Gambar dari Offical Photographer. Best gila ok Abang Tajul ni. Datang sharp gila. Punctual gila. Siap pergi salun sekali, tangkap gambar kat sana. Class lah. Siapa nak ambil photographer seriusly I sangat suggest Abang Tajul ni. Seriusly I dah rasa macam artis dah ke hulu ke hilir ada photographer. Dia selagi tak habis kerja dia tak pergi makan pun, penat dah mak dengan ayah I ajak makan dia tak nak. Haishh abang tajul, abang tajul. Siapa nak ambil dia boleh call Abang Tajul sendiri at 012-9139294. Harga memang sangat berpatutan. Boleh runding punya.
**gambar bawah bawah ni semua gambar dari kamera ayah, gambar dari OP tak dapat lagi.
**gambar bawah bawah ni semua gambar dari kamera ayah, gambar dari OP tak dapat lagi.
Pelamin hasil usaha I dengan Apek. Ok finelah Apek lah paling banyak buat. Dari pentas sampai ke gantung gantung semua buat sendiri. Pentas buat sendiri tu!!! Apek penat menukang nukang. Bila nak tangkap gambar je I risau gila kawan kawan I semua berdiri kat situ kang takut habis roboh kang, nasib baik alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Lepas tu lagi satu I takut respons orang ramai, ye lah biasa guna kain kain kan tapi kali ni I guna cermin. I nak suntikkan elemen gaya muda belia remaja dekat situ dan nasib baik semua orang suka lepas tu cakap pelamin I smart lah style lah gorjeslah. Tenkiu! Tenkiu! Janganlah puji lebih lebih, biasa je tu. Siap nak suruh I dengan Apek buatkan pelamin untuk dieowang lagi u!
Muka selepas dimakeupkan.. Makeup by Lily Ah Loy. Best gila kawan I ni makeupkan. Nampak sangat asli. Tak tepung gomak langsung ok. Tak percaya boleh tengok gambar gambar yang seterusnya. Kalah tu juru mekap Siti Nurhaliza. I memang dah book dah kawan I ni untuk nikah dengan reception nanti.
Taraaa! I duduk atas pelamin dengan selamat. Still tak roboh, masih kukuh. Cermin cermin tu tak buat hal, tak jatuh pun sebab paklang I dah pesan kalau nak duduk atas pelamin tu kena pakai helmet kang cermin jatuh cedera parah kang. Ahahhaahha! Yang I tengah pegang tu duit hantaran. Apek dah bagi kasi langsai dah. Totalnya RM8989.89 sempena tahun lahir kiterowang 1989...
Ni lah cincinnya. Cincin feveret I tu yang bentuk butterfly tu. Comel kan?? Kecik je.. Itu cincin risik. Yang besar tu cincin tunang. I LOVE BOTH OF IT! Tenkiu Apek. Boleh gadaikan nanti kalau nak beli handbag ke kasut ke apa ke kan. Ohh! trima kasih.
Ni lah cincinnya. Cincin feveret I tu yang bentuk butterfly tu. Comel kan?? Kecik je.. Itu cincin risik. Yang besar tu cincin tunang. I LOVE BOTH OF IT! Tenkiu Apek. Boleh gadaikan nanti kalau nak beli handbag ke kasut ke apa ke kan. Ohh! trima kasih.
Dengan sahabat paling baik paling rapat Cik Nur Ain Salleh kita. Sebelah tu dia punya boifrenz ok, dia dah berpunya dah... Haa jangan tak tahu, Ain ni lah I punya pengapit nanti. Sayang cik ain sebab dari pagi tu sampai ke habis majlis dia ada di sisi I. Barulah kawan sejati namanya.
Uishh! Gambar belakang mestilah wajib ada wooo. Cantik kan baju ni? I pun suka sangat sangat sangat. Ramai orang suka.
Yang ungu tu hantaran dari I untuk Apek. Yang pink tu hantaran dari Apek untuk I. Semua buat sendiri. 5 berbalas 7. Yang lebih lebih tu semua orang bagi. Trima kasih.
OVERALL, I MEMANG SANGAT PUAS HATI DENGAN HARI PERTUNANGAN I YANG DIADAKAN PADA 5/12/10. TIADA APA CACAT CELA PADA MATA I. SEMUANYA PURRRRFEEEEECTTTT! DENGAN PAKCIK-PAKCIK DAN MAK-MAK SEDARA YANG SANGAT SUPPORTIVE YANG GIGIH MEMASAK. TERIMA KASIH SANGAT. KEHADIRAN KAWAN KAWAN DARI JAUH DAN DEKAT SANGAT SANGAT DIHARGAI. TERIMA KASIH SANGAT SEBAB SUDI DATANG. SEMUA ORANG PUN SUKA DENGAN PELAMIN I, DENGAN BAJU I, DENGAN MAKEUP I, DENGAN MAKANAN I. DAN PALING BERSYUKUR SEKALI, HARI TU TAK HUJAN. TRIMA KASIH SANGAT! SEMUANYA BERJALAN DEGAN LANCAR. TETAMU PUN HEPI, I DENGAN KELUARGA I PUN HEPI. TAKPE, SIAPA SIAPA YANG TAK DAPAT DATANG TU, KAWIN KARANG JANGAN LUPA DATANG OK! =))
Ohh!! IM ENGAGED!
No comments:
Post a Comment