Wednesday, January 26, 2011

VOTE FOR ME.. Teringin nak CST amik video kahwin

Ok sekarang dah tahu dah macam mana nak vote for CST & Lynda Rahim contest. Entahlah time nak type ni mood rasa down sangat, nak meraih simpati pun macam down gila. Macam tak ada harapan je nak menang sebab I ni bukannya blogger peymes ada hati nak menang. Haktuih!!

Ok ok tapi takpe sebab kawan yang baik seperti HudaLuna & SherahDomo ni sangat menyejukkan hati. Menaikkan semangat yang makin pudar ni.

Ishh macam mana nak suruh korang vote ni ehh?? Oklah bagi ayat sedih sikitlah ehh..


Nak baca ayat sedih tak??


Ok! Macam ni, I nak sangat sangat menang contest tu sebab nak pakai duit sendiri hire CST memang sah lah poket rabak gila. Kalau nak juga pun, kena let go something yang penting dalam wedding nanti. Contohnya, honeymoon. Kalau tak let go pun mesti kena minimakan apa yang patut dalam wedding I contohnya tak payah amik pelamin ke? Hamboii melampaulah nak kahwin tak ada pelamin kan, bukanlah pelamin tapi maybe benda-benda lain lah kot. Haa tu lah salah satu sebabnya nak sangat menang contest ni. Lagi satu baju. Baju Lynda Rahim memang meletup kan. Kalau menang contest ni dapatlah pakai baju yang meletup letup pada hari yang paling penting dalam hidup. Mungkin sekali seumur hidup tu je lah dapat melaram sakan, nak over lebih-lebih kan. Susah susah kang I buat je wedding tema pakai baju tidur. Style apa! Hehehehe! Lagi satu kalau dapat baju at least bolehlah cut cost kan.

Ok! Dah, malas nak emo lebih dah sebab bila taip laju-laju ayat nak emo tiba-tiba semangat naik pulak. Korang jomlah Vote I ramai ramai kat number 137. Apek punya 138. Serius, Apek punya ayat-ayat sangat sweet dan sangat mencairkan hati dalam notes dia. I terpaksa letak diri sendiri dalam peti sejuk untuk bekukan diri sendiri balik. Jangan lupa suwuh kawan kawan LIKE sekali tau. PLEASE PLEASE PLEASE VOTE FOR ME! Tak cukup besar ke tulisan vote tu? Siap bold kan lagi tu, nak menang sangatlah tu.

Ehhh penat merayu tapi tak letak pun link kat mana kena pergi ehh.. Pergi sini belog CST atau belog Lynda Rahim then klik LIKE untuk number 137 & 138 ok. I tak tau lah nak berterima kasih macam mana kat orang orang yang support I ni. Terharu sangat. Kalau I jemput datang wedding amacam? OK tak? VOTE TAU! Tapi kalau semua dah memberikan sumbangan jasa penat lelah klik LIKE tapi I tak menang, takpe tu kan semua rezeki.

Ok! Chill..=))

No comments: