dah secara ikhlas dan jujurnya, I berharap sangat CST dan Datin Lynda dapat realisasikan impian I ni.

BTW, IM LUCKY 137 and Apek pun ada join jugak. Dia No. 138. Nak baca entri dia bolehlah pergi kat sini. Dia cerita pasal kisah cinta kami tapi kisah cinta kami terlampau panjang then dia pun tak ada masa memandangkan lappie dia dah meletop so dia curi-curi buat waktu rehat dia so he just summarize it so dat people tak boring. Sweetnya Apek, semata-mata untuk hadiahkan dekat I. Tenkiu Honey Bee. Anyway ENJOI UR READINGS PEEPS! Psssstttt jangan lupa klik LIKE lepas baca. =))

No comments:

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...