Friday, July 23, 2010

Nak kawin kat rumah ke dekat dewan?

I telah ambil keputusan untuk kahwin dekat rumah. Ramai orang cakap kahwin kat dewan bestlah, gempaklah, stylelah semua kan? I pun mula-mula memang! Memang nak buat kat dewan tapi ibu I nak buat kat rumah. I ni kan anak sulung, dah nama pun anak sulung kompem-kompemlah I yang kahwin dulu kan? Jadi yang sulung ni susah juga sebab I macam tengah-tengah tau antara impian sendiri dengan impian keluarga. Memanglah kahwin hanya sekali kan tapi parents I tu pun ada 2 tu je lah. Kalau tak penuhi impian dieowang siapa lagi nak penuhi kan? Ni pun tengah pujuk-pujuk ibu I ni sebab I nak buat resepsi waktu malam. Sebab ibu I risau tak ada orang datang katanya. Tapi I nak! I nak! I nak! I kalau boleh nak banyak-banyak lampu, nak banyak-banyak lilin lepas tu nak guna khemah clear. Tapi tu lah kat Ipoh ni sungguh tak banyak pilihan tapi kalau boleh I nak realisasikan juga my dream wedding. Ingat apa dream wedd I? Banyak-banyak lampu dan banyak-banyak lilin.Apa dia? Tak dengarlah! ULANG LAGI SEKALI? Banyak-banyak lampu dan banyak-banyak lilin.BAGUS! SAYANG KORANG! So siapa nak derma banyak banyak lilin dan banyak banyak lampu sebab I rasa mahal kos dia kan, I ni dahlah tak mampu, korang tak kesian ke kat I. Dream Wedd tu. Cuba ulang sekali lagi apa dream wedd I? Banyak-banyak lampu dan banyak-banyak lilin. Ok! Its getting annoying, please proceed. Ahahahahah!


1) Mana nak cari khemah clear seperti gambar di atas?? BANTU PATIK YANG HENSEM NI!

2) Mana nak cari kerusi kayu yang ala-ala konsep garden wedding. Tak kisahlah warna apa tapi kalau boleh nak warna putih. IN LOVE SANGAT!


Ok! Buat masa ni 2 persoalan ni je lah yang timbul dalam kepala I. Mana? Mana? Korang tahu tak? Serius, I nak sangat khemah clear tu. Mana tahu kalau ada bintang ke kan, mesti cantik dapat tengok bintang-bintang. Lepas tu boleh nyanyi lagu bintang di langit, kelip engkau di sana, memberikan cahaya di setiap insan. Malam yang dingin, ku harap engkau memberikan kerinduan di setiap mimpi-mimpinya.


Between apa kelebihan buat kat rumah?
1) Boleh snap-snap pic kat pelamin malam-malam kalau kat dewan kompem tak boleh sebab pelamin kat dewan
2) Meriah sebab bolehlah famili semua kita gulung-gulung sumbat dalam rumah jadi macam tin sardin
, boleh gotong royong touch up mana yang patut
3) Orang yang tak pernah datang rumah boleh tahu rumah kita kat mana, tak adalah sesat karang kalau nak buat kenduri akikah ke apa ke kan ke kenduri hari jadi ke atau kenduri ilangtahun perkahwinan ke.. Ecececceecehhh!

4) PALING PENTING SEKALI, JIMAT OHHHH!!! Tak caya? Cuba bandingkan harga pelamin pasang kat dewan dengan pasang kat rumah. Rumah lagi murah kan?kan?
5) Dan kalau buat kat rumah, tak tercapailah impian khemah clear I. ($_$)


OHH! TAK SABARNYA BULAN 8 TAHUN DEPAN!

No comments:

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...