Tuesday, January 25, 2011

Outfit dayang-dayang: BIRU!


I kan ada satu angan-angan tau. Ni dah impikan dari kecil lagi tau. I nak hantaran-hantaran I tu kawan-kawan I bawak dalam barisan gitu. Konon macam dayang-dayanglah ni kan. Lepas tu kawan-kawan I tu pakai baju semua colour sama. Tak adalah sama tapi macam kalau hijau haa mesti dalam adik beradik hijau jugak, hijau pucuk pisang ke, bapak hijau ke, hijau ala ala shrek ke tapi tak kisahlah pattern apa pun. Sebab tak nak lah terikat sangat dengan fesyen yang sama, tak best lah kan. Tapi colour tu bolehlah jadi colour hijau kuat ke hijau pelan ke hijau pucuk pisang ke kan (ok! berapa kali nak ulang daaa). Apa-apa je lah janji dalam satu mak dan satu bapak punya colour. =))

Makanya disebabkan I dah tahu dah I nak bagi hantaran kat Apek colour apa so dengan rasminya I pun dah tahulah kan nak suruh kawan-kawan I tempah/beli baju colour apa untuk hari nikah I nanti kan. Penat juga bila kawan-kawan I dah sibuk tanya, "Aini, ni I nak tempah baju colour apa ni?".. Haa udah I tak tahu nak jawap apa sebab tak sure lagi nak bagi Apek hantaran colour apa. Tapi sekarang dah kompem dah nak bagi Apek warna BIRU.

So kawan-kawanku yang telah dilantik secara resminya, silalah tempah/beli baju kurung ke kalau nak lagi glamour kaftan ke kan colour biru tau. Kalau baik hati, amiklah colour biru pelan. Tak maulah kaler biru pekat. Tak nampak soft. Hehehehe! Demand kan aini ni? Dahlah tak sponosor kain. Caitt!! Tak apa, I tahu semua kawan-kawan I yang I pilih untuk jadi dayang-dayang I tu baik hati lepas tu dengan ikhlas dan jujurnya teruja dengan berita I nak kawin dengan Apek ni. I LOVE U GUYS SO MUCH LAH!

Tapi tu lah ramai sangat kawan I yang baik hati, tak tau nak choose siapa. Lagipun kawan-kawan I ni kebanyakannya study lagi so takut kang tak dapat datang ke apa kang, menangis meraung I tak cukup dayang-dayang. Tak apa, itu nanti I pikir-pikirkan yang penting colournya dah ada. Masuk video ok korang, so better pilih outfit tu cantik-cantik sikit tapi jangan nak over sangat kalah pengantin. I tau kawan-kawan I ni semua over-over nok, tapi takpe. I LIKE!


SENARAI DAYANG-DAYANGKU!
1) Mira Jamaluddin
2) Ros Hanisah
3) Diana Amin
4) Yna Bliss
5) Izzati Firdaus
6) Syera Sazeli
7) Dottie Khairuddin

**bawah ni reference untuk bakal dayang-dayangku

Warna ni paling feberet sebab dia super soft.

Kaftan.. Manis gila muka pengacara WHI ni. Nampak muda je.


Maybe senarai dayang-dayang akan bertambah kalau ada pertambahan dari segi hantaran. Apek dah lah over mintak jam tangan GUESS tapi takpe cincin gua lagi mahal dari lu punya jam tangan GUESS so tarak hal lah B, gua tak rasa macam kena pau lah sebab gua pau lu lagi banyak derr..

p/s: Untuk pengapitku si NUR AIN SALLEH yang over, tunggu dulu. Warna untuk outfit anda masih tidak dapat dikenalpasti. Mungkin ungu sebab ungu sangat cantik ok bila gabung dengan biru. Sabar ya rakan yang paling ku sayang.

No comments:

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...