Friday, January 14, 2011

Luahan perasaan bila setahun dah tak jumpa lepas tu tak naik dia.

Hari ni kan kita nak gedik gedik guna kata ganti diri kita boleh tak?? Nak bagi HudaLuna dengan Rose berbulu dengan kita. Tapi kira ok apa kita tulis kita instead of kitewwww lagi ahh gedik. Tapi gedik best apa. Kita nak jadi manja-manja hari ni, nak cakap macam budak innocent umur 5 tahun sembang dengan kawan. Nanti dah ada anak pun nak suruh anak kita cakap kitakita je jangan guna Aku Kau. Nak berdoa pun kena cakap kita jugak. Hehehe...

Semalam kan kita bangga ohh sebab kan kita dah lama tak bawa moto. Ye lah baget orang kaya kan, pergi mana pun naik kereta je mana pandang motor dah sejak ada lesen kereta. Eceh! Tak adalah hakikatnya kan, moto kita kan masuk workshop. DAH SETAHUN DAH DIA ADA KAT BENGKEL. Moto tu dah tua dah, dah tak boleh bawa jauh jauh dah, sampai ayah cakap ikutkan hati nak je buang moto tu pikir tak ada harga je lepas tu dah repair dia macam dah habis 6K dah. Lepas tu ayah cakap dia nak beli motor baru, tak mau scooter dah. Nak motor biasa je. Senang dan murah. Ye lah dia dah ada dengan kita sejak kita form 3 lagi so sekarang ni umur kita dah 22 makanya dia dah hidup 7 tahun tuuu. Kesian dia, mula-mula memang sayang, bawak pun pelan-pelan je, sekali dah accidentttt, berkali-kali dia accident sebab kita adik beradik semua lanyak dia puas-puas. Kesian dah lah tua, kena lanyak pula tu. Mana tak semput. Mana tak mogok.

Tapi semalam best, lepas dah setahun tak bawa motor, akhirnya bawak juga sebab hari Rabu hari tu motor dah ada kat rumah kita. Tapi malam Rabu tu kita pergi dating dengan Apek kat Kenny Rodgers makanya tak sempat nak bawak dia, padahal dah rindu habis dah rasa nak gomol gomol je dia tapi nafsu kena tahan beb. Akhirnya, semalam gomol juga dia. Rasa lain macam je bila pakai helmet. Rasa macam ada bomb atas kepala. Besar punya bomb!! Rasa macam kepala ni senget-senget je sebab konon kepala tak stabil. Yelah kepala lagi besar dari badan kan. Eeee hiperbola sungguh kan? Alah cakap nak jadi gedik hari ni mestilah kena over-over kan?

Tapi kan... Waktu kita bawak tu kan, kita ada rasa macam melayang-layang. Bukan macam layang-layang yang terbang atas langit tu tapi rasa macam layang-layang tersangkut kat pokok. Ehh best juga ok feeling macam tu. Rasa macam bebas je tapi ada jugak rasa bogel gila sebab dah biasa kiri kanan depan belakang ada penghadang kan, ini macam gila ahh bogel. Sejuk je. Tak payah nak buka aircond, angin luar kan ada. JIMAT! Tapi feeling tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata tau sebab weyh macam perasaan kau tak jumpa kekasih setahun, apa perasaan? Haa macam tak jumpa famili setahun sebab belajar kat New Zealand. Haa perasaan kita lebih kurang macam tu lah. Tapi Ibu dah pesan motor tu tak boleh bawa jauh-jauh, kalau nak bawa pun bawa bila nak pergi kedai je. Haishh baru nak bawa pergi kerja. Baru nak rempit-rempit atas jalan. Main celah-celah. Wahh perasaan main celah-celah ni lagi ahh best. Rasa macam handal je. Rasa macam wahh hebatnya kita. Rasa macam gagah je atas jalan. Paling best bila tengok jalan jem, kereta semua beratur (dalam hati dah tau dah deme mesti menyumpah seranah je) tapi kita lek lek je selit sana selit sini wahh dah sampai rumah.

Lagi satu yang best jugak ada moto ni tak payah susah-susah nak cari parking sebab kat rumah kita ni kan, kedai banyak tapi susah woo nak cari parking. Ini bila naik moto cheungggg senang je dapat parking. Parking je celah-celah kereta tu, apa ada hal. Kalau bawak kereta aduhh susah gila cari parking padahal nak beli pen seketul je tapi punyalah berminit-minit nak menunggu sebab nak cari parking. Nak double parking kalau tak ada orang dalam kereta memang sangat dipangkah oleh diri sendiri.

Haishh, indahnya naik motor. Terimbau kisah-kisah lampau accident sana accident sini, selamba bawak motor pergi sekolah time form 3 walaupun tak ada lesen. Huishh! Memori! Memori!

No comments:

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...