Sunday, January 16, 2011

MAMAT dah bertunang..

HELLO! Jangan ingat Mamat tu manusia ok. Memanglah I superb jarang nak update belog pasal haiwan-haiwan yang I bela kat rumah I ni sebabnya kamera dah rosak sekarang ni manalah boleh nak snap-snap pic kan. Bosanlah kalau tak ada gambar, cakap je banyak kan?

Nak tahu siapa Mamat?? Ingat lagi tak I pernah cerita dalam entri ini. Alah yang waktu I pergi Singapore waktu raya Cina tahun lepas, kan ke I ada beli rabbit. Jauh tu rabbit I. Asalnya haiwan Johor tapi sekarang menetap kat Ipoh. Dah setahun dah I bela tapi asyik bz je tak ada time nak belikan dia mamat ni pasangan. So hari ni Iqa sungguh-sungguh ajak I pergi beli rabbit betina. COMEL GILA OK! Tapi ye lah sekarang ni baru dalam status bertunang sebab Fluffy kecil lagi kot. Besar pun besar tapak tangan je. Kang kena hempap dengan si Mamat tu kang penyek terus. Nanti dah besar sikit baru boleh kawin ok..

PRESENTING FLUFFY!
Mula-mula banyak betul nama dia. Mula-mula ingat nak bagi nama Minah sebab macam kontralah kan, pasangan nama Mamat so pasangan kenalah nama Minah kan tapi macma kampung gila je nama Minah. Tak glamer ok. Lepas tu ibu nak letak nama Fifi. Ok waktu nak letak nama ni sumpah kelakar. Malas nak cerita. Biar I, Iqa dengan Ibu je tau. Lepas tu keluar nama Hani lah, Zah lah, Nab lah. Last last I cadangkan nama Fluffy. Gebu ok dia ni. Kecik je. Kiut bangat.. Kan I dah cakap tak ada kamera kan so Ifa snap gambar Fluffy ni guna webcam lappie Iqa. Satu cukup!

Tuan Sebenar: Iqa Joe
Tukang bawak pergi kedai haiwan: Ainee Joe
Harga: RM18 (harga after diskaun)

WELCOME TO JOE'S FAMILY, DEAR FLUFFY! I HOPE U HAPPY TO STAY WITH US COZ YEAHH WE LOVE CUTE LITTLE CREATURES LIKE YOU!

No comments:

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...