Thursday, January 6, 2011

HANTARAN TUNANG I untuk Apek warna purple nyah..

Hantaran dari I untuk Apek ni semangat ni I buat 2 minggu sebelum majlis sebab I ingatkan payah gila nak buat hantaran. Rupanya cis ambil masa kurang dari 4jam je weyh siapkan gubahan-gubahan tu. Korang esok tak payahlah poyo over excited lebih macam I ni nak buat awal awal. Rilek je! Buat je 3 hari sebelum, jangan over over macam I tau. 2 minggu sebelum dah buat. Last last berhabuk je kang.

The main 7 dulang yang I nak bagi kat Apek. Tema purple lah mesti kan. Mula mula nak bagi Apek warna silver tapi macam susah je nak gubah and outfit pun nak pakai purple tu yang bagi purple tu. Nice kan warna purple ni?

OK! Jom layan the purple boommm...(0_O)


SIREH DOK DALAM KOTAK / SIREH JUNJUNG / SIREH TUNDUK
Tak taulah nak panggil sireh junjung ke, sireh menunduk ke apa entah. Ok tak sireh I? I memang nak buat macam ni, dah sketch dah tapi Kak sedara I yang tolong ni sebab I ingat boleh je lipat lipat sireh tu sekali datang K.Lia dia cakap I ni pandai sangat, manalah boleh main cucuk macam tu je terus dia dengan gigih tolong I buat sireh ni. Tenkiu so much Kak Lieya. Tanpamu tak ada sireh ni tau.


BAHULU
Ok! Bahulu ni Makngah I sponsor. Deko-deko tu punyalah gigih si Maklang I buat, sumpah terharu gila dengan Maklang I ni sampai rasa nak belanja je dia ni makan KFC tau. Kalau ikutkan I ni memang I biar je benda tu togel tapi sebabkan Maklang I ni dah bising-bising, I pun dengan gagahnya keluar pagi-pagi cari kedai beli riben. Itupun banyak kedai tutup sebab hari Ahad kan, nasib baiklah ada satu kedai ni kat Pasar Gunung Rapat tu bukak kalau tak memang buruklah hantaran daripada I, Apek dapat. Hehehehe! TENKIU SO MUCH MAKLANG!!


KUIH BAKAR
Ini pulak opah I sponsor. Nyum! nyum! Memang khas untuk Apek je lah sebab kiterowang memang tak ambil pun.


KEK
Apek cakap kek ni sedap. Perisa yam. Tengoklah kata pun warna ungu kan, perisa kenalah dari buah ehh ke sayur ehh yam tu. Haa tak kiralah janji yam tu pun berwarna ungu ok. Kek ni memang cantik sangat tau. Like cantik-cantik-cantik sangat. Kek ni Acu ngan Asu I sponsor. Wahh banyak yang sponsor nampak Aini ni. Melampau kan?


SEJADAH
Jangan main kau! Sejadah gubah jadi katil. Cantik gila kan?? Daripada bantal ke penjuru penjuru katil tu memang walla lah. I memang suka sangat ok dengan gubahan sejadah ni. orang yang menggubahnya adalah rahsia ok, kalau nak tahu siapa apa lagi email lah kan. Hanya kawan-kawan yang datang hari tu je tau ok siapa yang buat. I? OHH tidakk... Sejadah pun nak warna ungu tu, jangan main-main dengan tema Ungu I.


CINCIN
Nama cincin ni TIGER EYE. Khas untuk Apek tersayang sempena kami tunang. Tapi tu lah ini cincin manyak murah juga so macam mampulah nak bagi Apek kan tapi cincin untuk kahwin kalau tak ada 2K jangan haraplah I dapat bagi si Apek ni. Haishh! Harap-haraplah murah rezeki so dat I dapatlah beli cincin kahwin untuk Apek. Amin!!


BUAH-BUAHAN
Tengok! Berkilat kau buah-buah ni. Again, thanks kat Mak lang I. Dia lah yang rajin mengilatkan buah ni. Haaa tips tips, benda macam ni selalu orang lupa. Kalau nak bagi buah tu berkilat, sapulah dengan minyak. Tak adalah nampak buah tu layu je kang, biar terpancar pancar keenakan dia bila orang tengok. Ok? SO JANGAN LUPA SAPU MINYAK KAT BUAH-BUAH TU OK!


KISSES aka MANISAN
Idea Kisses ni macam mana terlintas entah. Kiranya nampaklah ada jual sarang burung ni waktu kiterowang tengah explore explore barang sekali ternampaklah sarang burung ni apalagi terus terlintas idea nak bagi kisses letak dalam sarang tu konon konon buat macam telur burung tu lah. Perghh kisses memanglah mahal. Satu paket je dah berbelas ringgit. Tapi oklah, idea ni I suka sangat. Tapi tak adil ok, Apek je dapat. Caitt!!!


Lepas tu adalah lagi 2-3 barang hantaran lagi tapi I tak ada pulak gambar dieowang single-single. Semua tu ada kat cd yang OP bagi tapi tu lah I punya PC kat opis ni dia tak boleh read pulak kalau tak bolehlah I tempek kat sini kan untuk dikongsi bersama. Ecehhh! Barang-barang yang lain tu merupakan kuih sangkar yang disponsor oleh maklang, dodol yang disponsor oleh opah pusing dan ehh itu jelah. Alahai, 2 gambar je tak ada. Tapi serius cantik gila gubahan yang maklang bagi. I ni macam poyo je ada banyak lagi hantaran I bagi kat Apeklah kononya. Hehehehe!


Ini pandangan dari depan.
Yang dekat sebelah kuih bakar tu sebenarnya dari pihak Apek tah macam mana boleh sesat beratur kat lane hantaran I. Hehehehe!

Ini pandangan dari belakang. Baget untuk gubah-gubah benda ni semua tak termasuk barang/makanan yang diletakkan di atas dulang RM257.45. Haa jangan main sampai ke sen sen I tau. Ingat satu pesanan ni kalau nak tunang ke kahwin ke make sure ada satu buku yang tulis setiap sen yang korang keluarkan so dat kowang tau mana duit tu pergi. Haa tak adalah terpinga pinga tercengang cengang kan manalah pergi duit aku ribu-riban tu. Ini baru dari pihak I ke pihak Apek belum lagi dari pihak Apek ke pihak I.

BERSAMBUNG....
(lepas ni hantaran dari pihak Apek untuk I pulak ok!)

( +_O)

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...